Home » , , » Tabung Kembali Senyap

Tabung Kembali Senyap

May 17, 2011

Assalamualaikum...

Satu masa dahulu, aku pernah publish 1 entry berkaitan dengan kereta Subaru. ingat lagi? kalau tak ingat, meh sini aku tolong ingatkan, nah entrynya Tab0ng Melet0p! korang kena baca dulu then baru korang akan faham apa yang aku cuba nak ceritakan di bawah ni.

Ok dah baca habis kan? jangan nak gelak la sangat bila baca tu, tahula ayat bahasa melayu aku berterabur haha. kenangan masa mula-mula blogging, entah apa-apa la yang aku taip. noobies lagi kan. sekarang pun still noobies, tapi tahap 4. malas la aku nak guna bahasa melayu skema, ini blog peribadi, there is no need to be skema sangat. tapi kadang-kadang terskema juga, bahasa melambangkan bangsa.

Semalam lepas aku pergi ambil jubah graduasi dekat UiTM Shah Alam, aku terus gerak ke Kajang, jumpa my uncle. he promised me untuk bagi satu lagi tabung ekzos kat aku. orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. benda free dik! takda juai punya! siapa yang tak nak barang free, bukannya barang yang memudaratkan diri sendiri.

Ok meh sini tengok gambar yang aku curi-curi tangkap,

Lepas tabung asal meletup, aku terus dapat ekzos ni. bunyi dia jangan cakapla. EKZOS GURUH!
Aku ni kadang-kadang buta ilmu sikit pasal kereta. tapi xdela buta sangat sampai nak isi tayar angin pun tak tahu. tapi kalau masuk bab ekzos ni, aku terus surrender and blur. apa yang pakcik aku cakap, aku iyakan. dia kata ekzos ni ok, best, bunyi kuat macam guruh, pick up, aku pun anggukkan kepala tanda mengerti. tapi disebaliknya, haprak aku tidak memahami. tapi masa tu darah masih muda, keinginan pun turut muda jugakla.

Ekzos baru. nampak macam lama kan? EKZOS TWIN TIP!
Dah macam lemang aku tengok ekzos kali ni. tercacak 2 kat situ. tapi pakcik aku cakap, ekzos ni lagi best. senyap, jimat minyak, pick up. yeah! ekzos ni yang aku cari sebenarnya. sebabnya aku dah rasa terlampau annoying bila guna ekzos yang bunyi kuat. tak tenang jiwa dan raga beb. bila jalan jauh, telinga dengan kepala otak ni asek berdengung je dengar bunyi ekzos. pasang radio pun kena kuat-kuat, baru boleh lawan bunyi ekzos guruh tu.

Dan akhirnya, jiwa ragaku kembali tenang. drive pun dengan muka yang tersenyum sampai ke sideburn. tak ada lagi bunyi guruh yang selalu menghantui diri aku sebelum ini. alhamdulillah, and thanks a lot to my uncle. susah-susah je bagi aku ekzos ni, kan dah terpasang rapi. selamat upah pasang tak mahal.

Psst~! korang ingat harga ekzos kereta ni sama harga dengan cekelat angin hacks kat kedai runcit tu ke? MAHAL BEB! sebab tu aku suka bila dapat secara PERCUMA! haha

13 komen bernas:

Burp said... [Reply to comment]

cantek! jom kite test run mlm nih! g shah alam! hahahaha :P

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Burp jangan main giler, penat da aku nk drive sorg2 zzzz

cik heroin said... [Reply to comment]

bgusss. xsuka ekzos kuat2, skit tlnga tp nak race xpela hihihiih
pakai tudung ini seperti pakai topi keledar.

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@cik heroin haha xdenye nak race, still sayang nyawa lagi ;p

ZWAN SABRI said... [Reply to comment]

ekzos yg bunyi kuat ni kuat makan minyakla.. keta kancil aku ekzos besaq.. bunyi bestla sbb bunyi kuat tp kuat gila makan minyak.. HUHU

MySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@ZWAN SABRI haha tol2, xlaratla da skng ni,dala rege minyak pun tiap hari makin naik zzz

Myra ^^ said... [Reply to comment]

wahhhh ! boleh lah pick up kita nek keta ni. vrommm vroommm .
haha .

najihah sahami said... [Reply to comment]

hahaha..afiq lepas ni pas la ekzos tu kat mish pulak eh. nk rasa gk barang free. :)

Nur Hawa Mohd Zin said... [Reply to comment]

kalu kereta yang sesuai kena dengan eksos sesuai memang superb tapi kalu kancil pakai turbo...rasa kesian pada si kancil..heheh

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami trafik free nak? ekeke

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Nur Hawa Mohd Zin hehe cakap kat dia, baik beli porsche terus!

cik Dil said... [Reply to comment]

woww..suka laa tu..
dil suka giler kreta ade eksos yng bising2 nii..woww

hakim said... [Reply to comment]

apa nk heran tabung bising ke senyap jee..apa yg penting?dat black car is our official ride to karaoke laa kahkahkah

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog