Home » , , , » Plaza Lowyat Halau Penyewa Lanun

Plaza Lowyat Halau Penyewa Lanun

October 18, 2010

Pirates of the Caribbean Selingan je nih *gelak besar

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.
Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasi, Michael Lee berkata, langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.
"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.
"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," kata beliau pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.
Lee berkata, walaupun Plaza Low Yat adalah plaza IT pertama di dalam negara mempunyai inisiatif sedemikian, beliau berharap ia bukanlah yang terakhir.
"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," kata beliau.
Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip berkata, berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, nilai pasaran cetak rompak bernilai US$453 juta setahun.-Bernama & myMetro
Psst~! halau je.. kadang2 dorang ni buat takut orang je dok panggil2 soh beli cd pirate tu.. tapi kalau handphone pirate, laptop pirate? x kena halau gak ke? aku dah banyak kali naik turun naik turun lowyat tu semata2 nak claim warranty adapter yang ORIGINAL gakkkkkkkk!! better beli yang asli, puas hati, x kena maki...

11 komen bernas:

suffer8zine said... [Reply to comment]

tau xpe, mmg bagus la halau, tp tu la gadget2 pirates ni nk tau payah

MuJE said... [Reply to comment]

aku dah serik ngan set AP enset... servis cam taik. mmg tekad nak beli yang ori jer lain kali...huhu

Kuman Chaos said... [Reply to comment]

dulu memang banyak kat situ kan Yang pirate nih.. tapi skrang dah pupus.. tapi org still bleh amik dari internet...
kuman "follow.." Entry

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@suffer8zine
kalau mase nk membeli tu ilmu kurang, memang senang sangat nk kena tipu huhu

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@MuJE
haha ap set ni lebih kpd warranty je..kualiti kureng, sebb tu warranty lame..just my 2 cents ;p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Kuman Chaos
huhu taw xpe.. dunia tanpa sempadan.. x boleh nak salahkan pirate 100% tapi dorang tetap salah mnjual barang secara lanun punya cara.

budak_nakal said... [Reply to comment]

mmg ptt kena halau

MissXYZ a.k.a Abaikan said... [Reply to comment]

rasenye lowyat tu byk laptop pirate la... sbb harga online dari kilang x sme... n bile bukak dalam hardware sume cmpur2 jenama

gdoupt_monster71 said... [Reply to comment]

heee marah sal dah terkena ye fiq...halau je penipu2 2

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@gdoupt_monster71
haha taw xpe :D

tehr said... [Reply to comment]

setuju
halau je sapa2 yang suka langgar undang2

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog