Home » , » Siapa yang betul, dan siapa yang salah?

Siapa yang betul, dan siapa yang salah?

May 26, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, time tengah melangut menghadap siling ni, datang plak satu berita gumbira dari ayahanda. mau kerja tak? tarik cable kat Sepang. sehari RM #. siapa tak nak kalau dah sehari dapat RM #, hanya dengan tarik cable je. terus aku cakap nak!!!

Weh aku punya suka tak yah nak cakapla. akhirnya setelah sekian lama menanti, ada jugak kerja yang datang cari aku haha. walaupun kerja sehari dua je, dapat jugaklah memenuhi masa kosong aku yang sudah sekian lama dibazirkan. dan aku tak kisah kerja apa pun, yang penting aku dapat kerja, dari duduk melopong tak tahu nak buat apa.

Tapi ada satu part yang buat aku rasa seriau. time lunch, kitorang semua pergi makan kat satu kedai nasi kandar, kat mana entah aku dah lupa. tapi dekat dengan Sepang la. habis je lunch, kitorang semua nak balik, naik satu van. part yang seriau tu ialah jeng jeng jeng!

Van kitorang dah langgar seorang budak lelaki yang melintas tak tengok kiri kanan! tapi korang semua jangan risau. impak perlanggaran van dengan budak tersebut tak lah kuat mana. kebetulan, driver kitorang memang dah brek dari awal sebab ada bumper, speed pun 10km/j je. so budak tu sempat tahan van kitorang dengan tangan dia. kuat tak kuatla budak tu tahan pakai tangan.

Kitorang semua dalam van memang dah seriau habis takut budak tu badly injured ke, tapi alhamdulillah. budak tu still tersenyum dalam kedukaan sebab agaknya dia takut kot. tiba-tiba plak datang dari belakang dia, seorang budak perempuan dengan muka bengis memarahi budak tersebut. lagilah dia takut, dan aku dapat agak, itu kakak dia. sian plak budak kat budak lelaki tu. dahla takut dilanggar, dimarahi plak.

Dan alhamdulillah sekali lagi, tidak ada apa-apa yang serius pun dengan budak lelaki tu. kitorang semua just geleng kepala. dan pelbagai andaian telah dibuat.

Yang pertama: mungkin budak lelaki tersebut diarahkan untuk membeli sesuatu di kedai runcit oleh ibunya, dan didalam fikiran budak tersebut, 'ibu aku sangat garang, nak kena cepat pergi kedai ni. kalau tak nanti kena marah dengan ibu..' mungkin~

Yang kedua: mungkin budak lelaki tersebut asyik memikirkan untuk bermain dengan rakan-rakan sepermainan. sampaikan nak melintas jalan pun, tak sempat dah nak tengok kiri dan kanan. mungkin~

Yang ketiga: atau mungkin parents tidak mengajar budak lelaki tersebut cara-cara melintas jalan dengan betul dan berhemah? mungkin~

Psst~! So tak tahu nak salahkan siapa. kalau ikut fakta, mungkin kitorang betul. tapi kalau ikut undang-undang, terang-terang driver kitorang yang salah. so, tepuk dada tanyalah selera...


10 komen bernas:

Cik Aish said... [Reply to comment]

well..kalau ikut undang undang yup totally you all yang salah..walaupun nampak unfair di situ..hehe. so thats y bila drive..paling risau bila lintas depan kawasan sekolah..:) sebab if anything happen, kt yg akan disalahkan..not that kids..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

bahayanya budak tu.jika apa2 berlaku sure kamu semua yg dipersalahkan ye afiq.mujur tak cedera budak tu

raima said... [Reply to comment]

waaaaaaah.....best tu, ada pngalaman langgar org dh..

p/s: agak2 bdk tu ada superpower kot?
tah2 dia ank superman..(stopkn van gune tgn jeh..phewittt)

stakat 10km/h...kucing pn smpt brgurau senda nk lintas..kuang3^^

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Cik Aish itulah, kadang2 undang2 ni memeningkan kepala manusia, tapi lebih baik ada undang2 daripada tak ada kan? :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@raima haha taw xpe, katak pun leh men cak2 dengan kita ;p

Piah Becok said... [Reply to comment]

woooo... naseb baik slow... bahaya tu... kesemua jawapan adelah kemungkinan yang mungkin berlaku. tapi tu la... adoi.. risau la bile budak2 nak lintas jalan

terbaru--> SECEBIS DAGING DI MATA KAIL --> .download.

Bulan said... [Reply to comment]

huhuhu.nasib bek budak tue x teruk.
fobia ngan xcident nie.nk melintas pn fobia

wachak said... [Reply to comment]

pengalaman yg x dapat dibeli. so kena berhati2 semasa memandu.


tepuk dada tanya iman bro. kalau tanya dekat selera ... emm dah sendawa tiga kali pun dok menelan lagi ... ha33

missSenget said... [Reply to comment]

nasib baik xde ape2 kt budak tu..

fuuhhh..

kesian die kene marah..........

gadisSETAN said... [Reply to comment]

ahhahahahahahahahhaha

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog