Old Techno/Dance Song - Feveret aku!

May 28, 2011

Haloo peeps!

Saje nak kongsi dengan you all semua, 2 lagu old techno/dance yang aku selalu dengar sejak 2-3 menjak ni. agak layan jugak lah bagi penggemar musik universal seperti aku nih.

* Klik pada tajuk lagu/gambar untuk mendengar






Dan lagi satu ni, lagu shuffle haha. pun agak layan, memang volume to the max kot! 



Psst~! haihhh kena balut dinding bilik ni dengan bekas telur la to dampen the sound of subwoofer. takut jiran sebelah baling telur plak kat aku nanti.
3 komen bernas

Siapa yang betul, dan siapa yang salah?

May 26, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, time tengah melangut menghadap siling ni, datang plak satu berita gumbira dari ayahanda. mau kerja tak? tarik cable kat Sepang. sehari RM #. siapa tak nak kalau dah sehari dapat RM #, hanya dengan tarik cable je. terus aku cakap nak!!!

Weh aku punya suka tak yah nak cakapla. akhirnya setelah sekian lama menanti, ada jugak kerja yang datang cari aku haha. walaupun kerja sehari dua je, dapat jugaklah memenuhi masa kosong aku yang sudah sekian lama dibazirkan. dan aku tak kisah kerja apa pun, yang penting aku dapat kerja, dari duduk melopong tak tahu nak buat apa.

Tapi ada satu part yang buat aku rasa seriau. time lunch, kitorang semua pergi makan kat satu kedai nasi kandar, kat mana entah aku dah lupa. tapi dekat dengan Sepang la. habis je lunch, kitorang semua nak balik, naik satu van. part yang seriau tu ialah jeng jeng jeng!

Van kitorang dah langgar seorang budak lelaki yang melintas tak tengok kiri kanan! tapi korang semua jangan risau. impak perlanggaran van dengan budak tersebut tak lah kuat mana. kebetulan, driver kitorang memang dah brek dari awal sebab ada bumper, speed pun 10km/j je. so budak tu sempat tahan van kitorang dengan tangan dia. kuat tak kuatla budak tu tahan pakai tangan.

Kitorang semua dalam van memang dah seriau habis takut budak tu badly injured ke, tapi alhamdulillah. budak tu still tersenyum dalam kedukaan sebab agaknya dia takut kot. tiba-tiba plak datang dari belakang dia, seorang budak perempuan dengan muka bengis memarahi budak tersebut. lagilah dia takut, dan aku dapat agak, itu kakak dia. sian plak budak kat budak lelaki tu. dahla takut dilanggar, dimarahi plak.

Dan alhamdulillah sekali lagi, tidak ada apa-apa yang serius pun dengan budak lelaki tu. kitorang semua just geleng kepala. dan pelbagai andaian telah dibuat.

Yang pertama: mungkin budak lelaki tersebut diarahkan untuk membeli sesuatu di kedai runcit oleh ibunya, dan didalam fikiran budak tersebut, 'ibu aku sangat garang, nak kena cepat pergi kedai ni. kalau tak nanti kena marah dengan ibu..' mungkin~

Yang kedua: mungkin budak lelaki tersebut asyik memikirkan untuk bermain dengan rakan-rakan sepermainan. sampaikan nak melintas jalan pun, tak sempat dah nak tengok kiri dan kanan. mungkin~

Yang ketiga: atau mungkin parents tidak mengajar budak lelaki tersebut cara-cara melintas jalan dengan betul dan berhemah? mungkin~

Psst~! So tak tahu nak salahkan siapa. kalau ikut fakta, mungkin kitorang betul. tapi kalau ikut undang-undang, terang-terang driver kitorang yang salah. so, tepuk dada tanyalah selera...


10 komen bernas

Menepati masa dan janji

May 25, 2011

Assalamualaikum...

Pukul 8 malam: Satu sms telah aku hantarkan kepada sesorang, dan aku harapkan yang, 'pada pukul 9 malam, SHARP aku nak kau keluar, bukan 9 malam, SHARP kau baru nak terhegeh-hegeh capai tuala, masuk tandas or wutsoever...' tapi still kau lewat jugak kan?

Pernah kena situasi macam ni? 

Haprak weyh, HAPRAK! punyalah dah warning awal-awal, tapi still lembap macam kura-kura. agaknya susah kot orang macam ni nak menerima arahan dan dikritik. kita punyalah bersemangat, hamba Allah ni pulak boleh lengah-lengahkan masa. masa itu emas, bukan emas itu masa. cikgu sekolah rendah dulu pernah ajar kan peribahasa simple ni? kalau dah simple, senangkan nak faham apa itu maksud masa itu emas? kalau tak faham, jangan jadi orang melayu yang suka nak memperlekehkan sesuatu yang mudah.

Opss! aku bukan racist terhadap bangsa sendiri. tapi tengoklah dengan mata sendiri, its a fact yang betul-betul punya fact. tapi tak kesemuanya macam tu, segelintir jela.

Dan aku selalu sangat terkena dengan situasi yang seperti di bawah ni,

Situasi pertama: Kau telah mintak tolong aku supaya hantarkan kau ke suatu tempat. punyalah kau merayu, dan pelbagai alasan telah diberi supaya aku tunduk dan akur dengan ayat-ayat manis kau. tapi yang pedihnya kat sini, kau sendiri telah berjanji untuk bersiap-sedia pada kesekian waktunya, tapi kau sendiri yang memungkiri janji. dan aku telah lama menunggu kau. oh, men!

Situasi kedua: 'Jom pergi lepak minum? keluar dengan kereta kau boleh?' aku no hal je. pukul # aku sampai rumah kau, aku miss call kau keluar. miss call punya miss call, kau tak keluar haha. aku boleh jadi HULK HOGAN dalam kereta tu. tapi tak pernah berlaku lagi la. bukan apa, dahla ajak aku keluar, tapi kau plak yang lambat. HANGIN SATU BADAN!


Reaksi aku: Samada aku terus bersabar atau aku tinggalkan terus wahai si pemungkir janji... tapi aku tak sekejam itu, SABAR lagi bagus. biarlah hati aku sendiri yang sakit menahan kemarahan, asalkan kawan tidak berkecil hati. lagi pun buat apa nak marah-marah dan terasa, buat diri sendiri merana je. apa-apa pun, cubalah menepati masa. ingat siapa diri kita yang sebenarnya, penumpang atau yang memberi tumpang.

Psst~! aku suka je orang ajak keluar jalen2, tapi kena dengan orang dan waktunya la. dan jangan rosakkan mood aku. kalau tak nanti, aku diam seribu bahasa macam perempuan. ok?
7 komen bernas

Cuti dan blogging membosankan aku.

May 24, 2011

Assalamualaikum...

Jangan risau, entry aku ni tak kan menurunkan semangat korang untuk terus berblogging.

Dan sebelum apa-apa, aku nak umumkan yang afiqbukhari.com kini dah menjadi blog peribadi 100%. kalau dulu, aku publish segala jenis entry untuk tarik trafik dan pembaca. termasuklah tutorial, berita semasa, gosip yang tak berapa nak gosip, macam-macam lagi la. tapi sekarang aku dah mula bosan untuk buat semua benda tu. so its better for me to specifickan blog ni kepada blog peribadi je.

Cuti semester 4 bulan dah bermula... 4 bulan!? katak bawah tempurung memang dah lama mati kalau tak buat apa-apa selama 4 bulan tu. samala dengan aku, tapi tak ada lah sampai ke tahap mati, melainkan kalau ajal aku dah sampai, wallahualam bissawab.

Bosan tahap gaban bila time cuti tak ada apa yang boleh dibuat. nak tolong umi masak, aku tak reti. tolong perabehkan masakan boleh la. setakat nak basuh pinggan mangkuk, buang sampah, sapu sampah tu kira bertuahlah dapat buat kerja rumah sikit, berbanding dari duduk terngaga tunggu lalat terbang masuk dalam mulut. seriously aku bosan. baru seminggu bercuti, tapi bosan mengalahkan orang cuti bersalin.


Selingan: Ni aku nak tanya sekali lagi. aku ni lelaki, tak salahkan buat kerja rumah? aku tanya macam tu sebab hari tu ada orang kata orang lelaki bila dah berblogging, dah macam perempuan. so takut la ada sesetengah pihak tu kata aku macam perempuan bila buat kerja rumah. aku tak terasa pun, cuma nak cakap sikit jela, dasar pemikiran kolot. serius aku tak terasa haha.

Rutin harian memang bosan gila. bangun pagi, hantar adik ke sekolah. sebelum nak sampai sekolah, kena layan trafik jam dulu. jalan-jalan kat Malaysia ni memang superb. terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang memualkan. yelah, kereta sebiji, driver pun sorang. nak ajak orang lain tumpang, malu. masing-masing dengan ego masing-masing.

Start dari pagi sampailah ke petang, aku dok melangut je. facebook, youtube, movie, semua aku layan. nak bukak website blogger, malas. ntahla kenapa. mungkin aku dah bosan dengan dunia blog kot. pernah satu ketika, niat datang menyinggah untuk tutup terus afiqbukhari.com. tapi rasanya tak payah kot. sayang tu, dah setahun lebih aku usahakan afiqbukhari.com, takkan nak tutup.

Bila malam menjelma, mulalah phone berbunyi. 'weh, jom lepak minum.' 'weh, jom main badminton.' 'weh, jom main snooker.' 'weh, jom karok.' mungkin sebab ini semua, aku dah kurang blogwalking. if sesiapa yang perasan, shoutbox@chatbox aku dah tak ada. aku dah remove sebab aku tahu aku tak akan terlayan korang semua. kalau nak berhubung dengan aku, maybe dalam ruangan komen ke, email ke, facebook ke. sorry guys~

Selingan: Aku pernah kata yang mungkin waktu cuti ni aku akan mula aktif blogging balik. tapi aku rasa tak. sebab aku dah jemu untuk update tiap-tiap hari. aku lagi suka untuk baca blog orang, terutama blog Ben Ashaari. aku memang respek gila dengan dia sebab anytime and anywhere dia boleh update blog. aku tak nafikan, memang banyak tips blogging dalam setiap entry dia. cuma aku dah malas nak praktikkan.

Aku bukan mengalah ke apa, cuma aku dah malas untuk...? malas untuk apa? biarlah menjadi rahsia AFIQ BUKHARI. kepada yang lain, happy blogging! kalau ada masa dan idea, aku update lagi :)

Psst~! aku rasa entry aku kali ni agak berterabur la. cikgu blogger mana? tolong tandakan entry ni. daripada 100%, aku hanya layak dapat berapa ek?

Psst2~! nak cari kerja, tak boleh lagi, banyak family matters yang belum diselesaikan lagi haihh...
13 komen bernas

Tahniah Diriku!

May 18, 2011

Assalamualaikum...

Afiq Bukhari, TAHNIAH!

Kad jemputan

Psst~! malas nak psst untuk entry kali ni sebab speechless tengok kad jemputan sendiri plus aku still tak caya yang aku akan konvo, alhamdulillah~ ;)
18 komen bernas

Tabung Kembali Senyap

May 17, 2011

Assalamualaikum...

Satu masa dahulu, aku pernah publish 1 entry berkaitan dengan kereta Subaru. ingat lagi? kalau tak ingat, meh sini aku tolong ingatkan, nah entrynya Tab0ng Melet0p! korang kena baca dulu then baru korang akan faham apa yang aku cuba nak ceritakan di bawah ni.

Ok dah baca habis kan? jangan nak gelak la sangat bila baca tu, tahula ayat bahasa melayu aku berterabur haha. kenangan masa mula-mula blogging, entah apa-apa la yang aku taip. noobies lagi kan. sekarang pun still noobies, tapi tahap 4. malas la aku nak guna bahasa melayu skema, ini blog peribadi, there is no need to be skema sangat. tapi kadang-kadang terskema juga, bahasa melambangkan bangsa.

Semalam lepas aku pergi ambil jubah graduasi dekat UiTM Shah Alam, aku terus gerak ke Kajang, jumpa my uncle. he promised me untuk bagi satu lagi tabung ekzos kat aku. orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. benda free dik! takda juai punya! siapa yang tak nak barang free, bukannya barang yang memudaratkan diri sendiri.

Ok meh sini tengok gambar yang aku curi-curi tangkap,

Lepas tabung asal meletup, aku terus dapat ekzos ni. bunyi dia jangan cakapla. EKZOS GURUH!
Aku ni kadang-kadang buta ilmu sikit pasal kereta. tapi xdela buta sangat sampai nak isi tayar angin pun tak tahu. tapi kalau masuk bab ekzos ni, aku terus surrender and blur. apa yang pakcik aku cakap, aku iyakan. dia kata ekzos ni ok, best, bunyi kuat macam guruh, pick up, aku pun anggukkan kepala tanda mengerti. tapi disebaliknya, haprak aku tidak memahami. tapi masa tu darah masih muda, keinginan pun turut muda jugakla.

Ekzos baru. nampak macam lama kan? EKZOS TWIN TIP!
Dah macam lemang aku tengok ekzos kali ni. tercacak 2 kat situ. tapi pakcik aku cakap, ekzos ni lagi best. senyap, jimat minyak, pick up. yeah! ekzos ni yang aku cari sebenarnya. sebabnya aku dah rasa terlampau annoying bila guna ekzos yang bunyi kuat. tak tenang jiwa dan raga beb. bila jalan jauh, telinga dengan kepala otak ni asek berdengung je dengar bunyi ekzos. pasang radio pun kena kuat-kuat, baru boleh lawan bunyi ekzos guruh tu.

Dan akhirnya, jiwa ragaku kembali tenang. drive pun dengan muka yang tersenyum sampai ke sideburn. tak ada lagi bunyi guruh yang selalu menghantui diri aku sebelum ini. alhamdulillah, and thanks a lot to my uncle. susah-susah je bagi aku ekzos ni, kan dah terpasang rapi. selamat upah pasang tak mahal.

Psst~! korang ingat harga ekzos kereta ni sama harga dengan cekelat angin hacks kat kedai runcit tu ke? MAHAL BEB! sebab tu aku suka bila dapat secara PERCUMA! haha
13 komen bernas

Cikguku sayang... Selamat Hari Guru.

May 16, 2011

Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. dan termasuklah lecturer-lecturer, cikgu sekolah memandu, dan sebagainya.


Guru,
Engkaulah api yang membakari sumbuku,
Engkaulah pelita yang menyinari hidupku,
Engkaulah sumber ilmu kepada diriku,
Dan engkaulah ratu kedua hatiku selain ibu,

Guru,
Tanpamu hidupku ini tidak bererti,
Bagaikan timba mencari perigi,
Terkapai-kapai menanti ilmu demi sesuap rezeki,
Dan engkau jualah yang menyelamatkan kami.


Ok aku dah lama tinggalkan dunia syair@sajak@pantun ni, so jangan gelak bila baca apa yang aku karangkan di atas ni. itu semua khas untuk guru-guru yang pernah mendidik aku selama ini. banyak kenangan dan ilmu yang aku peroleh daripada mereka semua. walaupun aku tak pernah minta, dorang tetap nak bagi hehe. thanks a lot guru-guruku.

Cikguku sayang,


Bila diingatkan balik, banyak cerita menarik dan lucu bila aku bersama dengan cikgu. kena rotan, maki hamun, herdik, puji melambung, diberi nasihat, amaran, macam-macamlah. tapi semua tu dah berlalu. memang perkara biasa sekarang ni kalau dengar seseorang bercakap, 'aku rindulah zaman persokolah. kalau boleh aku nak jadi budak sekolah balik.' memang best sebab semuanya cikgu yang aturkan, kita kena ikut je.

Saya nakal ke dulu ek? kena rotan di tangan, punggung, ketuk ketampi, tulis perkataan banyak-banyak di papan hitam, tu semua dah biasa sangat. xdela nakal mana, tapi sebab ikut kawan, terpaksalah jadi nakal sikit. bukan apa, nak menceriakan suasana je. perasaan hormat dengan cikgu tetap ada. kalau cikgu tak halalkan segala ilmu yang diberi, tak berkat hidup kita nanti.

Kepada cikgu-cikgu semua, budak-budak zaman la ni kebanyakkannya dah tak macam dulu. so cikgu semua kena banyak bersabar. jangan bertindak tak tentu hala, nanti timbul plak kes cikgu pukul pelajar, cikgu rogol pelajar, cikgu ambil kesempatan ke atas pelajar. haishhh tak nak tu semua. bahaya. sebab tanpa cikgu, kami budak-budak ni tak boleh nak berdikari bila besar nanti.

Sekali lagi saya ingin ucapkan, Selamat Hari Guru.


Psst~! aku suka tengok cikgu senyum, sebab kalau cikgu marah, abeh semua pakat dok senyap, diam seribu bahasa.
6 komen bernas

Kalau saya tension...

May 15, 2011

Assalamualaikum...

Kalau saya tension...
Saya akan dengar lagu, turn volume to the maximum sampaikan bunyi kucing meow2 kat sebelah pun saya tak dengar. yes i know the fact that it will rosakkan my gegendang telinga. but i have to sebab ini memang cara saya untuk release tension. tapi saya bukan dengar pakai headphone or earphone, saya pakai speaker. itu pasalla saya berani pasang lagu kuat-kuat. for those who dengar lagu kuat-kuat pakai earphone, perlahankan sikit volumenya. kita ada 2 telinga je, kalau satu rosak, tinggal lagi satu. tapi kalau 2-2 rosak, apa yang saya boleh bantu?

Kalau saya tension...
Saya akan pegang drum stick. bukan drumstick aiskrim tu, ini drum stick yang digunakan dalam alat muzik drum. saya ni sebenarnya memang obses dengan lagu yang berentak dan berirama rock, hard rock, rnb, dan segala lagu yang ada bunyi drum. bila dah tension sangat, saya akan cari something yang boleh diketuk. memang saya akan ketuk benda tu sampai saya puas hati. dan sebab itulah saya suka dengar lagu kuat-kuat. saya tak punya duit nak beli drum set plus kalau beli pun tak taw nak setup kat mana. tak punya cukup ruang.

Kalau saya tension...
Saya akan capai kunci kereta, start the engine dan mulakan perjalanan. destinasinya? saya sendiri pun tak tahu. apa kaitannya dengan tension? haa, ini cara saya sebenarnya. bila saya drive tanpa hala tuju, otak saya akan berfikir kemana arah yang hendak dituju. so disitu while thinking, saya akan dapat mengenepikan semua masalah yang berlegar-legar didalam otak saya. simple kan? sebab tu saya suka memandu. it will release my tension. walaupun saya sakit atau penat, saya akan tetap memandu.

Kalau saya tension...
Saya akan layan youtube atau mana-mana video yang punya banyak sense of humor. contohnya macam raja lawak, maharaja lawak, how i met your mother, mr bean, apa-apa jela, yang penting ianya boleh membuatkan saya ketawa dan tersenyum. bila saya ketawa, saya dah lupa yang saya tengah tension. saya sanggup download video-video dari youtube atau metacafe untuk disimpan. sebab saya suka tengok sesuatu yang kelakar itu berulang kali. that is how i manage my tension and that is one of my personal therapy yang saya create sendiri.

Kalau saya tension...
Saya akan buka blog, create a new post, then start typing. macam sekarang ni, saya tengah tak ada idea sebenarnya. tapi disebabkan saya tengah tension, tension tu menjadi tajuk untuk entry saya yang tengah kamu semua baca sekarang ni. seseorang pernah berkata kepada saya, idea come from everywhere, and it is depends on how we elaborate that idea. thanks to that person, and i really appreciate it. susah sebenarnya nak mengarang bila kita lack of idea. bertambah tension rasanya nak memikirkan idea.

Kalau saya tension...
Satu benda ni memang payah kita nak buat, walaupun senang, tapi nampak macam merumitkan. cuba kita amalkan. bila kita tension, cari Al-Quran, then baca. tak nak baca banyak pun tak pe. sehari, satu muka surat pun dah cukup. banyak sangat? tak pe, sehari sebaris pun takpe. satu huruf bersamaan dengan 10 gandaan pahala kan. lagi bagus kalau ada yang terjemahan punya. baca sekali dengan maksudnya. atleast bila kata baca, kita faham apa yang kita baca tu.

Ini cara saya untuk melepaskan segala ketegangan yang bermain didalam minda. mana yang baik, jadikanlah sebagai ikutan, dan mana yang memudaratkan diri anda, sila abaikan. lain orang lain cara...

Psst~! Saya sekadar berkongsi dengan anda semua. saya tak pernah terfikir yang saya ni bagus sangat. saya bukan maksum, jom kita belajar sama-sama :)
11 komen bernas

Glory Glory Man United!




CEMPION DA WEYH! 19th TIME!!  Liverpool 18 kali jeerrr, ada aku kisah? ;p

Ada bantahan? atau mungkin pendapat? atau mungkin pujian? sila salurkan di ruangan komen :)
4 komen bernas

Ceq nak minta maaf.

May 14, 2011

Assalamualaikum..

Maaf maaf maaf...

Itu je perkataan yang ceq mampu keluarkan dari mulut ni. ceq nak bela diri sendiri ni. bila ceq dalam keadaan separuh sedar, ceq dah tak mampu nak fikir apa lagi dah. apa yang terlintas di otak, terus ceq ambil jadikan sebagai panduan dan jawapan. nampaknya ceq tersalah anggap ni. malu pun ada, tapi nak buat macam mana kan, ceq manusia biasa hehe.

Ini entry ceq yang paling personal sekali, ditujukan kepada seseorang yang pernah terasa hati dengan ceq. maaf sekali lagi. ceq takda niat langsung nak fikir camtu sebenarnya, ceq cuma takut lain yang akan jadi. perasan na ceq ni haishh haha. tapi takdapa lah, ceq memang ikhlas nak minta maaf ni. kepada orang tersebut, sila lah maafkan ceq na. ceq tak nak kita putus sahabat hanya disebabkan ceq salah faham.

Ceq taknak bagitau sapa dia orang tu, ceq nak dia sendiri yang angguk-angguk kepala bila baca entry ceq ni. kita sesama manusia kena saling maaf-memaafi antara satu sama lain kan. harap lepas ni takda lah sengketa antara kita lagi. ceq nak benda tu semua back to normal. ceq sedar siapa diri ceq ni, manusia biasa ja yang sentiasa lemah disisiNya.

Once again, ceq nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.



Psst~! hangpa semua jangan dok kalut p ingat benda lain bila ceq kata yang ceq ni dalam keadaan separuh sedar, maksud ceq, ceq tak boleh nak berfikir secara 100% disebabkan ceq tension, blur dan sebagainya.
8 komen bernas

Boleh tak ini jadi entry?

May 12, 2011

Assalamualaikum...


Ini bukan lukisan budak tadika. ini adalah lukisan saya sendiri. saya lukis guna paint dengan menggerakkan tetikus. sebab saya lukis macam ini, sebab saya blur. awak semua faham tak apa yang saya cuba nak sampaikan?

Kalau tak faham tak mengapalah. biar saya seorang sahaja yang faham.

Sekian, Terima kasih kerana meluangkan masa bersama saya.

Psst~! idea ada, tapi dah lupa cara nak mengarang... nak kena masuk sekolah rendah balik ni..
16 komen bernas

Saya Sayang Kamu!

May 8, 2011

Assalamualaikum...

Kepada Puan Norihan, Selamat Hari Ibu! :)

Entry kali ni aku nak jadi anak manja sikit, sebab dalam real life, aku tak berapa nak manja sangat sebab saya ni seorang yang pemalu ;p lagipun entry ni aku tujukan khas untuk mak aku sorang je.

To umi, Thanks so much sebab tak pernah kenal erti putus asa dalam menjaga afiq, termasuklah adik beradik dan abah hee. kitorang semua tau memang susah nak menjadi seorang ibu kepada sebuah keluarga yang bermacam ragam. tawa, duka, semua tu asam garam dalam kehidupan sebuah keluarga. tapi umi still bertahan sampailah sekarang. makan minum kitorang sentiasa terjaga dengan rapi.

Umi tetap masak walaupun kitorang dah kenyang...

Umi tetap membantu walaupun terasa dengan kitorang...

Umi tetap tersenyum walaupun ada masalah...

Maafkanlah kami, terutama sekali kami yang 4 beradik ni. selalu nakal, degil, kadang-kadang tak dengar cakap. maaf sesangat. biasalah tu semua, mungkin untuk menceriakan keadaan, tak pun sekadar untuk dijadikan sebagai satu kenangan apabila kitorang semua dah makin berumur nanti.

Once again, Selamat Hari Ibu!

Sebenarnya aku teringat satu seloroh daripada seorang ibu kepada anaknya. lebih kurang macam ni, 'bukan hari ni je hari ibu, hari-hari lain pun hari ibu jugak k. setiap hari ialah hari ibu :)' thanks yer Secret :)

From us to you, umi: Happy Mother's Day !
9 komen bernas

Terjah Blog Dia! - aku cuma nak membebel..

May 5, 2011

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak review blog orang plus sebenarnya aku tak reti sangat nak membuat penilaian. almaklumlah, kekangan masa yang terlalu kekang. so kali ni aku nak review blog salah seorang blogger yang memang suka review blog aku tanpa izin hehe.

Sebenarnya aku tak tetapkan apa-apa syarat pun untuk review blog blogger lain. bila timbul mood nak review, aku akan review. tak kisahlah blog siapa pun, yang penting aku review. orang kata, tak pun 'orang lamo' kata, dengan cara review ni, trafik dua hala akan terhasil. so 2-2 pihak akan untung. gimana ya? rasa-rasanya encik google boleh membantu.

Ok, kat bawah ni adalah apa yang direview oleh blogger ini kepada blog aku,

Template simple, cantik, rapi, kemas, sejuk mata memandang, menatang2 kat sidebar tersusun rapi. Memang tak berserabutlah kepala kau yang sedia berserabut tu bila masuk ke blog ni! Entri? Bagi aku dia ni bijak ah gabungkan info, mesej-mesej tersirat dalam entri-entri dia walaupun entri personal. Bijak kan? Hebat kan? Komen pun berduyun situ, nak kata apa lagi? Cuma brader ni jarang update sikit sekarang ni. Kalau tak.. pergh!!
Aku balas: aku memang tak suka blog yang serabut, nanti pemikiran dan penglihatan aku akan bertambah serabut. just nak bagi tips dan nasihat sikit, sebelum publish blog, pastikan mata kita tak sakit bila tengok blog kita sendiri. :)

Owner dia pun sangat friendly. Nice! Oh mana-mana blogger perempuan kalau kau single, boleh try usha brader ni k. Single lagi dia ni aku rasa. Hahah!
Aku balas: friendly sangat eh aku ni? pandai-pandailah kamu semua menilai saya yer. sekarang ni memang tak banyak masa nak update blog. so tak nampak sangat friendly nye kot. siapa-siapa yang pernah mengenali Afiq Bukhari, sila pertahankan saya yer hee.tang single tu, no komen ;p

Itu je yang dibebelkan oleh blogger ini. so tunggu apa lagi, silalah terjah sekarang kalau nak kenal dengan dia. rasa-rasanya, 'single' jugak! hee.

Bagi aku plak, blog dia pun kemas, dan tersusun rapi. loading page agak laju sebab tak banyak aksesori-aksesori yang memberatkan sesebuah blog seperti autoplay music player@video, falling flower, falling snow, etc..  tapi sebenarnya bergantung kepada kelajuan internet masing-masing. kalau laju, lajulah blog tu akan terbukak.

Blogger ini sebenarnya friendly jugak. tak pernah kenal erti putus asa. suka bertanya sesuatu yang akan memajukan diri dan blog. kalau tak, takkan la aku boleh cakap yang blog dia pun laju hehe. anyway, thnks a lot to blogger ini sebab suka menolong aku menaikkan trafik :)

Psst~! tapikan, ada 'orang' cakap blog saya beratla... apa pendapat anda semua?
12 komen bernas

Belajar ke kerja?

May 2, 2011

Assalamualaikum...


Seorang makcik bertanyakan aku satu soalan ketika aku berada di kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran..

Belajar ke dah kerja?

Aku jawab belajar then dia tak percaya.

Pastu si dia bertanya kepada pembantunya. kau pernah nampak muka dia ni?

Dalam hati aku, pahal makcik ni sampai nak soal siasat aku tengah belajar ke kerja?

Si pembantu berkata, kalau muka tu tak familiar kat sini, maknanya kerja la.

Then si makcik tadi meneruskan soalannya. Ok, makan apa tadi?

Aku makan nasi, ayam goreng, tempe dengan air sarsi. sepatutnya RM3 je. tapi disebabkan muka aku tak familiar kat situ, so dia charge RM4. Opss! sebelum ni, air sarsi@wutsoever air yang dia buat tu sebenarnya free je untuk pelajar-pelajar kat situ. tapi itulah, muka aku kan tak familiar kat situ plus dah lama tak makan kat kedai dia, tu yang dia tax RM1 untuk air sarsi.

Hehe kelakar sungguhla orang berniaga zaman sekarang ni. macam-macam cara nak tarik pelanggan. ada yang masuk akal, dan ada yang di luar kawalan. aku tak kisah pun kena tax lagi RM1 tapi kenapa perlu bertanyakan soalan yang aku ni tengah belajar atau kerja. adeh! kalau macam tu, setiap kali nak pergi makan kat kedai, kene pakai name tag la ek, 'saya seorang pelajar' atau 'saya seorang pekerja'. baru senang nak asingkan harga.

Niat untuk membantu pelajar tu memang baik. aku suka. tapi aku rasa tak payahla kot nak tanya soalan sampai camtu sekali. cuba bayangkan, kalau dah sekeluarga datang, mak ayah, adik, abang, kakak yang tengah belajar, baby dan selainnya, takkan nak letak harga lain-lain kot? awak tengah belajar ke? tadika? sekolah rendah? universiti? kerja dah? ohh ok lain harga!... bukannya berniaga macam Wetworld ke, Zoo negara ke, kedai makan je kot.

Macam mana nak sama-sama maju kalau dengan bangsa sendiri pun berkira?...

Psst~! rezeki masing-masing, so cara pun masing-masing... sorry makcik sebab saya jarang makan kat kedai makcik yer.
16 komen bernas