Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Warga Pulau Pinang, Sila Berjaga-Jaga Dengan Amaran Banjir Kilat

October 28, 2010

GEORGETOWN: Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 November ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.
"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November ini ekoran perubahan monsun," katanya hari ini.
Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.
"Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700", katanya.-Bernama Sumber

Psst~! harap2 berita ni hanya sekadar amaran je.. apa2 pun, kepada warga Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia, sila berhati2 dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir kilat ni.... ~teringat peristiwa banjir kilat di dalam rumah aku sendiri.
9 komen bernas

Denda RM2,000 Sebab Simbah Cat Ke Atas Surau

October 19, 2010

Pautan - Tiga remaja mengaku salah simbah surau dengan cat merah

SEREMBAN: Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.
Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.
Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M Mageshwary.
Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas.
Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja tersebut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan melakukan khianat dengan membaling botol di surau tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Remaja pertama turut dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Lee Kong Fee manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA & Berita Harian


Psst~! dalam proses pembelajaran.. xleh nak salahkan budak2 tu 100%.. didikan dari ibu bapa yang penting. harap mereka insaf dan xkan ulangi perkara2 yang mendatangkan kemarahan rakyat.
7 komen bernas

Plaza Lowyat Halau Penyewa Lanun

October 18, 2010

Pirates of the Caribbean Selingan je nih *gelak besar

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.
Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasi, Michael Lee berkata, langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.
"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.
"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," kata beliau pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.
Lee berkata, walaupun Plaza Low Yat adalah plaza IT pertama di dalam negara mempunyai inisiatif sedemikian, beliau berharap ia bukanlah yang terakhir.
"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," kata beliau.
Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip berkata, berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, nilai pasaran cetak rompak bernilai US$453 juta setahun.-Bernama & myMetro
Psst~! halau je.. kadang2 dorang ni buat takut orang je dok panggil2 soh beli cd pirate tu.. tapi kalau handphone pirate, laptop pirate? x kena halau gak ke? aku dah banyak kali naik turun naik turun lowyat tu semata2 nak claim warranty adapter yang ORIGINAL gakkkkkkkk!! better beli yang asli, puas hati, x kena maki...
11 komen bernas

Si Perogol Anak Kandung Dihukum Penjara 14,400 Tahun

September 25, 2010

MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.
Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina. Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol. Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.
Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian. Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP sumber - myMetro 

psst~! hang gilo ko apo pergi rogol anak sendiri selama setahun? hampir setiap malam plak tu.. memang padanla kena penjara 14,400 tahun. lame tuuu.. ko pun belum tentu dapat hidup lebih dari setahun..
12 komen bernas

Wayne Rooney Menduakan Isteri

September 6, 2010

sumber dari google
LONDON: Wayne Rooney berpeleseran dengan seorang pelacur yang bernilai £1,200 (RM6,000) satu sesi ketika isterinya, Coleen hamil.

Penyerang England dan Manchester United itu didakwa meniduri Jenny Thompson, 21, tujuh kali dalam masa empat bulan. Jenny, dalam pengakuannya kepada akhbar News of The World berkata: “Rooney menggoda saya dengan mesej pesanan ringkas dan membayar wang yang banyak.

Bintang England itu merayu Jenny dan seorang rakannya untuk melayani nafsu seksnya serentak. Dia kemudian melanggani pelacur itu berulang kali sementara Coleen menunggu saat untuk melahirkan anak mereka, Kai.

“Rooney begitu terhibur dengan setiap pertemuan kami dan dia tidak kisah apa yang dilakukannya di belakang Coleen.

“Saya berpendapat dia percaya dirinya melebihi segala-galanya. Selaku wanita, saya tidak suka apa yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika saya hamil,” kata Jenny.

Dalam temuramah yang akan memusnahkan imej Rooney sebagai suami yang baik hingga membolehkan pasangan selebriti itu meraih berjuta-juta dolar, Jenny mendedahkan apa yang dilakukan bintang Manchester United itu, termasuk menidurinya di sebuah hotel lima bintang yang menjadi kegemaran selebriti dan anggota pasukan Manchester United yang lain.

sumber dari myMetro gambar kiri,ister Rooney. gambar kanan, Jenny

Jenny berkata, Rooney turut mengajaknya pulang ke rumahnya untuk mengadakan seks ketika ketiadaan Coleen. Jenny juga memberitahu bagaimana dia mula menemui Rooney, 24 Jun tahun lalu di Kasino 235 Manchester ketika pemain itu minum bersama anggota keluarganya dan rakan sepasukan, Rio Ferdinand. “Saya berada di bar bahagian VIP bersama seorang lagi wanita dan mereka memanggil kami untuk berbual.

“Kemudian kami menghisap rokok di tandas bersama Rooney dan adiknya dan kami bertukar-tukar nombor telefon. “Ketika itu, Wayne tidak tahu pekerjaan saya sebenar.

“Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyerlahkan hasratnya. “Dia suruh saya menunggunya di satu sudut dan kemudian kami berkucupan selama tiga atau empat minit.” Pertemuan itu disusuli dengan satu lagi pertemuan seminggu kemudian di hotel lima bintang, Lowry, tempat Rooney melepaskan nafsu seksnya terhadap Jenny dan seorang lagi rakan pelacur itu. - Sumber

---------------------------------------

psst~! kalau pemain bola sepak Malaysia yang buat camtu, bukan bini je marah, semua rakyat Malaysia confirm marah sebab menjatuhkan maruah negara.
0 komen bernas

Kena Penjara Sebab Ketawa?

August 16, 2010

Assalamu'alaikum..

err takkan sebab ketawa je, terus kena penjara? haha lucu sungguh cerita kisah benar ni. meh baca selanjutnya...


FAYETTEVILLE, N.C. — Court is no laughing matter as far as one North Carolina judge is concerned. A Fayetteville man who was waiting for his case to be heard Friday drew the ire of Judge Toni King after starting to laugh in a Cumberland County courtroom. Authorities said King asked 47-year-old Johnny Montgomery why he was laughing, but the man refused to say.King ordered Montgomery to jail on a misdemeanor charge. As deputies were preparing to take Montgomery to jail, they searched him and found more than 3 grams of crack cocaine.Montgomery was charged with felony drug possession. Authorities said he was being processed Friday evening and does not yet have a court date nor an attorney. 
Copyright © 2010 The Associated Press. All rights reserved. taken from HERE


yang ni plak dalam bahasa melayu...


FAYETTEVILLE (North Carolina): Bagi seorang hakim, mahkamah bukanlah tempat untuk ketawa atau bersenda gurau.Ketika hakim Toni King mengendalikan kes di depannya, seorang lelaki, Johnny Montgomery, tiba-tiba ketawa.Kelakuan Montgomery itu menyebabkan King berang dan bertanya mengapa lelaki berusia 47 tahun itu ketawa.Bagaimanapun, Montgomery enggan menyatakan puncanya.Akibatnya, King mengarahkan Montgomery dipenjara.Ketika pihak berkuasa bersiap sedia membawa Montgomery ke pusat tahanan, mereka secara kebetulan menemui tiga gram kokain dalam pakaiannya.Akibatnya, Montgomery berdepan dengan dakwaan memiliki dadah. Jurucakap mahkamah berkata, tiada tarikh ditetapkan setakat ini bagi sebutan kes berkenaan.Katanya, Montgomery juga belum diwakili mana-mana peguam bela. - Agensi sumber dari myMtero

 psst~! jangan bergurau ketika orang tengah serius..



9 komen bernas

Ariel Peterpan Direjam Sampai Mati?

June 23, 2010

Assalamu'alaikum..

uihh jangan gabra dengan tajuk di atas. Ariel PeterPan sebenarnya dituntut oleh Hizbut Tahrir supaya direjam sampai mati dek penyebaran video seksnya.. ikuti berita selanjutnya dalam Metro Online berhubung dengan isu rejam nih. aq tampilkan sekali sebahagian daripada cerita tersebut..


apala nak jadi dengan dunia artis sekarang. lepas satu persatu masalah timbul xkirala kat Malaysia ke, Indonesia ke, serata dunia la senang cerita. tapi xboleh nak salahkan dorang seratus peratus. maybe ada pihak lain yg perlu dipersalahkan jugak. Wallahualam.

JAKARTA: Kira-kira 1,000 umat Islam berarak di tengah Jakarta, semalam, bagi menuntut selebriti tempatan yang terbabit dalam aksi seks dihukum rejam.Sambil melaungkan takbir, anggota dan penyokong Hizbut Tahrir itu turut menaikkan bendera hitam serta sepanduk menggesa vokalis Peterpan, Ariel, ditahan, kerana berzina.Protes itu berlangsung beberapa jam selepas Ariel menyerah diri kepada polis.Jurucakap Hizbut Tahrir, Ismail Yusanto, berkata Internet menjadi ancaman terhadap nilai Islam di Indonesia.Katanya, undang-undang syariah perlu dilaksanakan di seluruh negara itu. berita selanjutnya..
14 komen bernas

Kes Kanak-kanak Maut Didera Lagi

June 5, 2010

Assalamu'alaikum.
korang masih ingat lagi tentang seorang kanak2 perempuan 3 tahun yg mati didera oleh teman lelaki ibunya?

masih cam lagi gambar ni? inilah Syafia Humairah Sahari. de ditampar, disepak macam bola di hadapan orang ramai sehingga nyawa2 ikan dan akhirnya maut.

Ok berbalik pada tajuk utama. aq saje je nak kaitkan cerita ni ngn cerita terbaru plak. seorang kanak2 lelaki 3 tahun, Hazrieq Naufal Abdullah maut didera same macam kes yg kat atas ni. pemangsanya juga teman lelaki ibunya.
---------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Ibarat tahanan! Itulah yang boleh digambarkan nasib kanak-kanak malang, Hazrieq Naufal Abdullah, 3, yang maut akibat didera teman lelaki ibunya di rumah mereka di kondominium di Sentul.

Selain sering dibiarkan keseorangan di rumah dengan dibekalkan sebotol susu, kanak-kanak itu menjadi mangsa panas baran penganggur berusia 25 tahun.

Menurut rakan ibu mangsa yang enggan dikenali, ketakutan dan trauma pada kanak-kanak itu jelas kelihatan apabila dia sendiri pernah melihat keadaan kanak-kanak itu diam, hanya dengan isyarat jelingan daripada teman lelaki ibunya ketika keluar bersama baru-baru ini.


Katanya, ibu kanak-kanak berusia 23 tahun pernah meminta tolong menetap di kediamannya bagi melarikan diri daripada cengkaman teman lelakinya yang panas baran.


“Ibu Hazrieq sering mengadu tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang panas baran. Setiap kali dia keluar bekerja, Hazrieq ditinggalkan bersama teman lelakinya itu yang tidak... selanjutnya dalam Maut Didera

---------------------------------------------------------------
kalau korang baca surat khabar Metro hari ni, korg leh tgk gambar mangsa. sangat comel. tapi nape diperlakukan sedemikian rupa? de still budak mentah yg xkenal erti dunia lagi. tapi kita yg dah melalui macam2 dalam hidup ni sanggup melakukan perbuatan macam tu. eh tolongla! macam xde pemikiran langsung. ko kalau ade masalah, jangan libatkan orang lain. lagi2 nyawa.

tapi nk buat macam mana. semuanya takdir ditentukan olehNya. ajal dan maut di tangan Allah. tapi kita sebagai manusia hanya mampu berserah. kpd ibu mangsa, redhalah dengan segalanya. pembalasan pasti tiba utk si pembunuh.

yg buruk sentiasa dari kita, yg baik sentiasa datang dariNya. Wallahualam bissawab.
15 komen bernas

Prostate Awareness Campaign 2010

June 3, 2010

Assalamu'alaikum.

Start Time: Friday, June 18, 2010 at 8:00am
End Time: Sunday, June 20, 2010 at 2:30pm
Location: PPUKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur

Kempen Kesedaran Prostat (Prostate Cancer Awareness Campaign) ini diadakan dengan harapan untuk memberi input serta maklumat mengenai penyakit yang berkaitan dengan kalenjar prostat serta penekanan terhadap rakyat Malaysia terutama golongan lelaki yang sudah berusia untuk datang menjalani ujian prostat kerana mereka merupakan golongan yang lebih cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan prostat ini.

Penyampaian maklumat mengenai kanser prostat yang merupakan salah satu kanser yang selalu dihidapi oleh lelaki berusia adalah dirasakan perlu supaya langkah awal dapat diambil kerana peluang untuk pulih adalah lebih tinggi jika penyakit kanser ini dapat dikesan lebih awal.

Kempen kesedaran prostat yang akan berlangsung selama dua hari pada tahun ini juga akan dilaksanakan dengan mengadakan satu larian kesedaran yang dinamakan “Prostate Cancer Awareness Run” di sekitar Pusat Perubatan UKM dengan harapan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat demi menyampaikan mesej kesedaran prostat ini. Selain itu pameran kesihatan oleh pelajar-pelajar perubatan UKM, pemeriksaan serta ujian prostat juga akan diadakan secara percuma di Lobi Utama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dengan bertemakan ‘Lelaki Sihat Teras Keluarga Bahagia’, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan lelaki memberi perhatian terhadap kesihatan prostat mereka agar tidak diselubungi dengan masalah yang boleh menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami dan ayah. Ini kerana orang lelaki terutamanya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai perasaan malu serta tidak mahu menjalankan ujian prostat ini secara sukarela. Ini mungkin kerana faktor-faktor luaran seperti budaya atau sifat lelaki itu sendiri yang mengambil remeh akan sesuatu hal menyebabkan mereka tidak ingin menjalankan ujian prostat. Oleh itu diharapkan dengan adanya program “Prostate Awareness Campaign” ini, golongan lelaki akan lebih faham tentang penyakit prostat dan datang untuk menjalani ujian saringan barah kalenjar prostat.

----------------------------------------------------

Aktiviti-aktiviti Kempen Kesedaran Prostat (Prostat Awareness Campaign):

18 Jun 2010 (Jumaat):
Lokasi: Lobi Utama Pusat Perubatan UKM
Masa: 8.00am -5.00pm

Aktiviti-aktiviti:
a. Gerai Klinikal: pemeriksaan kesihatan yang asas seperti tekanan darah, kandungan gula dan lemak dalam badan dan sebagainya akan ditawarkan kepada orang ramai, dengan nasihat-nasihat untuk menjaga kesihatan badan.

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Pemeriksaan Prostat Percuma: sasaran utama pemeriksaan prostat ini adalah golongan yang sudah berusia dan dijalankan oleh golongan profesionalisme yang berkenaan.

20 Jun 2010 (Ahad):
Lokasi: Tempat letak kereta Pusat Perubatan UKM
Masa: 6.30am - 12.00pm

Aktiviti-aktiviti:
a. Larian "Kanser Prostat":
Lokasi: Tempat Letak Kereta PPUKM
Jarak: 5km, 7km, 10km
Yuran Penyertaan: RM20.00
Kemeja-T PERCUMA
Sijil Penyertaan dan hadiah lumayan disediakan

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Karnival Jualan

----------------------------------------------------

Informasi-informasi tentang Larian "Kanser Prostat" :

Penyertaan:
Terbuka kepada warga Malaysia sahaja yang bukan pelari professional.
Nombor Peserta akan disediakan dan wajib dipakai semasa larian. Sila mengambil Nombor Peserta pada hari Jumaat (18hb Jun 2010).
Borang boleh didapati di kaunter informasi PPUKM.

Lapor diri:
Borang penyertaan serta bayaran tunai boleh dibuat mulai 14hb Jun 2010 di UnitKewangan PPUKM (Tingkat 1 Blok Pendidikan),
Kaunter Pendaftaran juga akan dibuka pada 18hb Jun 2010 di Lobi Utama PPUKM.
Pada hari larian, semua peserta dikehendaki melaporkan diri bermula jam 6.15am hingga 7am di Kaunter Kehadiran.

Aspek Keselamatan:
Semua peserta dikehendaki berlari mengikut laluan/trek yang ditetapkan kecuali dengan arahan daripada pegawai bertugas.
Sebarang kenderaan TIDAK dibenarkan mengiring peserta KECUALI Ambulan/"Runner".
Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihati menjalani Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh larian dan berada dalam keadaan yang sihat semasa pertandingan.

Borang Penyertaan Larian "Kanser Prostat" boleh dimuat-turun daripada:

so sape2 yang free tu pegila eh. untuk kesihatan korg jugak. ;)

0 komen bernas