Rezeki Allah di mana-mana..

January 28, 2012

Assalamualaikum...


Ketika sedang menjamah nasi lemak bersama ayahanda tercinta di sebuah kedai mamak Al-Taqwa, muncul seorang sahabat bersama dengan barang-barang perniagaannya.

Encik, nak beli ini? kunci mangga solex, lampu, dll dihulurkannya kepada kami berdua..

Aku hanya menggeleng tanda tidak mahu, kerana aku tahu, tiada keperluan aku di situ untuk membeli segala barang-barang yang hendak dijualnya.. 

Hanya mulut mampu berbicara, terima kasih, dan hanya secebis senyuman yang hanya mampu aku hadiahkan kepadanya.

Namun terdetik di hati ini, rasa sayu melihat raut wajah kecewanya tatkala permintaannya ditolak.. 


Maafkan aku sahabat...


Berlalu dia menuju ke meja sebelah. diletak barang-barang perniagaannya itu di atas meja. dan dengan perlahan tangannya mengusap kocek punggungnya. diraba koceknya itu, mencari sesuatu yang aku pasti, sesuatu yang pasti bernilai buat dirinya.

Sebentuk besi yang bulat bentuknya, dikeluarkan dari koceknya, dan diamatinya. setelah puas mengamati besi tersebut, dihulurkannya kepada seorang hamba Allah yang berada dekat dengannya..

Aku tidak pasti besi itu dihulurkan kepada siapa kerana seseorang telah menghalang pendanganku.. beberapa saat kemudian, pandanganku jelas menuju tepat ke arah seorang manusia, yang kudung tangannya, sedang memegang cawan plastik yang penuh dengan besi bulat dan beberapa helai kertas yang berwarna..

Aku tahu, isi kandungan cawan plastik tersebut adalah duit.

Sekali lagi, hatiku bertambah sayu.. bayangkan, seorang sahabat yang sedang berniaga, mencari rezeki, dan ketika dirinya sedang sempit, dihulurkan jua sekeping dua syiling untuk didermakan kepada hamba Allah tersebut. dan terpancar wajah kegembiraan bersama senyuman ikhlasnya..

"Ya Allah, Engkau permurahkanlah rezeki hamba-hambaMu itu."
1 komen bernas

Clasiccal Phone

January 23, 2012

Gongxi Gongxi!

Apa mau bikin cuti-cuti laya cina nih? some say pelgi lehat sajala maa. Tapi wa sudah manyak lehat. So wa amek kesempatan cali kilija sikit, wa pelgi selongkar meja gosok baju umi wa. Biasala tangan wa ada manyak gatal sikit bila wa manyak buhsan..

Then wa ada jumpa ini balang lama kepunyaan wa sendiri. haiya antik dan cantik ma!


Pernah tengok ini phone? Pernah dengar ini jenama phone, Innostream? sebelum wa angkat ini phone, wa pun tarak pernah dengar ini brand. wa tarak beli ini phone, tapi wa kasi trade-in phone lama wa dengan dua phone lain, ini phone sama dengan Nokia. Kenapa wa kasi trade-in, wa pun tarak taw lorr.

Masa wa mau kasi trade-in, itu taukeh manyak mulut manis woo! dia kata ini phone manyak baguit! so wa tarak fikir panjang, terus kasi trade-in. Yang penting, wa dapat pakai dua phone dalam satu masa. Dulu mana ada dwi-simcard phone ma.. Kalau mau pakai dua phone, kena beli dua la! 

Tapi sekarang ini phone tarak boleh pakai pasai wa tarak jumpa dia punya charger. So wa kasi simpan sajala... sentimental value bagi wa.

Psst~! sapa mau beli ini phone? ada buyer ka?
1 komen bernas

Windows 7 Secret God Mode

January 22, 2012

Assalamualaikum..

Aku tahu ramai yang tak tahu macam mana nak adjust segala macam setting dalam Windows (bahasa rojaknya laptop@komputer@PC). Bagi yang tahu, direct answer korang mesti Control panel. Yeah, aku pun akan bagi jawapan macam tu juga sebab itu sahaja cara asas yang Bill Gates provide kepada users windows dia untuk mengubah basic sistem.

Agak leceh tak nak masuk Control Panel?

So aku terjumpa salah satu cara paling mudah untuk tweak settings dalam windows iaitu, God Mode. Bukan software, dan bukan juga hardware, just a simple a method even budak sekolah darjah 1 pun boleh buat if dorang tahu perkara asas untuk menggunakan personal computer.

So lets move on!

Dan cara-caranya adalah:

  • Create a new folder dimana-mana sahaja, 
  • Then rename new folder tu dengan, (copy nama di bawah)
  • GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
  • Enter dan siap!
Tiba-tiba new folder korang bertukar wajah kan? macam ni?


Don't need to worry, sebab anda telah pun berjaya! Double click folder God Mode tu, dan paparan seterusnya akan muncul seperti ini,

Click image to enlarge

That's it! Anda sekarang sudah mempunyai satu folder(GodMode) yang menyimpan segala macam setting di dalam satu tempat@folder. Dan anda boleh mula scroll up and scroll down untuk mencari settings yang anda suka. selamat mencuba!

Aku sebenarnya nak cari setting untuk 'Change what closing the lid does'. Laptop aku ni bila ditutup LCD@lid, sistem terus Hibernate. So it takes time untuk sistem turn on balik. Den sobona eh malas nak tunggu. kalau boleh bilo buko lid, den nak laptop den terus bernapeh macam biaso dengan cepatnyo sobab den ni selalu cabut bateri laptop tak kiro maso.

Psst~! Sesiapa yang pakai sistem lain selain Windows, jangan gatal tangan nak guna cara ni.

1 komen bernas

Mainan



Kadang-kadang, sesebuah mimpi itu hanya melengkapkan kehidupan seseorang manusia buat sementara waktu sahaja..


Segala yang diangankan dalam dunia nyata, berjaya dikecapi di alam fantasi tidur. dan alangkah indah sekiranya mimpi itu berjaya direalisasikan di alam realiti..


Tetapi sayang, itu hanyalah mainan bagi tidur yang lena..

Sesungguhnya syaitan tidak pernah alpa untuk melalaikan umat manusia..
1 komen bernas

Komunikasi



Peti suara dan bahasa isyarat.


"Dua alat komunikasi yang berbeza tetapi mempunyai satu tujuan dan matlamat yang sama iaitu, menyampaikan maklumat."

Ciptaan Allah ini sangat indah. setiap kebaikan ada kegunaannya, dan setiap kelemahan, ada penyelesaiannya.

Cuba bayangkan yang kita (manusia normal ) ini bisu dan pekak....


Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikannya olehNya, inshaAllah.
0 komen bernas

Pengumuman

January 18, 2012

Assalamualaikum...

Dengan ini, beta dengan rasminya mengumumkan,


CUTI SUDAH PUN BERMULA!
(Yeay! kebabommm! duisshhh! shhiiiii! chingggg!!)


Test dan kuiz
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah last paper ku habiskan tadi
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa mind mapping dan short note sahaja
Menjadi bukti aku study
Pada malam sebelum paper esok pagi.

Satu semester sudah berlalu
Cuti sebulan muncul lagi
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku belum bayar duit sewa lagi
Ku tulis sekuntum puisi
"Haiya tuan rumah, boleh bagi masa lagi?"

Tuan rumah memaksa
Melihat wajahku sendiri di cermin
Terpandang kedut di muka ku
Bekas jerawat yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan jerawat yang terus mendatang
Bermain di muka ku ini
(apa kena mengena sewa rumah dengan tengok muka sendiri kat cermin? haiya tara erti la tauke)

(adaptasi dari lagu Setahun Sudah Berlalu-Alleycats)

Sekian, terima kaseyyyy!

Psst~! Selamat bercuti kawan-kawan ;)

1 komen bernas

Ragam peperiksaan akhir.

Assalamualaikum...

Final exam... peperiksaan akhir... arghh satu beban yang semestinya akan dilalui oleh seorang manusia yang bergelar student. Tetapi beban yang dimaksudkan bukan merupakan beban ke arah keburukan, malah beban ke arah kebaikan di masa hadapan, inshaAllah.

Aku yakin, seseorang student akan stress apabila menjelangnya peperiksaan akhir dan itu merupakan perkara biasa yang dah biasa sangat mereka lalui. Stress yang akan menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi kurang siuman, menjadi tidak waras, hilang arah pertimbangan buat sementara waktu kerana minda tidak dapat lagi dikawal sepenuhnya. Mungkin kerana, ilmu yang berlebihan... mungkin...

Dan apakah perkara biasa yang akan dilakukan oleh 'student biasa' apabila menjelangnya peperiksaan akhir?

  • Studyla! takkan main guli dalam tepung plak. Itu sudah semestinya. mu nok mapuh kerah ko kalu tak study? FAIL la jawabnya kalau masuk exam hall dengan otak yang kosong.

Dan kebiasaannya, untuk seseorang pelajar itu memulakan study, banyak halangan dan cabaran terpaksa ditempuhi. Antaranya,

  • Tidur. nampak member baring atas tilam, disangkakan tidur. so kita pun join sekaki tidur.
  • Gangguan dari rakan yang dah habis exam awal. muka masing2 pyscho bila dah habis paper.
  • Perangai yang suka menangguhkan sesuatu. 'rilekla der, gap 3 hari kot. esok lusa barula start study. dan akhirnya? last minute study!'
  • Gayut. elok-elok dah nak mula study, yang tersayang call plak. nak reject takut kata tak sayang.
  • Gangguan dari rakan yang suka makan. Sikit2 ajak pergi makan. 'der, bila masa mau study kalau dah asyik nak melantak je kejenya?'
  • Gangguan dari rakan yang suka menjerit. hoi! ingat ni zoo ke?
  • Online. facebooking lah, twittering lah, youtubing lah, online gaming lah, dll.
  • Test pad habis. ?? nak buat short note macam mana? der, notepad dalam laptop ada kot. handphone mahal takkan takdak memopad ka? alasan tak munasabah betul haha.
  • Blogging. esok paper, malam tu jugaklah kau nak update blog kan kiki.
  • Bila dapat tau carry mark rendah. stress..

Dah cukuplah aku senaraikan semua yang diatas. Ni semua aku dan kawan-kawan serumah sedang alami untuk study for the final exam yang tengah berlangsung sekarang ni. arghhh tension!

Psst~! GOODLUCK to all of my friends yang tengah struggle for the last paper on 18/1/2012. inshaAllah we can do it!
9 komen bernas