Home » , , , , , » Blog berat? Skrin LCD lebar atau sempit?

Blog berat? Skrin LCD lebar atau sempit?

November 19, 2010

Blog kalian berat?

Xde masalah, tekan butang pangkah je, selesai masalah.. tapi siapa yang rugi? si pembaca atau si tuan empunya blog?

Kalau rugi jatuh kepada si pembaca, pembaca hanya rugi untuk membaca sesuatu yang disampaikan oleh si penulis. kalau si penulis menulis tentang cerita tentang berita atau isu semasa, si pembaca mempunyai banyak pilihan untuk mencari sumber2 tu didalam blog yang lain.

Katakan blog A dan blog B menulis tentang sesuatu yang sama. berat blog A ringan lebih ringan dari berat blog B berat. agak2 kalian semua, si pembaca akan lebih tertarik untuk membaca di blog yang mana? A atau B? haa kalian jawablah sendiri dalam hati..

Kalau rugi jatuh kepada si tuan empunya blog, alamatnya kecewa tersinggung perasaan semuanya ada, sebab xde orang pun nak baca, nak jenguk apatah lagi. blog berat, lambat nak keluar, widget bersepah kiri kanan, bunga sana, salji situ..x perlu semua tu.. try kalian masuk blog2 otai macam bro Ben Ashaari, sis Dahlia, bro Just Khai, bro Darkbatman, etc. laju x? ada x dorang letak bunga ke, salji ke, autoplay lagu ke? huishh berat tuuu.

Info tambahan,

Kalian semua juga kena tahu, x semua orang menggunakan laptop dan LCD widescreen berskala 16:9 atau 16:10 untuk berblog dan melayari internet. ada yang still pakai monitor CRT kotak tu, kebanyakannya berskala 4:3.. sempit je padangan mata ke atas blog kalian. kalau widescreen, banyak ruang di sebelah kiri dan kanan, mata pun x kisah dan x serabut nak tengok yang mana satu dulu.

Resolution skrin kalian berapa? Sumber - 4:3 dan widescreen resolution lists

ruang di kiri dan kanan yang luas, kalau ada bunga dan salji pun aku x kisah. biasanya sesuai untuk skrin berskala 16:9 dan 16:10

ruang di kiri dan kanan yang sempit, pening kepala aku dengan bunga dan salji. biasanya sesuai untuk skrin berskala 4:3

Aku bukannya jahat nak buat entry macam ni.dan aku pun bukannya mahaguru untuk menegur kalian semua. tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan dengan semua orang, agar si pembaca x menyampah dengan blog kalian.

Psst~! x semua manusia mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

21 komen bernas:

husniah zaimah said... [Reply to comment]

btul2.. tahap kesabaran yg tinggi tak semua ade.. lagi2 kalau internet down gile2.. lembab je nak tunggu satu2 kluar.. penat~

najihah sahami said... [Reply to comment]

owh..bagos jugak info...baru la mish tau yang size skrin pon mempengaruhi kelembapan loading blog...hurmm..ok2..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@husniah zaimah
hehe taw xpe..kalau internet laju, tapi pc lembap, xde guna jugak :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami eh, x mempengaruhi pun mish.. point kat situ just nk bgtaw yang widget2 bunga & salji menyakitkan mata je :)

GombakMali said... [Reply to comment]

ak smpaikan terpaksa offkan shockwave flash player tuk lajukan sdikit loading time BW.. hahaha..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@GombakMali
haha biar betul weh? sabar jela :D

Fairosza said... [Reply to comment]

mungkin salah satu contoh blog saya..huhu...tp xde la complex sgt...tau tak camne nk kasi hlg pop out yg slalu kuar iklan tu?widget apa yg buat ada pop out tu ek?

Fairosza: Doktor Pakar Cinta vs Doktor Komputer

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Fairosza
hehe try remove satu2 widget yg bro pernah install.. tu je carenye :)

mien said... [Reply to comment]

teguran yg membina :)

Eman said... [Reply to comment]

tips menarik wehh afiq!
i loikeeee~
;DD

Lia Edwin said... [Reply to comment]

betul sgt2..kdg2 mls nak tengok blog lain kalau dh skali terjah blog yg lmbt..

misyamissyou said... [Reply to comment]

nak tmbh leh? kdg2 xsemua widget salji2 bunge2 lep2 tu compatible ngan browser..haih..pas tu nak tekan kat link tertekan kat link widget tu..kesabaran amat diperlukan di situ..haahaa

agak2 afiq rase rimas tak ngan blog kite?

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@misyamissyou
hehe tambahla cik kak.. kongsi dengan semua orang :)

blog misya ok :D

padin said... [Reply to comment]

hahah afiq, aku selalu terkejut kalau blog tu autoplay lagu, then tiba2 je lagu tu muncul, lagu dondang sayang xpe lagi, ni lagu jerit2 ape ntah, huu bagus entry ni fiq, bagi diorang sedar... kah3

apik pehe said... [Reply to comment]

hehe..naseb bek blog apik x byk widget bunga2..ke ader?hahaha

Affan Ruslan said... [Reply to comment]

1. Kadang2 ada juga masalah dengan browser compatibility.
2. Space kat kiri dan kanan tu boleh adjust, kena tweak sikit code die agak boleh sesuaikan dengan pelbagai saiz skrin kalau tak silap.

yahaya said... [Reply to comment]

pasang yg perlu sahaja.kalau lambat tak da org sanggup tunggu kecuali kawan kita saja.saya guna monitor lama dan broadband yg slow...shoutbox jgn la buat teka teki dgn pengunjung.letak tempat yg selalu org buat atau senang dilihat.

Aretikz said... [Reply to comment]

Setuju dengan br yahaya tentg SB.. dulu sya slalu men semunyi2 SB.. bila fikir balik.. ada yg terjah tp xtingal jejak.. bila letak tempat yg terang dan nyata yakni izhar.. eh? hehe.. bru senang skit org nak tingal link.. hehe.. apapapun.. sya cuma xbersabar kalo beratnya melampaui batas.. hehe..

GombakMali said... [Reply to comment]

yelaa~ offkan flash, so xder la bunyi2an yg kuar.. ahaha~ klu x, bkk byk2 blog 1 mase... dh cam remix lagu dh.. :P

tehr said... [Reply to comment]

kadang aku hilang sabar juga dan tutup je blog tu
terpaksa, nak buat macam mana lagi
minta maaf je dalam hati

Fairosza said... [Reply to comment]

huh..tak dapat bayangkan kalau kat blog ni ada bunga2 cinta...hehe

fairosza.net

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog