Home » , » Mana Nak Cari Barang Yang Hilang?

Mana Nak Cari Barang Yang Hilang?

October 8, 2010

Selalunya kalau barang hilang, aku akan dok diam kat satu tempat, then merenung satu benda secara tajam.. tujuannya supaya aku boleh berfikir dan mengingat semula kat mana tempat last aku letak barang tu.. kalau x dapat ingat jugak, aku akan geledah semua tempat yang kebarangkaliannya tinggi untuk jumpa barang tu semula.

Kalau still x jumpa jugak, aku berserah jela kepada Allah dengan membaca ayat ni, Allahumma Yassir wala Tuassir... berhasil weh kalau niat korang memang ikhlas dan nak sesangat jumpa barang tu balik. tapi xtawla kalau nk cari orang yang hilang.. :) sebenarnye ade je doa2 yang lain.. maybe korang leh kongsikan dengan aku dalam komen hee

Pernah satu ketika, aku terlupa kat mana aku letak duit.. bukan sikit, tapi banyak.. duit tu bapak aku kasi untuk perbelanjaan harian di rumah selama sebulan sebab dia ngn mak aku pergi menunaikan umrah.. selepas aku hantar dorang ke airport, sampai je di rumah aku mula gelabah.. kat mana plak aku simpn duit tu.. seriously masa tu aku xingat langsung..

Sudahhh, aku ngn adik2 nak makan apa selama sebulan ni kalau x jumpa duit tu? selamat nenek aku ada dan dialah mengajar aku membaca ayat kat atas tu.. aku mundar mandir dalam rumah sambil mulut terkumat kamit membaca doa tersebut.. niat dalam hati memang nak sangat jumpa balik duit tu.. bukan untuk kegunaan aku sorang, tapi untuk adik beradik sekali..

Tiba2 je aku terasa yang aku nak periksa dalam almari perhiasan mak aku.. padahal tempat tu dah banyak kali aku periksa.. dengan izin Allah, duit tu ade terselit di celah2 perhiasan.. apa yang peliknya, sebelum ni x ternampakla plak duit tu kat situ.. Alhamdulillah! kuasa Mu sungguh BESAR YA ALLAH!! mungkin itulah dugaan untuk hambaMu yang lemah lagi kerdil ni..

Psst~! sekarang ni aku tgh mencari satu barang yang hilang, daripada semalam still x jumpa2.. mungkinkah barang tersebut hilang? atau tersalah letak? buntu da ni.. biar jela dulu. xpenting sangat pun..

28 komen bernas:

MOFASAD said... [Reply to comment]

:)

suffer8zine said... [Reply to comment]

doa bnyk2 : )

Nur Hawa Mohd Zin said... [Reply to comment]

betol...awe jenis kalu barang tu awe salah letak dan awe tak ingat letak mana, atau ada orang alihkan barang awe hati ni mmg tenang dan rasa akan jumpa balik...kalau hati ni tak tenang..alamatnya barang awe tak kan jumpa..

pernah anting2 awe ilang, dah puas cari dan gelisah sangat..memang tak jumpa dah..

Afiq said... [Reply to comment]

@MOFASAD
:D

Afiq said... [Reply to comment]

@suffer8zine
semestinyaaa :D

LaDy BarbeLLa said... [Reply to comment]

alah.. cr la leklok. nanti jmpanya. recall eh brg tu. mesti jmpa.

cik ciput said... [Reply to comment]

Betul2, dengan membaca doa tu, sedikit sebanyak dapat membantu kita ingat balik apa2 yg hilang..selain tu, dgn banyakkan selawat jugak, insyaAllah dapat bantu kita ingat balik..

Azmi said... [Reply to comment]

erm doa tu doa permudahkan urusan.....
kena cuba ni..hiihi...

najihah sahami said... [Reply to comment]

ok..bab barang hilang..atau lupe tmpat letak barang..saya adalah juara..kerana saya sangat cuaiii..huk2...

MissXYZ a.k.a Abaikan said... [Reply to comment]

ehehe ayt yg sng n ringkas le paling mudah amal uhuhu =)

supe la tu klu ilang barang dok bace ayt sme je la...

Afiq said... [Reply to comment]

@LaDy BarbeLLa
hehe insyaAllah :)

Afiq said... [Reply to comment]

@cik ciput
hehe thnkx bg tips lain..selawat pun bagus juge :)

Afiq said... [Reply to comment]

@Azmi
cuba jgn x cuba :D

Hazwan Arif said... [Reply to comment]

aku besenye hilang spek sbb x nmpk haha

Tomato Gurl's Life said... [Reply to comment]

wah bagus guna doa tue..thanks share sebab kadang2 memang selau gak cik tom lupa letak barang..

pch said... [Reply to comment]

apa barang


TEKNIK MUDAH LAJUKAN WINDOWS ANDA
KOLEKSI KORD GITAR LAGU MELAYU

darkbatman said... [Reply to comment]

ak ne bru hilang ic bro.. mane tah hilang.. smlm bru g wt repot..nasib x kene byr kt kpn..ehee. skg ne makin nyanyuk lak rase.hoho

saff'sWords said... [Reply to comment]

nak try jugak la ayat tuh. saya nie pun, ada masalah lupa kat mana letak barang. -.-'

apik pehe said... [Reply to comment]

hahaha..biase la org laki kn..barang2 asek lempar ntah kemana..tapi naseb bek la bini dijaga leklok..hahaha

zalin said... [Reply to comment]

stlh berusaha,tawakal kepada-Nya..insyaAllah berjaya.. betul x bro?

Afiq said... [Reply to comment]

@zalin
insyaAllah..tersangatla btul heee :D

Afiq said... [Reply to comment]

@apik pehe
haha bini tu bawak sampai ke mati..mane leh lupa letak kat mana ;p

Afiq said... [Reply to comment]

@saff'sWords
hehe tryla..insyaAllah kalau niat ikhlas,akan jumpe balik barang tu :D

Afiq said... [Reply to comment]

@darkbatman
perghh ic tu..aku paling gabra kalau ic ilang..alhamdulillah setakat ni xpernah lagi huhu selamat xkena charge satu sen.. :)

tehr said... [Reply to comment]

doa terus kepad Allah SWT
insyaallah

gdoupt_monster71 said... [Reply to comment]

ilang barang selalu...tapi xnak ilang kawan...

'aishah (◕‿◕✿) said... [Reply to comment]

doa ni membe i yg bg.. so try la ye, click je link 2 :)

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1401290234358&set=a.1297595762061.2037489.1295388634

Kalamhati said... [Reply to comment]

satu lagi..boleh baca surah At-toriq (wasssamaa'i wattotiq tu)..mintak Allah buka jalan utk jumpa barang yg hilang tu..

pahtu baca ayat ni byk - ya jami'un ya mu'iidun (wahai yg menghimpun dan yg mengembalikan

insyaAllah..=)

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog