Home » » Tinggi tak bermakna kebal dan kuat

Tinggi tak bermakna kebal dan kuat

March 19, 2011

Assalamualaikum...

"Apa khabar semua? baik-baik shj?" ini soalan standard aku kepada readers bila aku dah lama sangat tak update blog. dan bila aku bertanyakan soalan yang macam tu, jawapan yang diharapkan seharusnya jawapan yang cliche daripada readers, "khabar baik dan sihat macam biasa" :)

Dah lama sangat aku tak aktif dalam blog ni. bukan merajuk, bukan malas tetapi kesuntukan masa. niat di hati memang sentiasa ada untuk update, tapi aku pentingkan yang utama daripada yang pertama. kalau yang utama belum setle, yang pertama aku tak akan sentuh.. dan yang pertama itu ialah afiqbukhari.com. tetapi yang utama? macam biasa, kehidupan seharian yang bertungkus lumus untuk mengejar keselesaan dan kesenangan hidup untuk masa hadapan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, banyak bencana alam yang sudah berlaku. gempa bumi disusuli tsunami. ditambah pula dengan penyebaran radiasi, diikuti rapat dengan kos hidup yang semakin meninggi disebabkan tsunami. setiap yang Allah turunkan itu pasti ada hikmahnya, wallahualam. apa jua yang berlaku, Allah itu tetap Satu. aku pasti tujuan bencana tersebut adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan di samping menyedarkan khalifah-khalifahNya di muka bumi ini supaya sentiasa sedar dan dan tunduk kepadaNya.

Allah itu maha adil. tak kira negara itu maju, mundur atau sedang membangun, kalau ditakdirkan olehNya, "kun fayakun" maka jadilah ia tanpa sebarang halangan. jangan kita semua merasa yang diri kita ni kuat dan kebal. belum tentu seorang pemimpin yang dapat menguasai dunia boleh menghalang segala bencana yang bakal berlaku. humble itu perlu. walau setinggi gunung pangkat seseorang itu, tinggi lagi kekuasaan Allah. jangan mempersoalkannya..

psst~! apa yang pasti, kiamat itu pasti dan semakin hampir...

3 komen bernas:

suffer8zine said... [Reply to comment]

huhu bumi pun makin lama makin tua, takut pula apa yang terjadi skg ni

Terkini : Keputusan SPM Keluar Rabu Ini

iqbalhakimi said... [Reply to comment]

betul2..aku setuju..dan kita kena ambil iktibar dari apa yg terjadi ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

bencana akan muncul bila2 saja...kita perlu bersedia

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog