Home » , , » Graduasi

Graduasi

November 14, 2013

Assalamualaikum.

Hai semua sebagai pembuka bicara. lama dah teman tak ngupdate blog teman ni, agak bersawang kiri kanan. teman memang sengaja tak hendak hupdate sebab teman tahu mesti ada yang rindu *kalau ada la yop.. hee

Kali ni teman ade la cerita sikit yang teman nak ceritakan. teman sebenonya baru lepas graduate/konvo. bak kate lainnya, teman dah berjaya memegang sekeping cert yang bolehla teman guna untuk bantu teman berjaya dalam hidup. yeahhuuu!! kalau la tak kerana cert ni penting, idokla teman bersungguh nak belajo tinggi2 untuk teman hidup selesa. dan jugak untuk bantu teman lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Susoh juge nak guna dialek Perak ni..takpela..teman alih suara ke bahasa kolumpo.


Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang menjadikan sekalian alam. dari timur ke barat, dan utara ke selatan. Dari puncak ke darat, dan alam ke semesta. Apa yang aku usahakan selama ni sudah termakbul dan sudah dicapai. Akhirnya aku berjaya menggengam segulung Ijazah selepas beberapa tahun yang fana. Aku punya banyak kisah silam kisah suka dan duka disepanjang aku bergelar sebagai seorang 'pelajar'.

Bermula dari tadika, seterusnya ke rendah dan menengah. semuanya aku lalui dengan normal dan bersahaja. waktu puncak bagi kanak-kanak riang untuk mula mengenal dunia, apa itu erti persahabatan, kenakalan dan sebagainya. kalau diungkit kembali, memang tak cukup daratan untuk diceritakan. Tapi di waktu inilah aku betul-betul menghayati dan mengenal apa itu ilmu dan tauladan. rakan sebaya yang pelbagai ragam, cikgu yang pelbagai sikap, aktiviti yang pelbagai gaya. semuanya dipersembahkan secara spontan. Aku rindu zaman itu.

Tadika, rendah dan menengah telah tamat, aku tempuhi alam pembelajaran yang sebenar, dan semakin mencabar. Pemikiran semakin genius, adat dan budaya mengikut berlainan bangsa makin diamalkan. arhh, dunia aku sudah berubah. Berubah menjadi sesuatu, sesuatu yang boleh dianjalkan, seperti anjakan paradigma. kejutan budaya dirasai. permainan emosi semakin ligat menari. Apa jua keadaan, dan apa jua yang telah terjadi, dijadikan sebagai batu loncatan untuk aku terus mara ke depan.

Kegagalan demi kegagalan. Aku pernah gagal untuk mencapai apa yang telah dihajatkan. Waima pelbagai jalan telah aku usahakan, aku tetap gagal. Tapi gagal sekali dan acap kali bukanlah alasan untuk aku terus gagal selama-lamanya. Sebab aku yakin, Allah sangat memahami hamba-hambaNya. Kegagalan diturunkan kerana Dia tahu aku mampu untuk mengatasinya. Dan dimana akhirnya, kegagalan adalah merupakan jalan kepada kemenangan. Syukur dan terima kasih aku ucapkan kepadaMu Ya Allah.

Buat Umi dan Abah, adik-adik, terima kasih kerana senantiasa memberi dorongan dan memanjatkan doa ke hadrat Illahi untuk aku terus maju dan cekal menempuhi halangan dan cabaran. Kalian semua mat bermakna bagi aku. Tanpa kalian, aku takkan ada tempat untuk bermanja dan mengadu. Terima kasih.

Buat Tenaga pengajar, cikgu, ustaz/ah, pensyarah, dan pendidik, terima kasih kerana senantiasa menjadi batu yang merejam aku supaya aku cepat sedar dari perkara yang alpa/lalai, dan sentiasa juga menjadi dinding sebagai penghalang untuk aku melakukan perkara-perkara yang salah dan tak masuk akal. Terima kasih.

Buat Rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana senantiasa berada disisi walau kadang-kadang lidah itu setajam pisau. Aku mohon maaf sekiranya ada diantara kalian yang pernah terasa dan pernah berkecil hati dengan aku. Maafkan segala kekhilafan aku. Bukan disengajakan. In shaa Allah aku pun sudah memaafkan kalian. Terima kasih.

Hidup perlu diteruskan. Aku sudah mula untuk mencari rezeki dengan kudrat dan usaha aku sendiri. Alhamdulillah terima kasih Allah. Semoga diberkati olehMu, In shaa Allah :)

Dan selamat bergraduasi! #istiadatkonvokesyenuitm79


Ps/ Rancangan seterusnya?

2 komen bernas:

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

tahniah bro afiq :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

Tq zai :-)

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog