Home » , , , , » Nyawa di hujung tanduk

Nyawa di hujung tanduk

July 22, 2011

Assalamualaikum,

Kabare semua? mengikut statement dalam dashboard, sudah 2 minggu yer aku tak update blog. seakan-akan aku ini tidak punya blog gitu? maafin aku ya dong walaupun aku tak bersalah, benda lain yang patut disalahkan, tapi tak patut disalahkan.

Sebenarnya aku buka je blog, tapi tak mau update sebab tak tahu nak tulis apa. just passing by tinggalkan angin kus-kus. macam pokok bunga, kena siram dengan air baru segar dan tumbuh menyinar kan? sama lah macam blog, kena tinggalkan sesuatu baru trafik berjalan. tapi alhamdulillah, trafik aku still berjalan macam biasa, nuffnang still give a chance by sponsored me their buffered earnings, and guest what? aku dapat tiket wayang free!



Masalahnya aku tak collect lagi tiket tu, office nuffnang pun aku tak pernah pergi lagi. nak pergi bila yang buat aku runsing, dengan kerja lagi, fuhh, bukan senang nak dapat tiket wayang free. 4 keping kot. haih nanti2la aku fikirkan. banyak masa lagi rasanya. anyway thanks a lot to NUFFNANG. afiqbukhari.com still have you.

~

Dah seminggu aku kerja shift malam, dari pukul 11 malam sampai pukul 7 pagi. dia punya ngantuk jangan cakapla. tersengguk-sengguk tahan kepala dari jatuh ke bawah. kerja memang tak banyak, tapi banyak duduk sebab customer pun ramai yang tidur waktu-waktu macam tu. siapa jela nak isi minyak tengah pepagi buta melainkan manusia yang rajin mencari rezeki dan manusia yang rajin tolak rezeki.

Kerja shift malam memang bosan. plus high risk. pernah sekali, ada customer ajak aku berborak-borak. gila ke apa? pukul 2-3 pagi, time aku tengah kerja dia ajak aku berborak kat luar kedai. katanya hal peribadi. kau ingat aku bodoh nak ikut arahan kau? walau apa pun terjadi, aku takkan buka pintu kedai melainkan nak pergi tandas dengan solat subuh. last-last aku suruh dia cakap depan cermin tu sebab nak ajak borak sangat kan.

Adik, sebenarnya abang malu nak cakap. tapi nih dah terdesak sangat. abang kenal owner stesen minyak ni, member abang jugak. ingat nak pergi minta tolong kat dia, tapi mungkin dia tengah tidur sekarang. sebenarnya anak abang kat klinik sekarang, ambil ubat tapi masalahnya abang tak cukup duit nak bayar. so abang ingat, kalau adik simpati, abang nak pinjam duit sikit, abang tinggal IC abang dekat sini.

Err aa err.. aku serba salah. tapi kalau dah terdesak sangat, kenapa tak pergi minta tolong terus kat owner stesen minyak ni? kata kawan. aku ni staff merangkap kuli batak kawan dia je. siapa yang lagi tinggi?

Bang, saya minta maaf sangat-sangat. bukan tak nak percaya, tapi saya tak berani nak tolong abang waktu-waktu macam ni. plus saya still sayangkan nyawa saya, banyak lagi yang saya belum tempuh. lagipun kalau saya nak tolong, duit ni semua bukan hak saya. sorry bang.

Tak apa dik, abang paham. abang akan usahakan nak jumpa member abang tu. assalamualaikum.. 

Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku, aku on facebook mobile then terus updated status,

"saya bukan apa bang, ini hak orang. kalau boleh tolong dah lama saya tolong, abang merayu macam mana sekali pun, saya tak berani nak tolong abang dengan hak orang, terima kasih."

Psst~! jangan tolong kalau was-was, takut lain pula jadinya nanti. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

6 komen bernas:

diyan said... [Reply to comment]

comel nya tolak baik baik . huhu
bahaya gak eh keja lwt malam :')

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said... [Reply to comment]

memang risiko kerja mlm lbh dari siang hari,tp tu tanggungjawb kena ikut kan.
Hati2 je k

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said... [Reply to comment]

memang tul keja mlm byk risiko..dan byk jg dugaan..
Hati2 k

alif haris said... [Reply to comment]

terbaik r bro .. tolak cara baik mst die fhm punye :)

padin said... [Reply to comment]

perghh kalau aku cuak jugak gitu, baguslah ttp pendirian dan ko selamat afiq

zmah said... [Reply to comment]

Alhamdulillah selamat tak ada-apa yang berlaku.

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog