Siapakah Gerangan 'leya sizuka' ?

July 31, 2010

Assalamu'alaikum...

Penat haih hari ni drive pergi Bangi, ada tahlil & jamuan makan sikit dari jiran lama aku(lame rasanya x jumpa korang sekeluarga, teringat masa kocik2 dulu haha). balik je rumah, terus bukak laptop. aiyak, tenet lom bukak lagi. malas betul aku nak naik tingkat atas ni. last2 mintak tolong mak aku bukak kan ekeke...

Giler r Afiq balik2 terus bukak laptop. kot yer pun, berehatla kejap.. aku xmau~! rindu nak tengok blog. haha

Hari ni aku saja gatal tangan nak cek keywords dalam nuffnang... aik, sikitnye? penangan Benci Bilang Cinta pun dah berkurang. biasa banyak je orang search. huhu tapi yang aku pelik, siapakah gerangan 'leya sizuka'? kenapa tiba2 muncul dalam keywords aku?

klik untuk tumbesaran

Siapakah dia? siapaaaaa? aku x kenal langsung. adakah dia manusia atau nama tempat? adakah dia makwe Nobita????hurm.. terus aku google perkataan leya sizuka tu.. jeng jeng jengggg..

klik untuk tumbesaran

Zruppp!! keluar search list yang penuh dengan nama leya sizuka. 0o0o blogger rupanya. tapi betulkah apa yang aku cari ni? then aku try search dalam google images plak. yup! memang keluar gambar tuan rumah yang serupa. ini lah blog empunya si 'leya sizuka'..

klik untuk tumbesaran

Rasanya macam leya ni budak sekolah menengah kan? sebab ada target nak dapat 'A' dalam semua mata pelajaran, SPM. hehe so adik la eh.. apa2 pun jangan marah Afiq taw sebab buat review pasal blog kamu. x taw kenapa nama kamu boleh ada dalam senarai carian blog si biru. kalau x suka bgtaw eh... tapi xpelah. all the best k for your SPM(kalau x dimansuhkan la) ;)

psst~! macam2 yang keluar dalam keywords ni...
10 komen bernas

Specky Baby

July 30, 2010

Selalu sangat tengok orang dewasa pakai cermin mata kan. meh layan baby plak pakai cermin mata. so cute~! :)

apa tengok2? nak kena tumbuk ke?
old timer..
adeh mummy, nak juling dah mata i ni..
makk, xde spek yang lagi besar ker? lagi besar lagi bagus..
surpriseeee~!
hikhik maluuuu...
ada gaya jadi model cermin mata ni..comel~!
ni sebenarnya nak cover lebam2 kat muka & mata...
psst~! apa2 pun, jaga mata korang k, antara anugerah Allah yang paling berharga tu..
13 komen bernas

Siapa suka Last Minute Preparation?

July 29, 2010

Aku suka~! haha tapi x semua pekerjaan aku suka buat last2 minit. bergantung kepada jenis pekerjaan dan keadaan. kadang2 bagi aku la kan, last minute preparation ni bagus jugak bagi otak macam aku yang susah nak mengingat atau menghafal. kalau untuk study, ramai kawan2 aku yang suka study last2 minit. pasai pa? pasai dorang x suka study awal2 la takut ilmu tu hilang. haha

Kalau orang jenis malas ni, itu jela cara yang terbaik untuk selesaikan sesuatu perkara. sebabnya, bila kita buat sesuatu tu last minit, otak kita akan cerdas berfikir macam mana nak setlekan masalah atau pekerjaan yang dihadapi sebab dateline dah dekat. so xde masa dah untuk main2(padahal sebelum2 ni banyak main2 bila waktu terluang). memandai je aku buat pendapat sendiri. eh korang pun mesti fikir apa yang aku fikir kan? hehe

Lain plak ceritanya kalau persediaan untuk membuat sesuatu yang kita x suka. dah taw kita x suka benda tu, buat apa nak siapkan cepat2? haha jangan tiru ek sebab ada unsur2 untuk membalas dendam kat sini. aku ni manusia. macam korang jugak. taw sangatlah perangai2 yang macam ni. common sense je. contoh ek, ketua suruh korang buat sesuatu. tapi kau x suka ketua tu. bila dah x suka orang tu, kau pun ambil kesempatan buat kerja dia lambat2. kan korang? ;p

Hehe apa2 pun, 'last minute preparation' ni sikap dan perangai manusia. susah nak diubah kalau dah sebati dalam diri. nasihat banyak kali pun kalau x makan saman, xde guna jugak. tetapi x semua keputusan yang terhasil daripada sikap 'last minute preparation' ni negative je, ada juga positivenya. ;)

psst~! eh, aku ada kuiz sok. study pun x lagi. haha okeh! nak study! ;p
19 komen bernas

Demam apa bintik2 merah?

July 28, 2010

Assalamu'alaikum..

sedang aku berehat sambil layan movie 'The Karate Kid' tengahari tadi, nenenda tercinta call nombor rumah. ingatkan pasal apa. firstly dia nak ucapkan 'Selamat Hari Lahir' kat aku. thankx Ma. x kisahlah lewat sehari dua. huhu. dan yang kedua plak dia bagitaw yang my cousin kena tahan dalam wad.

weh~! pe cerita dalam wad tu? rupa2nya dia suspek kena DENGGI. alahai. kesian ke mu pokyeh. baru je lepas konvo, sakit plak. tapi xpe. be strong. tapi jangan degil plak. dengar cakap mummy tu, minum air banyak sangat sikit pasni + badan tu da kena masuk air. alhamdulillah nanti cepat sembuh.. amin~


Aku pun pernah kena suspek denggi. perghhh! sakitnya x yah cakapla. sel darah putih(platlet) memang turun giler2. mula2 ingat demam biasa. lepas tu rasa lain giler r badan ni. lemau, sengal2 sendi.. ape lagi, terus pergi klinik la. then doktor suspek kena demam campak, tapi salah.. pergi plak hospital besar. kat situ barula doktor cakap yang aku ni suspek denggi.. orang kata minum air 100+ banyak2. aku memang suka 100+. tada hal la kalau soh balun 3 botol besar pun. tapi bila da demam, paham2 jela selera makan n minum berkurang. aku paksa gak minum. dan akhirnya, sel darah putih aku menadak naik. amin~ terus x jadi kena denggi.

Aku pernah kena jugak demam virus. tah apa nama demam ni aku pun x taw. chikungunya ker? haha tapi demam yang ni, aku paling x suka. effect satu badan. sendi2 abeh lenguh. even nak baring tido pun xley. aku ni kalau sakit yang teramat sangat, suka jerit untuk hilangkan sakit(sementara je la, tapi puas). ada satu malam tu, dalam pukul 3-4 pagi, aku dah x tahan. memang sakit n lenguh giler. aku pe lagi, menjerit bagai nak rak. x taw la plak jirang kiri kanan, depan belakang dengar ke x. tapi aku x peduli sebab memang dah x tahan.. tapi yang peliknya, badan aku naik bintik2. campak, denggi, ckikungunya? adeh~!

tapi apa2 pun aku bersyukur sebab demam2 yang pernah aku alami x melarat sampai ke satu tahap yang merbahaya. Allah still memberi peluang kepada aku untuk terus hidup. alhamdulillah~

psst~! kalau korang demam, minum air banyak2. jangan degil~! paksa diri tu..
12 komen bernas

Macho Jejaka Blogger-Award

Assalamu'alaikum..

hehe macam2 award timbul sekarang ni. dari award memuji blog, sampai ler memuji blogger. hari tu dapat award blogger cute, kali ni dapat award 'Macho Jejaka Blogger' plak dari Dayat. apa2 pun, thankx to Dayat sebab bagi award ni kat Afiq. macho ke? xdela. biasa2 je. rupa bentuk muka ni anugerah Allah. siapa2 pun 'macho' di sisiNYA. amin~



tapi sebagai adat dan lumrah dalam dunia blog ni, bila dah dapat award kenala jawab soalan kan. hehe. soalan2 yang owner blog ni buat simple je. x banyak plak tu. senang sikit nak jawab ;p





Perasaan bila dapat award ni?
syukur alhamdulillah. thank again Dayat~! :)

Berikan award ni kepada 3 blogger macho lain
xangonila
Krole
padin


psst~! sapa nak buat award untuk...? pkla sendiri haha ;p
11 komen bernas

BAKAL TERJADI...

July 27, 2010

Sesungguhnya kiamat akan tiba... dah cukup ke bekalan2 kita untuk ke 'sana'?

kadang2 aku terleka dek amalan2 dunia, sehingga terlupa sebentar untuk bekalan di 'sana'.. bila datang keinsafan, hati terbuka untuk Mu. tapi bila timbul kesenangan, hati terpaku, lidah terkelu untuk bersyukur kepadaMu..

Ya Allah alpanya aku.. seungguhnya aku hambaMu yang lemah dan sentiasa bergantung kepadaMu..

Ampunkan lah segala dosa2 besar dan kecilku. ampunkanlah segala dosa2 kedua ibu bapa ku, adik2 ku, guru2ku, rakan2ku serta seluruh umat Islam yg pernah berdosa kepadaMu Ya Allah... amin~

sekadar peringatan untuk dijadikan pegangan... bak kata blogger Khairi, pemilik Kecek2 Sendiri(dipetik dari komennya untuk entry ni), x perlu tunggu kiamat, mati bila2 masa saja(thnkx Khairi)... so renung2kan. :)

psst~! bumi dah nazak, macam2 hal pelik dah berlaku. korang taw nasib korang 'di sana'? Wallahualam...
9 komen bernas

Interesting Blog Award

July 26, 2010

hehe da lama x dapat award. kali ni Cik Shiyda & Cik Zakiah bagi award kat Blog Si Biru. thankx yer kamu. award kali ni bertajuk 'Interesting Blog Award'. err, Cik Shiyda, kat mana kamu nampak interestingnya dalam Blog Si Biru ni? hehe x yah jawab. jawab dalam hati je. ;p


1. Thank and link the person that tagged you .
Thank you Cik Shiyda ek sebab bagi award ni. len kali kita leh naik basikal lagi dalam dunia blog. haha ;p 

2 . Tag 15 blogger you,ve recently discovered and think fantastic .


3 . Contact that blog and let them know they have been tagged .
ok~! dalam proses mengontact. ;)

4 . State 7 things bout yourself .

suka update blog
suka bace blog
suka tinggalkan jejak
suka main internet
suka main game bola
suka tengok movie
* banyak sangat sukanya. tu tak termasuk yang wajib lagi. ;p
11 komen bernas

Back To Top - Tutorial In Bahasa Melayu

July 25, 2010

Nak buat 'back to top' macam dalam Blog Si Biru ni? hehe aku buat entry ni sebab Mr Padin kita tanya macam nak buat. sebenarnya image untuk 'back to top' tu aku buat sendiri. coding je aku copy. tapi lupa plak aku amek kat mana. so nak x nak aku buat jugak tutorial pasal 'back to top' ni..






copy kod html kat bawah ni....




image untuk 'back to top' tu korang boleh tukar sama ada nak pakai korang punya image atau pakai je bulat2 yang aku buat ni. just gantikan url image dengan url image kesukaan korang. ( aku x taw macam mana nak bold atau warnakan url tu, harap2 korang jumpa. sorry) url untuk image back to top aku = http://img684.imageshack.us/img684/5188/toprn.png ... korang tukar yang ni k..

lagi satu, korang boleh adjust kedudukan 'back to top' mengikut cita rasa korang sendiri. sama ada nak dok kat atas ke, bawah ke, tengah2 ke. apa yang perlu korang buat, cari perkataan 'top:250px', tukar dengan nombor yang korang suka. try and error k.

kalau korang nak letak back to top tu belah kiri atau kanan, just tukar yang ni. kalau kanan, 'right:5px'. kalau kiri, 'left:5px'

selepas dah setle semua, korang masuk design/customize > add a gadget > HTML. paste je kat situ. kedudukan kotak add a gadget tu x kisah kat mana2 pun. asalkan korang paste. then preview dulu before korang save. kalau xde apa2 error, save terus. siap~!

psst~! harap2 dapat membantu korang yang selama ni teringin nak buat fungsi 'back to top' hehe
6 komen bernas

Was-Was Kopitiam

huhu aku baru taw kebanyakkan kopitiam ni just call je untuk mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta. tapi pelik. kenapa diluluskan ek? hanya sekadar bertanyakan soalan sama ada mereka ada jual alkohol atau daging babi je. kalau xde semua tu, SAH! sijil HALAL milik kamu~! profit semata2?

aiyaaa.. aku sebelum ni pernah jugak makan kat kopitiam. memang sedap. harga pun sedap jugak sebab dah namanya kopitiam, bukan kedai mamak. dah beribu2 orang makan kat situ, sekarang baru nak ragu2. janganla macam tu...

kesian kat kopitiam. kejap disahkan dapat sijil halal, kejap x... eh jap sebelum tu, aku x sokong mana2 pihak. just nak luahkan pandangan pro & kontra untuk kedua2 belah pihak. this is my right~! memang makanan menjadi isu yang paling penting dalam kehidupan seharian bagi umat Islam. xde yangg halal, ragu2la nak makan. bila da ragu2, x makan la makanan tu...

sepatutnya x patut timbul isu2 yang macam ni kalau kawalan dimulakan dari akar umbi. dan x seharusya mengelirukan pengguna kerana itu sendiri yang akan merugikan pihak2 yang memulakan...

sumber dari: Kopitiam Seluruh Negara Diragui, Mingguan Malaysia

psst~! bila dah ragu2, aku x akan makan da benda tu...
8 komen bernas

Gores dan..

HATI TERGURIS~! haa, tu la... sapa soh percaya sangat dengan janji manis makhluk yang x reti nak bersyukur tu. orang kata gores, kau pun gores... orang kata nombor kau bertuah, kau melompat kesukaan... dalam hati si penipu, BODOH kau ni, senang sangat nak kena tipu...

sekarang x yah percaya la kat quote 'Gores & Menang'. memang benda ni da basi. tapi sebasi2 cerita ni pun, ada juga orang yang still nak gores. kalau menang xpe, kalau kalah baru nak masuk berita. haha~! cetek sungguh pemikiran. orang dah kata jangan percaya, kau percaya jugak. suka hati ler...

orang tahan time kau berjalan, kau berhenti. bila dengar je 'akan menang KALAU....', teruskan perjalanan anda yer. jangan di layan. kalau boleh, lari terus. kang x pasal2 hati terguris... orang datang soh bukak pintu rumah, jangan bukak bila berseorangan. bukak bila ada ahli keluarga yang lain. senang sikit nak bagi 'ceramah' kalau yang datang tu ahli2 'Gores & Menang'.

eh, ada ke orang nak bagi kau duit berjuta2 hanya dengan membeli barangan yang x berkualiti? kalau betul nak bagi, datang rumah terus cakap saya ni ikhlas nak bagi. tunjuk terus duit tu. bukan buat peraduan menipu orang. lain kali tukar quote 'Gores & Menang' tu kepada 'Gores & Nangis'...

psst~! jangan jadi katak di bawah tempurung..
7 komen bernas

Celcom Xpax MTV World Stage - Buffered

July 24, 2010

Alhamdulillah~! pergi satu, datang satu. paham x statement tu? hehe Blog Si Biru dapat lagi buffer dari Celcom & Nuffnang. kali ni pihak Celcom advertised pasal konsert MTV World Stage, Live In Malaysia 2010. aku kurang sikit pasal konsert2 ni. aku lagi suka tengok dalam televesen je. xdela sesak sangat kan haha


Aku ni pengguna setia Celcom/Xpax. padan la asek dapat message pasal konsert ni. pastu no wonder la iklan xpax ni asek berlegar2 dalam Blog Si Biru. aku da agak da yang aku akan dapat buffer lagi hehe. thankx to Celcom dan thankx a lot to Nuffnang juga sebab memberikan peluang dan still percaya kepada Blog Si Biru untuk menjadi pengiklan sementara bagi pihak korang.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari "Channel [X]". x pun korang klik jer dekat gambar2 yang kat atas ni ;)

psst~! pada yang still x dapat buffer lagi, harap bersabar k. follow tips2 dari otai macam mana nak dapatkan buffer. :)
7 komen bernas

Roti Bakar Bersalut Arang

haha~! tolong jangan perli aku ek. aku mengaku yang aku ni kurang skill dan teknik dalam bidang memasak.(eh,normal la lelaki x pandai memasak selain maggi, air, nasi goreng hehe) even guna perkakas elektronik untuk memasak pun aku boleh fail. nak taw kenapa aku cakap yang aku ni macam tu? meh tengok apa yang aku dah buat untuk prepare roti bakar. jeng jejenggggg~!


ok x roti bakar tu? suku bahagian daripada roti tu still elok lagi. ini la jadinya kalau lapar sangat. sangup cari roti yang bukan saiz sepatutnya untuk pembakar roti tu. korang pernah dengar roti hailam? google sendiri. haha mula2 aku dah perasan ada nombor kat pembakar tu. nombor tu untuk set kegaringan yang kita nak. aku set no 3. tapi adik aku kata 2 setengah dah kira ok.

tapi aku ni degil. aku ingat 2 setengah tu suam2 garing je. aku ni suka garing. baru rangup nanti masa nak makan. alih2 bila da siap, hangus terus roti aku tu. ceh~! adik aku kata sampai berasap2 pembakar roti(masa tgh bakar tu aku pergi tandas jap). mak aih~! selamat x terbakar. ape lagi, dibantainya gelak adik aku tu haha

nak x nak, aku kena la makan roti tu. agak pahit gak la. aku sapu planta dengan kaya untuk hilangkan rasa pahit tu. ermmm~! seeeeeetaksedapnyaaaa!! tapi rezeki jangan ditolak dan dikomplen. aku bersyukur sebab dapat jugak makan roti bakar walaupun dah terlebih rupa roti bakar aku tu. hehe alhamdulillah~!

psst~! nikmatnya makan roti bakar sambil2 blogwalking ;p
13 komen bernas

Burung 'Mutant'

July 23, 2010

Sana burung sini Burung
Atas Burung Bawah Burung
Tepi burung kanan pun burung
Depan dan belakang di mananya burung...

~sape taw si pencipta pantun burung ni? smart giler susunan ayat burung hehe

err dalam banyak2 burung, burung apa yang korang taw? nuri? kakak tua? burung hantu? merpati? pipit? yang dalam gambar ni korang taw burung apa?



err aku pun x taw ni burung spesis ape. yang aku tau tuan empunya burung ni kata burung ni jenis 'mutant'. macam dalam cerita 'X-Men' tu. tah apa kuasa yang burung ni ade aku pn xtaw. korang still x percaya lagi yang dalam gambar tu burung? meh tengok video burung ni bergerak2 plak ;)






dah leh terima ke belum yang kat dalam gambar tu burung? comel x? geram seyh tgk bulu2 dia. lebat~! hehe kalau korang perasaan dalam video tu ade perkataan 'parakeet'. parakeet tu maksudnya....
"Parakeet is a term for any one of a large number of unrelated small to medium sized species of parrot, that generally have long tail feathers."

psst~! burung dalam video tu sebenarnye spesis parrot. hehe aku x pernah bela burung...
17 komen bernas

Kereta Idaman

July 22, 2010

Pernah terfikir nak memiliki kereta sebegini? simpan2 jela niat korang tu. kalau ada pun, confirm x lepas JPJ nye. eheh ;p








kereta yang last sekali ni terbaik. mesra alam. haha aku x kisah pakai kereta ape pun. yang penting leh jalan, selamat n leh bawak aku ke merata tempat. ;)

psst~! korang makan x dalam kereta? ade gak yg cerewet(cerewet ade sebab taw) x kasi makan dalam kereta ;)
21 komen bernas

Sebagai seorang kawan..

July 21, 2010


Lazimnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya memerlukan teman atau kawan dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian. Teman atau kawan ialah orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya. Rakan atau sahabat yang baik adalah tempat kita berbicara, meluahkan sesuatu masalah dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya (yang mukmin)
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...(riwayat al-bukhari).


Oleh itu, dalam soal berkawan kita hendaklah menghormati kawan dengan cara memberi kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan, menyuruh sahabat atau kawan melakukan kebaikan dan taat kepada perintah Allah sekiranya kawan tersebut terpesong dari lunas-lunas kehidupan yang sebenar, bersopan santun ketika bercakap dengan rakan kita dan janganlah terlalu banyak bergurau kerana gurauan yang melebihi batas akan mengaibkan kawan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan.

Buat kawan-kawan ku, hendaklah kita sentiasa mengamalkan sikap mudah memberi senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu serta tidak menaruh sangkaan buruk terhadap rakan, apabila rakan melakukan kesalahan, kita hendaklah menegur dan menasihatinya dengan cara yang baik.

Dalam menjalani kehidupan berkawan seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan sendiri, suka menyakiti hati sahabat, menghina rakan yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah, mengaibkan rakan dikhalayak ramai dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakan yang dalam kesusahan...

100% milik ---> Adab Terhadap Rakan

---------------------------------------------------

kawan,kawan jugak. jangan sampai kawan makan kawan. aku xnk cerita panjang pasal kawan ni. so aku copy jer dari blog Ustaz Bakri. harap ustaz x marah ek aku sebarkan benda yang baik ni. :) ingat, renungkan perenggan yg terakhir tu. insyaAllah semua persengkataan antara kawan leh setle. amin~!

psst~! aku x suka nak cari pasal dengan orang. tapi bile orang cari pasal ngn aku, aku senyap. better senyap dari gelabah buat bising nak cari kesalahan orang.
4 komen bernas

Harap Maklum!!

July 20, 2010


habis je kelas tghari tadi, aku ingat nak singgah jap bilik madam *****. nak tanya pasal course registration. aku xle nak daftar langsung subjek dalam web. due date 25/7 ni. sampai2 je bilik madam, terpampang satu nota yang melekat di muka pintu. apa lagi, aku baca. n nampak menarik. aku pn amek gambar nota tu. haha sori madam.

aiii, marah ke? panjang bebeno tanda serunya hehe.. sape yang buat madam marah ni? korang ni pun, janganlah desak madam. itu semua UiTM punya hal. nak marah, marah UiTM. sebab UiTM kata sebelum ni result keluar 14/7. pastu 19/7. last2 10/8 plak. student mana yg x bengang. haha asyik2 delay memanjang. flight pn delay gak tapi xdela sampai berminggu2 ;p

ayat " Results recheck mungkin keluar 10/8" dan "Jangan tanya saya kenapa" tulisan tangan madam kat bawah tu best. x kan korang x paham2 lagi kot maksud madam? saya ok je madam nak tnggu result tu ;p tapi terbang gakla RM550 lol.... ~!

harap2 dengan kelambatan pengumuman keputusan ni, ada rahmat di sebaliknya untuk aku, insyaAllah.. aminnn~!

psst~! first day masuk kelas hari ni blur je pasal da sebulan lbey tinggalkan buku haha~!
13 komen bernas

Apa boleh buat..

July 19, 2010

korang ingat lagi x entry aku yang bertajuk "Pandang ke atas, Fikiran ke bawah"? pasal aku nak grad tu. supposedly result recheck paper keluar hari ni. tah kenapa plak pihak UiTM kata awal bulan 8 plak... wuuuu~

aku bukan apa, kalau result tu keluar awal, aku x yah nak daftar kolej lagi da. mana la taw aku lepas paper tu, alhamdulillah x yah daftar. kolej ni, kalau nak daftar, kena bayar. pulus tuu..... sekali daftar, kena bayar RM550. perghhh~! walaupun 1 paper, tetap kena bayar RM550. yuran pendaftaran la katakan.

nak x nak, aku kena lah daftar. tadi pergi kolej nak uruskan semua payment dan add drop subjek. punyala lama nak setle. padahal benda remeh je. tapi x tawla kenapa management kolej tu lembap nak mampos~! hanya department management kolej yer. bahagian2 yang lain ok jerk.

wuuu hopefully bila dah keluar result recheck nanti, aku terima berita yang menggembirakan buat diri aku, dan juga umi dan abah. aku dah x nak menghadap kolej tu lagi da. ramai da member2 aku yang lepas. ada yang kerja, ada yang sambung belajar. jeles kot.. cuma nasib x menyebelahi aku lagi.. tapi aku yakin, akan tiba jua kejayaan untuk diri aku :)

buat masa sekarang ni, aku kena hadiri kelas untuk satu paper je. tiap2 hari selasa dan jumaat. hari2 lain, aku x taw nak buat apa. nak kerja, tapi jadual kelas tu tah macam hape tah. susah nak schedule & arrange untuk buat benda lain. layan jela huhu~

psst~! aku still lagi boleh blogwalking & update blog hari2 hehe ;)
11 komen bernas

Follower 666 - Cik Bucken

"wahai pengikut ku yang setia. bila sampai nombor2 yang menarik, akan ku jadikan sebuah entry khas untuk kamu sebagai tanda terima kasihku kepada mu semua...." haha ayat mamai.

dalam sedar x sedar, follower Blog Si Biru telah menjangkau sehingga ke 666 orang~! waaa, aku x pernah terfikir untuk mempunyai follower yang ramai sebegini. thnkx korang. aku xpernah janji kan ape2 untuk follower yang pernah mendiami nombor2 yang cantik dan menarik untuk Blog Si Biru. cuma satu benda je yang aku leh bagi, 'entry khas'.

pengikut aku yang ke-666 ni merupakan 'Cik Bucken'.. thankx yer.. sebagai tanda terima kasih yang x terhingga, afiq tolong promote blog kamu yer.ok firsty, ni header blog Cik Bucken kita, cantik x?


cantikkk~! siap ada 2 pelangi lagi tu.. "ini hanyalah plastik semata.." tu blog description untuk Cik Bucken. xtaw lah kenapa dia kata camtu. kalau korang nak tau, try la masuk blog dia. cari info kat sana sebab apa. aku pun x taw kenapa. nanti nak tanya dia la hehe bawah ni plak rupa bentuk blog dia.


hehe oklah, aku xnk cerita panjang2 sangat. nanti takut cik bucken marah kalau tersalah cerita. baik korang masuk sendiri blog dia, Cik Bucken. btw, pada yang lain, aku hargai jugak. thnkx pada yang sudi memollow aku. nanti senang2 aku masuk blog korang balik. pada yang dah follow aku, tapi aku x follow balik, InsyaAllah nanti aku follow balik. ;)

psst~! bila lah aku leh dapat sejuta follower... :D
8 komen bernas

Pandang Ke Atas, Fikiran Ke Bawah

July 18, 2010

nervesnye aku malam ni.... nak tekan keyboard pun serba salah je. ada benda yang belum setle lagi ni. keputusan recheck paper akan keluar esok. sama ada aku akan grad atau teruskan pengajian.






wuuu~ aku nak grad.



aku tengok blog, blog kata tengok aku.
15 komen bernas

Bangkai Binatang? Stop!

July 17, 2010


Firstly, apa yang korang fikirkan bila tengok gambar kat atas? seni? bangkai binatang? hoho. kalau korang kata seni, melampau sangat dah tu. jawapan bangkai binatang tu pun tepat dah. tapi x tepat sangat pasal tujuan aku tunjuk gambar ni adalah untuk bagitaw korang semua ada jugak manusia yang pemalas.

Pemalas? terlalu umum untuk aku tujukan kepada semua manusia. hanya segelintir lah yg berperangai macam ni. ok back to the pic, gambar tu sebenarnya tentang 'kejahilan' segelintir manusia untuk membuang bangkai binatang. dorang sebenarnya tengah nak buat 'garisan berkembar' kat atas jalan tu. sampai je kat bangkai binatang tu, dorang stop, then tinggalkan ruang untuk 'menghormati' biantang tersebut. untuk apa? untuk sambung balik kerja dorang buat double line tu.
"They stopped abruptly about 1ft short of the flattened animal, left the same space the other side then told bosses to get some road kill specialists on the case."
apa punya manusia da. seelok2nya, bersihkan la tempat tu. bukannya susah pun. amek penyodok ker, surat khabar ke, angkat letak sebelah jalan. kalau rajin, tanam la terus. bukan amek masa sejam dua pun. korang jangan tiru perbuatan macam dorang ni. kerja lepas tangan, nak siap cepat je. janji siap. ceh~!
Contractor Amey said the firm doing the lines “didn’t have a licence to remove the carcass. You have to be trained”.
haha. weh, dak tadika pun taw la nak buang bangkai binatang macam mana. x yah nak bertraining2.. merepek~!

sumber : http://www.mirror.co.uk/news/weird-world/2010/07/16/daft-workmen-paint-around-roadkill-rather-than-pick-it-up-115875-22416226/

psst~! binatang dalam gambar tu ialah badger@skunk. ;p
10 komen bernas

Budak Comel Ditinggalkan Seorang Diri 2

Petang2 ni layan Home Alone 2 memang best. nak bersukan malas haha. tengok movie jela. korang, ingat x lagi dengan cerita Home Alone ni? xkan dah lupa kot. dah lupa ke muka comel si Macaulay Culkin tu? dengar2 dia pernah kena tangkap pasal bawak dadah dalam kereta. aisehh~! bikin hal la kau ni. baik kau stay jadi budak kecik. ;p


cerita dia dalam movie Home Alone 1&2 memang best. asek terpisah je daripada keluarga bila nak pergi bercuti. tapi yang buat lagi bestnya part dia pasang perangkap tuh. kreatif!! kalau dalam real life dia buat camtu, aku tabik spring lah~! boleh jadi contoh kepada budak2 kecil seantero dunia. tapi bila masuk part 3, dah tukar pelakon. agak2nya masa tu Macaulay Culkin dah besar kot. muka comel dah xdak~! hehe

aku selitkan kan sikit screen shot daripada cerita Home Alone 2 tu. bagi korang ingat balik. takut korang terconfuse dengan Home Alone plak. hehe layann~!







psst~! dah ingat ker cirita yang mana? ;p
4 komen bernas

Kerja Gila!

July 16, 2010

Assalamu'alaikum..

huhu x pernah aku buat kerja giler camni. err sebelum tu, bagi yang xtaw apa benda yg dalam gambar, itulah dia dekstop@cpu(Central Processing Unit) aku. cpu untuk aku berblogwalking. kalau untuk gaming, jangan haraplah aku nak buat macam tu.

aku buat macam ni ada sebab. ni cpu lama, so paham2 jelakan kalau barang lama. outdated satu hal, lepas tu kipas teramatlah bising. aku plan nak beli casing baru yang boleh kurangkan sikit pencemaran bunyi dalam bilik aku ni, tapi x kan kerana bunyi jer, aku sanggup nak kluarkan ratusan ringgit? oh tidak~!

so aku beli kipas yang baru, yang lagi senyap. kipas ni, lagi senyap lagi perlahan pusingan dia. cpu aku ni xleh panas, nanti dia auto shutdownn. untuk mengurangkan bunyi dan menyejukkan cpu selain menggunakan kipas, aku togelkan terus! biar haba yang terhasil terus keluar. xde can dah nak terkumpul dalam casing. haha!
ada jugak bahayanya bila togelkan terus macam ni. tiba2 plak kan ada kawan datang ke, terbersin kuat sampai terkeluar hingus cair, elok2 je jatuh atas cpu aku nih. mau x jahanam nanti. lagi satu, kalau ada lipas yang tengah main kejar2 atas siling tu, tiba2 tergelincir la plak. puppp~! jatuh atas cpu aku. jahanam lagi~! tapi aku yakin rumah aku ni kekurangan lipas. ;)

tapi apa2 pun, aku berjaya mengurangkan kadar pencemaran bunyi dalam bilik selepas aku buat macam tu. ingat, pada yang x mahir, atau kurang keyakinan, jangan nak gatal2 tangan tiru macam aku. kecuali kalau korang BERANI jer~! ada paham?? hehe

psst~! lepas ni aku plan nak letak cpu dalam peti sejuk plak. x yah kipas2 da :p
18 komen bernas

Kaunter Pertanyaan..

eherm2.. assalamu'alaikum..


kalian, nak mintak pertolongan boleh? aku nak tanya ni. sesuai x kalau aku ubah template ni kepada 3 column. yg macam korang tengah tengok sekarang ni. aku plan nak letak banner korang kat sebelah kiri blog ni(sape2 yang berminat nak letak banner kat sini, letak je dalam komen entry ni). sebelah kanan macam biasala. shoutmix, etc..

err tolong eh.. tengah buntu nak susun macam mana hehe. kalau ada pendapat & cadangan, tersangatlah dialu2kan. TQ ;)
10 komen bernas

Blogwalking Award

Assalamu'alaikum..

dah lama aku x dapat award. tup2 hari ni dapat award. hehe best2. mula2 terkejut gak aku sebab yang bagi award ni FBI.ingatkan Federal Bureau of Investigation. takut gak keluar benda2 pelik nanti haha. rupa2nya 'Face+Blog=FB+Irresistable=FBI' yang kasi.

Award kali ni menarik sebab mengiktiraf para2 blogger yang suka blogwalking. err, aku suka blogwalking tapi xdela kerap sangat. aku suka blogwalking pada waktu kemuncak. pagi, tengahari, petang, tengah malam. sebab masa tu ramai blogger tengah on blog & blogwalking. Tips berguna untuk korang nih ;)

okeh bila dah dapat award, kena jawab sikit soalan2 yang tuan award sediakan.

  • DIMANAKAH ANDA SELALU BW? = terlalu general soalan ni. jujur menjawab, dekat blog yang top, blog yang tengah on, & blog yang pernah kunjung Blog Si Biru. senang kata, mana blog yang aku nampak, aku terus masuk tinggalkan jejak.
  • KENAPA ANDA SANGAT SUKA MEMBLOGWALKING? = sebabnya aku ni bukan artis. pembaca x datang nak cari aku. so aku la yang kena cari pembaca.
  • APA YANG ANDA DAPAT KALAU BW? = dapat kenal blogger2 baru, tambah trafik, memperkenalkan entry kepada pembaca, etc..
  • MACAM MANA PERASAAN ORANG YANG DIBLOGWALKINGKAN OLEH ANDA ITU? = err, soalannya ni payah nak jawab sebab perasaan tu bukan ada dengan aku. kena tanya pembaca ni. korang suka x aku blogwalking kat blog korang? ;)
  • TAG 5 RAKAN ANDA DISINI.

psst~! aku pilih secara rawak dalam shoutmix. mana nama yang selalu muncul, yang tu la aku pilih. 5 orang teratas ni bertuah hehe ;)
4 komen bernas

Pelangi Bertindih

Assalamu'alaikum..

aku dah lama x tengok pelangi. wuuu~ rindunya nak tengok pelangi. datang rindu bila tengok video kat bawah ni. pelangi BESAR TWIN TOWER. :)


3 komen bernas

Aku Bosan! - Naik Harga

July 15, 2010

Dengan isu minyak naik harga ni~! dah bape kali naik turun, naik turun. orang tetap berpusu2 jugak nak isi minyak. malam ni, kalau jadi harga minyak naik esok, kaya la tauke minyak, sekejap. keesokkan harinya tauke minyak tetap kaya jugak pasal orang still nak isi minyak untuk pergi kerja, jalan2, pergi dating, balik kampung, etc.

bilela minyak boleh digantikan dengan air plak x pun ngn udara ke, sebagai ganti bahan pembakar kenderaan.... x pun, kita tiru je negara Jepun, naik basikal ke tempat kerja beramai2. Ada berani???

psst~! gula,gas pn naik harga gak? aiyak!
5 komen bernas

Jalan Cerita Untuk New Entry

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

eh, Assalamu'alaikum. sori guys. tertido plak. aku da pening nak tulis skrip nih. ni semua angkara seorang pekerja aku yg tah apa2 tah.

ideaaaa, mane ko menghilang?? aq da kekeringan da nih nak menulis. ko suka men sorok2 ngn aku eh. pandai kau main2 ngn aku. time aku malas, barula ko nak menjelma. time aku desperate, ko hilang plak. grrrr~! ke ko nak makan kismis baru ko x lari? aq tau tu makanan ruji ko.

arghhh aku da fedup~!! lepas ni aku nak gajikan 2 orang lagi pembantu utk membantu aku, pen ngn kertas. so, aku kena potong gaji ko idea sebanyak 40% sebab ko memperlekehkan aku. aku x suka pekerja2 yang malas mcm ko idea.

aku x larat dah nak hidup ngn ko sorang je idea. ade idea, tapi xde pen ngn kertas susahlah aku nak menulis. kesian blog. sunyi sepi je sejak beberapa hari ni. ni disebabkan ko la idea. aku xle nak pecat ko sebab ko orang kanan aku. xde ko, semua sunyi.... ko jangan macam2 nak mintak itu ini. bersyukurlah dengan apa yang aku da bagi..

dengar nih, bagi orang baik "orang tamak selalu rugi". bagi orang jahat plak, orang tamak selalu x rugi, tapi akhirnya MATI. ko nak jadi macam dorang tuh??.. dah cukup aku xnk dengar ape2 da! pergi buat kerja sekarang~!!!

psst~! cuba korang teka ade berapa watak dalam entry kali ni. :)
9 komen bernas