Home » , , » Namaku - Imam al-Bukhari

Namaku - Imam al-Bukhari

August 17, 2010

Assalamu'alaikum...

Artikel kali ni mungkin agak panjang sikit. tetapi ada info yang menarik di dalamnya. sila baca sampai habis :)

Sejak aku mendedahkan nama sebenar aku kepada umum(bajet artis la plak), ramai yang bertanya, aku ni adik Saiful Bukhari ke? haha korang neh, asal nama aku ada Bukhari je, korang nak kaitkan ngn dia ek... dia saudara aku la. kami berdua saudara Islam. ;p

Aku nak cerita sikitla macam mana aku leh dapat nama Afiq Bukhari. x silap aku, mak bapak aku nak letak Afiq ni sebab bermula dengan huruf A. kenapa eh? yess! mesti ada sebabkan.. sebab A ni huruf yang pertama sekali dalam susunan huruf. kalau waktu sekolah dulu, nama aku yang paling atas sekali. time nak amek kehadiran, aku terus angkat tangan awal2 sebab dah tau cikgu akan panggil nama sapa dulu. tapi kalau bab kena sport check student lak, aku jugakla yang kena check dulu.. wakakaka!!

Ok, asal nama bukhari plak, bapak aku masa tu baru balik outstation dari Turkestan x silap aku. kat sana dia pergi melawat makam Imam al-Bukhari. so bila aku lahir, nama Afiq je yang mak bapak aku bagi. tapi terlampau la pendek la plak. so bapak aku la yang tambah Bukhari kat belakang tu. ehehe thnkx abah n umi. sedap nama tu..

Sikap negatif aku - masa sekolah dulu, aku x suka orang panggil aku dengan gelaran Bukhari. sebabnya, bila dorang taw nama aku ada Bukhari, mesti di ejeknya aku, 'eh, bau kari la'. kong hasam korang. masa tu mentaliti masih kebudak2kan lagi. suma pakat ejek nama2 yang pelik. haha dorang x taw sapa sebenarnye Bukhari mase tu termasuklah aku ;p hehe sekarang ni da xde da macam tu. aku rasa bertuah plak sebab memiliki nama Bukhari, alhamdulillah.

Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang nama aku. nama yang akan sentiasa terpahat dalam diri aku sehingga aku dipanggil menjemput Illahi nanti. ni ada info sedikit tentang Imam al-Bukhari, khas untuk korang sebagai informasi tambahan..

------------------------------------------

Kelahiran
Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).


Latar belakang
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.


Pengajian Hadis
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.


Diusir dari Bokhara
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand


sumber penuh dari Wikipedia

------------------------------------------

psst~! korang bangga x dengan nama korang sendiri?

34 komen bernas:

padin said... [Reply to comment]

salam Afiq
hehe tu la masa budak2 asal bole ngejek nama sedap pon kena hehe..

nice entry Fiq

Afiq said... [Reply to comment]

@padin wsalam padin..hehe tu r..kalau boleh,nama bapak pun nak ejek2..wakaka kelakar tol bile diingat balik :D

Izan Ishak said... [Reply to comment]

afiq...sapa tak bangga dgn nama sendiri kan. yelaa...nama afiq bukhari mmg best apa~~

**kagum dgn kisah hidup imam bukhari ni~~

Afiq said... [Reply to comment]

@Izan Ishak hehe saje tny cmtu..sbab pelik ade orang2 kite skng ni yg sibuk nak tuka nama..kalau sekali xpela,ni 2-3 kali..huhu

MissXYZ a.k.a Abaikan said... [Reply to comment]

hahaha klako la bau kari ~

n4dh!3r4 said... [Reply to comment]

mesti la bangga.. kalau mak ayah nad tak boh nama ni tak berseri-seri la muka nad.. hahaha :P

Nadhirah = Yang Berseri-seri (^___^)

Afiq said... [Reply to comment]

@MissXYZ a.k.a Abaikan haha miss,jgn disebut byk kali ek name tu :P

Afiq said... [Reply to comment]

@n4dh!3r4 hehe macam nama sepupu afiq lak nadhirah tu, seri2nyee :)

Onelove...Jambu merah warna said... [Reply to comment]

eh bau kari lagi la..xpose eh =P

zulkbo said... [Reply to comment]

salam ziarah..
semoga anda selalu
sihat untuk menjalani
ibadah di bulan Ramadhan
Al-Mubarak ini..

Anishaway said... [Reply to comment]

huhu. terharu bace

sejarah name ANIS NADIAH mcm mane pulok ?
hehe

Nur Hawa Mohd Zin said... [Reply to comment]

Alhamdulillah nama yang indah..heheh..semoga nama itu seperti tuannya...ni ada org nama Rebecca Islam tapi?? wallahua'alam...

Afiq said... [Reply to comment]

@Onelove...Jambu merah warna haha zzzzz ;p

Afiq said... [Reply to comment]

@zulkbo insyaAllah :)

Afiq said... [Reply to comment]

@Anishaway hehe xtaw..kne tny sendrik :P

Afiq said... [Reply to comment]

@Nur Hawa Mohd Zin hehe tulah..nama da cantik,tapi xde adab sopan dalam kehidupan. mesti ade silap kat mane2 ni :P

hentakbelipat said... [Reply to comment]

story yang chill..thanks!

Camellia said... [Reply to comment]

suka! sebab maksud nama saya cahaya impian. :) wew~ btw~ bukhari tu nama yang istimewa kan.. :)

Afiq said... [Reply to comment]

@hentakbelipat haha ur welcome!! :D

Afiq said... [Reply to comment]

@Camellia hehe afiq rase terlalu istimewa..xramai ada nama Bukhari ni..kan? :)

deatH_luVer said... [Reply to comment]

afiq^^name same dengan anak buah den...hehe....

tapi name dia Ahmad Bukhary~

Afiq said... [Reply to comment]

@deatH_luVer hehe sebutan lebey kurang jer.. sedap nama,Ahmad Bukhary :) kem slam kat die kaalau da besar,ciumkan kalau still kecik lagi ehehe :)

f_aRa_aINa989 said... [Reply to comment]

haha..bau kari...

sop said... [Reply to comment]

zaman kanak2, mmg sumer cari benda nak kutuk! tak dapat nama orgnya, cari nama ayah, atuk dan sebaganyai.. itu lah kanak-kanak.. dah besor cam tu jugak? tak la kan.. zaman kanak2 jer boleh jumpa..

nama sebenar sop, 1 jer tapi nama samaran mmg byk.. sejak sekolah sampai skrg..huhuhu

Afiq said... [Reply to comment]

@sop hehe zaman kanak2 mmg sume cmtu. kalau da bergaduh, pakat ejek nama bapak,moyang.. nak bertumbuk x reti, so lawan mulut jela haha

saddam said... [Reply to comment]

betul2..ada zaman ejek nama...hangin satu badan..

nur said... [Reply to comment]

syukur dgn nama yg diberi..

Khairul Azmi said... [Reply to comment]

bangga kot..
apsal plak tak bangga..
hehe..klaka siot kwn2 kau pang eh bau kari??
hHa.....

Yuni Aisyah said... [Reply to comment]

love this..^_^

mmg best sgt nama afiq..tmbah unik sbb nama bukhari..mmg padan la...pandai mak n abah afiq pilih name tu...

time skola rendah lu name yuni pon sll gk kne ejek..haha..

Afiq said... [Reply to comment]

@saddam haha aku pun hangin mase tu..tapi byk saba je r :)

Afiq said... [Reply to comment]

@nur alhamdulillah :)

Afiq said... [Reply to comment]

@Khairul Azmi haha memang r kelaka..tapi aq sakit hati dow mase tu..rase geram giler nk je aq tumbuk muka dorg haha

Afiq said... [Reply to comment]

@Yuni Aisyah hehe thnkx yuni..erk,ape yang peliknya ngn nama yuni smpai dorang nk ejek? hhe masing2 ade kisah tersendiri kan :)

Mar said... [Reply to comment]

sy bangga dgn nma sendiri,he3
thank 2 parent,..

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog