Selamat Berpuasa

July 30, 2011

Assalamualaikum...

Di keheningan hari dan bulan mulia ramadhan yang bakal menjelma ni, aku ingin ucapkan,


SELAMAT BERPUASA! dan selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.


Berpuasalah kita dari segala jenis fizikal, makan, minum, mengumpat, membuli, fitnah dan segala macam lagi.

Dan tak lupa juga berpuasa dari segala jenis yang batin, menahan nafsu, busuk hati, dengki, dan segala macam lagi.

Den tak punya masa dah sekarang ni nak berceloteh macam dulu. pagi pergi kerja, balik rehat. petang pergi kerja, balik rehat. tengah malam pergi kerja, balik rehat. sampai otak pun tak sempat nak berjalan memikirkan ayat-ayat untuk mengisi kekosongan ruang kosong dalam afiqbukhari.com.

Ohh! aku rindu waktu dahulu. tapi hidup untuk masa depan perlu diteruskan. segerakan apa yang patut disegerakan dulu. but jangan lebihkan makanan dan minuman yang bersegera, dikhuatiri memudaratkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Psst~! jangan puasa yang-yang yok sudahla. niat puasa sebulan, tapi setengah jalan kecundang, jangan itu macam bhaiiii...
14 komen bernas

Nyawa di hujung tanduk

July 22, 2011

Assalamualaikum,

Kabare semua? mengikut statement dalam dashboard, sudah 2 minggu yer aku tak update blog. seakan-akan aku ini tidak punya blog gitu? maafin aku ya dong walaupun aku tak bersalah, benda lain yang patut disalahkan, tapi tak patut disalahkan.

Sebenarnya aku buka je blog, tapi tak mau update sebab tak tahu nak tulis apa. just passing by tinggalkan angin kus-kus. macam pokok bunga, kena siram dengan air baru segar dan tumbuh menyinar kan? sama lah macam blog, kena tinggalkan sesuatu baru trafik berjalan. tapi alhamdulillah, trafik aku still berjalan macam biasa, nuffnang still give a chance by sponsored me their buffered earnings, and guest what? aku dapat tiket wayang free!



Masalahnya aku tak collect lagi tiket tu, office nuffnang pun aku tak pernah pergi lagi. nak pergi bila yang buat aku runsing, dengan kerja lagi, fuhh, bukan senang nak dapat tiket wayang free. 4 keping kot. haih nanti2la aku fikirkan. banyak masa lagi rasanya. anyway thanks a lot to NUFFNANG. afiqbukhari.com still have you.

~

Dah seminggu aku kerja shift malam, dari pukul 11 malam sampai pukul 7 pagi. dia punya ngantuk jangan cakapla. tersengguk-sengguk tahan kepala dari jatuh ke bawah. kerja memang tak banyak, tapi banyak duduk sebab customer pun ramai yang tidur waktu-waktu macam tu. siapa jela nak isi minyak tengah pepagi buta melainkan manusia yang rajin mencari rezeki dan manusia yang rajin tolak rezeki.

Kerja shift malam memang bosan. plus high risk. pernah sekali, ada customer ajak aku berborak-borak. gila ke apa? pukul 2-3 pagi, time aku tengah kerja dia ajak aku berborak kat luar kedai. katanya hal peribadi. kau ingat aku bodoh nak ikut arahan kau? walau apa pun terjadi, aku takkan buka pintu kedai melainkan nak pergi tandas dengan solat subuh. last-last aku suruh dia cakap depan cermin tu sebab nak ajak borak sangat kan.

Adik, sebenarnya abang malu nak cakap. tapi nih dah terdesak sangat. abang kenal owner stesen minyak ni, member abang jugak. ingat nak pergi minta tolong kat dia, tapi mungkin dia tengah tidur sekarang. sebenarnya anak abang kat klinik sekarang, ambil ubat tapi masalahnya abang tak cukup duit nak bayar. so abang ingat, kalau adik simpati, abang nak pinjam duit sikit, abang tinggal IC abang dekat sini.

Err aa err.. aku serba salah. tapi kalau dah terdesak sangat, kenapa tak pergi minta tolong terus kat owner stesen minyak ni? kata kawan. aku ni staff merangkap kuli batak kawan dia je. siapa yang lagi tinggi?

Bang, saya minta maaf sangat-sangat. bukan tak nak percaya, tapi saya tak berani nak tolong abang waktu-waktu macam ni. plus saya still sayangkan nyawa saya, banyak lagi yang saya belum tempuh. lagipun kalau saya nak tolong, duit ni semua bukan hak saya. sorry bang.

Tak apa dik, abang paham. abang akan usahakan nak jumpa member abang tu. assalamualaikum.. 

Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku, aku on facebook mobile then terus updated status,

"saya bukan apa bang, ini hak orang. kalau boleh tolong dah lama saya tolong, abang merayu macam mana sekali pun, saya tak berani nak tolong abang dengan hak orang, terima kasih."

Psst~! jangan tolong kalau was-was, takut lain pula jadinya nanti. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
6 komen bernas

Badly Injured

July 5, 2011

Assalamualaikum,





Seriously sangat sakit.. kaki aku terpeleot masa main badminton.. terpeleot macam gambar kat atas ni, wuuu..

Masa mula-mula kena, memang aku kejung tahan sakit, nak gerak kaki pun tak boleh. a few minutes later, barula boleh gerakkan sikit-sikit. ingatkan boleh sambung main balik, tapi tak boleh. so aku suruh yang lain habiskan dulu, biar aku berehat kat tepi.

Balik je rumah terus tidur. tak boleh beb! tak sampai sejam, kaki aku berdenyut-denyut. tahan punya tahan, akhirnya tak boleh tahan. terpaksa kejut raja dan ratu bangkit dari tidur. ingat nak suruh bawak pergi hospital terus, tapi awal pagi sangat..

Abang supervisor, saya pun tak tahu hari ni kena minta cuti atau tak sebab saya tak boleh nak berdiri dengan betul. nak kena pergi buat sinar-X dulu, whether ankle saya ni just terseliuh, crack atau patah. sekarang ni pun tengah berbalut dengan bandage yang diisi dengan halia. thanks to my mum.

Yang si ayah plak, "biasalah anak jantan, afiq nak jadi macam sape? Lin Dan ke Lee Chong Wei?" siap ber'jumping SMISH.... bukan SMASH ke? zzzz... buat lawak la plak. tapi tak apa, pandai dia amik hati time aku tengah sakit mengerang bagai, and thanks gak to my adik-adik yang concern gila kat abang dia neh hee.

Hopefully ankle aku ok pasai aku nak kerja, tak nak duduk rumah, bosan tak ada apa yang nak dibuat.

Psst~! Injured kaki kanan, wa bukan kidal huuu...
25 komen bernas