Pilih Kasih Dalam Meminta Sedekah?

November 29, 2010

Assalamu'alaikum semua.. uhh badan still panas lagi.. tapi xpelah. aku kuatkan jugak tulang sepuluh kerat untuk menaip satu entry..

Alkisah my father asked me to buy him a pepper tosai bawang without telur di kedai mamak.. aku terbeliakkan mata bila mendengar nama tosai tu. x pernah seumur hidup aku, mendengar nama tosai yang begitu pelik. ataupun mungkin bapak aku salah sebut ke, x ingat ke sebutannya macam mana.. mungkin tosai pepper bawang kot.. ntah.. lantak p lah nama tosai tu..


Aku: aney, pepper tosai bawang xda telur ada ka? kalau ada itu makanan, kasi bungkus satu. kuah dal.. err saya mau makan bihun goreng melayu sama itu teh O suam..

Waiter: sambil angguk2 kan kepala tanda was2 samaada itu tosai ada ke x.. then one word from him, wokeh..


Dala demam, bersweater bagai. berpeluh ketiak nak menunggu. selamat hujan renyai2.. lambat plak order tu nak sampai....

Ni yang aku hangin.. 10 minit tunggu, bihun goreng yang sampai dulu.. haiyakk.. hantar la air dulu aney.. habeh air liur aku dah ni sebab terliur dengan makanan orang sebelah.. zzzz.. sabarrrr.

Makan punya makan, datanglah seorang hamba Allah ni, masuk ke kedai sambil meminta sedekah.. kalau sedekah, dapat sekeping kad bertatahkan ayat 1000 dinar.. aku taw sangat sebab peminta sedekah tu orang yang sama dari dulu lagi. aku x kisah pun.. yang penting derma tu biar ikhlas..

Hamba Allah tu bergerak dari satu meja ke satu meja.. aku dok perati je sambil menjamah bihun goreng yang aku x taw nak bagi berapa bintang untuk tahap kesedapan... aku tunggu la bila si polan tu nak datang ke meja sebab dari jauh lagi dia dah terpandangkan aku.. alih2, bila dekat je dengan meja aku, dia terus berpaling arah mencari meja yang lain.. dalam hati, apa masalah dia ni dengan aku??

Aku toleh kiri, toleh kanan.. aku peratikan gerak-geri dia balik.. x sampai 10 saat aku dah tau jawapan untuk permasalahan yang pelik tu.. rupa2nya, hanya aku seorang je yang duduk di meja tu.. meja yang lain penuh dengan penghuni masing2.. aku tersedak..

Monolog dalaman dari seseorang yang bernama aku : "Wahh, memilih betul kau nak mintak sedekah ek.. asal meja tu ada seorang je customer kau x nak datang mintak sedekah *haha demand dah sekarang peminta sedekah ni.. kebiasaannya si penderma yang pilih kasih kepada peminta sedekah, Wallahualam. tapi ini sudah terbalik..

Sekadar gambar hiasan

Psst~! duniawi semakin pelik dengan karenah manusia yang semakin terbalik..
33 komen bernas

Sakit Itu Rahmat

November 28, 2010

Sejak ke 2 menjak ke 3 menjak ni, hujan turun dengan lebat dan kerapnya.. suhu badan yang kebiasaanya normal kini mencecah ke tahap yang abnormal.. di tambah plak dengan kekerapan meminum nescafe, otak mula jadi biul sebiul-biulnya.. x larat aku nak berpaling ke sana sini. pandangan mata kasarku dihalakan setempat agar aku tidak bermain-main dengan akal fikiran yang sentiasa mencari helah untuk mempersoalkan sesuatu yang melintas di depan mata..



Arghh i am not filling well right now.. aku x suka makan panadol.. jangan dipaksa.. aku lebih suka mendiamkan diri agar kesihatan kembali pulih sedia kala.. bukan x percayakan ubat, ubat yang tidak percayakan aku boleh menelannya.. aku bukan fobia, tapi itulah hakikatnya. kadang-kadang ubat boleh memuntahkan aku.. zzzz...

Aku mula mencari helah untuk tidak melayan perasaan sakit yang mengada-ngada ini.. dan aku tahu sesuatu.. Allah sayangkan makhluk ciptaanNya.. diturunkan penyakit agar kita senantiasa ingat kepadaNya. insyaAllah~ sakit itu rahmat dari Yang Esa..

Psst~! maafla yer kalau aku x kerap menerjah ke blog kalian untuk beberapa hari ni.. tapi kalau ada kudrat, aku terjah jugak *hehe
41 komen bernas

Award Dari Pendekar Lagi

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia. entry kali ni khas aku tujukan buat blogger yang berangan2 menjadi pendekar dan mempunyai seekor kuda *hehe sorry bro sebab lambat publish entry ni.. banyak kali dah pendekar bagi klu kat aku suruh buat entry ni, tapi aku lupa adehh.

Ok straight to the point, pendekar hadiahkan aku sekeping award ciptaan beliau sendiri. katanya award ni dibuat khas sebagai tanda penghargaan kepada rakan2 blogger yang rajin menjenguk ke blog beliau, iaitu blog 'Pendekar Berkuda, pendekar terulung tidak tercipta sedetik cuma'


Kata pendekar lagi, 'Award ni sangat istimewa tahu...award ini hanya khas untuk blogger lelaki sahaja..' *hehe so kepada blogger wanita, nantikan awardnya yang lain..

Dah menjadi kebiasaan bila orang hadiahkan award, kita kena jawab soalan *huhu


  • Soalan pertama yang pendekar ajukan ialah apa pendapat anda tentang blog pendekar? pada pendapat aku, blog pendekar ni simple, entry bermacam2 jenis dan seronok untuk digodek2 *hehe
  • Soalan yang kedua plak, dah berapa lama aku berblogging? masuk bulan 12 ni, genap setahun afiqbukhari.com berada di persada maya.
  • Dan soalan yang terakhir ialah, perkara yang anda x suka tentang pendekar berkuda? err soalan ni panas weh. aku pun baru je kenal kau pendekar, bagi aku setahun untuk menjawab soalan kau nih *hehe

Dan aku nak tag award ni kepada Gombakmali, Syatoza dan Krole.


Psst~! sorry pendekar sebab lambat nak buat entry ni. dan sorry sebab ayat berterabur.. kepala dah mamai ni *haha
21 komen bernas

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

November 27, 2010

Salam semua.. bro ben kembali lagi dengan segmen panasnya *haha gurau je bro.. kembali dengan segmen mantapnya iaitu Redah Kasi Pecah!! eh saloh plok, REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Syarat penyertaannya teramatlah mudah. korang cuma perlu godek-menggodek entry lelame yang korang suka bila membacanya. senang je kan.. so aku pun dah menggodek entry2 bro Ben.. setelah dibaca dan diamati dengan begitu cermat, aku dah pun berjaya memilih 5 entry daripada Koleksi Sepanjang Zaman milik bro Ben. dan entry2 yang bertuah itu adalah:

  1. Pemikiran anak merdeka ..
  2. Soalan untuk aku tapi tips untuk blogger
  3. Ruginya .. ruginya.. ruginya ...
  4. Cerita apa yang patut diceritakan di dalam blog ?
  5. Tips untuk blogger baru .. curi trafik ..
Ok bila dah pilih entry2 dari bro Ben, aku kena la plak pilih entry2 aku sendiri untuk tatapan korang plak..haa nampak x strategi bro Ben kat situ? lepas dia suruh pilih entry2 dia, dia suruh plak kita pilih entry kita sendiri untuk tatapan umum. trafik 2 hala tu..

  1. Entry Yang Bernas Dan Blog Yang Cantik
  2. Kuku kau panjang sangatla...
  3. Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi...
  4. Kau Memang Derhaka
  5. Bila Manusia Berhasad Dengki!
Psst~! Alhamdulillah, aku dah pilih entry2 aku yang korang wajib baca *hehe so korang x nak join ke? mehla join :D
24 komen bernas

Kuku kau panjang sangatla...

Kuku kau panjang sangat.. berkulat aku tengok.. kau xnak potong?

Gambar hiasan dari Google

Eh sori der, aku bukan busy body tapi mata aku ni ha yang suka jaga kesihatan orang lain.. mulut nak cakap tapi takut kau terasa.. so aku tengok jela dan membebel dalam hati sorang2.. sian kat aku *haha baik aku tulis kat sini je. semua orang boleh baca.

Kau makan pakai tangan kan? makanan tu kena kuku x? of coursela kena. kat kuku tu macam2 kuman ada.. kuman yang paling femes bersarang dalam kuku kau tu nama dia e-coli ... eee x senonoh betul nama kau kuman. kalau kau melekat dengan perempuan xpela gak, kena dengan nama kau tu. tapi kalau melekat dengan lelaki? adoii jadi aku untuk lelaki la plak *harhar

Aku pernah terbaca satu metafora dalam Islam kalau membela kuku ni. kalau kau simpan panjang walaupun sebatang jari kuku, kau seakan2 memelihara sekandang babi. SEKANDANG BABI!? weh, pegang pun haram, nak sebut nama babi tu sendiri pun dah jelik dan kasar, inikan pula nak membela sekandang babi. Astaghfirullah~

Potongla kuku tu, bukan amek masa yang lama pun. kalau nak dapat pahala sunat, potongla hari Isnin atau Khamis. Allah tu kan Maha Pemurah. kau potong kuku je, dah dapat pahala. sapa nak kasi beb?? bekalan untuk akhirat tu. lagi pun, tujuan sebenar memotong kuku ni ialah untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci. di samping tu juga, memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit yang x diingini.


Kalau kau malas sangat nak potong kuku, suruhla orang yang potongkan. itu pun kalau kau berani la pasal aku sendiri pun takut2 bila nak potong kuku sendiri. takut terluka dan terpotong daging. pedih tuu.. baik potong kuku sendiri kalau x percaya kat orang lain. tapi ingat, jangan x potong kuku lebih dari 40 hari sebab kalau lebih masa, syaitan dah start nak bergayut2 dalam kuku kau tu. kalau syaitan dah bergayut, hanyutla kau..

Psst~! lepas potong kuku jangan lupa basuh tangan tu, takut kalau lupa, kau pergi garu sana sini, x pasal2 leh dapat penyakit kusta.

Psst2~! kau orang gigit kuku x? buang tabiat huduh tu. pengotor.

.sumber.
21 komen bernas

18sx Dan Lelaki Terbalik

November 26, 2010

Salam semua.. 'aku untuk lelaki'? ya, itulah keyword terhangat untuk blog aku dari bulan lepas, sampailah ke hari ni. serius aku memang buat endah x endah je bila perkataan tu naik ke tangga yang teratas dalam senarai keywords nuffnang.. apa yang pembaca cari sebenarnya sampaikan blog aku terkena tempias perkataan 'aku untuk lelaki'?

Bila aku google words tu, terkejut sakan aku bila tengok resultnya. cehh!! '18sx terbalik' betulla kepala si pembaca yang mencari tu, laman web berunsurkan lucah terbalik sebenarnya. ini semua gara2 entry aku yang tajuknya seakan2 menyerupai aku untuk lelaki, 'kau lelaki, aku pun lelaki'.. seakan-akan ke? itu entry jenaka kot *haha mesra SEO nampaknya tajuk aku tuh. tapi mesra ke arah lucah terbalik la plak *huhu



Aku x taw nak kata apa dah.. kalau si polan mencari laman web tu untuk belajar xpelah(belajar apa weh??). tapi kalau sekadar untuk memuaskan nafsu serakah yang terbalik tu, bawak bertaubatlah. bacalah bahan bacaan yang lagi baik daripada tu. ingatlah, Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. punya masa lagi untuk bertaubat.

Psst~! masing2 punya akal dan fikiran yang mantap. pandai2 tentukan yang mana baik dan yang mana buruk.

Psst2~! aku memang lelaki tapi aku bukan lelaki yang terbalik *wakakaka
33 komen bernas

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !



Salam semua.. fewwittttt~! header blog bro Ben Ashaari dalam blog AfiqBukhari.com la.. bertuah rasanya aku.. bukan selalu dapat letak header bro ben dalam setiap entry yang aku publish *haha so kali ni memang aku published entry ni khas untuk segmen baru bro Ben Ashaari yang dipanggil 'SAYA SUKA BLOG AWAK LA !'. ok dan 5 blog bertuah pilihan aku adalah:

Blog Zaerr.com - ehermm.. aku suka sangat blog dia ni sebab cara penulisan entry dia sangatlah memenuhi kehendak citarasa aku.. setiap entry yang dia publish pasti akan mendapat komen yang sekurang2nya boleh mengejutkan hati dan minda ni untuk berkata, 'wah! banyaknya komen dia' *hehe kekemasan blog dia pun aku suka. simple dan berwarna warni. xjemu nak menghadap tiap2 hari.

Blog Gombakmali - Owner kepada Blog Gombakmali ni ialah sahabat kepada owner Blog AfiqBukhari.com. sebab apa aku suka blog dia? cara penulisannya sempoi, senang untuk difaham. setiap entry yang dia keluarkan mesti mempunyai info2 yang menarik dan tertarik, kau memang da bomb! walaupun masih baru dalam dunia blog, aku tabik hormat sebab dia mempunyai cara yang tersendiri untuk menarik minat pembaca.

Blog Cik Tom - haa sapa yang x kenal Cik Tom ni angkat tangan? *haha 4sure ramai yang kenal punya. dia ni salah seorang blogger yang tengah nak meningkat popular la jugak. aku minat kat blog dia sebab blog dia lain dari yang lain. buah tomato? why tomato cik tom?? *hehe lagi satu blog dia ni banyak entry2 yang berguna untuk mencantik dan memperkemaskan blog.. dia ni jugak seorang yang x lokek ilmu. terbaik la cik tom :D gudluck 4 your konvo k :)

Blog Real Wanda@ Bro Wanzi - aku amat hormat dengan empunya blog realwanda ni.. walaupun x selalu tinggalkan jejak dekat blog dia, tapi aku selalu masuk blog dia jadi silent reader. dia memang suka tolong orang. pada siapa2 yang kenal bro Wanzi ni, korang mesti tahu kan apa pengorbanan dia kat korang. baik hati orangnya menghadiahkan blogger2 dengan banner yang smart dan cantik. thnks again bro. banyak entry tutorial yang afiq selalu godek2 kat situ :D

Blog Cik Bulat - Adakah owner kepada Blog Cik Bulat 'bulat'? *haha xdela, x bulat pun. aku pun x taw kenapa dia pilih nama Cik Bulat. mungkin ada kisah yang tersendiri kan cik bulat? *huhu aku suka masuk blog dia. tenang je hati. dengan kaler pink lembut(opss aku lelaki sejati wakaka), template blog yang kemas, senang kata, senang hati lah bila jenguk blog Cik Bulat. entry pun sempoi je, boleh hilangkan stress :D

Alhamdulillah dah cukup pun 5 blog pilihan aku. sebenarnya banyak je blog yang aku suka nak masuk. tapi bro Ben menghadkan sebanyak 5 blog je. so apa boleh buat *hehe oh sebelum tu, aku dapat taw pasal segmen 'SAYA SUKA BLOG AWAK LA !' ni daripada blogger Kak Izan sebab Kak Izan suka blog aku la ! *hehe thnks kak :D


Psst~! thnks a lot to Bro Ben sebab banyak menbantu blogger2 baru dalam memperkenalkan mereka di mata blogger2 yang lain, di samping membantu menaikkan trafik :D
34 komen bernas

Shout Here!

November 24, 2010

Salam semua.. apa khabar? khabar baikkah? cukup makankah? cukup tidurkah? segalanya cukupkah? kahhhh??

Shoutbox@chatbox teramatlah penting dalam sesebuah blog kan.. pada mana2 blogger yang suka blogwalking, benda pertama mata akan mencari kalau menjenguk sesebuah blog itu adalah chatbox. betul x? kalau x betul, iyakan jelah. aku pun suka jugak blogwalking ni, salah satu cara nak meningkatkan trafik untuk blog.

So kat sini aku just nak beritahu korang semua yang chatbox aku dah xde... (sila lirikkan mata anda ke kanan blog sekarang), dan ya! korang akan nampak satu banner 'Shouthere!' di atas iklan Nuffnang.. buat blogger2 yang masih baru, di situlah chatbox aku tertanam.. aku bukan nak menyusahkan korang semua, tapi terpaksa buat begitu.


Kebanyakan koleksi banner para2 blogger aku kumpulkan di situ dan aku akui, banner korang cantik2 semuanya. sayanglah kalau x dipamerkan di tempat yang betul kan.. so itulah tujuan sebenar aku membuat 'Shouthere!'.. di samping meninggalkan jejak, korang boleh bertumpu di situ untuk berblogwalking. kan dah boleh menjimatkan masa *hehe



Psst~! agak terlambat untuk aku publish entry ni.. so kepada blogger2 yang dah tau kedudukan chatbox aku, sila senyumkan diri anda k *haha aku memang suka buat kerja dulu, then baru nak heboh2kan..
31 komen bernas

Makin dilayan dengan baik, makin dipijak kepala.

18SG...

Orang dah bagi muka, kau nak leher..

Orang dah bagi perut, kau nak tali perut..

Orang dah bagi paha, kau nak betis..

Kalau aku nak bagi kaki, kau nak x?

Apa payah sangat ke nak turunkan sikap ego tu dalam diri? ni la satu manusia yang x pernah nak bersyukur dan menghargai pemberian orang.. makin dilayan, makin dipijak kepala..

Orang dah nak berbaik2 dengan kau, janganla dipijak kepala balik.. nampak sangat kurang ajarnya tu. kalau kita ni bukan sesaudara Islam, dah lama aku putuskan tali persaudaraan dan persahabatan.. tapi Allah SWT x suka macam tu, akal fikiran dikurniakan olehNya yakni Allah SWT untuk kita berfikir dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. bukan nak mengeruhkan keadaan..

So fail la kau ni.. payahnya la nak suruh kau berfikir dengan baik. fikir dan tentukan mana yang baik dan mana yang buruk. ni x, main serbu je nak belasah orang sesuka hati. mana perginya orang yang sepatutnya menasihatkan kau? lagi sekali kau buat macam tu, aku xkan teragak2 nak menjadi 'orang' tu, biar terasa seterasanya. bukan nak menyindir, tapi nak menyedarkan.

Sebahagian daripada lirik lagu ni berjaya metenteramkan aku:

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not...
Life is shorter than most have thought
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

Psst~! watak 'kau' dalam ni bukan untuk siapa2 pun, jangan terasa bila membacanya kerana entry ini bersifat peribadi. siapa yang makan nasi, maka dialah yang akan kenyang :)

Psst2~! ok aku dah x angin da *haha x baik marah lama2.
22 komen bernas

Penghawa Dingin Kereta Menyebarkan Penyakit?

November 23, 2010

Salam semua.. tergerak hati aku nak berkongsi artikel yang berguna ni dengan korang semua.. artikel yang berguna bagi pemandu2 kereta yang suka memasang penghawa dingin@aircond ketika cuaca panas mahupun sejuk.. meh baca..

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika dibiarkan di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita… - sumber dari Syok.org

Psst~! so secara kesimpulannya, jangan tergopoh-gapah.. time drive pun jangan nak memandu secara membabi buta..

Psst2~! alhamdulillah, dapat lagi buffer daripada Nuffnang, thnks a lot! :D
26 komen bernas

Manusia Begitu Kreatif



Psst~! aku suka betul tengok benda2 yang pelik dan perkara2 sukar untuk dilakukan oleh manusia yang normal.. tapi kalau bab magik dan magis tu, aku x percaya da manusia yang buat.. tu semua dengan bantuan syaitanirajim..
13 komen bernas

Allahi Allah Kiya Karo dari Maher Zain Dengan Lirik

November 21, 2010

Salam semua.. kali ni aku nak berkongsi dengan korang sebuah lagu dari Maher Zain yang aku rasa sedaplah telinga tu untuk didengar.. even budak2 kecik pun suka lagu ni.. aku saja pasang cd Maher Zain masa raya haji hari tu, xsangka semua suka nak dengar. siap repeat lagi tu.. alhamdulillah, thnks Maher Zain sebab banyak membuka minda anak2 muda sekarang ni dengan lagu2 saudara yang hebat2 semuanya..

Meh layan lagu ni, Allahi Allah Kiya Karo.. dalam lagu ni, Maher Zain berkolebrasi bersama Irfan Makki, salah seorang artis yang bernaung di bawah Syarikat Rakaman Awakening Records, sama macam Maher Zain.. apa yang best dengan lagu ni, ada rentak hindustan sikit.. goyang2 gak la kepala bila dengar, disamping tu terselit unsur2 nasihat.. amin~

 






Lirik Lagu Allahi Allah Kiya Karo

Psst~! baik ajar budak2 sekarang ni menyanyi lagu yang penuh dengan prinsip keTuhanan/nasyid, daripada dok mengajar dorang tu nyanyi lagu yang x bawa maksud apa2.. zzz..
24 komen bernas

Award Dari Pendekar

November 20, 2010

Salam semua.. dah lame x buat entry secara pukal dalam sehari.. bukan apa, kekadang ketandusan idea untuk menulis. kekadang idea datang, mood pulak yang lari *haha manusia ni bukannya robot boleh save idea secara langsung. kena ada pen dengan kertas, laptop depan mata dulu untuk buat draft, baru boleh publish.

Sambil2 hirup udara petang ni, tiba2 rajin plak nak kutip award dari blogger pendekar. dia kata, kalau x amek award, dia nak tembak aku dengan meriam gajah. apa punya turr~ *haha gurau je pendekar. okla, award yang dimaksudkan ialah;


Nickname aku;
Dalam dunia maya ni, aku lebih senang orang panggil aku Afiq sebab mudah dan ringkas untuk disebut. begitu juga dalam dunia realiti. kawan2 lebih senang nak panggil aku Afiq.. dulu masa sekolah teknik(asrama), aku suruh orang gelarkan aku 'bob'. padahal pada masa tu aku xdelah bob sangat pun. maybe sebab tengah rushing and blur time pilih nama samaran *haha

Ucapan kepada pendekar;
Thanks kepada pendekar sebab berhati mulia nak beri award ni kepada aku. cantik ke blog aku ni? jawab dalam hati jela ek.. xpun jawab dalam kotak komen kat bawah *haha untuk pendekar sekali lagi, semoga terus berjaya dalam dunia blog. aku tau kau boleh berjaya punya kalau kena dengan usaha, insyaAllah.

6 artis yang aku suka;
Maher Zain, Maher Zain, Maher Zain, Maher Zain, Maher Zain & semua artis nasyid kat Malaysia ni.. fair kan?

Tag;
hurm.. siapa ek? zaerr, gombakmali, misyamissyou, mish, tiefazatie, yanieJ, krole, mummynemo aka nellen, nabilpotter & cik tom. dan yang selebihnya aku serahkan kat korang semua. jangan segan silu nak amik yer.

Psst~! dan2 aku habis tulis entry award ni, azan maghrib berkumandang. jom solat.
19 komen bernas

Adik nak kena rotan ke?

Adik, kalau nak main bola, main kat padang ek. bukan dalam rumah. Jiran2 sebelah nak rehat di hari minggu ni. Lame tu nak tunggu hari minggu. Bila sampai hari minggu, adik2 plak main bola dalam rumah. Pastu pagar rumah besi tu jadi gawang gol plak.. Kedegangggggg!! Kus semangat.. Sian anak2 kecik dan mak bapak budak, nak tido pun xleh...

Adik2 nak taw sesuatu x? Bapak abang garang tau. Sekali dia jerkah adik2, melompat ke belakang kesemuanya nanti. Nak camtu? *haha bukan xleh main bola dik, boleh je. Tapi x kena pada waktula adik2 main bola. Sekarang tengahari, bukan petang. Adik2 tunggu petang k. Mainla puas2, xde siapa yang nak larang. lagi satu, janganla sepak bola tu ke arah pagar besi, annoying betul bunyi2 pagar tu bertembung dengan bola.. setiap seminit adik sepak bola tu, dan setiap seminitla abang kena tahan telinga ni dari bernanah dan berdarah..

Abang tengah baik hati ni. jangan sampai abang rotan punggung sorang2. Senyapppppp!!!!!


Psst~! Keluhan seorang abang terhadap anak2 jirannya.. *lol~

Psst2~! chatbox baru aku kat sebelah bawah google search.. yang kelip2 tu :D senang sangat nak cari kan.. *hehe
18 komen bernas

Blog berat? Skrin LCD lebar atau sempit?

November 19, 2010

Blog kalian berat?

Xde masalah, tekan butang pangkah je, selesai masalah.. tapi siapa yang rugi? si pembaca atau si tuan empunya blog?

Kalau rugi jatuh kepada si pembaca, pembaca hanya rugi untuk membaca sesuatu yang disampaikan oleh si penulis. kalau si penulis menulis tentang cerita tentang berita atau isu semasa, si pembaca mempunyai banyak pilihan untuk mencari sumber2 tu didalam blog yang lain.

Katakan blog A dan blog B menulis tentang sesuatu yang sama. berat blog A ringan lebih ringan dari berat blog B berat. agak2 kalian semua, si pembaca akan lebih tertarik untuk membaca di blog yang mana? A atau B? haa kalian jawablah sendiri dalam hati..

Kalau rugi jatuh kepada si tuan empunya blog, alamatnya kecewa tersinggung perasaan semuanya ada, sebab xde orang pun nak baca, nak jenguk apatah lagi. blog berat, lambat nak keluar, widget bersepah kiri kanan, bunga sana, salji situ..x perlu semua tu.. try kalian masuk blog2 otai macam bro Ben Ashaari, sis Dahlia, bro Just Khai, bro Darkbatman, etc. laju x? ada x dorang letak bunga ke, salji ke, autoplay lagu ke? huishh berat tuuu.

Info tambahan,

Kalian semua juga kena tahu, x semua orang menggunakan laptop dan LCD widescreen berskala 16:9 atau 16:10 untuk berblog dan melayari internet. ada yang still pakai monitor CRT kotak tu, kebanyakannya berskala 4:3.. sempit je padangan mata ke atas blog kalian. kalau widescreen, banyak ruang di sebelah kiri dan kanan, mata pun x kisah dan x serabut nak tengok yang mana satu dulu.

Resolution skrin kalian berapa? Sumber - 4:3 dan widescreen resolution lists

ruang di kiri dan kanan yang luas, kalau ada bunga dan salji pun aku x kisah. biasanya sesuai untuk skrin berskala 16:9 dan 16:10

ruang di kiri dan kanan yang sempit, pening kepala aku dengan bunga dan salji. biasanya sesuai untuk skrin berskala 4:3

Aku bukannya jahat nak buat entry macam ni.dan aku pun bukannya mahaguru untuk menegur kalian semua. tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan dengan semua orang, agar si pembaca x menyampah dengan blog kalian.

Psst~! x semua manusia mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
21 komen bernas

Selamat Hari Raya AidilAdha

November 18, 2010

Assalamu'alaikum dan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca. walaupun dah lewat untuk aku wish raya kat korang, aku peduli apa *haha aku ni baru je sampai rumah yang tercinta.. penat weh drive.. selamat adik aku ada untuk gilir2 drive.. kalau drive sengsorang mau sengal2 sendi lutut dengan buku lali ni.

Apa macam hari raya haji korang? meriah ke, atau ala-kadar? hari raya haji aku untuk tahun ni xdela meriah sangat sebab ramai saudara mara yang x balik kampung. beraya dengan atuk dan nenek tercinta jela. tapi kenyang dah ni makan daging korban. Alhamdulillah. kalau daging tu buat sup, perah asam limau plak, adeh mau melekat kerusi tu dekat punggung. setahun sekali je makan daging fresh camtu..

Makan tu makan jugak, jangan lupa pada ibadah yang wajib kita lakukan. pada sesiapa yang berkorban tahun ni, jangan lupa sedekahkan daging2 korban tu kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.. ingat2 lah sikit yer kat dorang.. sesusah-susah kita, lagi susah dorang.




Psst~! seronok weh dapat beraya kat kampung :)
22 komen bernas

Balik Kampung...

November 16, 2010

Salam semua...

Tatkala korang tengah baca entry ni, aku dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berhari raya haji di sana.. semoga selamat segalanya didalam perjalanan nanti, insyaAllah.. pada yang memandu, macam biasa lah pesanannya, berhati2 di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang :)


Oh sebelum aku lupa, sapa2 yang followed up dengan entry aku yang ni, Dilema Antara Nokia E71 Dan Nokia C3, aku dah pun pilih Nokia E71.. 2nd hand pun ok la. yang penting function terbaik.. thanks to Azman sebab sanggup nak jualkan phone kesayangan dia ni kat aku *hehe

Psst~! kat kampung xde line internet wuuu... ni yang nak subscribe BB nih~
22 komen bernas

Berlagak Itu Separuh Daripada Syaitan

November 15, 2010

Salam semua..

Kali ni entry aku x berilimiah sikit.. psst~! pernah ke berilimiah? *haha

Aku pendekkan cerita jela, dah nama pun blog peribadi kan, x yah nak berjela2 sangat kalau nak bercerita pasal peribadi.

Perlu ke korang tunjukkan atau gembar-gemburkan sesuatu yang gempak gila kepada kawan korang? padahal sesuatu yang gempak gila tu milik orang lain.. maksud aku sebagai contoh, abang aku beli sesuatu yang jarang orang akan miliki sebab harga dia mahal dan very limited dalam pasaran.. dan kau kecoh nak bagitahu kat orang lain yang x nak tahu langsung pun pasal barang tu. perlu ke?

Ok kalau niat kau tu nak meninggikan lagi martabat dan maruah abang kau tu, aku x kisah. tapi bagi aku secara peribadi, x payahlah nak show off dengan barang orang lain. x bagi benefit langsung pun kat kau, melainkan perbuatan tu dapat memuaskan nafsu kau. Kalau barang tu kau beli sendiri, baru aku teragak2 nak puji kau.

Apa pasal aku tulis entry macam ni? pasal aku meluat dengan orang yang suka meninggi diri dan berlagak. kalau berkias xpela gak. be humble sudey...




Psst~! adik aku beli gula2 hacks pakai duit sendiri kot... berlagak gila aku...
29 komen bernas

Ingat Senang Nak Jadi Pilot Jet Pejuang? - Perihal G-Force

November 13, 2010

Salam semua... ingat senang ke nak jadi pilot jet pejuang? setakat jawab exam je x cukup.. kenala ada latihan amali.. fizikal dan mental korang kenala mantap.. baru layak jadi pilot.





Pernah dengar 3G? 5G? 9G? *haha bukan iPhone 3g tu.. ini untuk terms dalam bidang pesawat, angkasa lepas, G-Force. bila kita jatuh bebas dengan halaju yang tinggi.. ada 4 jenis G-Force iaitu Positive G, Negative G, Lateral G dan Linear G. ini untuk pengetahuan am je. kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang G-Forces, meh masuk website ni, www.coasterforce.com.

Korang biasa tengok pilot terbangkan jet pejuang secara menegak? daripada bawah terus naik menegak ke atas(melawan graviti). G-Force yang terhasil daripada tindakan pilot tu, Positive G.. darah dalam badan akan turun dari kepala terus ke kaki.. kalau terdedah lama sangat dengan kedudukan positive g ni, kita boleh pitam, buta warna sekejap, ataupun mati sebab darah x naik ke otak.

Negative G plak, bila pilot terbangkan jet pejuang secara secara menjunam dari atas ke bawah.. darah dalam badan akan bergerak dari kaki naik ke kepala. kedudukan yang ni pun bahaya jugak kalau terdedah terlalu lama.. kita boleh kena strok, mata rosak.. sebabnya darah dalam badan dah berkumpul di kawasan kepala dan mata.


Pernah naik solero shot kat Genting Highland? satu binaan yang tegak terpacak.. free fall dari atas ke bawah. best tuuu, tapi aku baru sekali je naik, lepas tu tobat dah x nak naik dah *haha itu baru negative 3G kalau x silap aku.. yang dalam video kat atas ni, 9G kot.. kalau salah teknik pernafasan, memang unconscious la jawabnya, atau dalam bahasa pilot, G-LOC(G-force induced Loss Of Consciousness).

Psst~! kalau x berani nak naik roller coaster, baik jangan jadi pilot..
37 komen bernas

Google Office - Gambar dan Alexa

November 11, 2010

Salam, korang semua mesti familiar kan dengan Google.. enjin carian web yang terpantas setakat ni.. so apa yang membuatkan mereka pantas? adakah persekitaran office membantu mereka bekerja dengan lebih pantas? maybe..

macam kindergarten da tempat makan dorang...

sebelah bangunan Ernts&Young tuu...

receptionist...

aku ingat kat giant je ada playground macam ni...

santai giler...

changing room dan toilets, share and enjoy please...

pool mari...

sampan mana tersesat dalam ni?
seronok weh kalau dapat bekerja santai macam ni...


Psst~! aku rasa office google ni lagi cantik daripada office mukabuku.. colourful kot.. perkataan Google tu sendiri pun dah cantik.. aku x suka langsung dengan interface yahoo, macam2 informasi kat muka depan yahoo tu. bagus tu memangla bagus.. tapi crowded, then lambat nak load.. . better set Google as a default Home Page.. laju je, xyah nak pening2 kepala tunggu dia keluar. no wonderla web Google dapat ranking No.1 dalam Alexa Top Sites

26 komen bernas

Kerap Blogwalking, Percuma Satu Banner

November 10, 2010

Salam semua.. selama hampir setahun aku berblogging, ini lah kali pertama seorang blogger yang baik hati menghadiahkan aku sebentuk/sekeping/sebidang banner tanpa perlu meminta dan merengek dengan beliau.. tau2 je, beliau tinggalkan pesanan dalam chat box supaya datang ke blog beliau ambil hadiah.. sejak bila plak aku masuk contest? last aku join contest yang dianjurkan oleh blogger ialah contest dari cikmin dan aku dah pun tuntut hadiah tu..

Masuk je blog dia, mata aku terus terbaca entry 'Hadiah Link Banner Peringkat Ketiga'.. scroll sampai ke bawah, ternampaklah satu banner, gambar seorang pahlawan berani mati tengah pegang pedang *haha smart giler bro.. merah menyala plak tu.. garang sangat ke aku ni? *ehehe ok, blogger yang dimaksudkan ialah bro Wanzi, empunya sebidang tanah yang diberi nama wanda2u.com, realiti kehidupan.







Smart x? berdiri tegap kot aku dalam banner tu *hehe siapa2 yang nak ambil banner tu, ambil la yer.. sebelum ni pun aku dah ada banner sendiri.. so sekarang ni dah bertambah lagi satu.. orang kata biar pelbagai.. dan banner lagi satu ada je kat menu bar atas ni, hujung kanan sekali.. dan pada siapa2 yang nak exchange banner dengan aku, dipersilakan.. banner korang akan terpampang didalam page ni, Exchange Banner, FREE OF CHARGE!

Apa2pun, thanks sekali lagi buat bro Wanzi sebab sudi nak buatkan aku satu banner percuma.. aku hargai sangat2.. bukannya senang nak dapat peluang camni.. kan? *senyum ikhlas lagi satu, isi kandungan dalam blog beliau ni memang pelbagai.. bagi blogger2 baru, tutorial melambak dalam blog beliau. x caya, tryla tengok sendiri, wanda2u.com.

Psst~! ha korang kalau nak banner free macam aku tu, tunggu apa lagi, pergila jenguk blog bro wanzi.. bagi salam dulu, adab sebagai seorang muslim kena jaga bila nak masuk rumah orang.. bukan main tendang sesuka hati je pintu rumah orang.. *huhu
20 komen bernas

Drama King diramal menjadi juara Anugerah Juara Lagu 25

November 8, 2010

MUZIK Muzik 25 yang kini memasuki peringkat separuh akhir menyaksikan Faizal Tahir muncul peserta yang paling banyak menyanyikan lagu untuk dipertandingkan pada pertandingan anjuran TV3 itu mulai 8 November ini.

Menerusi peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada hari ini (8 November), 15 dan 22 November ini, Faizal akan menyampaikan tiga buah lagu berjudul Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam bagi mencari peluang ke peringkat akhir.

Namun, Faizal tidak menaruh keyakinan terlalu tinggi terhadap lagu-lagu nyanyiannya, sebalik meramalkan lagu Drama King dendangan Meet Uncle Hussain mampu muncul juara Anugerah Juara Lagu 25 kelak.

"Saya membuat ramalan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penyanyi, penerbit dan pencipta lagu. Drama King adalah lagu kegemaran saya dalam pertandingan ini. Saya tahu kekuatan lagu itu secara keseluruhannya.

"Susunan lagunya memang bagus dan saya percaya Taja yang mencipta lagu itu boleh pergi jauh dalam bidang ini,"
katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar Muzik Muzik separuh akhir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Teruskan membaca... sumber - Utusan Malaysia, ABD. AZIZ ITAR

Psst~! Aku x terkejut kalau lagu ni akan muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-25 sebab memang sedap pun!! maksud tersirat disebalik lagu ni memang sempoi.. siapa yang makan cili, diala yang terasa pedasnya.. meh layan lagu ni sat.





Psst~2! TBP, bila nak jamm lagu nih? *haha
24 komen bernas

Dilema Antara Nokia E71 dan Nokia C3

November 7, 2010

Aku nak beli handphone.. nak gantikan phone yang dah macam belacan ni dengan phone yang up-to-date sikit.. phone yang ada wifi, gps.. senang sikit aku nak update blog.. huhu dalam kepala ada dua jenama je yang sering di ulang tayang bila nafsu nak membeli tu datang.. antara Nokia C3 dan Nokia E71.. agak2 korang yang mana satu?

Nokia E71

melawan

Nokia C3


Ada kawan nak jual Nokia E71 tu.. harga boleh tahan.. terbaik dan murah! second hand.. warranty da expired.. tapi aku yakin je nak beli dengan dia memandangkan spesifikasi Nokia E71 lagi mantap dari Nokia C3 yang xde GPS dengan 3G, but look nice! Nokia C3 ni orang kata 'blackberry wannabe'.. siapa2 yang gian sangat nak pakai blackberry tapi x mampu nak beli, better angkat Nokia C3.

Susah rupanya nak buat pilihan yang tepat.. baru nak beli handset, tapi fikir 18 ratus kali, still x dapat buat keputusan.. tu belum lagi sampai tahap nak kawin.. dok pilih yang tu ka atau yang ni.. payah sangat, buat solat istikharah.. kalau still di takuk yang lama, orang dah beranak pinak sampai ke cucu, baru nak terkial2 cari bini *haha makan maggi sampai ke tua la jawabnya..

Tapi bila dah buat keputusan, terasa lega seleganya.. satu beban yang selama ni asek duduk bertapa dalam kepala, keluar membebaskan diri.. selama ni siapa yang membantu dalam membuat keputusan? diri sendiri? kawan2? keluarga? aweks? balaks? x kisahla sapa2.. yang penting hati puas dengan keputusan tu.. betul x? so, apa pendapat korang? aku sebenarnya dah berkenan dengan Nokia E71 member aku tu.. bajet pun x lari.. Nokia C3 tu mahal la plak. boleh je nak beli, tapi bajet lari sikit.. aku bukannya anak orang kaya~

Psst~! kalau kaya, aku nak beli phone yang boleh ajar seseorang tu berfikir secara rasional..
57 komen bernas

Ketua Penerangan Pemuda Umno Meninggal Dunia

November 5, 2010

Nov 5, 10 5:42pm - Ketua penerangan Pemuda Umno Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.

Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata ketua pergerakan Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Norsyamsul Azman dari Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, ke Galas bersama-sama 30 anggota Pemuda Pahang bagi membantu kempen calon BN dalam pilihan raya DUN Galas.

"Kali terakhir saya berjumpa allahyarham ialah sehari sebelum hari pengundian DUN Galas ketika kami keluar beramai-ramai untuk makan di Kesedar Inn, Gua Musang.

"Kami menjaga peti undi berbeza dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan berkempen tetapi dia bersungguh-sungguh mengajak keluar pada malam itu walaupun kawasan yang beliau jaga agak jauh dari Kesedar Inn," katanya yang telah 17 tahun mengenali arwah.

Beliau berkata jenazah Norshamsul Azman selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8 Jalan Kuantan-Gambang dekat Kuantan pagi ini.

- Sumber Bernama

Psst~! x kisahlah allahyarham Umno ke Pas, dia tetap seorang Islam. sama2lah kita menyedekahkan Al-fatihah buat allahyarham.. semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah.. Al-Fatihah~
7 komen bernas

Tepuk tangan pun boleh cipta rekod ke?

'Di'umumkan, pemenang bagi tempak ke sekian2, jatuh kepada...~!'...... semua pakat tepuk tangan beramai2, kuat2 plak tu.. bersemangat sungguh.. macam dalam video kat bawah ni.




Banyaknye syaitan x mati bila tepuk tangan camtu kan? dulu ustaz aku pesan, kalau nak tepuk tangan, tepuk tangan secara terbalik.. jangan tepuk tangan ikut style normal mat saleh dengan style arab jahiliah.. dorang tu tepuk just untuk suka2 dan berhibur je.. suka la syaitan bila manusia bertepuk tangan meng'agung2kan mereka. kita sebagai seorang muslim kenala ada akhlak..

Tepuk tangan ni x salah kalau kena dengan masa dan tempatnya.. kalau kau tepuk tangan masa imam bacakan khutbah, x ke pelik? orang tengah kusyuk dengar khutbah, nak selitkan minda dengan ilmiah2 islam, kau tepuk tangan pasal kau suka dengar khutbah.. x payahla macam tu sekali.. jahil sangat kau nih. macam mencerca majlis je.. dala dalam masjid, tempat orang beribadah, bukan tempat orang nak bersuka ria..

Takbir, Tepuk Tangan, Tepuk Terbalik

Psst~! dah macam kipas da tangan dia aku tengok..
18 komen bernas

Susahnya Nak Jadi Pembeli

November 4, 2010

Apabila permintaan untuk sesuatu barangan lebih tinggi daripada bekalan sedia ada, harga terus naik mencecah awan..

Apabila bekalan sesuatu barang itu melebihi daripada permintaan, baru nak buat jualan murah.. baru terhegeh2 nak cari pembeli..

Sebagai contoh, harga air berperisa anggur jenama gatorade lebih mahal daripada air berperisa oren, limau dan fruit punch.. sebab apa macam tu? padahal pengeluarnye sama je.. sebabnya perisa anggur lagi sedap daripada perisa yang lain.. x caya cubala beli.. try beli kat 7e.. try compare harga air tu.. bila dah sedap, tentulah ramai orang nak beli.. dan macam biasa, harga akan automatik naik.. x salah pun, cuma geram je..

Kalau sesuatu barang tu tengah HOT dalam pasaran, for sure, sekejap je habis dijual.. tapi bila ada peniaga yang dapat kesan 'kepanasan' sesuatu barang tu, dorang akan simpan barang tu.. then bila orang terdesak nak beli, peniaga akan sesuka hati meletakkan harga yang tinggi.. so, there is no an option for the buyer to make a decision.. suka atau pun tidak, mereka tetap akan membeli.. samala macam kes kekurangan gula, beras, etc..

Kita sebagai pembeli ada hak nak membuat keputusan sebelum membeli.. jangan kerana nafsu, poket kita kering sekering keringnya... beringat sebelum kena..

Psst~! susahnya nak jadi pembeli yang bertuah dengan harga yang betul2 murah... penjual senantiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan.. itulah adat dan resam dalam urusan jual beli duniawi.. x salah pun sebab 9/10 rezeki adalah dari perniagaan..
11 komen bernas

T-Shirt Design Competition - Imaginasi Dan Realiti

November 3, 2010

Adakah anda kreatif dalam merekacipta design2 untuk t-shirt?
Adakah anda penggemar senireka grafik t-shirt?

Kalau ya, apa kata anda kembangkan bakat terpendam dalam diri anda tu dengan menyertai Pertandingan Design T-Shirt Online, 'imaginasi anda, kami jadikan realiti'..


Hadiah yang ditawarkan memang menarik:

Hadiah atau ganjaran yang ditawarkan amat menarik dan lain dari yang lain. Baca dengan teliti apa yang akan diperolehi si pemenang kerana belum wujud lagi hadiah atau ganjaran pertandingan online sebegini menarik.

Pemenang akan mendapat :

* Wang tunai RM 100
* Sehelai T-shirt dengan rekaan design pemenang itu sendiri.
* 10% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)
* Gambar pemenang bersama T-shirt yang dimenangi akan diabadikan dalam blog ini dan website showroom khas yang akan diberitahu kelak.

Peserta/Design bertuah yang terpilih (2 orang sahaja) :

* Sehelai T-shirt dengan rekaan design sendiri
* 5% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)

Hadiah/Ganjaran Khas :

Rekaan paling menarik dan meraih jualan online tertinggi sepanjang tahun akan mendapat hadiah khas iaitu percutian 3 hari 2 malam (pakej untuk 2 orang) di destinasi yang menarik.



*setiap bulan hanya seorang pemenang yang akan dipilih.

Anda Berminat? syarat2 penyertaan teramatlah mudah:

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia.
  2. Tiada had umur dan tiada minimum umur dalam menyertai pertandingan ini.
  3. Senireka grafik / design tersebut mestilah belum pernah wujud dan ia semestinya karya asli.
  4. Senireka grafik / design mesti dihantar ke imaginasirealiti@yahoo.com dalam format AI atau PSD beserta JPEG sekali (Sila sertakan nama, alamat, nombor telefon, dan email anda)
  5. Resolution grafik adalah tidak kurang dari 1024 x 768 (berskala besar).
  6. Design yang dihantar menyertai pertandingan ini akan menjadi hak milik penuh pihak IMAGINASI & REALITI dan peserta dilarang untuk menggunakan design tersebut bagi tujuan komersial lain.
  7. Setiap penyertaan mestilah mengandungi senireka grafik/design beserta reka bentuk t-shirt (depan dan belakang)
  8. Tiada had untuk menghantar penyertaan bagi setiap peserta. Anda boleh menghantar seberapa banyak yang anda suka tetapi hanya 1 design yang akan terpilih untuk menang.
  9. Segala keputusan yang telah dibuat adalah keputusan muktamad dan setiap penyertaan akan diadili dengan teliti oleh pihak yang berpengalaman serta syarikat percetakan t-shirt.

Psst~! Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang pertandingan ini, sila layari laman IMAGINASI & REALITI

Psst2~! Tema design untuk bulan ini, BEBAS/FREESTYLE dan tarikh tutup penyertaan adalah 30/11/2010. So tunggu apa lagi, jom sertainya sekarang~! :)


12 komen bernas

Imaginasi semata-mata?

Ini bukan cerita rekaan, ini bukan cerita dongeng.. rumah berhantu? hantu tu syaitan kan? so rumah bersyaitan? makhluk Allah yang ni memang mane2 je dia ada.. cuma x nampak je.. pada siapa2 yang x percaya tu, sila lah percaya sebab kita sebagai seorang muslim, kena harus mempercayai benda2 ghaib ni, setengah dari rukun iman..

Aku bukan nak cerita apa pun. just nak berkongsi dengan korang apa yang aku alami dekat rumah sewa member2 aku kat Shah Alam.. mula2 masuk rumah tu, aku rasa macam lain je.. tapi buat bodoh jela, xkan nak cabar 'benda' tu keluar kot?? akak kantin pun x berani sampai camtu sekali.. mula2 tu terperasan jugak ada ayat2 al Quran tergantung dalam rumah tu. benda normal camtu memang patut kena ada dalam setiap rumah.. tapi yang peliknya, siap ada ayat2 alQuran yang tertulis di dinding, guna pen maker..

Aku tanya si polan ni, ayat ape tu? dia kate, member dia plak kata tu ayat pendinding.. 0o0o maksudnya rumah tu memang 'berpenghuni'la?.... ntahh... segan nak jawab kot.. tapi xpe, buat rileks suda.. malam tu aku terpaksa bermalam kat situ sebab esok paginya aku nak kena gerak ke Rembau.

Sebenarnye xde apa yang pelik berlaku pun malam tu.. *huhu cuma pagi keesokan harinye sebelum gerak ke Rembau, aku alami satu benda pelik.. tengah2 salin baju, tiba2 mata aku tertangkap satu cahaya.. cahaya tu berbintik-bintik.. ada 3 bintik.. bersinar terang.. bila aku nak pandang cahaya tu, terus hilang.. eh apekah? aku story kat member aku yang lain.. dorang kata memang banyak je benda pelik berlaku kat dalam rumah tu.. o0o0o no wonderla bulu roma aku asek meremang je. cehhh.. bukan nak sound awal2 *haha berani berani takut je ni..

Aku bukannya apa.. 'dorang' tu makhluk Allah jugak.. cuma ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka menakut2kan orang.. sama jela dengan manusia.. janji 'dorang' dengan Allah tu yang buat kita tertekan selama ni.. 'dorang' kuat berusaha.. berusaha nak menyesatkan manusia.. pesan aku, jangan dilayan sangat kehendak 'dorang' ni.. buat bodoh je.. jangan berani sangat, jangan takut sangat. kalau boleh maintain average je *hehe kalau takut sangat, ayat2 dalam alQuran kan banyak.. explore dan pilih je ayat yang mana sesuai untuk dijadikan 'baju kalis peluru'.

Psst~! kadang2 diri kita sendiri yang menakutkan diri sendiri...
6 komen bernas

Alahai, kesiannya budak ni...

November 1, 2010





Psst~! Sepatutnya budak lelaki tu la yang kena confident.. terbalik la plak.. malu la weh kat budak perempuan tuh.. *haha aku kalau dah gabra bila nak bercakap atau present something depan orang ramai, terus senyap. pandang lantai fikir ayat lain.. tapi tula.. bosan orang nak menunggu.. xleh jadi wakil rakyat aku nih.. better jadi rakyat je..
13 komen bernas