Setelah diamati tarikh entry sebelum ini, nampaknya sudah seminggu aku menghilangkan diri. bukanku kecewa, bukanku tak sudi, tetapi ku busy haha. busy dengan study, busy dengan assignment, busy dengan kuiz, busy dengan test.. plus hujung minggu pun ada aktiviti Kemahiran Insaniah di kolej. kalau tak pergi kena repeat dengan budak-budak baru akan datang...
Korang semua sihat? ada baik? still boleh bernafas macam biasa?
Aku alhamdulillah sihat macam biasa.. tetapi alahan kepada habuk buat aku selsema adehh.. baru je baik daripada demam 2 minggu lepas. redha jela.. bukan redah k.. penat bila selsema ni.. asyik nak menyedut dan menghembus kuat-kuat.. habis merah hidung wuuu..
Malam ni game bola diantara MU dengan Liverpool.. wuaaaaa tahniah la liverpool, 1-3.. MU sekarang tengah down kot.. si alex tu cakap bukan kemain suruh player tingkatkan prestasi dan tunjukkan karekter sebenar sebagai juara, tapi habuk pun tarak.. zzz tapi xpa, still teratas dan still yang terbaik haha. cukuplah cerita pasal MU.. buat aku down je krohhhh!
Minggu ni pun bakal busy sebenarnya.. dengan presentation public speaking, test bagai, kuiz mandarin... preparation belum lagi fuhhh! senang-senang kita bako je rumah dia, dasyat giler lerr.. blawok blawok!
Psst~! baik main dota daripada bengang dengan MU...



