Home » , » Lilin Telingaku Tersumbat

Lilin Telingaku Tersumbat

June 8, 2010

Assalamu'alaikum ;)

arghhh! sedapnya korek telinga. plupp! tersembul keluar lilin telinga dan melekat di putik kapas atau dengan nama saintifiknya 'cotton bud'..

terpinga2 mencari maksud 'lilin telinga'? lilin telinga ialah tahi telinga. memang nikmat bagi sesetengah orang yg suka sangat mengorek telinga. lagi2 menggunakan cotton bud. xkurang juga ada yg menggunakan pin rambut(yg besi warna hitam tu). eh kawan! dalam sedap2 mengorek tu, ada bahayanya k. korang taukan isi kandungan dalam telinga tu teramatla sensitif, lagi2 kpd bahagian yg digelar 'gegendang telinga@eardrum(tympanic membrane). itu jela satu2nya tembok yg memisahkan bahagian2 dalaman telinga dengan dunia luar. xde gegendang, pekak seumur hidupla korang.


bagi yg suka mengorek telinga menggunakan cotton bud atau pin rambut, hentikanla tabiat tu. ataupun kurangkanla. sebenarnya, dalam telinga tu sendiri da ada penyapu automatik digelar 'rerambut halus'. korang pernah alami x secara tiba2 je tahi telinga korang terkeluar sendiri? haa itula kerja si rerambut halus. Allah da jadikan kita ni cukup sempurna. setiap bahagian dalam tbuh badan kita dah ada tugas yg tersendiri. janganlah kita mengganggu tugas2 dorang. biarkan mereka bekerja, jangan biarkan mereka mogok dengan sepanduk 'kami xsuka makan gaji buta'! korang ingat aq main2? tettt! pakar telinga, hidung dan tekak sendiri yg cakap NO! to korek telinga.

tapi ada juga kes tahi telinga tu x keluar sendiri. kes2 macam ni dikenali dengan nama 'keratosis obsturans'. bagi sapa2 yg ada masalah yg macam ni, korang pergilah mana2 klinik atau hospital. carila doktor untuk keluarkannya. dorang lebih pakar. tapi terpulang. nak buat sendiri pun apa salahnya. pandai buat pandai tanggung k. benda yg korang korek tu menjamin masa depan korang. salah langkah, hurm. wallahualam bissawab.

orang kata kita pengotor sebab xjaga telinga? tahi telinga banyak? lantak pi la kat dorang. yg penting sistem pendegaran kita terjaga. tapi janganla sampai xjaga langsung. keluar pergi shopping mall ngn tahi telinga berceceran sana sini. yerkk! orang pun xlalu nak duduk sebelah, apatah lagi memandang. sebagai manusia, kita tahu apa yg terbaik untuk diri sendiri. cuma jangan sampai merosakkan diri sudah. korang pernah dengar kes bulu2 cotton bud tu tersekat masuk ke dalam telinga? malula weh kalau jadi camtu. kan susah nak keluarkan. last2 kena pergi jumpa doktor baru masalah setle.

---------------------------------------------

kisahku ketika zaman kanak2.

aq sebenarnya suka jugak korek telinga. nikmat! haha pengotor! xdela. ingatkan bila da korek telinga ni, bersih dan jelas pendegaran. rupa2nya lagi bawak banyak masalah. pernah satu kes masa aq budak2 dulu, tah binatang apa yg masuk dalam telinga aq. tapi xperasan masa de masuk. nk dekat seminggu lepas tu aq rasa sakit sangat. gegendang ni macam kena tekan je, dengar xdengar je orang cakap. last2 pergi klinik and doktor cakap binatang tu siap bertelur lagi dalam telinga aq. ceh! kurang hajar ko binatang! telinga aq ko jadikan wad bersalin. apelagi, telinga aq kena semburla dengan air. ada 1 alat tu, macam jarum tapi besar bagak tubenya, diisi dengan air. then ditujukan muncungnya ke dalam saluran telinga aq. doktor tu cakap 'da ready?' haa! daaaa.. srettttt! air masuk. sakit weyy! macam pekak sekejap masa tu. doktor tu guna pengepit tarik pelan2 telur2 tu siap ngn mak de lagi. binatang tu da mati tapi telurnya masih bernyawa. kepala hotak r! ngeri aq! sampai sekarang aq tergelak sorang2 bila ingat balik cerita pasal tu. zaman kanak2 kan.. main kat tempat hutan tym senja. tu la padahnya xdengar cakap orang tua suruh balik rumah cepat. ;p

kalau korang nak lagi tau pasal 'pengharaman' korek telinga ni, klik kat sini. dan sini juga. sekian.

6 komen bernas:

.::WaNiE::. said... [Reply to comment]

eee ngeri baca ok siap bertelur lam tinger ko

Psychaoez said... [Reply to comment]

haha nk wt cane..bende tu kecik..bukan taw pun bile de masuk..pengalaman kn ;)

n.a.n.a said... [Reply to comment]

penah terbaca jgk sal ni tp buat jgk. hihi. ngeri giler siap bertelur lg. uish.

dulu cikgu ada ckp klu ada semut masuk dlm telinga jgn masukkan air sbb nati dia cengkam kita punyer gegendang. tp letak minyak masak sbb nati licin so lemas sndri. penah wat gak dlu masa ada serangga masuk. xpe ke ek? ke sempat bertelur? jeng..jeng..jeng

Psychaoez said... [Reply to comment]

haha xtawla sempat bertelur ke x.kalu xsakit tu xdela kot ;)

penah dga gak solution letak minyak tu.yg selalu denga letak myk zaitun..licinn.. hehe

PearlnScarf said... [Reply to comment]

ngeri sehh experience ko..

Psychaoez said... [Reply to comment]

hehe aq sendiri pn geli geleman mase tuh ;p

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog