Home » , , , , , » Denda RM2,000 Sebab Simbah Cat Ke Atas Surau

Denda RM2,000 Sebab Simbah Cat Ke Atas Surau

October 19, 2010

Pautan - Tiga remaja mengaku salah simbah surau dengan cat merah

SEREMBAN: Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.
Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.
Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M Mageshwary.
Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas.
Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja tersebut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan melakukan khianat dengan membaling botol di surau tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Remaja pertama turut dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Lee Kong Fee manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA & Berita Harian


Psst~! dalam proses pembelajaran.. xleh nak salahkan budak2 tu 100%.. didikan dari ibu bapa yang penting. harap mereka insaf dan xkan ulangi perkara2 yang mendatangkan kemarahan rakyat.

7 komen bernas:

suffer8zine said... [Reply to comment]

peluang yg ade ni guna la sebaiknya, budak2 lagi dah buat hal, ape pasal la. ibu bapa kena mainkan peranan lebih sikit la cm ni.


Terkini : Pertandingan Tarik Tali 43 Tan

Ciklinn said... [Reply to comment]

betul akak sokong kata budak muka terbalik ni... heheheh....

RAFHAN ~peace~ said... [Reply to comment]

haha, bile dah xde peguam Islam nak guna, sanggup gune peguam non-muslim..

Azmi said... [Reply to comment]

tak ada keje cari keje la ni...

tehr said... [Reply to comment]

apasal xde undang2 curah cat balas kat budak2 tu?
saja tanya

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@tehr
hehe ntah..undang2 x kasi la tu :)

paan said... [Reply to comment]

taman nie berdekatan jer dgn taman aku.. surau taman tu sekarang dah dikelilingi pagar ..

Entri terbaru->Tutorial Submit Blog / Web ke Google
Perkhidmatan Design Header / Banner RM 5

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog