Home » , , , » Nak sambung belajar, tapi dapat surat cinta...

Nak sambung belajar, tapi dapat surat cinta...

January 4, 2011

Assalamualaikum... macam mana nak belajar kalau dah dapat surat cinta??

PENAT!! haha aku kini sudah menjadi orang Melaka. di negeri tersebutlah aku dapat sambung belajar. thanks to UiTM kerana menempatkan aku di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. walaupun tak dapat tempat di Shah Alam, Melaka pun orait apa.

Aku sebenarnya bukan penat apa, penat menghadapi hari pertama di Melaka. yelah, aku orang baru di sana. tak mahir lagi dengan tempat baru. mana yang terpampang di depan mata, aku sapu.

PARKING LOT! 

First day berada di Melaka, kereta aku dah mendapat 'surat cinta' pertama di Jalan Hang Tuah. manalah aku tahu kena pakai kupon parking RM0.60. ingatkan free sebab hari tu hari ahad. sadis betulla. aku pergi situ untuk mendaftar, bukan untuk dikompaun. tapi takpe, ada masa nanti aku pergi bayar RM30 tuh.

RUMAH SEWA!

'Kemudahan kolej kediaman tidak disediakan. sila uruskan sendiri'... ok takpe, hajat di hati memang nak duduk rumah sewa pun. kalau dapat hostel pun ok jugak. tapi hostel dah full, terpaksalah mencari rumah sewa. cari punya cari, jumpala 4 sahabat kolej semasa diploma dulu. dia kata dah ada rumah sewa. katanya nak jumpa owner petang tu jugak. tibanya petang hari, owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?

Rumah hanya boleh diduduki pada hari jumaat. aku macam.... WT!@#$?? hari ni hari ahad. mana aku nak tidur selama seminggu ni? hostel dah penuh. akhir sekali dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar, aku dapat menginap di hostel buat sementara waktu sehingga rumah sewa boleh diduduki.

Aku tak nak tunggu sampai hari jumaat. dengan izin Allah, alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkan rumah sewa yang lain pada keesokkan harinya. aku angkat barang dari hostel, pindah ke rumah baru bersama 4 lagi sahabat yang senasib dengan aku. kitorang berpuas hati dengan keadaan rumah tu. bukak je pintu rumah, terus nampak Jaya Jusco dan Tesco. fuhh!! rambang mata nih. nak pergi jj ke tesco *haha

Sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. hikmahnya, aku sudah mula untuk menghafal setiap  selok-belok jalan raya dan tempat meletak kenderaan di Melaka. macam mana boleh jadi macam ni?

"katanya nak jumpa owner petang. tapi si owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?"

Apa yang aku dah buat semasa nak menunggu si owner yang putar alam ni? yeah! it is time to pusing-pusing satu bandar Melaka. petang hari, aku masuk bandar hilir, keluar ke Dahtaran Pahlawan. masuk jalan sini, keluar ke Jonker Walk. masuk jalan sana keluar ke Klebang. macam-macam tempat dah weh aku explore. selamat tak sesat *haha 

Pada malam hari plak, aku pergi cari masjid negeri untuk mandi dan solat. yala, rumah takde lagi, nak mandi kat mana? kira musafir jugaklah kan. dalam tandas masjid memang ada tempat untuk mandi apa. lepas mandi tulah, baru aku dapat tahu tentang keadaan sebenar rumah sewa tu(hari jumaat)...

.....................

Aku baru je 2-3 hari duduk sana. so far, belum ada lagi kenangan manis *huhu tapi rang kata, kejadian itu semua merupakan pengalaman pahit yang akan bertukar menjadi manis pada masa akan datang *huhu

Psst~! member aku asik dok bertanya, kat mana stesen misyak Esso ek? yang aku nampak Shell, Petronas dengan BhP je kat Melaka ni... nasib ko la labuu... sama je semua stesen minyak tu. pergi kaunter, bayar then isi minyak.

Psst2~! thanks zaerr sebab buat satu entry khas untuk brader mu ini *haha

26 komen bernas:

zalin said... [Reply to comment]

kampus bandaraya? wah..nnt aku lik kampung, leh la lepak sesame..haha..

najihah sahami said... [Reply to comment]

hahaha..waa..macam banyak je dugaan tu yea fiq...xpe2..sabarla yea. dekat je tu ngan umah tu. tiap2 minggu boleh je balik sental baju kat umah. haha.

bolehla belajar sambil soppping yea. ehee..gdlak fiq. do ur best!!take care. ehee!!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@zalin
haha orang melaka ka bro? xda hal :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami
mls r nak balik tiap2 minggu..best kot melaka haha :D

Izan Ishak said... [Reply to comment]

best tu afiq...buka pintu rasa nak soping aje ye.
tp kan org kata... melaka mmg best! tak sesat punya~

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Izan Ishak
hehe kalau xde duit, window shopping jela :P

yup, MELAKA BEST!

Pendekar Berkuda said... [Reply to comment]

siapkan bilik untuk aku datang !! hahaha~~~

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkuda
haha bilik da penuh la der :D

zati-zt said... [Reply to comment]

sian pun ade gak..
nyway, gud luck..
da stat sem baru, blaja elok2..
hepi2 idop kt melaka..
:D

Ellen said... [Reply to comment]

Tahniah Fiq, belajar rajin2 ya..hehe..apa apa masalah mesti ada hikmah di sebalik..hehe

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@zati-zt
hehe TQ :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Ellen
hhe betul tu nellen, kene byk bersabar je :) thnks yer :D

Apih said... [Reply to comment]

selamat belajar bro

RastaMat said... [Reply to comment]

selamat datang ke melaka..
hahaha...

AMMAR YASIR said... [Reply to comment]

Susah jugak nak sesuaikan diri duk kat tempat orang ni

Zaer!! said... [Reply to comment]

Hahaha.Semua tu dugaan..........hehehe..Tapi takpe,seronok kek situ.macam2 ada.huhu,Jap,rastamat ade kat situ tu..bleh g lepak.hehehe

kid said... [Reply to comment]

Wah uitm area hang tuah mall yang dekat dengan kedai mamak dengan cimb bank tu kan? Dah dekat sangat dah tu.. Boleh le berlepakan nnti fiq :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@kid
Haha btul sgt da tuh.insyaAllah ada masa kita lepak :D

asyfiqaz said... [Reply to comment]

woh, rumah sewa kat taman cempaka eh?

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@asyfiqaz
haah btul sgt la tuh.dok sana ke? :D

Lizzie Yasmin said... [Reply to comment]

ok lar tue... dapat surat. past nie ada chance nk dpt surat cinata plak...
Slamat explore Melaka. mn tau aku g sana, boleh kau jd touristguide aku...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Lizzie Yasmin
sapelah yang bertuah nk bg aku surat cinta tu haha

asyfiqaz said... [Reply to comment]

hahah..sebaek betol..xde r dok sne, tp time skola menengah dulu skola kat melaka..best woo dok situ, tggu bazaar ramadhan bln pose nanti..*lama lagi kot..haha!*

Lagenda said... [Reply to comment]

waaaaaaa..dak lepak melaka sekarang! Nanti mak terjah melaka, kit acemolot sesama yek!

Gayahspears said... [Reply to comment]

hahaha... macam2 hal membe ko ya afiq..minyak pon jadi isu...
uit... belajar leklok ya... tak kisah la dapat kat melaka pon yg penting niat tu...hihi

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Gayahspears
haha biasa la tuh, macam2 ragam :D thnks gyah :)

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog