Home » , , , , , » Mana Adab?

Mana Adab?

January 10, 2011

Assalamualaikum...

Iklan jap hehe...

Puas hati tak dengan kemenangan Ana Rafalli semalam? aku ok je.. best apa lagu dia tu. cuma betul juga, kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku tu memang tak disangka-sangka. lain yang diramal, lain yang menang. maybe juri profesional Anugerah Juara Lagu terpikat dengan kelunakan suara Ana Rafalli, terpikat dengan isi tersirat setiap bait-bait lirik dalam lagu tu.. manalah kita tahu kan. tugas kita hanya bagi sokongan je.

Apa yang penting, nasi sudah menjadi bubur. Lagu Tolong Ingatkan Aku akhirnya menjadi juara AJL25. kepada pihak yang tidak berpuas hati, sila redha dengan kemenangan tersebut. dah tak boleh nak ditarik balik. yang menang, tetap menang. bak kata Mr David Teo kita, 'kita semua pemenang, tiada pengalah!'.. betul ke aku tulis tu? yang penting sama maksud..

Panjang lebar plak aku dok membebel pasal anugerah juara lagu. keyword terpenting hari ni tuh. siapa tak nak trafik free. rugi lah kalau tak buat entry pasal AJL25. tapi terpulanglah samaada nak buat atau tak, blog masing-masing kan. just be yourself. aku ni pembakar semangat je hehe..

........................

Alhamdulillah, akhirnya setle jugak masalah pengecualian kredit nih. dahla kena berebut nak jumpa ketua program. student tak nak ramai plak.. siapa cepat, dia dapat masuk bilik dulu. bila dah masuk bilik, kena tukar sikit statement siapa cepat tu.. siapa cepat, dia dapat letak borang atas meja dulu zzz.. adat degree dan seangkatan la katakan.. kena berani dan buat muka tebal kalau nak survive. kalau tak, kita ketinggalan.. aku akui yang tu..

Cuma aku tak faham satu benda, mana adab kita sekarang ni? adab apabila sedang beratur. orang dah beratur awal-awal, tapi ada je yang kepala batu dok potong Q.. aku rasa nak maki-hamun je. tapi bila difikirkan balik, adab perlu dijaga. biar orang buat taik dengan kita, jangan kita buat taik dengan orang...

Masa sekolah rendah dulu tak belajar adab ke? mana adab???

Psst~! jangan terlampau SELLFISH sangat. kita semua manusia, bukannya robot yang takde perasaan langsung.

17 komen bernas:

adrinaqamarina said... [Reply to comment]

awak, sembrono tu ape?

Dim Benihana said... [Reply to comment]

memang ada sesetengah org yg mcm tu, pentingkan diri,
lagsung xpikir perasaan orag lian,
kalo nk diikutkan hati memang bengang, tp xleh layan sgt,
kang kita lak yg dpt akibatnya..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@adrinaqamarina
macam melulu, terburu-buru, cepat, hentam kromo kot huhu

Bulan said... [Reply to comment]

aah..sembrono tue ape?
blurr jap..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Bulan
haha da tukar ayat da, main hentam je letak ayat tu tadi :D

SEruL said... [Reply to comment]

marah nmpak..
sabar la der...
aku pun pk cam tu gak...
makin study,,makin elok ar perangai...
tapi...makin hampeh jer.... :)

Mama Kembar 3 said... [Reply to comment]

mmg bengang je bila org potong line camtu. mama pernah gak tegur, kuat kuat cakap 'kak, barisan kat sini laa kak'... termalu gak org tuh

Belalang Hijau said... [Reply to comment]

belalang pernah smack down sorg mamat nih sebab potong line belalang time nak bayar bil...tgh best2 smack down dia, tiba2 makcik belakang belalang cakap " dik, cepat pegi depan...klu nak tido balik umah"...

la,rupanya belalang berangan jer pukul mamat tuh...kuikuikui

najihah sahami said... [Reply to comment]

ehee..setuju sangat la tu fiq. kalau mish pun geram kot.penat2 beratur alih2 ade orang potong..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@SEruL
haha bila masa lak ko komen nih? haha bukannye marah, geram derr..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Mama Kembar 3
hehe mungkin si akak tu tak perasan kot :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Belalang Hijau
haha ingatkan betul tadi..kalau betul, memang dah nak salute~! :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami
hehe nak tak nak, kena redha je. dapat pahala kan :D

UYC Group said... [Reply to comment]

wahh aweks umar dah jadi sebutan dimne2 skg agagaaa...
ana raffali <3

caliph shuriken said... [Reply to comment]

kasi msuk blk tadika blajar cara2 beratur, hikk...

Pendekar Berkuda said... [Reply to comment]

steady bro..jangan panas2....kang entah ke mana melayang...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

tak mo beratur ye?nak kena budak2 ni..tak hormat perasaan org lain mereka ni sebanarnya.

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog