Pancaroba Dunia

April 14, 2012

Bismillah,

"Air sungai yang mengalir tak akan selalunya sampai ke penghujung. kerana segelintir darinya akan terdampar di tepian alur."

Hidup diatas muka bumi Allah ini banyak pancarobanya. salah acuan, salah pegangan, akan membawa kepada salah segala-galanya sekiranya tidak diperbetulkan sedari mula. untuk apa kita hidup sekiranya tiada satu pun matlamat sejati melainkan hanya kerana Allah.

Manusia ini punya banyak ragam. jelas kelihatan ragam apabila manusia itu ditimpa sebarang masalah. ragam suka, ragam duka, ragam ceria dll.. semuanya berkaitan dengan emosi. emosi, elemen terpenting dalam menghidupkan ragam manusia. tanpa emosi, wajah tiadalah seri. tiadalah senyuman, tiadalah masam mencuka, tiadalah marah merah saga dll.

Akal dipinjamkan olehNya untuk membentuk diri yang subur, supaya pandai untuk menilai dalam segala hal. lemahnya akal bererti diri ini terkapai-kapai di awangan, menunggu masa untuk dilambung, ataupun dijatuhkan. dan 50-50 merupakan peneman sejati dalam menentukan sesuatu keputusan. untuk itu, gunalah akal dengan sebaiknya.

Kadang-kadang kita ini terlalu yakin akan sesuatu yang belum pasti kesudahannya. terlalu mengejar sampai terlupa apakah matlamat utama. perbaikilah kelemahan itu. komitmen penuh seharusnya dicurahkan supaya apa yang dihajati bakal memenuhi permintaan hati. bersedialah dengan apa jua halangan. InshaAllah dengan berkat usaha dan kesabaran yang tinggi, apa yang dihajati menjadi.

Segalanya telah ditentukan. hadapi dengan senyuman, ikhlaskan hati keranaNya dan muhasabah diri...

Assalamualaikum.

Nota kaki: Pandang ke depan, toleh kiri dan kanan. tak lupa juga belakang. kerana disetiap sisi, ada baik dan buruknya. Wallahualam.. ;)


1 komen bernas