Home » , , » Lampu Jalan Menyelamatkan Seorang Mangsa Kemalangan Daripada Maut

Lampu Jalan Menyelamatkan Seorang Mangsa Kemalangan Daripada Maut

August 28, 2010

Kemalangan lagi.. asyik2 kita bercerita pasal kemalangan ngeri yang membabitkan nyawa kan.. x syok r.. hari2 dah biasa dengar. kali ni aku nk kongsi satu cerita pasal kemalangan kecil yang baru berlaku tadi.. walaupun kecil, tapi kemalangan jugak namanya.

First of all, memang xde gambar dalam ini cerita pasal aku malas nak berhenti. masjid dah memanggil2 tu suruh solat sunat tarawih. aku bukan zalim x nak berhenti, tapi situ kawasan sempit. kereta dah la banyak lalu lalang kat situ. kalau aku naik motor, konpem aku berhenti. almaklum la jalan utama yang menghubungkan kawasan perumahan aku dengan bandar. paham2 jela kan..

Tengah aku syok2 drive, tiba2 aku terdengar satu bunyi rempuhan. secara tiba2 gak, semua lampu jalan kat situ terpadam. haaa aku da syak memang kemalangan ni. sampai je kat tempat kejadian, sebuah pajero dok melintang tengah jalan, manakala bahagian hadapan pajero tu, melekat dengan tiang lampu jalan.

Alhamdulillah, dek kerana sebatang tiang lampu jalan tu la, nyawa pemandu pajero tu terselamat. kalau xde lampu tu, sah2 pajero tu terjunam ke kawasan bawah bukit yang padat dengan rumah2 penduduk. macam mana pajero tu leh langgar tiang lampu tu pun aku x taw sebab jalan kat situ lurus je. mesti ngantuk time drive ni. x pun mabuk. haha pandai2 je aku buat andaian sendiri.

Tapi tulah, di sebalik kejadian ni, aku nak nasihatkan pada sapa2 yang drive tu, berhati2. jangan drive kalau ngantuk. jangan on the phone time drive. silap2 nyawa boleh terbang woo. lagi2 nak dekat raya ni. sayangilah nyawa korang. ingatlah orang yang tersayang.

Teringat plak kisah Tabung Meletup...

psst~! kalau dah sampai ajal, memang xleh nak halang. cuma apa yang kita mampu buat, berdoalah kepadaNya agar umur kita dipanjangkan. dan harap kita akan mati dalam iman insyaAllah..

9 komen bernas:

Ihpa said... [Reply to comment]

MInumlah Mai Secawan KOPI RADIX CAMPURAN 7 HERBA.ekkkekekke sebelum memandu malam

Afiq said... [Reply to comment]

@Ihpa haha promote Kopi Radix nampak..akan ku cuba nanti sebelum drive malam :D

Nur Hawa Mohd Zin said... [Reply to comment]

Alhamdulillah selamat..bahaya gak..eh kalu satu tiang elektrik kena langgar..sume akak terpadam ek?

Afiq said... [Reply to comment]

@Nur Hawa Mohd Zin xtawla..maybe la kot..sebab tadi semua lampu padam. huhu

Azmi said... [Reply to comment]

tu la kan..dekat2 nak raya ni bnyk eksiden..
takut pulak..kalau dah ajal nak buat cmne...

ASSOYFINGER67 said... [Reply to comment]

haha..macam2 budak atas tu..apappun itu satu usahakan..dan usaha itu adalah satu ibadah...sapa nak nyawa melayang...

noor afzan said... [Reply to comment]

Alhamdulillah.
tapi confirm ke orang tu selamat ye?
kata tak benti tulung.

Afiq said... [Reply to comment]

@noor afzan insyaAllah selamat pasal xdela teruk sgt ekciden tu..

zulkbo said... [Reply to comment]

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..jangan lupa
zakat fitrah tahun ini?

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog