Kata Kunci

June 30, 2010

Assalamu'alaikum..

Hari ni aku saje nak 'usha' nuffnang. nak tengok trafik ok ke x, buffered earning bertambah ke x. hehe. tergerak plak nak tengok keywords untuk hari ni. mak aih! banyaknya orang nak taw pasal Benci Bilang Cinta. Ni semua mesti berpunca daripada entry aku yang bertajuk 'Dimas Dimas Dimasss BBC'.


Haha memang betul tekaan aku yang cerita nih memang tengah hit giler sekarang. masakan tidak pembaca still lagi menggali aku punya entry BBC tu. terima kasih diucapkan kerana korang masih membaca entry pasal sinetron dari Indonesia dalam Blog Si Biru. sinetron ni memang memberi kesan yang mendalam terhadap tingkah laku si penonton. apakah kesannya? kesannya, mereka tidak akan berganjak dari kaca tv sehinggalah munculnya iklan yang menyelamatkan seketika pandangan si penonton, merehatkan anak mata yang sudah jemu menatap wajah yang sama setiap hari. ;)

Tapi isu pasal 'logo Crocs ada kalimah Allah' pun masih tercatit dalam keywords nuffnang aku. memang isu ni menangkap perhatian semua orang. ada yang membantah, mengeluh, x kurang juga mempertahankan isu ni dengan hujah2 yang bernas. tahniah aku ucapkan kepada rakyat Malaysia kerana masih lagi berdiri di atas kaki sendiri untuk turut sama prihatin terhadap isu2 yang  boleh meruntuhkan akhlak dan iman seseorang yang bergelar Islam.

Itu sajela rentetan dari jari jemari aku tentang entry....... aku tak terfikir lagi tajuk yang sesuai untuk entry kali ini.
.
 ..
err ok da dapat! entry Kata Kunci. :) sekian.
11 komen bernas

Cute Blogger Award

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah! Blog Si Biru dapat award lagi. kali ini daripada Cik Yann. Award 'Cute Blogger Award'. tapi kan tengah musykil ni. award ni untuk 'blog' ke atau 'blogger'? haha xkisahkla. janji dapat award.

Award kali ni tanya soalan yang betul2 berkait rapat dengan personal Blog Si Biru. Antara soalan-soalannya:

  • Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama itu? - Nama blog saya ialah 'Blog Si Biru'. kenapa? kerana saya memang suka warna biru. damai dan tenang bila tengok warna biru, xlupa juga kepada cik Hijau. ;p
  • Jelaskan kenapa, bagaimana anda boleh dapat idea nak letak URL blog anda? - Semuanya berpunca daripada saya yang memang suka kaler biru. tapi sebenarnya, sebelum ni, blog ni bernamakan 'Hari Baru'. disebabkan ramai yang dah menggunakan nama Hari Baru, saya terpaksa tukar url kepada Blog Si Biru.
  • Bila blog anda mula beroperasi? - Disember 2009
  • siapa follower pertama anda? - Alamak! macam mana nak taw ek? lupa la. dah cek kat dashboard tapi xde function untuk cari the first follower. huhu sorryyyyyy.
  • Ucapan anda kepada si pemberi award - Kepada Cik Yann, terima kasih banyak2 kerana sudi memberikan award ni kepada Blog Si Biru. Tanpa anda, siapalah saya. xlupa juga kepada yang lain. ;)
  • Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ini -
~ zee
12 komen bernas

Cara-cara Membasuh Kereta Dengan Betul






Eh, biar betul? dia ni waras ke x? pemalas atau terlebih rajin? erkk! aku keliru!

Aku rasa dia marahkan seseorang. muahaha! pelik la kamu cik kak!
4 komen bernas

Hujan memang best, tapi..

June 29, 2010

Kalau dah hujan lebat bercampur dengan kilat sabung-menyabung, itu bukan tahap best lagi dah. better tutup semua benda yang ada arus elektrik especially komputer dan router. sekali kilat sambar, menangis x berlagu la lepas ni.

Kenapa menangis? sebab kalau kilat sambar pada masa yang betul, silap2 haribulan boleh jahanam komputer. dan yang paling xbestnya, router internet pun akan turut serta jahanam. oleh itu kawan2, sediakan payung sebelum hujan. berkorbanlah sedikit walaupun  sesaat untuk kesenangan 1000 tahun akan datang.

So tindakan yang patut korang ambil ialah, logout Blogger, sign out Yahoo Messenger, Start > Shut Down! your lappy & PC. tutup internet. bagi yang pakai broadband, fikirlah cara penyelesaian yang lain. aku lakukan semua ni hanyalah untuk kesenangan di masa hadapan. ;)

psst~! markas aku untuk blogwalking ialah di rumah. bagi yang online di pejabat, xkan nak tutup semua kot? mau kena 'cuti tanpa gaji' nanti ;p


14 komen bernas

Nuffnang - Cash Out My Earnings kali ke-#

Assalamu'alaikum..

Lama dah aku x bercerita pasal nuffnang. menyepi seketika bukan sebab merajuk, tapi tiada isi untuk diceritakan tentang nuffnang. ok kali ni entry aku yg bertajukkan 'Cash Out My Earnings kali ke-#'. wupsss! kali ke berapa dah korang agak? berdasarkan pada simbol # nih, aku yakin korang boleh teka. ;)

Cash out kali ni xdela banyak sangat sebab mengikut sangat kehendak kegeraman diri untuk klik 'cash out my earning'. aku pantang nampak perkataan yang mempunyai 4 huruf ni. terasa diri ni bagai terapung di atas awan yang biru macam Blog Si Biru ni. anak mata terus bertukar menjadi $_$ haha mata duitan!

Sebenarnya ada cerita pasal aku kecewa dengan payment nuffnang sebelum ni. bukan kecewa dengan nuffnang, kecewa dengan diri sendiri sebab gatal sangat dok tekan cash out my earnings tu awal bulan. eherm2! sapa2 cash out awal bulan, masa menunggu menjadi selama 1bulan+1bulan=2bulan! haha padah gatal tangan lagi. tapi aku xkisah. yang penting, $$$ tetap sampai ke rumah aku.

So aku kena tunggu lagi sebulan baru cek sampai. sementara menunggu cek, aku akan terus blogwalking sampai lebam. bila dah dapat cek yg 'dalam proses' ni, cash out my earnings yang ke-$ akan menyusul. Alhamdulillah~! ni semua hasil dari korang yang xjemu2 datang melawat Blog Si Biru. semoga rezeki korang dipermurahkan selalu oleh Allah. aminnnn~! tanpa korang, siapalah Blog Si biru. sekian. ;)
18 komen bernas

Basikal Jadian!

June 28, 2010







|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

yang ini pun tergolong dalam basikal jadian ke?!

10 komen bernas

Pelik Tapi Benar!

June 27, 2010

[Peringatan Serius] - Pada INSAN-INSAN dan IBU-IBU yang sedang mengandung atau lemah semangat, tidak digalakkan untuk membaca entry kali ni. harap maklum. Afiq hanya sekadar ingin berkongsi cerita dan gambar kepada pembaca yang berani sahaja.







|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

eh jap, betul ke nak tengok nih? aq da pesan awal2. risiko tanggung sendiri taw. xtipu ni.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


nak lagi jelas, klik kat gambar tu. b4 that, think twice before you click it~! ;)
psst~! macam mana kepala boleh tercabut dari badan dia r? aq pelik dan hairan.
23 komen bernas

Nice Blogger & Great Blog Special Award

Assalamu'alaikum..

Afiq dan Blog Si Biru dapat award lagi la. hehe kali ni award Nice Blogger & Great Blog Special Award dari miss eunzi. waaa, trimas! xtaw nak kata apa da. menurut miss eunzi blog ni dibuat khas untuk 'blogger yang nice, friendly dan yang paling penting sekali award neyh sangat-sangat special untuk blog yang great and best untuk dibaca.' ;)

cantik x award yg miss eunzi buat? dia buat dalam beberapa minit je. nice! eherm2, bila da dapat award, kenala jawab soalan2 yg disediakan. hehe

  •  Suka tak dapat award neyh?bagi ucapan sikit...^_^v -  mestila suka, dapat award kot hehe. ucapan terima kasih x terhingga untuk miss eunzi kerana memberikan award kepada blog yg xseberapa ni ;p
  • Bintang tuh cantik tak di mata kamu? suka bintang ? - cantik! merlip! hehe suka tengok bintang kat awan. tenang je hati.
sekian :)
11 komen bernas

Gambar Bergerak @ gif animation-Tutorial

June 26, 2010

x
x
Assalamu'alaikum

entry tutorial kali ni dipinta oleh saudara oldtrafford, bagaimana cara2 nak membuat 'gambar bergerak' a.k.a gif animation(rujuk entry Gambar Bergerak Untuk Exchange Link). aq xdela pandai sangat. tapi bolehla nak ajar basic2 untuk buat gambar camtu. yg penting basic dalam adobe photoshop korang kena ade. contoh macam CTRL+C(copy), CTRL+X(cut), CTRL+V(paste), CTRL+E(merge), CTRL+T(free transform) dan banyak lagi la..xterkira. huhu xpun korang leh tengok semua shortcut keys adobe photoshop kat SINI.

sebenarnya aq ada buat video untuk tutorial ni. tapi video xde audio. haha tu kira back-up kalau korang xfaham apa yg aq akan tulis lepas ni. harap dapat membantu. ada je software2 lain yg digunakan untuk buat animation ni. tapi dalam PC aq just ada Adobe Photoshop CS2 ngn Adobe ImageReady jer. bagi sapa2 yg ada cara lain, sudi2 kan la untuk berkongsi ilu di sini kerana aq still lagi dalam proses pembelajaran. xsalah untuk mengajar dan belajar sekali kan? hehe jom tengok macam mana aq buat..

psst~! nak senang, korang baca arahan2 kat bawah ni sambil tengok video yg aq upload huhu






  • buka Adobe Photoshop dengan Adobe ImageReady serentak(nak permudahkan penghantaran gambar nanti)
  • klik File > New. pilih saiz paper yg korang nak untuk buat gambar gif. lepas tu klik 'OK'
  • untuk memasukkan gambar, klik File > Open > Browse. pilih gambar yg korang nak edit.
  • kalau nak buat tulisan, cari ikon 'T' kat sebelah kiri adobe. 'right click' untuk pilih susunan tulisan.
  • drag mouse anda untuk buatkan satu kotak khas seperti yg ditunjukkan dalam video.
  • edit gambar mengikut citarasa masing2. jangan lupa untuk pilih layer(di sebelah kanan bawah adobe) gambar yg berkenaan untuk menetapkan gambar mana yg akan diedit.
  • opss sebelum terlupa, korang perasan x aq sengetkan tulisan 'ni yg akan keluar last'? caranya senang je, CTRL+T(free transform)
  • bila dah selasai meng'edit, klik File > Edit In ImageReady(Shift+Ctrl+M). tunggu sehingga gambar dihantar ke Adobe ImageReady.
  • ok sekarang da kat dalam Adobe ImageReady da. ;) korang pastikan tab 'Animation' terpapar di bawah skrin monitor anda seperti yg didalam video. kalau xde, klik Window > Animation.
  • sebelum tu, sila pastikan ruangan 'Layer' korang ada gambar yg korang edit dalam Adobe Photoshop tadi.(disebelah kanan bawah)
  • pergi ke ruangan 'Animation', cari icon 'Duplicates current frame'. frame yg pertama korang hilangkan gambar dengan cara menghilangkan ikon 'mata' dalam ruangan 'Layer'. pada frame ke-2 plak, korang adakan balik gambar seperti didalam video.
  • ok harap korang dah faham sampai sini, try 'bermain2' dengan tools animation tu dulu. try ikut aq seperti didalam video.
  • bila da siap meng'edit, klik File > Save Optimized As...(Ctrl+Shift+Alt+S). dan 'save' dalam format '.gif'.
hehe tu je cara2nya. selamat mencuba. pada sapa2 yg xfaham atau tersangkut kat mana2 arahan yg aq bagi, sila bertanya. kalau x nanti sesat jalan hehe. aq akan cuba menjawab selagi aq leh menjawab. ;) sorila yer ayat berterabur sikit dengan video xde suaranya. aq xde mic nak bercakap haha. harap korang fahamla yer. sekian.

26 komen bernas

Gambar Bergerak Untuk Exchange Link

June 25, 2010

Assalamu'alaikum..

sihat semua? aq baru je baik sikit dari demam. tinggal batuk je. perit gak hidup kalau batuk memanjang. huhu
hari ni aq dok rumah je xpegi mana2. balik je jumaat tadi, terus mengadap PC. duduk mengelamun sekejap, tiba2 terlintas idea nak buat gambar yg bergerak2, gambar yg format dia dalam '.gif' tu.

tapi sebenarnya xreti nak buat pasal memang xtaw langsung basic2 nak buat gambar camtu. godek punya godek kat dalam google, terjumpa satu website yg ajar cara2 nak buat gambar gif menggunakan adobe photoshop CS2. yez! aq memang da install software tu dalam PC aq. pe lagi, bismillahirrahmanirrahim~ bermulalah satu perjuangan yg kental untuk menyiapkan gambar tersebut....
..
...
...
selang 30 minit kemudian, terhasillah satu seni yg aq sendiri xpercaya seni tu aq yg buat. haha fambar yg dimaksudkan ialah





huhu amacam? ok ke x pada pandangan korang? ni percubaan pertama aq guna adobe photoshop untuk buat gambar bergerak cmni. kalau ok, angkat ibu jari, kalau kureng senyap je. haha. tapi pada sapa2 yg nak pakai, pakaila. aq xkisah korang nak pakai. suka2 je aq buat ni. tapi apa salahnya korang bagi credit kat blog si biru ni ke. ehehehe macamla ada orang nak pakai kan. ;p


btw, aq guna gambar ni untuk mewakili entry 'exchange link aq. hehe aq letak kat dalam sidebar sebelah kanan blog ni kat dalam ruangan 'My Stuff!'. hehe ok lah. tu je aq nak cerita. sekian.
11 komen bernas

Budak-budak Lucu








hehehe~ comel kan tindakan dorang semua? teringat aq masa kanak2 dulu. apa ek perkara nakal yg pernah aq buat? seingat aq, aq pernah rosakkan member aq punya jaring untuk tangkap ikan. dia tanya sapa yg buat tapi aq xngaku. haha sori der. masa tu kita kecik lagi. takut nak berterus terang pasal nanti takut plak kena marah dengan mak bapak. huhu korang ingat x kenakalan korang masa zaman kanak2?
6 komen bernas

Dimas Dimas Dimasss BBC

June 24, 2010

kalau ada yg terlampau fanatik sangat mesti taw BBC ni alias untuk apa kan. bagi yg xtaw, dorang mungkin ingat yg BBC ni BBC News, berita dunia. haaa, tetttt! yg aq nak maksudkan BBC kat sini ialah Sinetron Benci Bilang Cinta dari Indonesia. hehe sori guys. aq xlayan cerita nih. tapi disebabkan mak, adik dan sepupu aq dok melayan cerita ni tiap2 hari, aq terpaksa buat 1 entry khas untuk dorang. haha

cerita nih leh dikatakan tengah 'molotop' gak la sekarang. kan? hehe yeee aq taw. molotop giler kot. sampai ada yg upload dalam Youtube dari episod 1 sampai ke berapa ratus tah. dulu, mak aq hanya guna youtube untuk layan masakan je. sekarang bukak youtube pasal nak tengok cite BBC ni. ekeke sempoila umi. pengaruh FEFEY ngn SALUUNNN la nih. aq just layan lagu tema cerita ni je, jangannn, benci bilang cinta.... radja. ekeke ;p

Marshanda
contoh ek, sekarang tgh hujan. cerita tu plak ditayangkan kat Astro. bg sapa2 yg melanggan astro, paham2 jela apa akan terjadi bila hujan lebat kan. tiba2 keluar 'kotak kuning' kat screen. itu menunjukkan yg rancangan tergendala seketika. eh, bukan rancangan, tapi siaran tergendala(harap pihak astro buat sesuatu). bila da tergendala, penggemar2 BBC mengamuk wei! arghhh pasal tengah2 sedap layan BBC, leh plak stuck! haha sabar k. kat dalam youtube kan ada. ;p

mak aq yg balik kampung hari ni siap leh text sepupu aq soh kirim salam kat watak2 utama dalam BBC sebab kat kampung xdak astro. apa kes? ngeee~ kelakar betul mak aq nih. err sori weh para pembaca. aq xkutuk langsung cerita ni taw. just nak kongsi ragam2 keluarga terdekat aq yg suka menonton cerita ni jer. hehe lagi satu, dimas,dimas dimassss....

pe2 pun selamat melayan cerita nih sampai habis episod. kalau ketinggalan satu episode, search je dalam youtube, Benci Bilang Cinta. dorang just rakam dari tv jugak, style rakaman panggung wayang. haha sekian.
16 komen bernas

Not RM50 Baru Palsu?

Assalamu'alaikum..

tadi adik aq tanya ada nampak x not RM50 dalam seluar dia. dia kata da masuk dalam mesin basuh. oit! mesin basuh dah berputar la. haha bila dah selesai membasuh, kitorang carila duit tu. selamat jumpa. tapi yg memusykilkan aq, duit tu palsu ke x? sepupu aq kata macam duit palsu pasal lembik sgt bila da kena air. eh,memang kertas akan lembikla kan kalau da kena air. tapi kertas not RM50 ni sama x dengan kertas not RM5? kertas not RM5 kan kalis air. tapi aq still xpuas hati. belek2 duit tu.

not RM50 bila dah kena air..

not RM50 yang tulen..

cuba korang tengok kelebaran not RM50 ni..
haaa, aq jumpa satu lagi bukti yg membuktikan duit tu duit palsu. kelebaran duit tu xsama dengan duit yg lain. aq try ukur dengan not RM50 baru yg lain. tapi lagi memusykilkan aq ialah, setiap not original RM50 tu xsama kelebarannya. aikk!? macam mana ni? aq try google kat web pasal not RM50 palsu yg baru, tapi xde penerangan dengan lebih jelas lagi. ada satu site yg buat pasal not RM50 palsu ni, beritasemasa.com. maybe ni perkara baru kot. so sape2 yg ada pengalaman pasal not palsu RM50 yg baru ni, leh x kongsi ngn aq? pasal RM50 tu. banyak kot. pendapatan nuffnang aq pn susah nak jejak RM50. hehe

kepada BNM, kot2la not yg dalam gambar tu betul, saya ingin meminta maaf secara terbuka. bukan nak merendahkan kredibiliti BNM, tapi saya sebagai pengguna nak taw kebenaran je untuk peringatan di masa hadapan, dalam erti kata lain, for future reference. :)
9 komen bernas

Shoutmix Main Polis Entry

Assalamu'alaikum..

'polis entry,want to jaga, polis mati pencuri jaga'. best woo permainan ni masa budak2 dulu.. huhu aq xtaw korang tertanya2 ke x mana perginya kotak jerit aq. xhilang pun. aq saje je sembunyi2kan dia. haha ada je kat sebelah kanan blog ni. macam kat dalam blog orang lain jugak. aq xnak semakkan lagi blog si biru. aq nak menyenangkan korang semua yg membaca blog ni. (TQVM!) :)


aq jumpa tutorial nak sembunyikan shoutbox ni kat dalam blog 'mari bina blog'. ni ha link de ---> Memasang auto hide Shout Box pada sisi kanan blog


aq terbaca kalau kita hidekan shoutbox ni, leh lajukan lagi page loading blog kita. betul ke? so, untuk korang semua, aq hidekan dia. korang jentik je shoutbox tu. nanti dia keluar pelan2. macam (pokok ke bunga) semalu dia keluar. haha dengan tertulisnya penjelasan tentang ke mana hilangnya shoutmix aq dalam entry kali ni, aq harap korang xmenggagau mencarinya yer hehe sekian.
5 komen bernas

Ariel Peterpan Direjam Sampai Mati?

June 23, 2010

Assalamu'alaikum..

uihh jangan gabra dengan tajuk di atas. Ariel PeterPan sebenarnya dituntut oleh Hizbut Tahrir supaya direjam sampai mati dek penyebaran video seksnya.. ikuti berita selanjutnya dalam Metro Online berhubung dengan isu rejam nih. aq tampilkan sekali sebahagian daripada cerita tersebut..


apala nak jadi dengan dunia artis sekarang. lepas satu persatu masalah timbul xkirala kat Malaysia ke, Indonesia ke, serata dunia la senang cerita. tapi xboleh nak salahkan dorang seratus peratus. maybe ada pihak lain yg perlu dipersalahkan jugak. Wallahualam.

JAKARTA: Kira-kira 1,000 umat Islam berarak di tengah Jakarta, semalam, bagi menuntut selebriti tempatan yang terbabit dalam aksi seks dihukum rejam.Sambil melaungkan takbir, anggota dan penyokong Hizbut Tahrir itu turut menaikkan bendera hitam serta sepanduk menggesa vokalis Peterpan, Ariel, ditahan, kerana berzina.Protes itu berlangsung beberapa jam selepas Ariel menyerah diri kepada polis.Jurucakap Hizbut Tahrir, Ismail Yusanto, berkata Internet menjadi ancaman terhadap nilai Islam di Indonesia.Katanya, undang-undang syariah perlu dilaksanakan di seluruh negara itu. berita selanjutnya..
14 komen bernas

Selsema, Bersin Keluar Hingus

June 22, 2010

Assalamu'alaikum..

huhu tajuk entry kali ni maybe agak 'menjijikkan' sikit. tapi who cares? semua orang bersin kot. normal ke seseorang manusia xbersin sepanjang hidupnya? jawab jangan x jawab. hehe sebenarnya aq xsihat dikala menulis entry kali ni. penangan kerja kat litar Sepang hari tu. panas terik sangat sampai nak bukak mata pun xleh. aq harap selsema kali ni xmelarat sampai ke demam la. sekarang ni pun badan panas je. wuuu, xnakla demam. nanti kena tido sepanjang masa. bosan kot..

so untuk menghilangkan perasaan xsihat ni, apa kata kita layan gambar2 orang tengah bersin. harap korang xmuntah k bila tengok gambar yg aq nak tunjukkan ni. inilah realiti dalam kehidupan. ~AAAAachommmmm! Alhamdulillahhh! korang kenala jawab 'yarhamukallah' :)









psst!~ korang taw x apa yg keluar dari hidung bila kita bersin? jom kita jawab beramai2.. hehe
19 komen bernas

Rumahku adakah Syurgaku?

June 21, 2010

pernah terfikir untuk duduk dalam rumah macam ni? erkk!







30 komen bernas

GT Sepang Part II

Assalamu'alaikum..

seperti entry yg sebelum ni, masih lagi di Sepang sebab aq keje kat tarik kabel kat sana hari ni. hehe. penat tu memang lumrah dalam bekerja la. xseperti sebelum2 ni, tarik kabel menggunakan van. kali ni kena jalan kaki pusing satu litar. haha aq nak cerita banyak pun nanti takut sama dengan entry GT Sepang yg terdahulu.

cuma kali ni waktu makan, aq & adik aq kempunan nak makan nasi kandaq! cari punya cari kat kawasan sepang tu, jumpa kedai mamak. ingatkan adala nasi kandar, tapi 'err, nasi kandar tadala bang. nasi putih juga ada'. huhu nak xnk, makan jela kat situ. lapar giler!

sepatutnya kerja ni sampai esok hari. tapi big boss plak kata esok cancel. tunda hari rabu. sebab nak tunggu pengesahan dari SIC kot2 dorang nak menggunakan lagi kabel2 kamera tu. legaaa! badan da sakit2 nih. lehla nak berehat sehari esok. yg penting leh blogwalking banyak2! haha

kali ni aq banyak amek gambar kereta je pasal ada lagi kereta lumba yg belum masuk kontena. tapi xle g dekat sebab dorang tengah training. takut melambung kena langgar. video pun aq sempat rakam. tapi nanti2la aq upload eh. korang tengok gambar jela dulu huhu. kalau korang nak tengok dengan lebih jelas, right click kat gambar tu then open in new tab or window. ;)









eh jap. ada blogger komplen kata xleh nak tengok gambar yg aq upload. korang leh tengok x?
4 komen bernas

GT Sepang

Assalamu'alaikum..

berakhirlah sudah cuti sekolah selama 2minggu. maka terdengarlah tangisan2 dari budak2 yg masih bersekolah sebab xmau pergi sekolah esok hari. no more honeymoon! korang da berehat 2minggu kot. haha cikgu2 pun mula masuk kerja esok hari melayan karenah anak2 murid seperti biasa. dan aq pasti, mesti ada yg xdatang sekolah esok dengan alasan xbalik dari kampung lagi.haha untuk budak2 sekolah plak, kerja sekolah dah siap lom?

hari ni berlangsungnya SuperGT Championship kat litar sepang. korang ingat x iklan2 gt sepang yg keluar dekat nuffnang ads? hehe ada sapa2 pergi x? aq pun xpergi. pada yg xpergi, team yg menang ialah Team Calsonic Impulse. atau pun nak maklumat lagi lanjut, korang masuk website NIH. kat situ semua informasi ada.


ok sebenarnya aq kena pergi litar esok. kena dismantle kabel2 kamera yg digunakan sepanjang event berlangsung. penat tu kerja tarik kabel. sebelum2 ni aq pergi jugak tarik kabel, tapi sebelum event gt tu. bayangkan la berjalan2 di tengah panas2 terik pusing litar tu. haha nak pitam rasa. tapi mengenangkan bayaran yg setimpal, aq pergila jugak. seronok pun ada bila buat kerja nih. cuma penat jela yg kena tahan. kat bawah ni gambar2 yg sempat aq tangkap masa tengah kerja hari tu.

masa ni dorg tengah sembur angin kat celah2 lubang antara jalan dengan tanah. nak buang pasir kot..

dorang tengah repair starting horn.

ni namanya ramp. gunanya nak elak kabel drpd kena pijak oleh tayar kereta atau lori.

tengah ganti divider yg baru pasal yg lama da kemek.

Pak Sahak yg sempoi. kira mando kitorang lah ni. hehe

OB van tv3 dekat pit stop.

huhu tu jela yg aq dapat snap. ingat nak snap banyak lagi, tapi takut kena sound xbuat kerja plak. haha. so kalau ada apa2 yg menarik masa aq dismantle kabel esok dengan lusa, aq akan post yg lain plak. hehe sekian.
2 komen bernas