Home » , , » Alhamdulillah sekarang dah kurang.

Alhamdulillah sekarang dah kurang.

January 7, 2011

Assalamualaikum...

Sejak berpindah ke Melaka untuk sambung belajar ni, aku baru terperasan satu benda yang aku suka sangat nak hindarinya sejak dari dulu lagi.. kalau dulu, benda ni sentiasa membuatkan aku pening kepala, tension dan sebagainya. setiap kali benda ni muncul, aku mesti cari helah untuk mengelak.

Tapi sekarang, aku terasa macam dunia ni aman sangat dab bebas dari benda tu. pergi sana, takde benda tu, pergi situ pun takde jugak benda tu. bukannya 100% takde, tapi kuranglah. nak dibandingkan dengan keadaan di KL, memang jauh sekali. di KL, benda tu merata-rata kot.

Korang nak tahu apa benda tu? sebenarnya, 'benda' yang dimaksudkan tu ialah asap rokok *huhu betul aku cakap ni. semua rakan rumah sewa aku tak hisap rokok. alhamdulillah buat masa sekarang ni. patutlah aku terasa segar semacam. harap-harap kesegaran ni akan berlanjutan sampai bila-bila..

Aku memang tak hisap rokok. tapi pernah cuba. aku tak boleh nak ketagih macam perokok tegar tu. feel tu tak mari orang kata. bila aku hisap, lagi pening adela. aku tak tahulah macam mana dengan hisap rokok ni boleh melegakan kepala dan menyelesaikan masalah *huhu

Hukum hisap rokok ni pun banyak yang bercanggah dalam agama. sekejap kata boleh, sekejap kata haram, sekejap kata makruh. ntahlah. kalau dah was-was tu, baik jangan hisap rokok. tak terasa satu beban ke bila harga rokok tu naik ek? kalau aku, terus berhenti kot. kalau tak boleh on the spot, cubalah berhenti perlahan-lahan. insyaAllah boleh punya *huhu

Psst~! aku rasa satu kerugian yang besar kalau kita start merokok balik setelah bertahun-tahun berhenti daripada merokok...

27 komen bernas:

sissyira said... [Reply to comment]

salam

memang beci la orang yang meroko ni...suh berhenti cakap kita tak faham..huhu

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

" cigarette.. stop now, or die later! "
huahuahua~ kejam xtagline kami tuh?? ^_^

Woofer Storm said... [Reply to comment]

jangan la merokok,mrkok kan membhyakan kshtan,.
Amaran dari pihak kementrian keshatan..heehee

Anishaway said... [Reply to comment]

o0, selama ni tak aman ke duk umah, sbb boss isap okok..
hehe

adrinaqamarina said... [Reply to comment]

wah bagus lah, pemilik blog ne bebas dari asap rokok~

AMMAR YASIR said... [Reply to comment]

Baguslah afiqbukhari ni tak hisap rokok... cayalah

::wan fadhilah:: said... [Reply to comment]

alhamdulillah.. bagus2.. kalau dah berenti, baik berenti terus.. kalau tak sia2 je usaha selama ini.. good job!

eqbalzack said... [Reply to comment]

abg eq dah dekat 12 thn stop merokok..hehe

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@::wan fadhilah::
hehe btul tu.. tq :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@adrinaqamarina
haha rokok membahayakan kesihatan :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Anishaway
haha mmg pun..bini boss pn xaman gak rasenye heee

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Woofer Storm
hehe btul2 :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@NuSaNa NoSa 91
biar kejam asal orang gerun haha :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@sissyira
huhu kena bg dorang masan gak untuk berhenti :)

nulhazwany abdul malik said... [Reply to comment]

waa good2.. bkan senang nak jumpe lelaki yang tak merokok sekarang ni..

^^

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@eqbalzack
tahniah abe eq~! hehe alhamdulillah, mesti semakin sihat kan skng nih :D

Faizal Fredley said... [Reply to comment]

alhamdulillah..makin sihat la ko sekarng nih...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Faizal Fredley
insyaAllah :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@nulhazwany abdul malik
hehe sebenarnya ramai je lelaki yg xmerokok.kena pandai cari :D

najihah sahami said... [Reply to comment]

waa..go afiq go..ehee..cayala fiq..katakan tidak pada rokok...
:P

tehr said... [Reply to comment]

walau pun banyak kawasan larangan merokok diwujudkan
masih ramai yang tak endah
penguatkuasaan pula sangat kurang

misyamissyou said... [Reply to comment]

bagus la..segar sikit dunia..sedap ke rokok tu afiq?

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@misyamissyou
x sedap langsung~! :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@tehr
itulah,macam hangat-hangat tahi ayam je huhu

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami
yeahhh no to cigaretteeee :D

Bulan said... [Reply to comment]

xmerokok ek..bagus2 ;)

~~zAnAfAhMi~~ said... [Reply to comment]

sesak nafas akak dgn bau rokok ni.....
kalau tgh mkn kat restoran, konpem kita org pindah meja!
sorry to perokok!

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog