Home » , , , » Segmen Jom Berkenalan Dengan Afiq

Segmen Jom Berkenalan Dengan Afiq

December 23, 2010

Assalamu'alaikum readers.. kali ni aku nak tulis entry berkenaan dengan segmen Jom Berkenalan yang telah ditag oleh saudara Belalang kepada aku. dan tuan empunya segmen ni ialah saudara Cikgu Akim.



Apakah status anda?
Aku seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu duniawi dan ilmu akhirat. dan aku juga seorang manusia yang berstatus 'single' *haha dulu pernah berstatus 'in a relationship' tapi tak kekal lama. mungkin sebab tak serasi *huhu... dan bakal bergelar seorang suami jika sampai masanya nanti (lambat lagi rasanya)

Ceritakan tentang diri anda.
Aku ni anak lelaki sulung daripada 4 beradik. aku ni suka makan apa shj yang dihidang di depan mata kecuali babi, anjing, kutu, katak, hidupan 2 alam, daging manusia, makanan haram, minuman yang melalaikan, dadah, ubat batuk, dll yang seangkatan.

Ceritakan tentang blog anda.
Blog aku ni bersifat peribadi. tiada langsung menyentuh hal peribadi orang lain. aku berhak untuk menulis apa yang aku nak tulis. segala jenis cerita panjang atau pendek yang ada dalam blog ini memang 100% hasil ciptaan aku. kecuali ada sesetengah yang aku ambil dari ruangan lain untuk dikongsikan bersama tanda ingatan bersama.

Apakah pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog ni luas. sesiapa shj boleh menulis blog tak kira baby, budak sekolah, ibu-ibu, bapa-bapa, pekerja am, board of director, ketua negara, ahli ekonomi, sasterawan negara, dll. senang kata, semua orang tak kira jantina/umur/kaum/agama boleh menulis di dalam blog. lebih ramai yang menulis di dalam blog, lebih banyaklah genre blog akan muncul seperti peribadi, berita, cerita, gosip, artis, hal dunia, politik, dll. bagi aku, sesiapa yang kreatif dan bersemangat waja, macam-macam benefit akan terhasil dengan sendirinya nanti.

Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Sebelum nak buat blog tu, fikir dulu apa matlamat dan tujuan sebenar kita. positif ke negatif. kalau nak buat blog yang menyakitkan hati dan menyusahkan orang lain, baik lupakan. tak kan kekal lama. percayalah. tapi kalau untuk berkongsi sesuatu yang baik dengan masyarakat dan dunia, dipersilakan.

Nyatakan keunikkan yang terdapat pada blog anda.
Err tak kan aku nak jawab kot. segan la plak rasa *hehe korang godek-godek sendiri la ek. tak kenal, maka tak cintalah afiqbukhari.com

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai aku dah tak larat nak menaip *hehe maybe aku tak kan berhenti daripada dunia blog sebab aku dah terbiasa nak kongsi dengan readers macam-macam hal yang menarik insyaAllah. impian aku pula nak jadi seorang blogger yang humble.


Aku nak tag segmen Jom Berkenalan kepada,
blog GombakMali
blog Aibaks
blog Mish
blog Bulan

Psst~! korang kenal tak 40 jiran depan/belakang/kanan/kiri rumah korang? ke tak pernah nak ambil tahu langsung?

26 komen bernas:

Belalang Hijau said... [Reply to comment]

amboi cepatnyer siap...
blogger yg humble, rasenyer dah berjaya kot jd begitu...

hahaha

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Belalang Hijau
hehe sebab tgh ade mase nk join segmen ni :D thnks belalang~

najihah sahami said... [Reply to comment]

opss...adakah Mish dicekup untuk buat tag ni?haha. thanx afiq!

adrinaqamarina said... [Reply to comment]

tak kenal sebab jarang balik rumah. sobs.

menulis selagi terdaya~~~ :)

all da best!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami
haha yup~! ur welcome :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@adrinaqamarina
hehe xpe.slow2 la kena jiran tu :D thnks ya :)

Zetchi Henry said... [Reply to comment]

semoga jadi blogger yg humble(merendah diri) itu ya!

Selamat Malam
Eh, jangan tidur dahulu!
Jom baca entri terbaharu saya di
http://www.zetchixy.blogspot.com

misyamissyou said... [Reply to comment]

uh..terkejut jap mse bace ayat "bakal bergelar seorang suami..." ingat dlm mse terdekat..br nak cakap tahniah..hahaha =P

Fairosza said... [Reply to comment]

hi,nak berkenalan bley..haha
wah,memang berwawasan la afiq ni

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Zetchi Henry
insyaAllah :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@misyamissyou
haha just kidding je tu ;p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Fairosza
haha setiap apa yang diinginkan perlu ada wawasan sebagai panduan :D

anamizu said... [Reply to comment]

slm kenal dari cik ana ^^

jom kenal anamizu pulak..hihi


jom kenal anamizu

Izan Ishak said... [Reply to comment]

blogger 'humble'...mmg kenyataan ni afiq. moga semua impian jadi kenyataan~

manna_salwa said... [Reply to comment]

all the best!~

(^_^)

RedBoys said... [Reply to comment]

wah2. macam segmen sekarang yg ada. tu belum campur segmen dr ben ashaari. fuh. meriah2.

MyZons said... [Reply to comment]

jalan2 di blog blogger yg hebat. menarik segmen ni. hehe

missSenget said... [Reply to comment]

hye afiq..

slmt berkenalan.. hakhak..

:p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@missSenget
haha ngada2 ;p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@MyZons
haha mane ade hebat :) joinla segmen tu :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Izan Ishak
insyaAllah, thnks kak :)

:Cikgu Akim: said... [Reply to comment]

hehehhe..nice story!salam perkenalan dri saya bakal pendidik..jemputlah mlawat rakan2 lain yg join segmen ni dblog saya..boleh tmbh kenalan..smile!

rabiatul said... [Reply to comment]

Salam perkenalan dari atul :)

AiSyAh said... [Reply to comment]

ai afiq bukhari...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@AiSyAh
hai aisyah :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@:Cikgu Akim:
insyaAllah~ :)

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog