Home » , , , , » Cinta Pertama di Kampus

Cinta Pertama di Kampus

January 8, 2011

Assalamualaikum.

Cinta pertama di kampus... korang ada pengalaman bercinta? aku ada tapi malas nak cerita. aku tengok sekarang ni ramai je yang bercinta dengan teman-teman sekampus. tak kiralah dalam satu kelas ke, satu kos ke, satu batch ke, yang penting, bercinta. sebelum bercinta, mestila ada part ayat-mengayat. kalau tak, macam mana boleh terjadinya percintaan.

Lepas kelas ni awak nak pergi mana?


Awak dah makan? jom makan sekali...


Boyfriend awak tak marah ke kita keluar berdua ni?


Awak, macam mana nak jawab soalan ni?

Yang kat atas ni semua ayat pancing.. ayat sempoi untuk memulakan sesi memikat dan mencari kesahihan status samaada single atau dah pun berpunya. kalau single, ayat-ayat di atas akan mula bercambah menjadi satu frasa ayat yang lengkap. sehinggalah si dia terpikat dan terpesona dengan anda, lalu terhasillah cinta. bagi yang pertama kali, itulah cinta pertama.

Tapi tak semestinya dengan ayat sahaja, kita boleh bercinta. ada yang tertenung mata, terlanggar bahu, tersepak kaki, terjatuhkkan buku, terpijak kasut, terajak tengok wayang, macam-macam ter lagi la. asal ter je, mata bertentangan mata, turun ke hati. bila sampai ke hati, automatik mulut akan mula berkata-kata. maka terhasillah cinta.

Cinta pertama ni orang kata memang susah nak dilupakan. kalau dah start bercinta tu, macam-macam perkara yang tak masuk akal, sanggup dibuat asalkan si dia bahagia dengan kita. tapi kalau dah putus, macam-macam perkara gila pun sanggup dibuatnya. ada yang sanggup bunuh diri, terjun longkang, mandi lombong, need for speed, dll. kuat sungguh penangan cinta pertama ni.

Sebenarnya cinta antara manusia ni tak kekal. tak kiralah cinta monyet ke, cinta pertama ke, cinta di hari tua ke, semua cinta sama je melainkan cinta kepada Yang Esa. kalau kita putus cinta di dunia, kita still boleh bercinta dengan Allah. kalau putus tu, Allah tak redhalah percintaan kita, wallahualam. makna kata, Allah bagi petunjuk untuk kita mencari cinta dengan orang yang betul-betul serasi dengan kita. Allah itu Maha Penyayang.

Kalau nak bercinta tu boleh. bercintalah dengan cara yang betul. ini sampai berpegangan tangan, pipi bertemu pipi, bersalam bagai, cium tangan.. ada yang sampai bawak masuk rumah untuk tidur sekali sebagai bukti kasih sayang yang sebenar kepada pasangan.. arghh tunggu khawin la derr.. takde maknanya korang buat semua itu akan menjamin masa depan. sabar itu kan separuh daripada iman.

Psst~! kesian kat anak-anak kecil yang dilahirkan secara luar nikah...

Psst2~! budak-budak sekolah sekarang tak payah tunggu pergi ke kampus, kat sekolah tu pun dah boleh bercinta..

25 komen bernas:

fadhdeela said... [Reply to comment]

zaman skrg smuanyer dah berubah!! huhu mcm2 kes :P

im following u :P

Jom singgah: Tutorial: Tinggalkan Link kat Komen

Bulan said... [Reply to comment]

suke entri nie..
ehee..betol2! cinta pertama tak semestinye kekal.
tp nk lupakan susah.InsyaAllah,yg memberi rasa cinta tue Allah. maka dia jugalah yang akan menghilangkan rasa itu.dgn syarat kita berusaha.
dan digantikan dengan cinta dari mereka yg benar2 berhak mencintai kita.

Izan Ishak said... [Reply to comment]

kalau takdenya bunga-bunga 'ter' tu... takdelah kes baby berdosa dibuang kat sana sini. takde perasaan betullah org yg buat camtu~

**cinta Allah jua yg kekal abadi~

Mknace said... [Reply to comment]

:):):) terbaeekkk!!!!

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

pandai afiq susun ayat...:)

pengalaman bercinta?? hurrmmm...dah lama berlalu...hahahaha...

memang betul tu, cinta Allah adalah yang kekal selamanya...:)

kesian kat anak kecik yang tak berdosa...

Pendekar Berkuda said... [Reply to comment]

aku tak pernah bercinta kat kampus~! Nyiahahaahah~!

aku tak pernah ada awek-makwe-gf-amoi masa kat kampus..

kat luar pernahlah..

Ellen said... [Reply to comment]

afiq dah jatuh cinta ker ni..hehe

zulkbo said... [Reply to comment]

salam..
dah kahwin..
bercinta dengan
isteri di rumah je..
memang indah bila
bercinta dengan isteri
ni..he he

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@zulkbo
hehe tula..xsabar nak tempuh saat tu ekeke ;p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Ellen
eh xdela nellen hehe afiq amek tajuk entry ni dalam senarai keywords nuffnang afiq je :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Izan Ishak
betul tu kak :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Bulan
haa macam ni la yang kita nak sebenarnya :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@fadhdeela
hehe tq :D

cOnfuSeME said... [Reply to comment]

xpenah pon bercinta kat kampus..tgk semua hingusan je..hehe..xde la mmg xde perasaan pon nak bercinta sekampus nih...;D

Aretikz said... [Reply to comment]

Lebih bek kapel pas kahwin.. terhindar dosa.. hehe..

eRza farEeha said... [Reply to comment]

best n3 ni..
cinta pertama xsemestinye kekal kn..
kdg2 kapel2 ni over mngalahkn suami isteri..hehe

Ain Atika said... [Reply to comment]

haha..i memang x pernah ada cinta kampus...i kan x laku. bahah.

adrinaqamarina said... [Reply to comment]

tak pernah ada cinta kat kampus, kalau setakat crush tu ada la. :)

tapi tak suka sangat nak kapel dengan orang yang sama sekolah, sama kampus, tapi kalau kelas laen3 boleh terima laaa. :)

zati-zt said... [Reply to comment]

tu la..
zaman sekarang ni..
macam2 boleh jadi..
yang kesian nye anak2 yang luar nikah tu..
xpasal2 kena buang camtu je..

YuSeNzE - KniGhT said... [Reply to comment]

ko pandai2 je cinta monyet la, ape la..
belajar carik duit dulu baru belajar becinta..
cinta memerlukan pengorbanan masa, idea, dan wang ringgit.. hahhah..

tura hepy said... [Reply to comment]

yerrr xperlu berkapel3 nih....biar cinta pas kawen lebih berkat....kita kena sabar, sabar sikit jer ke jalan Allah,berganda3 Allah akan tlong kita....t.kasih kamoo..:))

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@YuSeNzE - KniGhT
haha besela tu..idea kena variety :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@tura hepy
hehe sama2 :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@adrinaqamarina
haha tu bukan sama sekolah@kampus jugak ke? :P

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Ain Atika
haha elokla tu..tak yah bercinta lagi..abehkan belajar dulu :)

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog