Home » , , , » Pengalaman MUET

Pengalaman MUET

January 6, 2011

Assalamualaikum...

MUET? Malaysian University English Test. kalau tak ada muet tak boleh sambung belajar.. itulah tanggapan aku masa mula-mula nak menyibukkan diri dalam arena penyambungan belajar. kalau nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, kena ambil MUET.

Untuk calon-calon yang dah menduduki MUET pada akhir tahun 2010, boleh check result anda di, Malaysian University English Test, 2010 End Year Result. kalau nak check dengan cara SMS, taip MUET jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363. semoga berjaya!

......................

Aku ambil MUET ni pada tahun 2005 di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. masa tu english aku broken songsang. menulis dalam bahasa orang putih tu ok lagi. tapi bila masuk bab nak speaking, automatik aku terus jadi gagap. err sorry sir? pardon me? err i dont understand what are you trying to say.. err can you speak in malay? we are in Malaysia right now. dont need to speak in english.

Masa aku dulu, MUET ni ada 4 komponen iaitu Listening, Speaking, Reading Comprehension dan Writing. aku paling suka part listening sebab kerja kita hanyalah duduk di meja dan mendengar apa yang dibebelkan oleh radio tu sambil menandakan jawapan yang betul, samaada A, B, C atau D. aku tahu ramai yang tak suka part ni sebab kebanyakkan alasan yang aku dengar, tak dengar sangatla. dewan bergemala, susah nak fokus. tapi sebenarnya part listening ni la paling senang kita nak score.

Ok part kedua yang aku suka ialah writing. aku tak de masalah untuk menulis dalam english cuma kadang-kadang je grammar berterabur. sebabnya bila aku menulis, otak aku terus berjalan memikirkannya ayat seterusnya. menulis ni, kita boleh delaykan penulisan kita. maksud aku, bila aku tak tahu sesuatu perkataan tu dalam english, aku boleh stop sekejap untuk berfikir. berbanding dengan bercakap, kita kena terus menerus mengeluarkan perkataan. kalau salah keluar, mahunya ayat english kita tu jadi broken. i can speak english little-little only. maunya kena gelak nanti *huhu

Part yang aku paling tak gemar sangat nak tempuh ialah speaking. gabra semacam je bila nak bercakap. sebelum nak attend speaking test ni, kita akan dikuarantin dalam satu bilik khas. sesiapa yang bawa telefon, kena serahkan kepada invigilator yang bertugas. takut nanti korang berhubung dengan kawan yang dah menduduki speaking test. manalah tahu korang akan dapat tajuk yang sama ke dengan kawan tu. kira tak adillah bagi yang lain. sebab tu kena kuarantin.

Korang takkan ada masalah untuk bercakap apabila candidate dalam group korang tu sama level dengan kita. dia gagap, aku gagap, semua gagap. so senanglah korang nak keluarkan idea masing-masing. tak payah nak berebut-rebut untuk bercakap. tapi bila salah seorang candidate tu gemar bercakap dan mahir dalam english, korang memang dalam kesusahan. korang kena berani untuk interrupt candidate tu supaya dia berhenti untuk memberi laluan kepada korang plak untuk bercakap. berani dan yakin tu teramatlah penting. kalau tak, sikit je markah korang akan dapat.

Apa yang penting, kita kena banyak membaca dalam english supaya kita lebih berkeyakinan untuk bercakap dalam english. praktikkan selalu. try tengok movie english tanpa subtitles. try dengar lagu english tanpa lirik. lagu maher zain tu kebanyakkan dalam english. senang je kan untuk difahami? sebenarnya bila timbul minat, secara automatik kita akan berasa lebih mudah untuk mempelajari sesuatu, insyaAllah..

Psst~! kadang-kadang budak kecil lagi pandai speaking daripada orang dewasa *huhu

37 komen bernas:

Siti Safiyyah said... [Reply to comment]

ni pulak pengalaman saya dulu..

listening tak best sebab bukan tak dengar tapi tak bape paham ape yg org tu cakap.haha

speaking pulak zaman saya aritu, kiteorg sume dapat tajuk yg sama..dan paling best jd group last sbb kiteorg dpt soklan bocor..haha

writing mcm bese la, kene pandai mengayat..hehe

overall, alhamdulillah dapat result arini dan keputusannya.....band3. :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Siti Safiyyah
waa tahniah dapat band 3 :D
bestkan amek muet hehe

Suara Kalbu said... [Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian info. Kak Sk belum ambil MUET ni lagi but have to sebelum habis study. HUhuhuhu

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Suara Kalbu
hehe same2 kak.afiq suka je nk berkongsi bnda yg baik dgn semua :)

OnlyZul said... [Reply to comment]

sem nie baru nak g daftar muet..haha..

athirahassin said... [Reply to comment]

dak skola mmg trer speaking... malu beb ng dak kecik =,="

Haziq Yaacob said... [Reply to comment]

aku selalu tergamam kalau tgk budak kecik speaking english dgn nenek diorg :p..

sumpah kagum gila :D

adrinaqamarina said... [Reply to comment]

itu sokong! budak kecik ag pandai.

tak penah ag experience amek MUET. tapi time intervie scolar dulu, memang fully eng jugak, so sedikt sebanyak mst cam sama je kan? ke tak? hehe

Unknown said... [Reply to comment]

aku paling lemah bab listening~! wallaa~~!

Sebab aku sound-trouble. Tu pasal la lemah bab tu. Hahaha~!

tapi walau aku lemah bab listening pun, aku still dapat band 4 MUET...
miyahahaha~~! entah apa yang aku jampi kat pegawai tu entah aku pon tatau la dude~! Jangan tanya~! Haha~!

SITI NOARIZAH ARIS said... [Reply to comment]

Takut sambung study pasal MUET ni laaahh...huhu!!!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkuda
haha jangan jampi macam2 dahla..gempak kot band 4..samela ngn aku hehehe

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@OnlyZul
haha buat lok2 nanti.kalau boleh score band 6~! :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@adrinaqamarina
hehe maybela kot..sbb xpernah lagi interview scolar :P

yang penting experience dah ade :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@CT NoArIzAh ArIs
haha buat rilek je.muet ni xsusah mana pun sebenarnye :)

Unknown said... [Reply to comment]

@Afiq Bukhari

aku rasalah kan..markah untuk listening aku cuma 1/10 je..ataupun sikit dari itu..haha~

nrabiatul said... [Reply to comment]

alamak . takut pulak nak amik muet sem nih . dah lahh sound trouble sikit lau cakap english .. pastuh , nak cakap punn gagap . haih -.-

WanFadhilah said... [Reply to comment]

hahha.. betul2.. kalau duduk 1 group dgn budak yg fluent gila english dia, mula la gabra, terus tak terkeluar kata2.. haha.. tapi nasib lepas jugak..

as said... [Reply to comment]

haaiii. mcm tahu tahu je nak merosakkan mood saya !
ahahahahahha.










huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(((((((((

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Aqila Safuan
hha mana ade nk mrosakkan..nak bakar semangat nih..muet tu senang je :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@::wan fadhilah::
hehe bukan x suka dgn budak2 yang camtu, tapi bgla peluang kat orang lain nak bercakap..jgn jadi sellfish sgt :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkuda
sikit dr tu mknenye kosong la haha

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Dawy
practice makes perfect~! :D

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

aku band 5. haha;p tp cube suh speaking skang, mcm haram

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@nazirulhazwan~
haha same la cam aku..kene betul2 ready baru leh cakap..jgn disuruh spontan da la haha

Faizal Fredley said... [Reply to comment]

hahaha..aku part speaking paling x syok...satu group dengn geng india..kalu india faham2 lah diorang speaking..aku nak bukak mulut pun susah...hampeh tol..

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

MUET..horrible!
ahakss.cmne leh dpt band 5 pn xtaw.
smpai skung speaking tunggang langgang

eRza farEeha said... [Reply to comment]

wah..MUET??kih3...
nsb bek da lps..hehe

Lydia Miza said... [Reply to comment]

MUET?dah jd sejarah lapuk buat sis..hehe

najihah sahami said... [Reply to comment]

err...kolej mish xde mue. so, takkan penah amek muet la kot. huhu

Unknown said... [Reply to comment]

semua orang pasang kisah muet... miyahahaha~~... best pulak rasanya mengomen kat sini daripada main Shoutbox ang... hahaha~~...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkuda
haha better komen kat sini, boleh naik pagerank kot :D

cik jannah said... [Reply to comment]

haha. . takleh blah. . dahla masa muet tu saya sorg puan..:)

Que said... [Reply to comment]

Aku benci MUET dlu.. Da la English lemau.. Dpt Band 3 jek
Tp klu amik semula mau Band 4 @ 5 skrg..:p

Entri bes kat sini Jack Black Kembali Menyengal Dalam Filem Gulliver's Travels

kyn said... [Reply to comment]

sy ade prob nak mndaftr muet. xleh nak register. ble nak register, dia kata dh ade dlm rekod. ble try login, kata dia lum mndaftar. dh call phk muet n mcm2 cara sy wat, tp stll xleh gk. no pin dh bli.. cmne ek? ade sape2 leh tlg x? :(

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@cik ekin
waa itu masalah dalaman MUET. huhu nak tak nak kena report ke pihak atasan dia.

afiemis said... [Reply to comment]

saya bakal ambil MUET bulan april ni...seriously xtau apapun...sgt takut..xtau nak buat preparation apa....kat U ni dorang xde la ajar camne keadaan sebenar MUET tu...skrg ni bnyak research kat internet je...huhuhuhhu....speaking dah la tunggang langgang, blum lagi grammar, listening plak boleh la kot sikit2 nanti...writing...xyah cakapla...idea ade tpi nak tukar balik dalam bahasa inggeris tu susahnya nak cari satu2 perkataan...bila xnak kjap je perkataan tu muncul dlm fikiran ni...bila nak sepatah pun xkeluar...dah puas memikirkan....reading??? mcm mana ek? xtau apa pun...

Anonymous said... [Reply to comment]

Yes, really.

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog