Home » , , , » Urine Test Dalam Gelap

Urine Test Dalam Gelap

December 29, 2010

Assalamualaikum readers...

Sebelum nak masuk belajar ni, biasalah kita kena buat medical check up. antara perkara yang paling best dalam medical check up ni, kita kena buat urine test. yeah, kencing dalam cup kecik. aku tak tahulah apa tujuan sebenar urine test ni. yang aku tahu, nak check penyalahgunaan dadah, check kandungan dalam badan samaada mengandung atau tak, nak check paras gula ke, protein ke, dll.. correct me if i'm wrong. saya budak yang tak pernah belajar secara mendalam dalam hal ni *haha

Nak dijadikan cerita, aku pergilah ke satu klinik swasta nak buat medical check up + x-ray. aku ingatkan kalau datang awal pagi, pesakit tak ramai. zzz sangkaan aku meleset. dah ramai yang menunggu dalam klinik. nak tak nak, aku terpaksa masuk jugak dan terpaksalah menunggu. medical check up kena siap hari ni jugak. malas dah nak tangguh.

----------------------------------------------

X-ray:
Setengah jam kemudian, nama aku dipanggil oleh satu brother..

'Afiq Bukhari, sila ke bilik X-ray. okeh, bukak baju, berdiri di situ. tarik nafas perlahan-lahan yer dan lepas... siap!!'

Eh sekejap je rupanya. aku ingatkan lama lah sangat nak buat x-ray ni. tapi yang tak bestnya, bila aku dah pakai baju, brother tu tanya aku dengan satu soalan..

'Masa x-ray tadi, kamu tarik nafas perlahan-lahan kan?'

Errr.. kenapa bila aku dah pakai baju baru nak tanya soalan tu? kan dah kena buat kerja 2 kali kalau x-ray tak menjadi zzzz. selamat x-ray aku tu ok dan normal. lain kali, tanyalah dulu sebelum kata 'siap'.

----------------------------------------------

Urine test:
Tak sampai sepuluh minit, nama aku dipanggil lagi..

'Afiq Bukhari, sila ambil cup ni dan pergi isi. lepas tu letakkan di dalam kotak ni..'

Agak malu sebenarnya bila berjalan-jalan di dalam klinik sambil memegang cup tu. tapi aku peduli apa. semua orang pernah kencing kot.. sampai je di tandas, aku termanggu seketika. mana satu tandas yang ok ni?

Tandas pertama:
di pintu tandas tertulis 'TANDAS LELAKI'. tapi takde lampu. gelap yang amat.

Tandas kedua:
di pintu tandas tertulis, 'TANDAS ROSAK'. tapi ada lampu.

Psst~! sila jangan tanya aku di mana tandas wanita...

Agak-agak korang, terutama kaum lelaki, korang nak masuk tandas yang mana? ini masih lagi dalam situasi nak buat urine test.

Aku nak masuk tandas lelaki tu. sebab di pintu tandas tak tertulis pun 'TANDAS ROSAK'. so dengan selambanya, aku pergi switch off semua suis lampu kat situ dan nak cuba buka semua lampu satu-persatu. time aku switch off lampu tu, aku terdengar seseorang mengeluh, errhmm! *haha rupa-rupanya ada auntie kat belakang tandas tu tengah berehat.

'Sorry auntie, saya nak buka lampu tandas ni, tapi tak tahu yang mana satu. itu yang saya tutup semua lampu *hehe'


'Auntie menjawab, eh kenapa you tutup semua? kan dah tak boleh buka semua lampu tandas.'


'haaaa??? macam mana ni auntie? saya kena buat urine test ni. tak kan tak boleh buka kot? abeh, kat mana saya nak pee ni?'


'Auntie menjawab, kejap yer, auntie nak pergi panggil seseorang yang boleh betulkan lampu ni.'


Zzzzz aku tunggu kat depan tandas tu. dalam hati berkata, 'tula Afiq, pandai sangat nak pergi tutup semua lampu. kan dah kena tunggu lagi'... tak sampai 5 minit, auntie tu datang dengan perkhabaran yang mendukacitakan aku. dia kata, 'that guy keluar pergi mana tah. so you terpaksa kencing dalam gelap.'

Hampeh!@#$%... sila jangan tanya aku macam mana aku dapat kencing dalam cup kecik tuh.

Psst2~! Alhamdulillah, dah selesai pun medical check up. tinggal nak shopping barang-barang lain plak sebelum masuk belajar ni.

33 komen bernas:

syufaa said... [Reply to comment]

haha..adoii..kne bwk torchlight la bile nk wat medical check-up..utk keselamatan..haha ^_^

zaira said... [Reply to comment]

hahahahahhhhh :D

mie said... [Reply to comment]

baru je nak tanya soalan sensitif tu..
tapi gue paham..
hahaaa

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@mie
haha buat2 paham ja :D

Zaer!! said... [Reply to comment]

hahahaha.klinik mana ni? Mesti dorang takde duit nk bayar chargeman untuk betulkan lampu tu.hehehe.sabar jela.....

Haziq Yaacob said... [Reply to comment]

suluh la pakai henfon punya flash ke lampu kat henfon tu ke ;p

Burp said... [Reply to comment]

hahaha ewww~! menunggu ko aje dh berkeroncong perut aku kat klinik tuh~ hahahaha! selamat ko blanje ak jambu air~ wawawa~

nuriz said... [Reply to comment]

tak paham kenapa org tu tanya dah tarik nafas perlahan lahan ke tak masa x ray tu..heheh

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@nuriz
hehe sepatutnya brother tu kenalah pastikan yang afiq dah tarik nafas sebelum kata 'dah siap'.. tapi kalau afiq tak tarik nafas masa dia snap pic xray tu, n de kata dah siap, xmenjadila xray tu :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Zaer!!
haha taw xpe..susah betul bile facilities jahanam n xde orang yang volunteer nak betulkan..klinik ra**i batu caves tu haha

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Burp
hahaha aku ingt nak belanje ko makan nasik tadi..tapi sekali tgk lauk ko angkat, lari bajet da :D

asyfiqaz said... [Reply to comment]

erkk..tak berterabur ke?? hahaha

dakpipimerah said... [Reply to comment]

awak,,kelakar laa,,,seb bek perenpuan xde mcm tu,,stedy beb!! hehe

Faizal Fredley said... [Reply to comment]

bila start blajar wei...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@dakpipimerah
haha kalau pompuan xtaw lar dlm gelap cane yerk ;p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Faizal Fredley
2 aribulan ni dow :D

iqbalhakimi said... [Reply to comment]

haha..aku paling xleh blah yang jaga xray pompuan..da la kena bukak baju..aku ni shy2 cat..

then pernah aku kena xray dua kali sb yang pertama xjelas..da la bhye xray tu.

pengalaman kencing plak,aku masa sampai uh aku ttba rasa sakit perut..then terus pergi tandas..akak yang jada pun tanya after aku keluar..ehh.awak dah kencing ke?..aku jawan "ya"..akak tu cakap..abes nanti nak amek air kencing kat mana?..aku dah runsing..dah pakat nak amek air kencing member aku..tapi last2 terasa gak nak kencing..so boleh la bg sample..hehehe

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@iqbalhakimi
haha selamatla yang jaga aku tu brother..so xdela nak shy2 cat sangat..tapi tu r, terlampau sempoi r plak :D

slmat ko leh kncing, kalau x bercampur2 ngn air kncing mmber :D

Cikbelog said... [Reply to comment]

hahaha betullah.agak rasa malu bila bawa cup tu menuju ke tandas. tapi nak taknak, urine test tu perlu jugakk..hehe

Pendekar Berkuda said... [Reply to comment]

kah kah kah...memang tak tahan aku nak gelak ni bro...kah kah kah...

Pss~! Sila jangan tanya kenapa aku gelak... Kah kah kah..

rainbowcloudy said... [Reply to comment]

mana tndas wanita ??????? hahahah

Berita Sukan terkini said... [Reply to comment]

hehe... selamba jer....

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@rainbowcloudy
ade kat kedai sebelah haha ;p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Berita Sukan terkini
hehe nak buat camne bro..terpksa :D

Zetchi Henry said... [Reply to comment]

nice ntry..
hehhe

yes~! jersi biru bawa tuah pada Malaysia!

suffer8zine said... [Reply to comment]

heheh pengalaman ni bro

Terkini : Perjalanan Malaysia Sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 | Senarai Juara Piala AFF Suzuki Terdahulu

tqaAwesome said... [Reply to comment]

lah lampu henfon kan ade. hehe

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@tqaAwesome
haha lampu hnfon x menyala plak masa tuh zzz

missSenget said... [Reply to comment]

klinik mana tu? xmo pi klinik tu..

aish3..

Gayahspears said... [Reply to comment]

hahaha... naseb bek ko tak mengelabah ya afiq...
padan muke sape suruh tutup lampu..
kan da kena kencing dlm gelap...hihi

Aretikz said... [Reply to comment]

Pergh ~ Dahsyat2.. Tak boleh bayangkan.. bahaya.. haha..

ARIFFDA said... [Reply to comment]

dlm gelap bro??? hihi...

Tuan-Belog said... [Reply to comment]

haha...sebuah filem yg menarik....kehkehkeh...

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog