Home » , » Sebagai seorang kawan..

Sebagai seorang kawan..

July 21, 2010


Lazimnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya memerlukan teman atau kawan dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian. Teman atau kawan ialah orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya. Rakan atau sahabat yang baik adalah tempat kita berbicara, meluahkan sesuatu masalah dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya (yang mukmin)
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...(riwayat al-bukhari).


Oleh itu, dalam soal berkawan kita hendaklah menghormati kawan dengan cara memberi kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan, menyuruh sahabat atau kawan melakukan kebaikan dan taat kepada perintah Allah sekiranya kawan tersebut terpesong dari lunas-lunas kehidupan yang sebenar, bersopan santun ketika bercakap dengan rakan kita dan janganlah terlalu banyak bergurau kerana gurauan yang melebihi batas akan mengaibkan kawan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan.

Buat kawan-kawan ku, hendaklah kita sentiasa mengamalkan sikap mudah memberi senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu serta tidak menaruh sangkaan buruk terhadap rakan, apabila rakan melakukan kesalahan, kita hendaklah menegur dan menasihatinya dengan cara yang baik.

Dalam menjalani kehidupan berkawan seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan sendiri, suka menyakiti hati sahabat, menghina rakan yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah, mengaibkan rakan dikhalayak ramai dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakan yang dalam kesusahan...

100% milik ---> Adab Terhadap Rakan

---------------------------------------------------

kawan,kawan jugak. jangan sampai kawan makan kawan. aku xnk cerita panjang pasal kawan ni. so aku copy jer dari blog Ustaz Bakri. harap ustaz x marah ek aku sebarkan benda yang baik ni. :) ingat, renungkan perenggan yg terakhir tu. insyaAllah semua persengkataan antara kawan leh setle. amin~!

psst~! aku x suka nak cari pasal dengan orang. tapi bile orang cari pasal ngn aku, aku senyap. better senyap dari gelabah buat bising nak cari kesalahan orang.

4 komen bernas:

PMOfficial said... [Reply to comment]

kawan ramai tp SAHABAT ciput je....sekarang nih pakcik kene jadi SAHABAT....pakcik tak nak kawan sbb kawan makan kawan...SAHABAT makan satay....sedap

miss nina said... [Reply to comment]

itulah..dalam berkawan kalau boleh jangan lah jadi kawan makan kawan.
sangat tidak elok

hentakbelipat said... [Reply to comment]

bukan nk ckp besa...tapi saya mmg cukup jaga kawan2 nih..kalau nk mkn pun xsampai hati kalau x ajak..sbb suke kawan tu dah ibarat keluarga..

yott said... [Reply to comment]

sahabat sejati menjadi sebahagian dari kehidupan saya..
susah senang sama2 rasa
tp sekarang mmg susah nak cari sahabat..

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog