Dan keputusannya, Hotlink!

January 30, 2011

Assalamualaikum...

Hasil daripada entry aku yang berjudul Hotlink atau Digi?, ramai yang memilih hotlink daripada Digi. antara sebab yang aku suka nak highlight, ramai yang pakai hotlink daripada digi. oleh itu, aku pun memilih hotlink sebagai nombor kedua aku.


Aku saje take a walk in the Giant, mula-mula nampak Digi center. berhenti jap nak tengok nombor mana yang cantik, tapi takde. pusing-pusing lagi then nampak plak Maxis center. akak cun jaga wooo! haha terus approach akak tu, 'kak, ada jual nombor prepaid x?'.. padahal memang dah nampak nombor-nombor tu tersusun rapi dalam meja kaca. biasalah sifat lelaki, ingin memulakan daripada dimulakan. huhu berlawak ja.

Belek punya belek, takde satu nombor pun yang cantik. semua nombor ada angka 4. orang cina kata nombor 4 tarak baguit! boleh bawak mati! haiyaa! itu kepercayaan orang cina. kita yang Islam ni takyahla percaya sangat. lagi-lagi nombor ngangkungekor. dosa woo! apa-apa nombor pun sama. cantik atau tak je.... last-last aku jumpa satu nombor yang senang untuk disebut buat kali pertama. senang hafal tu lain cerita.

Lagi sekali, 'akak, saya nak nombor yang tu, yang tu, yang tu.' melilau mata akak tu mencari nombor yang aku nak.. bila dah jumpa, si dia bersuara, 'bak mai ic'....... 'lagi 15 minit baru leh pakai yer!'... 'amboi, garangnya cik kak. cek tak beli nombor ni tawla'... terus dia lemparkan satu senyuman yang hipokrit. aku pun berlalu dari situ dengan hati yang girang macam budak-budak baru dapat lollipop merah.

Psst~! balik je rumah, tertengok iklan hot ticket, hotlink. tu menatang apa plak?? aku salah beli nombor ka? haha giler outdated aku nih.

Psst2~! sorry tak dapat nak join gathering Sahabat Blogger. banyak benda yang nak disetelkan plus hujan yang tak berhenti-henti dari malam tadi huhu
45 komen bernas

Hotlink atau Digi?

January 29, 2011

Assalamualaikum..

Kepada semua student-student UiTM yang sedang bercuti, selamat bercuti.. seminggu je pun cutinya, jangan nak happy sangatla. habis cuti nanti bersiap sediala dengan test, kuiz, pop kuiz, assignment, presentation, dll..

Waktu cuti ni, penuhkan la cuti anda dengan membaca buku(kalau bawak balik buku ke kampungla haha)... tapi cuti aku pulak maybe akan dipenuhi dengan aktiviti menyerbu kedai alat-alat tulis untuk print out segala jenis dokumen-dokumen ptptn. lepas tu kena mencari Pegawai-pegawai A atau saksi untuk menandatangani borang-borang ptptn yang berlonggok tu. harap dapat setel sebelum habis cuti..


Okeh, kalau aku nak pakai satu lagi nombor telefon Prabayar@prepaid, korang cadangkan telco apa? Hotlink atau Digi? any idea? any good@bad experiences dengan telco-telco tersebut? currently aku pakai Celcom. aku nak beli nombor baru just untuk menghidupkan handphone lama.. sebabnya kamera di handphone lama aku lagi gempak dari handphone yang baru.. plus boleh jadi backup, kot-kot nombor Celcom dah habis kredit ke..

Aku memang takde pengalaman sangat dengan telco Hotlink dan Digi. so aku mengharapkan korang semua boleh memberi pendapat atau cadangan yang bernas dan jitu. beli nombor telefon ni sama macam beli kereta. nak pakai untuk jangka masa yang panjang. aku bukannya malas nak buat research. faham-faham jela semua telco menjanjikan yang terbaik. tapi betul ke terbaik?..... itu pasal la aku highlightkan any good@bad experiences?...

Psst~! aku pengguna setia CELCOM! kalau ada benda baru, silalah berkongsi dengan aku yer :)
25 komen bernas

Cenderamata daripada blogger Mah@Mahu

January 28, 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua dapat bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ni.. dan aku pun dah selamat sampai ke teratak keluarga tercinta, Home Sweet Home haha. sebelum ni dok runsing macam mana la nak balik ke rumah. dengan side mirror kereta yang bermasalah, plus duit tak mencukupi.. tapi alhamdulillah aku dapat atasi semua tu dengan jayanya.

Okeh kembali kepada tajuk utama. ya, aku dapat cenderamata daripada blogger mah@mahu kerana menjawab soalan survey yang cukup mudah. dan kalau tak silap aku, blogger mah@mahu ada mengatakan bahawa hanya 20 blogger yang bertuah sahaja akan mendapat cenderamata. dan aku merupakan diantara salah seorang yang bertuah tersebut. thanks a lot! :)


Kalau korang nak tengok jawapan aku kepada survey mah@mahu, boleh tengok kat sini.

Walaupun cenderamata ni kecil, tapi cantik wooo! tapi yang menjadi persoalan aku sekarang ni, PJK tu stand for what ek? kalau bro mah@mahu tak keberatan, sudi-sudikanlah untuk menjawab persoalan saya tersebut hehe dan saya ingin meminta maaf kepada bro mah@mahu kerana lambat untuk publish entry ni. cenderamata tu sampai masa saya takde kat rumah. almaklumlah jauh merantau ke negeri orang huhu.

Psst~! mak aku suruh simpan setem yang melekat kat sampul surat cenderamata ni, katanya 'tu setem upin ipin' hehe

25 komen bernas

3 cerita Alhamdulillah dalam 1

January 26, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... semalam aku ada terpublish satu entry yang boleh dikatakan agak kontroversi.. selamat ada blogger dah sound awal-awal supaya buang entry tu.. aku terus buang on the spot dan terus menghantar mesej kepada blogger tersebut untuk meminta maaf dan dia memaafkannya. thanks bro.. sesiapa yang sempat membacanya, silalah berdiam diri sahaja kerana perkara tersebut memang tak elok untuk dihebohkan..

Alhamdulillah... PTPTN aku sudah diluluskan. tunggu masa nak hantar dokumen-dokumen yang penting je. so lepas ni takdelah aku runsing sangat pasal duit. insyaAllah... kalau tak cukup jugak, tak tahu macam mana lagi lah aku nak cari duit. last-last kena buat muka tebal minta duit kat parent.. kalau boleh aku nak elakkan benda tu.. cukup-cukuplah bergantung kepada orang lain melainkan kalau dah desperate sangat huhu

Alhamdulillah... side mirror kereta aku dah tak buta dan sudah berbau semula. please refer to this post.. lepas lunch aku terus start enjin kereta dan pusing satu bandar Melaka untuk mencari kedai aksesori kereta. pusing punya pusing, akhirnya terjumpa satu kedai. alhamdulillah kedai tersebut ada menjual cermin sahaja. bila ditanya harga, tokey kedai menjawab RM15 shj. alhamdulillah lagi sekali, kalau tidak seratus boleh melayang woo kalau tukar satu set side mirror yang baru.

Psst~! saling maaf-memaafi tu merupakan satu sikap yang mulia. :)
28 komen bernas

Cermin sisi yang tidak berbau

January 24, 2011

Assalamualaikum...

Lepas satu satu kejadian menimpa kereta aku. sebelum ni dilanggar oleh kereta lain. selamat tak kuat sangat perlanggaran tu. so tak kemek manalah. still ada rupa kereta lagi. tapi hari ini side mirror plak buat hal.


Tengah sedap-sedap speeding, tiba-tibe side mirror sebelah kiri driver jatuh. macam mana boleh jatuh, aku pun tak tahu. tapi sebelum ni aku dah perasan yang side mirror tu dah goyang. pernah jatuh berapa kali dah. tapi kali ini, hayat cermin tu tak berpanjangan.

Aku patah balik ke tempat di mana cermin tu jatuh. konon-kononnya nak kutip then pasang balik. tapi bila sampai je di tempat kejadian,


Wuuuu dah berkecai la plak. aisehh.. hari jumaat ni dah la nak kena balik KL sempena cuti pertengahan semester. pada musim hujung-hujung bulan ni manalah aku nak cekau duit ganti side mirror yang baru. ada ke kedai spare part kereta yang jual 'cermin' shj tanpa menjual badannya sekali? aku search kat mudah.my, semuanya menjual satu set, sepasang. single tarak jual punya.

Takkan aku nak balik KL dengan kereta yang tak cukup sifat ni? bahaya kot. lagi-lagi atas highway. kalau dah highway tu, faham-faham jela. tak kira kancil, motor, lori, bas ekspress, semuanya nak speeding macam pakai enjin kapal terbang concorde. concorde wannabe zzz... kalau ikutkan hati, aku redah je balik KL tanpa side mirror tu, tapi duduk di lane paling kiri la jawabnya.

Kusut kusut... hurm..

Psst~! berhati-hati di jalan raya. malang itu tidak berbau.
44 komen bernas

Muhasabah Diri

January 23, 2011

Assalamualaikum...

Aku suka betul dengan soalan-soalan yang macam ni...


Nyatakan 5 perkara-perkara ghaib yang anda tahu.

Apakah maksud solat daripada pemahaman agama anda?

Apakah maksud dosa?

Apakah maksud pahala?

Dalam masa 24 jam, berapa kalikah anda solat fardhu?

Apakah solat fardhu kegemaran anda dan mengapa anda memilih solat fardhu tersebut?

Apakah solat fardhu yang selalu anda tinggalkan dan mengapa?

Adakah pahala anda lebih banyak daripada dosa?


Untuk menjawab soalan-soalan yang macam ni, anda kena jujur dengan diri sendiri. jangan menipu dan kalau anda menipu pun, Allah SWT akan tahu juga kerana Allah SWT Maha Mengetahui. bila aku cuba untuk menjawab soalan-soalan yang macam ni, aku yakin jawapan aku tu betul. ye ker betul?

Tettt!! bila dah diperdengarkan jawapan-jawapannya, terasa diri ni hina sangat. apa yang aku harapkan betul, semuanya sipi-sipi betul dan ada yang salah. kita ni manusia yang bukan maksum seperti para nabi. setiap daripada kita pernah melakukan dosa walaupun dosa kecil. apa yang perlu kita buat, muhasabah diri.

Cuba ingatkan kembali apakah dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ni? adakah setiap amalan dan  kebaikan yang kita pernah buat, dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata hanya kerana Allah? sudah cukupkah bekalan kita untuk di akhirat kelak? Wallahualam...

Ingat, tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah..

Psst~! itu semua merupakan sebahagian soalan daripada modul latihan dalam kumpulan... cuba jawab dengan jujur. dan cuba fikirkan apakah jawapan yang sebetul-betulnya kepada soalan-soalan tersebut.. fikir sedalam-dalamnya :)
12 komen bernas

Cerita Yang Hilang dan Selamat Hari Lahir

January 22, 2011

Assalamualaikum...

Semakin lemau rasanya untuk mengupdate blog setiap hari. bukan xde idea, cuma kekurangan cerita yang menarik untuk disampaikan. makin hari makin sama. hari ini seperti itu, keesokkan harinya pun seperti itu juga. nampak tak putaran hidup yang terlalu membosankan di situ? haha itu maknanya diri aku sendiri yang tak mencari cerita. cerita itu sentiasa ada, cuma perlu dicari.

Kadang-kadang, bila cerita itu muncul, aku pula yang tidak tahu cara untuk mengolahnya. fikiran ni seakan-akan membeku apabila jari-jemari mula menyentuh permukaan papan kekunci. seolah-olah sedang berlaku satu konflik dalaman di antara fikiran dan jari-jemari. 'eh, aku dah gian nak menari ni. wahai fikiran, cepatlah bertindak. tanpa kau aku a.k.a jari-jemari tidak mampu bergerak aktif.'

Apa yang korang baca di atas ialah satu proses yang diberi nama brainstorming. satu proses di mana apabila anda tidak mampu untuk menjana sesuatu yang idea yang menarik, anda akan mula merapu-meraban terhadap sesuatu benda untuk menghasilkan satu idea dan cerita yang menarik. huhu  

Sebenarnya aku saja nak cari modal untuk bercerita. serius tengah takde idea untuk bercerita. tengah down down down...

-------------------------------

Sebelum aku terlupa dan sebelum aku dikritik, hari ini bersamaan dengan 22 Januari, merupakan hari kelahiran kepada blogger Bulan. Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Blogger Cik Bulan, Allah selamatkan kamu.. fuh fuh fuhhh!! HAPPY BIRTHDAY BULAN! semoga panjang umur dan murah rezeki selalu hehe

Birthday girl punya header

Psst~! bulan, kudakot is not kedekut ok! haha

14 komen bernas

Doa Perpisahan

January 20, 2011

Assalamualaikum...

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Hakmilik lirik lagu

Meh dengar kat sini, Doa Perpisahan.

Tiba-tiba plak housemate aku ni pergi pasang lagu nasyid. alahai syahdu betul bila dengar balik.. nyanyian kumpulan nasyid, Brothers. banyak betul kenangan lama yang manis dan pahit semasa sekolah, semasa remaja, meningkat remaja, dan semasa meningkat dewasa... termasuklah kenangan semasa berpisah dengan kawan, berpisah dengan cikgu, berpisah dengan teman istimewa... huhu kenangan, kenangan....

Psst~! kadang-kadang lagu ni boleh mengubah mood kita.. lagi-lagi lagu nasyid..
19 komen bernas

Kejujuran Dalam Mengejar Trafik

January 19, 2011

Assalamualaikum...

Makin panas nampaknya isu tipu-menipu trafik di kalangan blogger-blogger nih..aku tak nak ulas panjang lebar pun. sebab dah muak rasanya dengan isu yang terbangkit dan membangkit ni. yang di sini tuduh di sana tu menipu. di sana plak membalas dengan alasan IT yang memang terbaik ayatnya. kesudahannya, dua-dua pihak tak nak mengalah.. aku pun bukannya mahir sangat dalam bidang IT ni. setakat basic tu okla. tapi kalau dah sampai ke level yang advance ni, aku surrender..

Benda ni semua hanyalah 'permainan kanak-kanak' dalam dunia blog. apa yang dikejar, cumalah trafik. hanya kerana trafik, kita sanggup bermusuhan di antara satu sama lain. tak perlu semua tu KALAU kita sendiri tak memulakannya. siapa yang memulakannya? pandai-pandailah cari sendiri sebab aku tak nak mengaibkan orang. cukuplah sekadar menjadi silent reader dan silent thinker.

Alasan untuk blogging ni sebenarnya banyak. ada yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang, hobi, berkongsi sesuatu dengan para pembaca, dll.. tapi alasan yang selalu aku dengar ialah dengan blogging ni, BOLEH BUAT DUIT... tengok, sebab DUIT, kita bermusuhan dan bermasam muka sesama sendiri. cubalah jadikan blogging sebagai satu aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim.. tak susah pun sebenarnya. adal akal, gunakan dengan sebaik-baiknya.

Jangan terlalu sellfish sangat. dan jangan terlalu nak mengejar trafik sangat kerana trafik tu akan datang dengan sendirinya kalau kita kuat berusaha dengan cara yang betul. contoh macam blogger Ben Ashaari, Dahlia, Darkbatman, Affan Ruslan, dll.. mereka tu semua berjaya didalam dunia blog tanpa perlu bermain 'permainan kanak-kanak'. dan jangan tanya aku kenapa aku listkan mereka shj..

And last but not least, tolonglah lakukan sesuatu pekerjaan tu dengan ikhlas. bukan dengan memaksa atau menipu. kita sesama manusia ni banyak persamaan, dan tak berapa banyak perbezaan. semuanya ciptaan Allah SWT. kau khianati seseorang, maknanya kau khianati makhluk ciptaan Allah SWT. DOSA namanya...

Psst~! sebelum nak komen, pastikan baca sampai habis(bukan memaksa, just nak mengelakkan diri kita daripada memfitnah orang). jangan main hentam nak komen macam-macam yang tak masuk akal. kesian kat akak Ellen kita ni..
46 komen bernas

Mencuri Dalam Pasar

January 18, 2011

Assalamualaikum...

Tepi! Tepi! Tepi!!!

Apahal plak orang suruh ketepi dalam Tesco nih? tak privacy langsung.. sekali aku toleh ke belakang, ternampak seorang barua tengah berlari sambil dikejar oleh seorang security 1. aku dah agak ni mesti kes mencuri. baru je nak hulur kaki biar si barua tu tersadung, tapi dia dah pun melintasi aku. tak sempat la plak.

Sampai je kat depan pintu utama dalam Tesco tu, tiba-tiba je berdiri tegap seorang lagi security, security 2 namanya. just tunggu masa nak hulur tangan peluk si barua. si barua tu plak ingat yang badan dia kebal, terus pergi langgar si security 2. memang sedaplah si security 2 dakap si barua.

Sepandai-pandai barua berlari, akhirnya dapat jugak dipeluk oleh si security 2...

Aku tenung je mata si barua tu. bongoklah kau, banganglah kau, bodohlah kau.. yang pergi mencuri tu buat apa?? mencuri tu kan satu dosa. hukuman dalam islam, kena potong tangan kau tau. aku bermonolog dalaman sendirian. tiba-tiba datang seorang lagi yang berbadan tegap, terus cekup kolar baju si barua dan bertanya, kau mencuri ke??

Yup, memang dia mencuri. mencuri buah anggur. habis berselerak buah anggur tu jatuh di atas lantai. rasa kesian la plak. penat dia mencuri, berlari daripada dikejar pak guard dari dalam Tesco sampailah ke pintu utama. tiba-tiba kena tangkap. manala tau dia mencuri untuk anak-anak dia ke, untuk bini yang tengah mengidam ke..

Tapi kau tetap mencuri. salah tetap salah. kalau lapar sekalipun, carilah jalan lain. bukannya dengan mencuri. lagipun aku tengok kau sihat tubuh badan. kerja la wei. banyak kerja yang boleh buat duit zaman sekarang ni. even kau kutip tin kosong pun boleh dapat duit.. berblog pun boleh buat duit apa. haishh.. manusia oh manusia!

Psst~! tahu pun buat muka takut bila dah kena tangkap... balai ceritala kawan.
23 komen bernas

Kawasan Perkuburan

January 17, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku dapat mencoret lagi sepatah dua kata di dalam afiqbukhari.com.. aku sampai di Melaka tepat pukul 12 tengah malam tadi.. tapi tak boleh terus balik rumah sewa, kena hantar seorang lagi kawan ke rumah sewanya. jauh atau dekat bukan masalah utama, tapi di sepanjang perjalanan nak menuju ke rumah sewanya, aku kena lalui 2 kawasan perkuburan. satu kubur Islam dan satu lagi kubur Cina..

Adeh... nak kata berani, takdela berani sangat. tapi nak buat macam mana, memang itu je satu-satunya jalan ke rumah sewa si member ni. maybe ada jalan lain tapi aku belum explore lagi negeri Melaka ni. nak tak nak, memang kena lalu situ.. biasalah kita ni kan. dengar je kawasan perkuburan, mesti takut nak lalu kat situ. lagi-lagi tengah malam.

Masa lalu kat kawasan perkuburan tu, mata aku dok melilau kiri kanan.. takut-takut ternampak something yang boleh membuatkan jantung ni berdegup dengan kencang. aku ni memang macam tu, mesti nak tengok walaupun takut. bukan nak mencabar tapi memang nak tengok dengan sengaja ataupun tak sengaja. lepas tu pengsan ke apa, lain cerita. bulu roma macam biasalah, tegak berdiri.. tunggu masa nak tercabut dari kulit badan je.........
















GAHHHH!!!




Sebenarnya takde benda pelik yang berlaku pun masa aku sorang-sorang lalu kat kawasan tu huhu.. perasaan ni je yang takut sangat. otak tu plak dah fikir macam-macam benda mistik yang akan berlaku. hantu atas bumbung kereta la, ada hantu kat seat belakang la, batu nisan la, jumpa hantu cina la, jumpa pocong melompat-lompat la, macam-macam.. dahla sebelum bertolak tu baru lepas tengok cerita Mantra. zzzz...

Psst~! sapa dah tengok khurafat? aku dengar orang kata best.. korang nak bagi berapa bintang? kalau 5 bintang, aku nak pergi tengok.
23 komen bernas

Night Journey

January 16, 2011

Assalamualaikum... ini bukan entry bahasa inggeris. bahasa kebangsaan kita perlu diutamakan.

Esok dah hari isnin.. bermulalah rutin harian bagi sang si pekerja, si peniaga, si pelajar dan si pen' yang lain melakukan aktiviti-aktiviti yang sama macam minggu lepas, dan bersedia untuk menghadapi minggu-minggu yang keseterusnya.

Now im in KL dan nak balik ke melaka malam ni.. harap-harap jalan tak jem dan semuanya akan berjalan dengan lancar, insyaAllah... esok dah start kelas.. selamat kelas tengahari.. kalau tak, takdenye aku nak balik malam-malam ni..

Dah lama aku tak drive di malam hari. maksud aku drive di malam hari untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa. so kena bersedia dengan air tenaga macam Sting, tak pun Red Bull, tak pun kopi kaw ka... asalkan aku tak ngantuk dan tak letih time driving.. doakan aku semoga selamat sampai, amin~

Psst~! jangan speeding dan jangan cuai bila memandu. ingatlah orang yang tersayang. pesanan untuk semua dan untuk aku juga huhu
9 komen bernas

Sama-sama Caer

Assalamualaikum...

Setelah 2 hari menyepi dalam dunia blog, akhirnya jari-jari aku kembali normal untuk menaip sesuatu di dalam blog. biarlah tak penting mana pun, atleast aku dapat menaip sesuatu. beb, baru 2 hari, takdela lama mana. tapi bagi aku mungkin lama sebab aku dah terbiasa untuk publish satu entry, satu hari. tapi kalau dalam sehari tu aku tak publish satu entry, aku rasa macam satu pembaziran yang teramat sangat. itu cuma pendapat aku jelah, tak tahulah plak korang macam mana...

Okeh, kembali ke jalan yang lurus.. ada seorang hamba Allah ni dengan baik hatinya telah menganugerahkan afiqbukhari.com, sebidang award yang khusus kepada para follower dan pengunjung blognya. makna kata, sesiapa sahaja yang telah terjejakkan pandangan matanya di blog beliau, anda juga seharusnya layak untuk menerima award tersebut. tak kiralah sebagai follower, ataupun sebagai pengunjung.


Amacam? mengancam? menarik? tertarik? terpikat? empunya kepada award ni ialah blogger Caer. sepanjang perkenalan aku dengan dia(walaupun dia dah lupa macam mana aku kenal dia haha), dia ni memang seorang yang kreatif. just tengok award dia kat atas ni, kita dah boleh agak yang dia ni kreatif dan berbakat. colouring pun macam menarik, takdelah flat sangat. try tengok header dia plak.


Ok ka tarak ok? cakap banyak pun tak guna. kalau tak puas hati, dipersilakan untuk melawat blog dia, CAERWHIZZ.NET. kepada caer, thanks a lot kerana sudi memberi aku award yang colourful nih. aku hargai sangat.

Eh, ini bukan blog review...

Psst~! dulu punya nama untuk blog afiqbukhari.com adalah Hari Baru dan BlogSiBiru.. ingat lagi tak? kalau tak ingat, salam semua dan selamat berkenalan :D
11 komen bernas

Bahasa Ketiga

January 14, 2011

Cuba korang sebut perkataan kat bawah ni dengan sebutan baku..

Lis-tening

Cepe-slock

An-wees

On-cei

Mai-bank

Hehe bahasa inggeris ni memang penting sangat. kalau tak paham makna pun, sebutan tu biar betul. nanti tak pasal-pasal orang gelakkan kita. perkataan yang betul untuk di atas ni,

Listening

Caps Lock

Answer

Once

Maybank

Psst~! untuk subjek third language, mana yang paling best belajar? mandarin ke arab?
16 komen bernas

Salah isi borang dan Kompaun

January 13, 2011

Assalamualaikum...

Apa beza pembiayaan dengan pinjaman?

Sebenarnya takde beza sangat.. yang bezanya, pinjaman tu dulu punya ayat. pembiayaan tu sekarang punya ayat..

Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini, aku tersalah isi borang untuk pinjaman ptptn.. aku terisi dalam website ptptn yang dah obselete. sepatutnya kena isi kat sini.. zzzz my mistake sebab tak tanya awal-awal. main isi je.

So aku kena beli no.pin baru kat BSN untuk reapply. burn RM5 wuuu redha jela.. kalau semua tindakan kita betul, bila masa plak kita nak buat silap? buat silap tu normal sebab manusia ni sering belajar daripada kesilapan. daripada situlah kita nak mengimprovekan diri kita ni. tapi janganlah buat silap yang terlampau silapnya macam hisap dadah, buat maksiat, terima rasuah, dll..

Tapi...

Aku still kusut, kusut, kusut..... sebabnya kompaun 'tak bayar parking' pun belum bayar lagi.. duit asyik keluar macam air paip yang tiada kepala paip. guane tu? lama-lama mau botak kepala ni.. coobaannnnn.....

Psst~! ada tak vending machine yang masuk duit sedikit, tapi keluar duit banyak?
19 komen bernas

Auto Hide Shoutbox

January 12, 2011

Assalamualaikum.. ini bukan entry tutorial. kalau nak tutorial, sila layari Tips Tutorial.

Kali ni aku just nak inform korang semua yang chatbox aku dah takde... bukan takde terus, tapi dah takde kat tempat asal macam sebelum ni, yakni berada dalam satu page. kena klik icon chatbox, loading, then baru dapat jumpa dengan chatbox tu.

Sekarang ni, aku dah auto hide kan balik chatbox tu. aku mengerti perasaan blogger/readers yang menggunakan broadband dan line internet yang seangkatan dengannya. dah la slow, lepas tu kena tunggu lama plak untuk masuk ke page chatbox. so aku ambil keputusan untuk auto hide kan.



Thanks kepada blogger LM yang telah menyedarkan aku dari lamunan huhu.. dia marah sebab chatbox style aku tu menyusahkan orang wuuuu hehe gurau je cik kak LM.. dan tahniah juga kepada beliau kerana telah mengadakan kembali shoutboxnya. give her a back clap :P

Psst~! sorry yer pada semua yang sakit hati dengan chatbox aku yang dulu tu huhu
20 komen bernas

Maxis Om Nom Nom Race - Buffered earningku yang pertama

Assalamualaikum...

Om nom nom... kap kun kaiii.. woppp!! alhamdulillah, akhirnya muncul juga buffered pertama afiqbukhari.com untuk tahun 2011.. agak lama sebenarnya menunggu. terima kasih Nuffnang. terima kasih Maxis. buffered kali ni berkenaan dengan event yang dianjurkan oleh Maxis, 'food edition' di mana para peserta perlu berlumba against time to complete various food challenges all around Malaysia.. mana-mana blogger yang memang fanatik dengan Amazing Race Asia, bolehlah join. 60 bloggers diperlukan untuk menyertai event yang best ni.. hadiah pun lumayan.. tak caya meh tengok sini, Maxis Om Nom Nom Race.

Kalau sesiapa yang berminat nak join this event,

Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala LumpurTime: 8am-7pm (all participants must register before 9am)
Dress code: customized “The Maxis Om Nom Nom Race” T-shirts will be provided (please indicate your desired size in your blog post entry)

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila layari Maxis Om Nom Nom Race.


Psst~! dalam banyak-banyak makanan, makanan free yang paling sedap..
20 komen bernas

Selamat Tinggal Broadband, Selamat Datang P1WIMAX

January 11, 2011

Assalamualaikum..

Lega rasanya bila dah bertukar kepada wireless P1wimax.. laju lah sikit berbanding broadband aku yang semput-semput tu.. laju tu memang laju, tapi bandwith 20gig per month.. okla untuk bukak facebook, blog, website-website yang lain.. cuma untuk mendownload tu, terpaksa diharamkan. takut speed dan bandwith jatuh. almaklumlah, 5-6 orang sekali pakai.. kenalah control..

Pasal broadband ni, aku baru je subscribe.. dah nak kena terminate balik huhu.. habis madu sepah dibuang. tapi nak buat macam mana.. speed p1wimax tu lagi laju dari broadband aku. takkan aku nak stay di takuk yang lama? rugilah.. sekarang ni p1wimax tu dalam tempoh percubaan selama seminggu. aku harap, speed akan terus maintain. jangan hangat-hangat tahi ayam dah la. kitorang menaruh harapan yang tinggi dengan p1wimax ni haha

P1wimax 4G modem, DX-230


Itulah modem p1wimax aku. 4g modem. lain kan dari bentuk yang dulu? kalau dulu warna hitam, bentuk segi empat sama. tapi sekarang warna suci plak. maybe dengan warna putih ni, speed akan bertambah laju. manalah tahu kan haha tak relevan langsung alasan aku. kat kawasan taman perumahan rumah sewa aku di melaka ni, coverage untuk p1wimax ni full bar kot. memang kitorang berpuas hati.

Pesanan terkahir aku kepada my beloved broadband, selamat tinggal... ada masa kita jumpa lagi.. huhu

Psst~! p1wimax ni memang laju.. harap-harap akan terus laju.. lepas ni aku boleh lah start blogwalking balik :D
40 komen bernas

Blackberry diharamkan?

Blackberry diharamkan?

Kalau macam tu apa kata haramkan sekali semua jenis telefon yang yang berkeypad QWERTY. barulah adil. relevan tak? tak pun haramkan semua telefon bimbit.. lagi lah tak masuk akal huhu

Kesian si blackberry tu. bukannya dia yang menimbulkan masalah, tapi manusia tu sendiri. tak tahu nak guna ke arah yang membawa kebaikan. lain kali, bila nak cipta sesuatu yang canggih, fikir dulu keburukan dan kebaikan. lebih-lebih lagi kepada society. ni bila dah sampai nak menghuru-harakan negara dan dunia, baru nak kecoh suruh haramkan, tarik balik produk, macam-macamlah action yang lain..

Apa agaknya niat sebenar si Alexander Graham Bell tu ek? bukan untuk memudahkan manusia saling berhubung ke? tanpa perlu untuk menggunakan burung merpati, membuat asap, mengetuk gong, kita dah boleh berhubung dengan manusia yang lain.. kalau dia hidup lagi sekarang ni, mesti dia menyesal sebab asas ciptaan dia ni memporak-perandakan dunia.

Opss~! aku terlupa... manusia sering melakukan kesilapan..

Apa yang manusia nampak sekarang ni hanyalah kuasa dan duit. kita ni dah macam boneka yang terikat dengan tali. tunggu masa je untuk digerakkan oleh tuan empunya. kalau si tuan kata A, maka A lah jawab kita tanpa banyak soal. apa yang penting, poket kau dan poket aku penuh bersama-sama. bila dah silap, baru nak cari surat khabar tutup muka. dah lupa ke, TUAN BESAR di atas sedang memerhati?

Psst~! malaysia tak haramkan blackberry, so siapa yang pakai blackberry, sila jangan bakar blackbbery anda haha.

Psst2~! tanpa blackberry, kita still boleh berhubung dengan yang Esa di atas sana... dengan doa.

Sumber - Blackberry diharamkan di Malaysia
16 komen bernas

Mana Adab?

January 10, 2011

Assalamualaikum...

Iklan jap hehe...

Puas hati tak dengan kemenangan Ana Rafalli semalam? aku ok je.. best apa lagu dia tu. cuma betul juga, kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku tu memang tak disangka-sangka. lain yang diramal, lain yang menang. maybe juri profesional Anugerah Juara Lagu terpikat dengan kelunakan suara Ana Rafalli, terpikat dengan isi tersirat setiap bait-bait lirik dalam lagu tu.. manalah kita tahu kan. tugas kita hanya bagi sokongan je.

Apa yang penting, nasi sudah menjadi bubur. Lagu Tolong Ingatkan Aku akhirnya menjadi juara AJL25. kepada pihak yang tidak berpuas hati, sila redha dengan kemenangan tersebut. dah tak boleh nak ditarik balik. yang menang, tetap menang. bak kata Mr David Teo kita, 'kita semua pemenang, tiada pengalah!'.. betul ke aku tulis tu? yang penting sama maksud..

Panjang lebar plak aku dok membebel pasal anugerah juara lagu. keyword terpenting hari ni tuh. siapa tak nak trafik free. rugi lah kalau tak buat entry pasal AJL25. tapi terpulanglah samaada nak buat atau tak, blog masing-masing kan. just be yourself. aku ni pembakar semangat je hehe..

........................

Alhamdulillah, akhirnya setle jugak masalah pengecualian kredit nih. dahla kena berebut nak jumpa ketua program. student tak nak ramai plak.. siapa cepat, dia dapat masuk bilik dulu. bila dah masuk bilik, kena tukar sikit statement siapa cepat tu.. siapa cepat, dia dapat letak borang atas meja dulu zzz.. adat degree dan seangkatan la katakan.. kena berani dan buat muka tebal kalau nak survive. kalau tak, kita ketinggalan.. aku akui yang tu..

Cuma aku tak faham satu benda, mana adab kita sekarang ni? adab apabila sedang beratur. orang dah beratur awal-awal, tapi ada je yang kepala batu dok potong Q.. aku rasa nak maki-hamun je. tapi bila difikirkan balik, adab perlu dijaga. biar orang buat taik dengan kita, jangan kita buat taik dengan orang...

Masa sekolah rendah dulu tak belajar adab ke? mana adab???

Psst~! jangan terlampau SELLFISH sangat. kita semua manusia, bukannya robot yang takde perasaan langsung.
17 komen bernas

Tahniah Ana Raffali dan Manchester United

Assalamualaikum...

Tahniah kepada Ana Rafalli kerana menjadi juara Anugerah Juara Lagu yang ke 25 untuk lagu Tolong Ingatkan Aku dan tahniah kepada Ryan Giggs kerana menyumbat masuk satu gol kemenangan(penalti) ketika menentang pasukan Liverpool. Manchester United menang 1-0 haha

Walaupun bukan kumpulan Meet Uncle Hussain dengan lagu Drama King yang menjadi juara, naib juara pun dah mencukupi.. tahniah juga kepada Hafiz kerana memenangi Vokal Terbaik dan tempat ketiga. dan tahniah juga kepada Faizal Tahir kerana memenangi Persembahan Terbaik.

Aku dapat tengok kedua-duanya sekali sebab aku duduk di meja makan di antara kedua-dua kedai yang menyiarkan rancangan Anugerah Juara Lagu ke25 dan perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Liverpool. huhu

TAHNIAH!!!

Psst~! yang lain tu, cuba lagi tahun depan k :D
13 komen bernas

Facebook tutup? aku tak kisah pun...

January 9, 2011

Assalamualaikum...

Keywords terpenting hari ni adalah facebook akan ditutup pada 15 March dan anugerah juara lagu ke-25.. betul tak? betulll.. aku tengok ramai je yang post pasal 2 benda nih termasuklah aku sendiri. letak je tajuk 'facebook akan ditutup' dan 'anugerah juara lagu ajl25', confirm trafik blog korang akan naik dengan mendadak. tak caya tanyalah otai-otai SEO ni.. aku bukan otai SEO sebab blog aku ni blog peribadi je..

Tadi aku saja bukak twitter, just nak tengok perkembangan dan status-status semasa kawan-kawan. adela satu status ni kata berita facebook akan ditutup pada 15 march hanyalah palsu.. aku memang dah agak benda ni palsu. sebab apa? facebook tu baru je tambah dana untuk beroperasi. ape ke hal plak si Mark tu ambil keputusan nak tutup facebook? buang masa je. nilai facebook dia tu dah boleh beli sejuta batang eskrem paddle pop. tak ke rugi kalau dia tutup? kalau betul pun berita tu, aku tak kisah. banyak lagi laman sosial yang lain. huhu

Manusia ni pantang nampak duit depan mata. tak kiralah duit tu berstatus halal ataupun haram, diambil juga, kecuali bagi orang yang kuat imannya. kalau kita dah membina empayar yang betul-betul kukuh, takkan kita nak lepaskannya dengan sesenang hati? empayar kita tu adalah hakmilik penuh kita. takkan lah hati ni tak terdetik sedikit pun untuk menguasai sebahagian daripada empayar tersebut? dunia sekarang ni hipokrit. kuasa dan wang adalah segala-galanya. tanpa 2 benda tu, merempat lah kita. kecuali bagi orang-orang yang beriman, wallahualam..

Psst~! malam ni Manchester United lawan Liverpool.. pastu anugerah juara lagu plak.. nak tengok yang mana satu? ke tidur? haha
26 komen bernas

Drama King Diramal Juara AJL 25

Malam ni Anugerah Juara Lagu yang ke 25 kan? aku nak lagu ni menang, Drama King by Meet Uncle Hussain & Black.. tapi ada plak orang kata lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir pun boleh menang. Pastu ada plak orang nak lagu nyanyian Shahir AF8,Kebahagiaan Dalam Perpisahan, menang malam ni.. hurmm persaingan semuanya sengit-sengit..

Kalau boleh, aku nak lagu Drama King gak yang menang. lagu best kot.. sebab tu aku kata Drama King diramal juara ajl25. cuba tengok lirik lagu dia,

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati mu tahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Agak-agak boleh menang tak? kalau ada rezeki, boleh menang punya. apa-apa pun kita tunggu keputusannya malam ni. tak kisahlah siapa yang menang, yang penting semua finalis Anugerah Juara Lagu yang ke25 dah berjaya masuk ke peringkat akhir. tahniah! goodluck buat semua komposer dan penulis lirik yang tercalon dengan lagu hebat masing-masing.

Psst~! tv kat rumah rosak.. nak tengok kat mana r ajl malam ni? zzz...
12 komen bernas

Senget betul...

January 8, 2011

Assalamualaikum readers...

Apa yang peliknya dengan gambar yang kat bawah ni? huhu



Dah la paip air dalam tandas tak leh guna, terpaksa tarik air dari sinki. tu yang modified abeh kepala paip. senget semacam je tengok. tapi nak buat macam mana, belum inform tuan rumah lagi berkenaan dengan masalah paip air. buat sementara waktu ni, tabahkan mata je untuk melihat kepala paip yang senget tu.

Itupun dah berkira syukur sangat dapat modified kepala paip sampai macam tu sekali, abeh segala tenaga dan kudrat dok pulas batang paip. bukan pulas dengan spanar, tapi dengan tangan.. sebabnya spanar takde. dugaan betul huhu.. yang penting, boleh mandi, buang air, berwuduk..

Psst~! bila la aku nak pergi bayar kompaun ni...
25 komen bernas

Cinta Pertama di Kampus

Assalamualaikum.

Cinta pertama di kampus... korang ada pengalaman bercinta? aku ada tapi malas nak cerita. aku tengok sekarang ni ramai je yang bercinta dengan teman-teman sekampus. tak kiralah dalam satu kelas ke, satu kos ke, satu batch ke, yang penting, bercinta. sebelum bercinta, mestila ada part ayat-mengayat. kalau tak, macam mana boleh terjadinya percintaan.

Lepas kelas ni awak nak pergi mana?


Awak dah makan? jom makan sekali...


Boyfriend awak tak marah ke kita keluar berdua ni?


Awak, macam mana nak jawab soalan ni?

Yang kat atas ni semua ayat pancing.. ayat sempoi untuk memulakan sesi memikat dan mencari kesahihan status samaada single atau dah pun berpunya. kalau single, ayat-ayat di atas akan mula bercambah menjadi satu frasa ayat yang lengkap. sehinggalah si dia terpikat dan terpesona dengan anda, lalu terhasillah cinta. bagi yang pertama kali, itulah cinta pertama.

Tapi tak semestinya dengan ayat sahaja, kita boleh bercinta. ada yang tertenung mata, terlanggar bahu, tersepak kaki, terjatuhkkan buku, terpijak kasut, terajak tengok wayang, macam-macam ter lagi la. asal ter je, mata bertentangan mata, turun ke hati. bila sampai ke hati, automatik mulut akan mula berkata-kata. maka terhasillah cinta.

Cinta pertama ni orang kata memang susah nak dilupakan. kalau dah start bercinta tu, macam-macam perkara yang tak masuk akal, sanggup dibuat asalkan si dia bahagia dengan kita. tapi kalau dah putus, macam-macam perkara gila pun sanggup dibuatnya. ada yang sanggup bunuh diri, terjun longkang, mandi lombong, need for speed, dll. kuat sungguh penangan cinta pertama ni.

Sebenarnya cinta antara manusia ni tak kekal. tak kiralah cinta monyet ke, cinta pertama ke, cinta di hari tua ke, semua cinta sama je melainkan cinta kepada Yang Esa. kalau kita putus cinta di dunia, kita still boleh bercinta dengan Allah. kalau putus tu, Allah tak redhalah percintaan kita, wallahualam. makna kata, Allah bagi petunjuk untuk kita mencari cinta dengan orang yang betul-betul serasi dengan kita. Allah itu Maha Penyayang.

Kalau nak bercinta tu boleh. bercintalah dengan cara yang betul. ini sampai berpegangan tangan, pipi bertemu pipi, bersalam bagai, cium tangan.. ada yang sampai bawak masuk rumah untuk tidur sekali sebagai bukti kasih sayang yang sebenar kepada pasangan.. arghh tunggu khawin la derr.. takde maknanya korang buat semua itu akan menjamin masa depan. sabar itu kan separuh daripada iman.

Psst~! kesian kat anak-anak kecil yang dilahirkan secara luar nikah...

Psst2~! budak-budak sekolah sekarang tak payah tunggu pergi ke kampus, kat sekolah tu pun dah boleh bercinta..
25 komen bernas

Alhamdulillah sekarang dah kurang.

January 7, 2011

Assalamualaikum...

Sejak berpindah ke Melaka untuk sambung belajar ni, aku baru terperasan satu benda yang aku suka sangat nak hindarinya sejak dari dulu lagi.. kalau dulu, benda ni sentiasa membuatkan aku pening kepala, tension dan sebagainya. setiap kali benda ni muncul, aku mesti cari helah untuk mengelak.

Tapi sekarang, aku terasa macam dunia ni aman sangat dab bebas dari benda tu. pergi sana, takde benda tu, pergi situ pun takde jugak benda tu. bukannya 100% takde, tapi kuranglah. nak dibandingkan dengan keadaan di KL, memang jauh sekali. di KL, benda tu merata-rata kot.

Korang nak tahu apa benda tu? sebenarnya, 'benda' yang dimaksudkan tu ialah asap rokok *huhu betul aku cakap ni. semua rakan rumah sewa aku tak hisap rokok. alhamdulillah buat masa sekarang ni. patutlah aku terasa segar semacam. harap-harap kesegaran ni akan berlanjutan sampai bila-bila..

Aku memang tak hisap rokok. tapi pernah cuba. aku tak boleh nak ketagih macam perokok tegar tu. feel tu tak mari orang kata. bila aku hisap, lagi pening adela. aku tak tahulah macam mana dengan hisap rokok ni boleh melegakan kepala dan menyelesaikan masalah *huhu

Hukum hisap rokok ni pun banyak yang bercanggah dalam agama. sekejap kata boleh, sekejap kata haram, sekejap kata makruh. ntahlah. kalau dah was-was tu, baik jangan hisap rokok. tak terasa satu beban ke bila harga rokok tu naik ek? kalau aku, terus berhenti kot. kalau tak boleh on the spot, cubalah berhenti perlahan-lahan. insyaAllah boleh punya *huhu

Psst~! aku rasa satu kerugian yang besar kalau kita start merokok balik setelah bertahun-tahun berhenti daripada merokok...
26 komen bernas

Duit ohh duittt...

Assalamualaikum...

Tiap-tiap minggu kalau nak ulang-alik dari Melaka-KL, boleh bercantum lubang hidung nih. setiap kali balik, ongkosnya sudah RM50. baru sehala. kalau dua hala, RM100 kan.. perghhh kalau dalam sebulan 4 kali ulang-alik macam tu, maunya tak RM400.

Jangan ngada-ngada nak buat camtu. tak pernah dibuek orang selain orang kayo. RM400 tu aku dah boleh makan sedap-sedap dah dalam masa sebulan. tu belum campur dengan duit rumah sewa, makan, buku teks tebal, biskut dan jajan.. macam-macam lagi lah.

Mana aku nak cekau duit ni? nak tak nak, kena buat loan gak. hal ptptn ni pun belum setle. due date 15/1 ni... cek nuffnang pun belum sampai lagi. aku agak lagi sebulan lebih baru sampai cek tu. wuuu.. awal-awal bulan dan tahun ni memang nak kena pakai banyak duit. kalau tak, jadi katak di bawah tempurung jela *huhu



Duit ohh duittt...


Psst~! susah betul nak belajar sekarang ni kalau takde duit...
17 komen bernas

Murah tapi buat orang marah.

January 6, 2011

Assalamualaikum...

Aku nak tanya pendapat korang,

Barang A berharga RM50,

Manakala barang B berharga RM10.

Barang A dan Barang B merupakan satu produk yang sama jenis, saiz, berat dan bentuk.

Agak-agaknya la kan, korang nak beli yang mana satu?

Barang A atau barang B?

---------------------

Ini kisah benar.

Alkisah seorang sahabat ingin membeli almari pakaian di salah sebuah pasaraya terkemuka. sambil mencari, beliau terjumpa satu ruangan di dalam pasaraya tersebut(bukan ruangan jualan yang betul) yang menjual sebuah almari kain(belum siap pasang). bila diamati harganya, ternyata murah murah murah!

Dibandingkannya almari tersebut dengan almari yang berada di ruangan jualan yang betul di dalam pasaraya tersebut. ternyata murah murah murah! jauh lebih murah daripada harga almari yang berada di ruangan jualan yang betul.

Tanpa berfikir panjang, dirembatnya almari tersebut. monolog dalamannya berkata, 'dah boleh save duit untuk bulan ni, yes!'. dibawa balik almari tersebut untuk dipasang. tetapi alangkah kecewanya sahabat ini apabila beliau mendapati terdapat kekurangan alatan-alatan penting yang sepatutnya membolehkan almari tersebut berdiri dengan teguh.

Moral of the story, jangan terlampau taksub dengan harga yang sukar untuk dipercayai nilainya, melainkan waktu sale. biarlah meleleh air liur sampai ke baju pun. yang penting kita berpuas hati dengan apa yang kita beli. duit kita, kepuasan kita...

Psst~! last2 beliau mencari alternatif lain untuk membolehkan almari tersebut berdiri dengan kukuhnya. macgyver la katekan *haha

Psst2~! yang aku pelik, kenapa dijual lagi barang tersebut walaupun dah terang-terang nampak defectnya? yang member aku ni plak pantang tengok barang yang harganya murah luar biasa *huhu
19 komen bernas

Pengalaman MUET

Assalamualaikum...

MUET? Malaysian University English Test. kalau tak ada muet tak boleh sambung belajar.. itulah tanggapan aku masa mula-mula nak menyibukkan diri dalam arena penyambungan belajar. kalau nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, kena ambil MUET.

Untuk calon-calon yang dah menduduki MUET pada akhir tahun 2010, boleh check result anda di, Malaysian University English Test, 2010 End Year Result. kalau nak check dengan cara SMS, taip MUET jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363. semoga berjaya!

......................

Aku ambil MUET ni pada tahun 2005 di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. masa tu english aku broken songsang. menulis dalam bahasa orang putih tu ok lagi. tapi bila masuk bab nak speaking, automatik aku terus jadi gagap. err sorry sir? pardon me? err i dont understand what are you trying to say.. err can you speak in malay? we are in Malaysia right now. dont need to speak in english.

Masa aku dulu, MUET ni ada 4 komponen iaitu Listening, Speaking, Reading Comprehension dan Writing. aku paling suka part listening sebab kerja kita hanyalah duduk di meja dan mendengar apa yang dibebelkan oleh radio tu sambil menandakan jawapan yang betul, samaada A, B, C atau D. aku tahu ramai yang tak suka part ni sebab kebanyakkan alasan yang aku dengar, tak dengar sangatla. dewan bergemala, susah nak fokus. tapi sebenarnya part listening ni la paling senang kita nak score.

Ok part kedua yang aku suka ialah writing. aku tak de masalah untuk menulis dalam english cuma kadang-kadang je grammar berterabur. sebabnya bila aku menulis, otak aku terus berjalan memikirkannya ayat seterusnya. menulis ni, kita boleh delaykan penulisan kita. maksud aku, bila aku tak tahu sesuatu perkataan tu dalam english, aku boleh stop sekejap untuk berfikir. berbanding dengan bercakap, kita kena terus menerus mengeluarkan perkataan. kalau salah keluar, mahunya ayat english kita tu jadi broken. i can speak english little-little only. maunya kena gelak nanti *huhu

Part yang aku paling tak gemar sangat nak tempuh ialah speaking. gabra semacam je bila nak bercakap. sebelum nak attend speaking test ni, kita akan dikuarantin dalam satu bilik khas. sesiapa yang bawa telefon, kena serahkan kepada invigilator yang bertugas. takut nanti korang berhubung dengan kawan yang dah menduduki speaking test. manalah tahu korang akan dapat tajuk yang sama ke dengan kawan tu. kira tak adillah bagi yang lain. sebab tu kena kuarantin.

Korang takkan ada masalah untuk bercakap apabila candidate dalam group korang tu sama level dengan kita. dia gagap, aku gagap, semua gagap. so senanglah korang nak keluarkan idea masing-masing. tak payah nak berebut-rebut untuk bercakap. tapi bila salah seorang candidate tu gemar bercakap dan mahir dalam english, korang memang dalam kesusahan. korang kena berani untuk interrupt candidate tu supaya dia berhenti untuk memberi laluan kepada korang plak untuk bercakap. berani dan yakin tu teramatlah penting. kalau tak, sikit je markah korang akan dapat.

Apa yang penting, kita kena banyak membaca dalam english supaya kita lebih berkeyakinan untuk bercakap dalam english. praktikkan selalu. try tengok movie english tanpa subtitles. try dengar lagu english tanpa lirik. lagu maher zain tu kebanyakkan dalam english. senang je kan untuk difahami? sebenarnya bila timbul minat, secara automatik kita akan berasa lebih mudah untuk mempelajari sesuatu, insyaAllah..

Psst~! kadang-kadang budak kecil lagi pandai speaking daripada orang dewasa *huhu
37 komen bernas

Susahnya nak jadi blogger sambilan...

January 5, 2011

Assalamualaikum...

Susah juga sebenarnya nak jadi blogger sambilan. dulu aku blogger sepenuh masa. tapi sekarang, banyak masa perlu diperuntukkan untuk belajar. ditambah pulak dengan penggunaan broadband yang terbatas. kalau streamyx, nak blogwalking dan buka website setiap saat pun boleh tanpa perlu memikirkan sudah berapa kilobyte yang aku dah guna. tapi sekarang, setiap kali buka satu browser@website, aku akan check berapa kilobyte yang tekah digunakan *huhu sadis betul.

Buat masa sekarang, aku terpaksa disablekan image untuk mengawal data usage broadband. so setiap kali aku masuk sesebuah website, apa yang kelihatan hanyalah tulisan belaka. java script pun aku disablekan. kalau tak buat semua tu, angan-angan aku untuk membaca blog korang secara senyap tinggal kenangan jela sebab speed broadband akan jatuh serta-merta kalau dah lebih usage. korang kena faham, aku subscribe broadband pakej 1 gig je. semuanya terhad. youtube NO! download lagu NO! download file besar-besar NO! hanya chat dengan update blog dengan kerap je aku boleh lakukan.

Alhamdulillah, coverage broadband di rumah sewa aku ni full. hijau cerah je memanjang. so senanglah aku nak publish entry. tak payah tunggu lama. so kerja aku sekarang, taip, publish, approve komen dan balas komen korang, insyaAllah aku akan jenguk blog-blog korang. tapi sebagai silent reader. kalau nak blogwalking pun, tunggu aku dapat online kat cafe ke, kampus ke atau bila aku dah balik ke KL *hehe

Tapi korang janganla jemu untuk ziarah blog aku. kalau ada masa dan kelapangan, aku akan update blog ni. atleast, sehari satu entry. sokongan dari korang semua amatlah aku hargai. tanpa korang, siapalah AfiqBukhari :D

Psst~! seronok duduk melaka ni, macam-macam ada *haha
39 komen bernas

RM2.40 untuk seliter RON 97

Assalamualaikum...

5 Januari 2011,

Minyak petrol RON 97 naik harga? aku dengar dari RM2.30 naik jadi RM2.40. peningkatan harga sebanyak sepuluh sen.

Sepuluh sen tu duit jugak rasanya. dan sangat bernilai untuk melengkapkan nilai angka sejuta.

Lantaklah nak naik harga ke, turun ke. yang penting, jangan kacau minyak RON 95 yang seliter hanya RM1.90 je. aku memang tak mampu dah nak guna minyak RON 97. kereta aku bukannya Ferrari, mahupun Lamborghini. cukuplah dengan yang kuning, bergerak jugak kereta aku.



Psst~! muak dengan isu minyak naik harga ni.. minyak tanah pun rasanya naik harga jugak. jangan orang minyak yang naik minyak dahla zzz...
11 komen bernas

Prestasi Blog AfiqBukhari.com

January 4, 2011

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak bercerita tentang nuffnang. kalau cerita, bukannya boleh membanggakan korang pun. sebab trafik afiqbukhari.com tak setaraf trafik blog Cik Mat Gebu, Ben Ashaari, Dahlia's Journal, Tubelawak, dan macam-macam blog lain yang gempak lagi lah.

Tapi setakat ni alhamdulillah, setiap minit tu pasti ada pelawat@silent readers yang masuk ke blog afiqbukhari.com. walaupun seorang, tetap akan dikira sebagai pageview's. dah tak macam trafik masa mula-mula berblog dulu, kena aktif blogwalking, promote blog sana-sini, baru trafik masuk. hati kena tebal beb untuk promote blog tu. blog aku ni blog peribadi. tak semua suka baca blog peribadi kecuali cara penulisan tu menarik dan kreatif.

Aku tengok ramai yang buat entry tentang prestasi trafik blog dan nuffnang untuk ke sekian minggu dan bulan. aku pun nak buat jugaklah. tapi tak nak secara details, just bayang-bayang je.

Ok, firstly meh tengok senarai buffered aku setakat ni dari bulan lepas, Disember.

sikit je kan? nuffnang, boleh tak nak mintak buffer lagi?


Ni plak keywords untuk bulan lepas yang selalu melekat dengan afiqbukhari.com,



Gambar bawah ni plak tentang dari negara mana pelawat@pembaca afiqbukhari.com datang,

Orang Jepun baca blog aku? faham ke dorang?


Refferals, thanks to Fairosza.net sebab berjaya menempa nama di tempat yang pertama *hehe



Huhu setakat tu jelah aku boleh tunjuk kat korang semua. nak tunjuk earnings takut nanti dikata menunjuk-nunjuk plak. biarlah aku seorang je yang tahu *hehe

Psst~! nak maju dalam blog, kena banyak bersabar...
28 komen bernas

Nak sambung belajar, tapi dapat surat cinta...

Assalamualaikum... macam mana nak belajar kalau dah dapat surat cinta??

PENAT!! haha aku kini sudah menjadi orang Melaka. di negeri tersebutlah aku dapat sambung belajar. thanks to UiTM kerana menempatkan aku di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. walaupun tak dapat tempat di Shah Alam, Melaka pun orait apa.

Aku sebenarnya bukan penat apa, penat menghadapi hari pertama di Melaka. yelah, aku orang baru di sana. tak mahir lagi dengan tempat baru. mana yang terpampang di depan mata, aku sapu.

PARKING LOT! 

First day berada di Melaka, kereta aku dah mendapat 'surat cinta' pertama di Jalan Hang Tuah. manalah aku tahu kena pakai kupon parking RM0.60. ingatkan free sebab hari tu hari ahad. sadis betulla. aku pergi situ untuk mendaftar, bukan untuk dikompaun. tapi takpe, ada masa nanti aku pergi bayar RM30 tuh.

RUMAH SEWA!

'Kemudahan kolej kediaman tidak disediakan. sila uruskan sendiri'... ok takpe, hajat di hati memang nak duduk rumah sewa pun. kalau dapat hostel pun ok jugak. tapi hostel dah full, terpaksalah mencari rumah sewa. cari punya cari, jumpala 4 sahabat kolej semasa diploma dulu. dia kata dah ada rumah sewa. katanya nak jumpa owner petang tu jugak. tibanya petang hari, owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?

Rumah hanya boleh diduduki pada hari jumaat. aku macam.... WT!@#$?? hari ni hari ahad. mana aku nak tidur selama seminggu ni? hostel dah penuh. akhir sekali dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar, aku dapat menginap di hostel buat sementara waktu sehingga rumah sewa boleh diduduki.

Aku tak nak tunggu sampai hari jumaat. dengan izin Allah, alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkan rumah sewa yang lain pada keesokkan harinya. aku angkat barang dari hostel, pindah ke rumah baru bersama 4 lagi sahabat yang senasib dengan aku. kitorang berpuas hati dengan keadaan rumah tu. bukak je pintu rumah, terus nampak Jaya Jusco dan Tesco. fuhh!! rambang mata nih. nak pergi jj ke tesco *haha

Sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. hikmahnya, aku sudah mula untuk menghafal setiap  selok-belok jalan raya dan tempat meletak kenderaan di Melaka. macam mana boleh jadi macam ni?

"katanya nak jumpa owner petang. tapi si owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?"

Apa yang aku dah buat semasa nak menunggu si owner yang putar alam ni? yeah! it is time to pusing-pusing satu bandar Melaka. petang hari, aku masuk bandar hilir, keluar ke Dahtaran Pahlawan. masuk jalan sini, keluar ke Jonker Walk. masuk jalan sana keluar ke Klebang. macam-macam tempat dah weh aku explore. selamat tak sesat *haha 

Pada malam hari plak, aku pergi cari masjid negeri untuk mandi dan solat. yala, rumah takde lagi, nak mandi kat mana? kira musafir jugaklah kan. dalam tandas masjid memang ada tempat untuk mandi apa. lepas mandi tulah, baru aku dapat tahu tentang keadaan sebenar rumah sewa tu(hari jumaat)...

.....................

Aku baru je 2-3 hari duduk sana. so far, belum ada lagi kenangan manis *huhu tapi rang kata, kejadian itu semua merupakan pengalaman pahit yang akan bertukar menjadi manis pada masa akan datang *huhu

Psst~! member aku asik dok bertanya, kat mana stesen misyak Esso ek? yang aku nampak Shell, Petronas dengan BhP je kat Melaka ni... nasib ko la labuu... sama je semua stesen minyak tu. pergi kaunter, bayar then isi minyak.

Psst2~! thanks zaerr sebab buat satu entry khas untuk brader mu ini *haha
26 komen bernas