Home » , , , » Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Mozilla Firefox?

Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Mozilla Firefox?

December 12, 2010

Assalamualaikum semua. kali ni aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana untuk menangkap gambar secara 'print screen@webpage screenshot' di dalam laman web tanpa perlu menggunakan telefon bimbit berkamera mahupun kamera.

Ramai yang suka mencuba kaedah secara manual untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti kaedah 'print screen button(dekstop)' dan 'fn+print screen button(laptop)'. tetapi cara tu merumitkan sebab kita perlu buka software untuk mengedit gambar, klik button New page, Paste, Edit dan Save. barulah kita akan mendapat sekeping gambar untuk di upload ke dalam blog..

Pada sesiapa yang menggunakan browser 'mozilla firefox', anda hanya perlu follow step di bawah:


1. Download extensions Google Chrome - Meet the Screen Capture Elite Developer dan Install

2. Klik 'Add to Firefox' dan Install Now.


3. Restart Firefox

4. Apabila extension tersebut sudah di install, halakan mouse cursor anda ke bahagian menu tab di atas browser dan klik ikon screen capture elite. Terdapat 3 cara untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti Capture complete pageCapture visible page dan Capture selection on page. Cuba klik capture complete page sebagai contoh.

5. Anda klik 'Save as' dan tentukan di mana anda ingin menyimpan gambar tersebut. Disarankan supaya save dalam satu folder yang khas supaya tidak keliru, dan Klik Save. Selepas tu, bolehlah upload gambar macam biasa. senang kan?

Apalagi, cuba lah 'bermain-main' dengan extension tu. tak kenal, maka tak cinta kan? cuba tangkap gambar dengan cara Capture visible page dan Capture selection on page plak.

Sebenarnya banyak je extensions yang lain untuk screenshot@screen capture. tapi aku hanya pernah cuba yang ni je. so pada siapa2 yang nak cuba extension lain, boleh masuk laman web ni,

Add-ons for Firefox - screen capture

Anda menggunakan browser Google Chrome? Klik sini, Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Google Chrome?

14 komen bernas:

RastaMat said... [Reply to comment]

bro..
untuk opera??

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@RastaMat
haha aku lom try lagi dalam opera. pe2hal kalau aku da try, aq post :D

Marhaen Kacak said... [Reply to comment]

yup...mmg banyak lagi...untuk chrome aku suke pakai picknik.. untuk firefox pun ade...:)

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat : Rasiskah Kita vs Bersediakah Kita?

RastaMat said... [Reply to comment]

roger that..
hehe..

eiela said... [Reply to comment]

bagus info nih. thanks sharing..

Suara People Memang Gempak

Tok Esah said... [Reply to comment]

TQ bg info baru..


ayat2 nak takel awek

eelobor said... [Reply to comment]

thanx sharing bro. aku dah cuba buat & berjaya.

fathiah said... [Reply to comment]

wah.... nak cube laa.. hehehehe.. tq ya :)

Burp said... [Reply to comment]

boleh x benda nih, kalau aku nak tgkap satu bahagian kecik jer and taknak satu page besar tuh.. hahaha :P

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Burp
haha sebab tula aku soh cuba cara yang lain plak :D

Unknown said... [Reply to comment]

ala..utk chrome x de ke?

BENA said... [Reply to comment]

bena xde forefox dah skg. so xleh la wat cam gini. heeee~

Gayahspears said... [Reply to comment]

yahoo.. suda tau~thnk afiq...
nk try..kalo tak blh siap kau..huhu

jemarioren said... [Reply to comment]

terima kasih. saya dah tau juga akhirnya.
best2

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog