Home » » Perlu ke...?

Perlu ke...?

July 11, 2010

mintak maaf kalau still lagi melakukan perkara(yang sakit hati) yang sama kpd orang lain? dulu ko sakitkan hati orang, then ko mintak maaf. orang da maafkan. tapi ko si kepala batu still lagi melakukan bnda yang sama. apakah itu? hobi ko kah? ataupun sekadar gurauan yang x masuk akal?

orang2 cmni jangan dilayan sangat. bagi muka kang lame2 de pijak kepala kita. bersabar tu memang boleh. tapi sampai satu tahap, kesabaran tu boleh bertukar jadi dendam. bukan semua orang ade sikap sabar yang boleh bertahan lama. kalau salah orang, tup2 ko yg kena balik. sakit tu..

bukan apa, geram ngn orang cmni. mula2 buat salah(ngn muka selambe), lepas tu bila da sedar(buat2 sedar), minta maaf. orang dah sejuk hati untuk memaafkan. tapi ungkapan maaf tu hanya bertahan untuk sesaat je. dalam hati still lagi mencari bahan untuk menyakitkan lagi hati orang. jadi saudara syaitan lagi bagus. suka sangat nak membara2kan perasaan orang.

akal fikiran tu anugerah tuhan. kenapa x nak gunakan ia sebaik2nya? x reti nak gunakan ke? ataupun buat2 x tahu yang kita tu ada akal fikiran? oit, sayang kalau x guna akal fikiran. lama2 jadi berkarat... macam beli cokelat mahal. sayang nak makan sebab mahal. abeh, nak simpan dalam almari perhiasan ke? xtakut semut hurung almari tu? baik makan kan. macam tu la ngn akal fikiran. guna sebaik2nya sebelum 'ditarik'.

sebelum minta maaf, fikir dulu. buat monolog dalaman. 'sebelum aku nak minta maaf ni, aku leh janji x ngn diri sendiri yg aku x nak sakitkan hati orang lagi?' leh x buat camtu? muhasabah diri dulu. jangan cakap main lepas je. tu omong kosong namenya.

psst~! entry luahan perasaan pada orang yg xsedar diri..

1 komen bernas:

xangonila!! said... [Reply to comment]

sape??anak alwi ke??haha..mmg cam2 pon..

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog