Home » , , , , » Ketua Penerangan Pemuda Umno Meninggal Dunia

Ketua Penerangan Pemuda Umno Meninggal Dunia

November 5, 2010

Nov 5, 10 5:42pm - Ketua penerangan Pemuda Umno Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.

Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata ketua pergerakan Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Norsyamsul Azman dari Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, ke Galas bersama-sama 30 anggota Pemuda Pahang bagi membantu kempen calon BN dalam pilihan raya DUN Galas.

"Kali terakhir saya berjumpa allahyarham ialah sehari sebelum hari pengundian DUN Galas ketika kami keluar beramai-ramai untuk makan di Kesedar Inn, Gua Musang.

"Kami menjaga peti undi berbeza dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan berkempen tetapi dia bersungguh-sungguh mengajak keluar pada malam itu walaupun kawasan yang beliau jaga agak jauh dari Kesedar Inn," katanya yang telah 17 tahun mengenali arwah.

Beliau berkata jenazah Norshamsul Azman selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8 Jalan Kuantan-Gambang dekat Kuantan pagi ini.

- Sumber Bernama

Psst~! x kisahlah allahyarham Umno ke Pas, dia tetap seorang Islam. sama2lah kita menyedekahkan Al-fatihah buat allahyarham.. semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah.. Al-Fatihah~

8 komen bernas:

suffer8zine said... [Reply to comment]

Al-Fatihah, minta2 kita dijauhkan segalaga wabak dan penyakit

Terkini : ENTER

princeduyong said... [Reply to comment]

innalillahi wainna ilaihiraajiuun...

tehr said... [Reply to comment]

takziah kepada ahli keluarga allahyarham

darkbatman said... [Reply to comment]

al fatihah.. ajal maut x kenal tempat n mase..

krole said... [Reply to comment]

salam afiq~sal menu bar yg aritu...camne nak bg lebar dia ikot blog krole yer~penin2 heee

BENA said... [Reply to comment]

orang kuantan


al-fatihah .

Tomato Gurl's Life said... [Reply to comment]

al-fatihah..takziah pada family arwah..

+akufobia+ said... [Reply to comment]

takziah.

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog