Home » , , , » Celcom Broadband atau DiGi Broadband?

Celcom Broadband atau DiGi Broadband?

December 23, 2010

Assalamu'alaikum readers.. aku dah nak masuk belajar ni. so nak tanya sikit especially kepada pengguna-pengguna broadband. agak-agak, rangkaian broadband mana yang terbaik. Celcom atau Digi?

Harga langganan nak dekat sama dah untuk tiap-tiap bulan. aku nak langgan pakej yang murah-murah je dulu sebagai pengenalan. lepas tu kalau betul-betul berminat dan puas hati, baru aku upgrade pakej.


Celcom Broadband = RM 48/month (diskaun potongan sebanyak RM10 selama 6 bulan pertama shj), speed 384kbps untuk the whole day rasanya..


DiGi Broadband = RM 38/month, speed 700kbps (from7am-7pm). bila masuk waktu malam, speed terus turun jadi 128kbps.

Masalah utama aku sebelum nak melanggan broadband ni, network coverage. orang kata, coverage Celcom broadband ni terbaik! bila duduk di kawasan luar bandar. tapi Digi broadband plak terbaik! di kawasan bandar. betul ke semua tu? ada sebarang komen?

Tempat belajar aku tu betul-betul di kawasan bandar. aku dah check network coverage (tempat aku belajar) dalam laman web Celcom dan DiGi. kedua-duanya dapat full signal di kawasan bandar. tapi untuk di kawasan luar bandar plak, DiGi kurang, Celcom adela sikit. so sekarang aku dalam dilema.

Apa pendapat korang? kalau boleh aku nak tahu pasal network coverage je, mana yang terbaik untuk aku langgan. maybe aku tak duduk setempat. takut-takut kena pergi ke kawasan luar bandar ke...

Psst~! streamyx dah langgan. sekarang nak cuba broadband plak.

24 komen bernas:

hollowgram said... [Reply to comment]

salam bro, kalau tengok coverage celcom yg menang.

Maxis vs Digi vs P1 vs Celcom

cOnfuSeME said... [Reply to comment]

celcom klu tempat pack cam bndar kdng2 slow gak line fiq...
kmpung mmg laju la..tp klu digi xtau plak..;D

Izan Ishak said... [Reply to comment]

afiq, k.izan mmg dah lama guna celcom bbandd ni. tp, entahlah skrg ni coverage sgt mendukacitakan kat sini. tp hubby k.izan kata kalu bband bawak tmpat lain cth: sg besi, mmg laju je.

kalau digi blm ada pengalaman lagi...

suffer8zine said... [Reply to comment]

den kalau kat uma guna p1 mmg agak laju gaban la, kalau outstation den guna celcom berukben, sbb celcom line agak menyeluruh, den bnyk kua masuk kampung2 ni dapat line gprs pon jadi la dpd x de langsung,

Terkini : 3 Negeri Paling Subur dan Jumlah Terkini Penduduk Malaysia

tqaAwesome said... [Reply to comment]

tqa gune digi tapi keja je sbb kat nilai mmg low gile signal! sakit hati jekk.
kawan tqa gune clcom, slow gak sbb area ktrg area mxs, sbb tu kot.

why not cube yes.my.. 4G, 1GB RM30 je. speed mmg laju gile. tapi kena check coverage dlu la.
http://coverage.yes.my/

boleh bace review pengguna kat fesbuk yes 4G.
dlu byk complain sbb benda ni baru launch kan, so byk kekurangan tapi skrg tgk dah byk peningkatan.
tak sabar lak nak try :)

zalin said... [Reply to comment]

salam bro..aku rasa better guna celcom. rasanya, coverage dia lagi luas. kawasan luar bandar,felda pun lebih banyak coverage celcom..ini pandangan aku..

AJ said... [Reply to comment]

kawan rmai yg complaint ckp celcom slow..dg taktau plak

kid said... [Reply to comment]

fik, aku pengguna celcom bb.

Nasihat aku, kalau nak beli broadband, better kau beli yang bandwith besar.. Serius.. Kalau macam aku ni, aku beli rm68 punya.. Bandwith cuma 3GB je.. Kalau sekadar untuk kerja-kerja update blog, fb, takda masalah.. Masalah besar timbul bila blogwalking.

Kau dalam sehari, berapa puluh/ratus blog kau singgah?

Kalau macam aku, setakat ni yang aku mampu cuma 40-50 blog je 1 hari. Tapi tu pun cuma mampu buatkan bandwith aku bertahan selama 2 minggu je.. Lepas bandwith habis, speed broadband kita akan dikawal celcom. Masa ni la aku rasa amat sucks sekali guna broadband.. Nak blogwalking masa ni memang langsung tak boleh! Lagi-lagi la kalau kita pergi blog yang berat loading dia, lagi seksa!

Lagi 1 jangalah tengok video kat youtube guna broadband..Lagi cepat bandwith habis..Lagi 1 untuk download-download, broadband tak layak bagi aku.. Lagi-lagi kalau beli yang murah punya..

Jadi aku rasa kalau kau nak beli broadband sekadar untuk blog, ok lah beli yang rm48 punya.. Tapi kalau nak blogwalking sekali, dan masukkan sekali keje2 download, better beli yang mahal punya..

Lagi 1 sebelum beli, better call customer servis broadband yang akan kau beli nanti. Call untuk dapatkan kepastian berapa haribulan bandwith broadband kau akan di-renew balik.. Kalau macam aku, setiap 18 haribulan renew balik. Tapi duit diaorang nak awal bulan.. Siot je.

shida saje said... [Reply to comment]

salam afiq..shida suggest celcom =)
shida sendiri baru pakai celcom,performance ok!

Cikgu Fikri said... [Reply to comment]

CELCOM!!!!
tp, aku pling menyampah bler dpt msg:

PENGGUNAAN ANDA TELAH MELEBIHI HAD.SILA TAMBAH JUMLAH..
hahahahha..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@tqaAwesome
haah kan..xpernah terfikir pasal 4G nih..tapi dah check tadi..xde signal langsung untuk tempat afiq belajar tu huhu anyway thnks yer :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@kid
perghh penerangan yang panjang lebar nih hehe aku pun rasa camtu gak. pakej yang murah tu macam x cukup je rasenye..tapi untuk permulaan ni biar aku try yang murah dulu.. nak tengok performance macam mana.. agak2 berpuas hati, baru aku upgrade :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Cikgu Fikri
haha semua orang menyampah kot kalau dapat message camtu :D

dhilla nazli said... [Reply to comment]

i prefer celcom..
sb parents pena gune celcom.. n okei je..
lajuuu!!

darkbatman said... [Reply to comment]

depend sbnrnya bro.. digi 2 laju pun siang jer.. bile mlm dh slow so ape gune byr mahal2? bek cr yg bgs..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@darkbatman
huhu tu r..sebab aku pun bukannya selalu main internet siang hari zzzz

Burp said... [Reply to comment]

bhahha! sanggup ko nk beli BB nih eh~ ak rase ko xkan kemane kot? paling kuat pon ko kena pergi melwat tmpat lain time ko blajar.. haha~ tapi dari ak tgk tuh, ak lagi suke dg.. sb lbih 2gb kot dari celcom.. haha tapi yg xbest speed alih kurang lak.. haiyaa..

Zetchi Henry said... [Reply to comment]

saya guna celcombb..
huhu
tapi lembab gilerw huh
anyway boleh lah
stakat nak buat ada2

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
nak tanye leyh sal bb celcom ni..
bru 1st month gne..
em...
1 month tu mmg kne bayr lbih ke??
em tgk youtube n fb ary2..
tanpa download ad kne cas lebh ke??
atau cmne??
pning la..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Anonymous
rasenye tak..kita bayar ikut package yang kita ambil je.. contoh kalau kita ambil package 1 gig per month.. kalau data usage kita lebih dari 1 gig, automatik speed bb tu akan turun. makna kata, lembap. tak perlu bayar lebih rasenye.

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya pun baru nak ambik bb ni..sbb kat tpt kerja..ada wifi keliling...tapi kat rumah tak jalanlah pulak l/top tu..rasa2 yg paling best apa yer????? tapi tempat saya tu memang wilayah celcom....

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Anonymous
untuk bb ni, sebenarnya memang akan kalah kalau nak dibandingkan dengan streamy, p1wimax, dll.. kalau nak the best dalam rangkaian bb ni, tryla pakai celcom..coverage memang merata cuma speed je tak menentu. sama je ngn bb dg ke, bb maxis ke..asal nama bb, ramai je yang komplen ttg speed dgn connection.

kalau untuk pakai dalam masa yang pnjang, subscribela streamyx :D

Anonymous said... [Reply to comment]

spe2 yang bndwitdh die dh abis cbe usha blog budak botak,http://www.budakbotak.com/2010/11/cara-nk-lajukan-broadband-bg-yg-dh-abis.html#axzz1ElZu5qQp
ak rse ambk celcom je, ambk yg murah pon xpe, lpas abis bndwith cuba try gne cra2 yg diajar budak botak dlm blog die, wlaupun dh abis bndwith tenet ttp jd lju,mjadi punye, ak dh try..

Anonymous said... [Reply to comment]

kalo dah lebih limit untuk penggunaan bb,bayar lebih kah hujung bulan?

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog