Home » , » Penangan Durian !

Penangan Durian !

June 17, 2010

Assalamu'alaikum.

errkk! alhamdulillah! sedap plak makan durian. err aq xtaw sama ada sekarang ni musim durian atau x. aq masuk2 je dapur, tersergam beberapa ulas raja segala buah tu kat atas meja makan. hoi! rugi xsambar seulas 2! kang melepas kat tangan orang plak. dengan trademark kalernya yg serba kekuningan, sapa xterliur beb! haha

dulu aq benci buah berduri tuh. antara sebab2nya de berduri satu hal. bila orang soh kupas durian tu, mau xsakit tangan kalau tersengaja pergi cucuk jari kat duri durian tuh. sebab yg kedua plak, bau de teramatla b****. aq xsuka bau durian sebab leh wat aq pening masa kocik2 dolu. aq bau je durian, dunia ni tunggang terbalik. lagi2 kalau dalam kereta. ya Allah! sebab ketiga plak, rasa de manissssss sangat. aq xle makan benda2 yg teramat manis ni. nanti sakit tekak, pastu mulala nak selesema. betul! maybe korang rasa pelik sebab aq camtu. dah aq dilahirkan camtu masa kecik, nak wat cane kan.. hehe

tapi tu semua berlaku waktu aq budak2 lagi. masa tu aq xleh lagi nak menilai kesedapan raja segala buah ni. tapi lama2, ahli2 keluarga memaksa2 soh try jugak buah ni, aq pun tryla... sejak dari tu la aq suka makan buah durian! semua perkara2 pelik yg berlaku kat aq dulu pasal durian, hilang! pantang nampak, aq mesti sambar seulas dua. lagi2 yg D24 punya durian. tapi aq xdela gila sangat sampai nak habiskan satu buah tu. just suka2 nak rasa kemanisan buah durian jer.


cakap pasal durian, kenapa 'mat2 salih' xsuka makan r? yg aq taw bau buah durian tu meloyakan bagi dorang. sampai kena banned dalam kapal terbang plak tuh. huh! dorang ni buta seni r. punyala sedap durian tuh. siap2 jilat2 lagi jari. takut orang kata membazirla plak. pastu plak siap masuk dalam pertandingan lagi. kalau pertandingan makan paling banyak durian tu ok lagi la. nih pertandingan cabaran menghabiskan SEBIJI! xpun SEULAS! durian je. macam dalam rancangan Fear Factor tu. adeh!

lagi satu, korang pernah dengar x orang pengsan ke, mati ke pasal makan durian. kalau yg tercekik tu aq dah biasa dengar. ni pasal minum air Coke atau bergas sebelum atau selepas makan durian. ade orang kata leh mati atau pengsan kalau overdose. huhu sebab aq pernah buat camtu. effect de, aq pening2 lalat, rasa loya nak muntah macam orang mengandung. aq tanya kawan2 doktor aq, dorang kata bahaya. erkk! aq xtahu menahu pasal hal ni. janji lepas ni aq xbuat da.

aq yakin lepas makan durian, badan mesti panas. panas weh! nak tidor malam pun susah. berpeluh je badan. aq nak tanya korang, berkesan x minum air yg dicurah dalam kulit durian tu? sebab aq xpernah cuba lagi. niat dah ada nak try, tapi bila nak try je, kulit durian dah dicampak masuk dalam tong sampah. huhu

tapi beringat sikit. pada sapa2 yg ada kencing manis, jgnla mkn banyak ek buah ni. dikhuatiri paras gula dalam badan akan naik. yg penting, jaga kesihatan selalu. sekian. meh tengok fresh orange plak ;p

psst!~ makan tempoyak dengan nasi saje pun sodap nih!

12 komen bernas:

ardinihumaira said... [Reply to comment]

sebab bau dia semerbak sangat tu pasal tak leh bawak masuk dalam kapal terbang kot. hehe

RyuJi said... [Reply to comment]

pehh sib bek aku tak suke buah durian..hahahha

nik rosmawati said... [Reply to comment]

sy juga suka durian..baru jea lepas makan ni :)

Afiq said... [Reply to comment]

@ ardinihumaira haha ye la kot..

@ryuji perghhh! rugi weh kalau xmakan..sedap kot.tryla seulas.xruginye ;)

@ nik yes! durian mmg sedap! tapi xberani nak mkan bayk kang mlm xle tido huhu

AiN Z said... [Reply to comment]

saya tak suka durian, tp saya suka tempoyak..

Afiq said... [Reply to comment]

@ain uik,leh plak cmtu? hehe 2-2 sedap la senang cite ;p

cikkiah said... [Reply to comment]

buat tempoyak..terbaek ah!!

nas said... [Reply to comment]

pergh...ak minat durian lorh....mesti nak banyak2...ahahahha..tempoyk? ak xminat..ehehe

farysa said... [Reply to comment]

yummy! lapar durian
klo wt tempoyak mkn dgn nsi pns2..perghhh....sedap gila
haha

AiDa AzRyN said... [Reply to comment]

sedapnye durian~ huhu~ lm xmkn..

Afiq said... [Reply to comment]

@farysa tu la pasal..lagi2 tempoyak ikan bilis..alahaiiii! slurppp! hehehe

@aida hehe nnt ade rezeki makanla puas2 yer. ;)

noor afzan said... [Reply to comment]

durian mmg terbaik..

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog