Youtube bergelap

March 26, 2011

Assalamualaikum...

Okeh campaign earth hour dah tamat.. tapi kalau aku tak nak bukak lampu lagi boleh tak? haha xpela, dah berpinau mata aku ni duduk depan laptop dalam kegelapan.. tadi masa earth hour aku saje bukak laman youtube.. then aku nampak ini..


Apa yang korang nampak? mesti korang nampak matluthfi90 kan? actually aku nampak background laman youtube berlatarbelakangkan hitam.. so aku dengan niat plagiat, terus menukar warna background afiqbukhari.com kepada warna hitam sebagai tanda sokongan kepada kempen earth hour. tak salahkan? ada sesiapa yang perasan? kalau tak perasan xpela haha


Psst~! member aku datang rumah tadi. then dia tanya, pukul berapa TNB nak shutdown semua lampu rumah kita ni sempena earth hour? aku tersenyum sinis sambil berkata, ntahla... ;p
8 komen bernas

Malaysia Earth Hour 2011

Assalamualaikum...

Yop, ini malam, malam Earth Hour.. mohle kite tutup semua benda yang boleh ditutup.. kalau boleh, tutup line internet.. kalau tutup benda tu, confirm semua benda kita boleh tutup.. sebab internet sekarang kan macam dadah.. addicted kot.. xde internet, semua(tak semua) macam cacing kepanasan nanti hehe. just kidding..


Apa salahnya kita support kempen earth hour ni kan. tak silap aku, 128 negara will join this campaign.. meriah tu.. macam sambut raya plak.. tapi memang bagus pun kempen ni. atleast dapat memberi bumi sedikit ruang untuk 'bernafas dan berehat'.. bumi ni sebenarnya dah penat melayan karenah kita a.k.a manusia yang begitu rakus mengejar kekayaan yang tak kemana.. sejam itu pun dah kira cukup bermakna bagi bumi.

Tapi ada sesetengah orang complain yang kempen earth hour mendatangkan keburukan. keburukan dari segi keselamatan. kalau dah bergelap, penjenayah senang nak beraksi(biadap sungguh wahai insan yang bergelar penjenayah). so terpulang kepada individu macam mana nak support this campaign. mungkin tutup lampu, tapi pasang lilin ke.. support jugak kan.. tapi jangan lupa dengan keselamatan diri sendiri dan keluarga. beringat sekali.

Psst~! jangan lupa tutup lampu, start pukul 830 sampai 930 malam k..
15 komen bernas

Moden, tapi kuno

March 23, 2011

Assalamualaikum...

Daha lama aku tak basuh baju guna cara tok nenek moyang aku dulu.. last aku guna masa sekolah menengah dulu.. masa tu dah canggih sikit, dah ade mesin basuh rm1. cuma aku nak praktik cara orang-orang terdahulu basuh baju je.. cari tempat yang sesuai then port semua baju-baju kotor kat situ.. sabun serbuk ditaburkan dan berus sabut dihayun.. kanan kiri, kanan kiri..

Buat apa aku susah-susah basuh baju cara macam tu zaman sekarang ni? mesin basuh kan ada.. baru la moden orang kata... banyaklah modennya.. mesin basuh kalau rosak, kuno jugak jadinya. puas aku masukkan air, tunggu dia penuh baru tutup air.... erkk ada sedikit kekunoan di situ.. yer mesin basuh aku semi-auto.. tang wash, rinse dan spin semuanya auto.. tang masuk air, manual.. mesin basuh orang bujang la katakan..

Bila air dah penuh, aku tunggu dia berpusing.. agak lama menunggu tak jugak dia berpusing. bunyi je lebih.. arghhh ini kalau tak cukup air, mesti rosak.. aku buang air then masukkan balik.. same as before.. haprak! sah rosak! nah korang tengok sendiri.


Kalau tengok dari atas, memang tak nampak apa yang rosaknya. nampak macam baru kan. tapi cuba tengok dari dalam...


Tengok, macam mana tah screw tu naik sendiri sampai macam tu sekali.. ingat nak jadi mcgyver tak bertauliah sekejap. screw driver dicapai.. tangan ligat memutar screw.. dan hasilnya, hampeh! screw tu dah longgar.. patutlah mesin basuh tak berpusing. kesudahannya, baldi dan berus sabut menjadi peneman setia.

Psst~! duit lagi.. nak DIY tak boleh plak, tak tahu sangat apa yang rosaknya..
20 komen bernas

Aku tetap setia kepadamu

March 21, 2011

Assalamualaikum...

Dulu aku ada kekasih sehidup semati.. bercinta bagai nak rak, setia sampai ke penghujungnya.. hujung? ahaaa da clash da la tu.. tapi aku tetap setia. 'lelaki memang setia kan?' statement berani mati ni.. confirm sat lagi aku kena boh dengan wanita-wanita yang tak suka dengan statement ni.. tapi kalau aku cakap 'wanita memang setia kan?' macam mana plak.. vice versa la jawabnya..

Bukan pasal cinta yang aku nak ketengahkan kali ni.. tapi pasal pengiklan di blog aku.. dari awal aku menubuhkan blog afiqbukhari.com sampailah sekarang, aku tak pernah menduakan pengiklan aku.. memang dialah dari awal sampailah ke akhirnya. memang tak terniat langsung nak menduakan atau meninggalkannya.. oh nuffnang ku..

Aku tengok sekarang, ramai rakan-rakan blogger bertukar ke pengiklan yang lain. ada kemajuan di situ.. kalau bertukar, maknanya blog semakin hebat. tak pun meraka sekadar mencuba benda yang baru. tak salah pun. hak peribadi masing-masing. selesa itu perlu bila melakukan sesuatu. kalau dah tak selesa dengan yang lama, tukar yang baru.

Aku nak ucapkan tahniah dengan prestasi rakan-rakan blogger yang semakin cemerlang. berani mencuba sesuatu yang baru.. tapi aku still di takuk yang lama.. still dengan nuffnang, setia dengan nuffnang. biarlah earning seciput mana pun, asalkan afiqbukhari.com dipenuhi dengan iklan-iklan dari nuffnang. aku suka tengok iklan bermain-main didalam afiqbukhari.com. nampak macam hidup dan berseri.

Buat blogger yang masih baru dan mahu berjinak dengan nuffnang, sabar itu perlu. duit bukan datang bergolek terus kepada kita, tetapi kita yang kena kejar. kejar yang macam mana? bergantung kepada usaha kita sendiri. kalau rajin dan yakin, berbaloi-baloilah nanti ganjarannya. tapi kalau goyang kaki shj, duit pun turut sama bergoyang kaki. nampak? sabarrrr!

Psst~! walaupun satu sen, tetap bernilai. kalau dah kumpul sejuta sen, tak sejuta? tak paham betui aku(pinjam ayat leman sat)

Meh baca kisah sedih aku dengan google adsense kat sini.
17 komen bernas

Aku blogger otai?

March 20, 2011

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni, ramai yang panggil afiqbukhari.com blogger otai.. wehhh! tang mana yang otainya? entry ala kadar je. trafik tak segah blogger-blogger hebat yang lain. blog picisan sebenarnya afiqbukhari.com ni.. aku segan sebenarnya bila orang gelar camtu.. gelaran tu tak sepadan dengan aku. cuba selongkar entry lama-lama aku. mesti korang semua gelak besar punya, even aku sendiri pun malu nak baca haha. mana ropenya blogger otai??

'aku orang kecil, engkau orang besar... kau ibarat gajah, ku hanya semut merah....' haha

Perkataan sebenar 'otai' berasal daripada perkataan old-timer. maksud dia orang lama, veteran, antik, dan maksud-maksud lain yang sepadan dengannya, asalkan lama. kalau nak bergelar otai dalam dunia blog, kenala bermula dari awal. ... 'bila awak mula berblog? saya sebenarnya dah bermula berblog seawal tahun 1990 lagi..' haaa blogger ni barulah boleh dikatakan otai, sebab dah lama sangat bertapak dalam dunia blog. kalau baru setahun jagung bertapak, agak susah sebenarnya nak dapat gelaran otai tu.

Apa yang orang pandang dengan perkataan otai ni sebenarnya? dan kenapa seseorang itu memanggil orang dengan gelaran otai? mungkin sebab masa? pengalaman? pangkat? cara penyampaian?

Bagi aku, gelaran hanyalah gelaran. gelaran mungkin akan mengubah persepsi seseorang terhadap orang yang berkenaan. 'wahhh, dia ni dah lama la berblog. mesti banyak pengalaman dan ilmu. bolehla korek sikit.. blogger otai tuuu..' tapi apa yang ada pada nama kalau isi tak gah di persada dunia? takut sebenarnya kalau dipersoalkan sebegitu rupa.

Aku tak nafikan gelaran otai tu menunjukkan penghargaan dan rasa berterima kasih seseorang kepada kita. aku hargai sangat orang-orang tersebut kerana tanpa mereka, siapalah kita... tapi bagi aku, kita tetap sama. bermula dari awal, naik turun bersama-sama, jatuh bangun bersama-sama.. lama ke baru, kita tetap manusia yang selalu melakukan kesilapan.. 'nobody is perfect in this world'

Bagi aku, istilah otai tu tiada.. senior mungkin haha

Psst~! teringat kisah senior ragging junior masa sekolah berasrama dulu...

Psst2~! Satu soalan daripada aku, siapa yang sebenar-benarnya layak untuk digelar blogger otai pada masa kini?
23 komen bernas

Tinggi tak bermakna kebal dan kuat

March 19, 2011

Assalamualaikum...

"Apa khabar semua? baik-baik shj?" ini soalan standard aku kepada readers bila aku dah lama sangat tak update blog. dan bila aku bertanyakan soalan yang macam tu, jawapan yang diharapkan seharusnya jawapan yang cliche daripada readers, "khabar baik dan sihat macam biasa" :)

Dah lama sangat aku tak aktif dalam blog ni. bukan merajuk, bukan malas tetapi kesuntukan masa. niat di hati memang sentiasa ada untuk update, tapi aku pentingkan yang utama daripada yang pertama. kalau yang utama belum setle, yang pertama aku tak akan sentuh.. dan yang pertama itu ialah afiqbukhari.com. tetapi yang utama? macam biasa, kehidupan seharian yang bertungkus lumus untuk mengejar keselesaan dan kesenangan hidup untuk masa hadapan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, banyak bencana alam yang sudah berlaku. gempa bumi disusuli tsunami. ditambah pula dengan penyebaran radiasi, diikuti rapat dengan kos hidup yang semakin meninggi disebabkan tsunami. setiap yang Allah turunkan itu pasti ada hikmahnya, wallahualam. apa jua yang berlaku, Allah itu tetap Satu. aku pasti tujuan bencana tersebut adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan di samping menyedarkan khalifah-khalifahNya di muka bumi ini supaya sentiasa sedar dan dan tunduk kepadaNya.

Allah itu maha adil. tak kira negara itu maju, mundur atau sedang membangun, kalau ditakdirkan olehNya, "kun fayakun" maka jadilah ia tanpa sebarang halangan. jangan kita semua merasa yang diri kita ni kuat dan kebal. belum tentu seorang pemimpin yang dapat menguasai dunia boleh menghalang segala bencana yang bakal berlaku. humble itu perlu. walau setinggi gunung pangkat seseorang itu, tinggi lagi kekuasaan Allah. jangan mempersoalkannya..

psst~! apa yang pasti, kiamat itu pasti dan semakin hampir...
3 komen bernas

Update sebab MU kalah...

March 7, 2011

Assalamualaikum...

Setelah diamati tarikh entry sebelum ini, nampaknya sudah seminggu aku menghilangkan diri. bukanku kecewa, bukanku tak sudi, tetapi ku busy haha. busy dengan study, busy dengan assignment, busy dengan kuiz, busy dengan test.. plus hujung minggu pun ada aktiviti Kemahiran Insaniah di kolej. kalau tak pergi kena repeat dengan budak-budak baru akan datang...

Korang semua sihat? ada baik? still boleh bernafas macam biasa?

Aku alhamdulillah sihat macam biasa.. tetapi alahan kepada habuk buat aku selsema adehh.. baru je baik daripada demam 2 minggu lepas. redha jela.. bukan redah k.. penat bila selsema ni.. asyik nak menyedut dan menghembus kuat-kuat.. habis merah hidung wuuu..

Malam ni game bola diantara MU dengan Liverpool.. wuaaaaa tahniah la liverpool, 1-3.. MU sekarang tengah down kot.. si alex tu cakap bukan kemain suruh player tingkatkan prestasi dan tunjukkan karekter sebenar sebagai juara, tapi habuk pun tarak.. zzz tapi xpa, still teratas dan still yang terbaik haha. cukuplah cerita pasal MU.. buat aku down je krohhhh!

Minggu ni pun bakal busy sebenarnya.. dengan presentation public speaking, test bagai, kuiz mandarin... preparation belum lagi fuhhh! senang-senang kita bako je rumah dia, dasyat giler lerr.. blawok blawok!

Psst~! baik main dota daripada bengang dengan MU...
23 komen bernas