Wordless Wednesday #2 - Twist to Recycle

November 21, 2012


Tak susah pun kalau nak twist botol air mineral. 
  1. Buka tudung botol mineral.
  2. Minum air mineral sampai habis.
  3. Jangan tutup botol tu lagi. pulas botol dari keadaan yang asal (gambar kiri) kepada bentuk yang lagi comel (gambar kanan).
  4. Tutup botol mineral dengan tudung botol.

Ps/ jimat ruang dalam plastik sampah kalau twist the bottle. amalkan. =)
0 komen bernas

Cuti dan salah letak.

November 11, 2012

Coti! cuti! chutti! capati!

No matter how you spell it, the pronunciation and meaning is still the same.. cuti! 

Perkataan cuti datangnya daripada perkataan holiday yang mempunyai hubungan tetapi maknanya berbeza bagi negara-negara berbahasa Inggeris. Berdasarkan perkataan holy dan day, cuti pada mulanya bermaksud hari-hari keagamaan yang istimewa. Perkataan itu sekarang sudah berubah dalam penggunaan perkataannya untuk memaksudkan ia adalah apa-apa hari yang istimewa.

Sejak aku masuk semester lima ni, entah yang ke berapa kali dah aku cuti. terasa yang aku tak belajar apa pun waktu dalam kelas. pergi kelas, habis, balik. sampai rumah, berehat. bukannya nak sambung study. semester lima @ semester last before nak intern ni, memang seronok. entah kenapa aku rasa seronok. mungkin semester kali ni kurang sikit bebannya daripada semester2 yang lepas. even kerja@assignment banyak, tapi aku still boleh handle dengan tenang. tenang tak tenang jugakla, still memerah otak untuk disiapkan.

Aku ni tak rajin sangat, kecuali bila dah terdesak, barulah tergadah nak buka buku. cari pen sana sini, pinjam testpad dgn kawan dan kes yang terbaru, aku kehilangan...


Kalkulator! mesin kira-kira!


Nampak sangatlah yang semester kali ni aku banyak main. sampai kalkulator pun boleh hilang. mungkin disebabkan cuti yang banyak? ataupun dari segi logik akal fikiran, tak sepatutnya kalkulator tu boleh hilang sebab tempatnya di dalam beg. tak pernah lagi aku misplace kalkulator, barang yang aku sangat sayang dan sangat berguna bagi aku dari tingkatan 3 sampailah ke degree. now, dah hilang! seriously aku tension. bukannya 1, tapi 2! sebelum masuk semester, aku dah beli 1 lagi kalkulator sebagai persediaan untuk menghadapi perkara2 yang macam ni lah.. tapi apakan daya, kedua-duanya hilang. 

Sebenarnya aku tak runsing sangat kalau kalkulator tu hilang, sebab semester kali ni tak banyak pakai kalkulator. memang tak pakai pun sebab setiap kali aku pergi kelas, memang tak pernah bawa langsung kalkulator tu. then bila dah hilang, baru sibuk nak cari. cari punya cari, tak jumpa. makna katanya, hilang la kan.. ataupun salah letak?mungkin? haih... buang masa betul mencari benda yang salah letak ni. nenek aku pernah ajar aku satu doa kalau hilang barang.


Kalau dibaca dengan betul, inshaAllah akan jumpa balik barang tu. dari Dia kita datang, dan kepada Dia jugalah kita kembali. semua yang terjadi mesti ada cara penyelesaiannya. doa ni memang berkesan. sebab aku pernah amalkan dan alhamdulillah, aku jumpa balik barang yang hilang tu. so for this time, aku nak amalkan balik doa ni untuk mencari kalkulator aku yang hilang tu.

Harapnya, dengan inzin Allah, aku dipertemukan semula dengan kalkulator kesayangaku itu...

ps/ azan sedang berkumandang. moh ler kita solat dulu. assalamualaikum.

0 komen bernas

Windows 8 in the house!

October 29, 2012

Assalamualaikum,
 
Windows 8 in the house!
 

 
Dan selamat tinggal kepada windows 7.actually takde la nak selamat tinggal sangat dengan windows 7, still used windows system. dan user interface windows 7 pun still dikekalkan. cuma apa yang korang nampak kat atas ni, user interface untuk windows 8, 'metro user interface'. at the first sight, memang tak nampak cantik langsung. dengan susunan kotak-kotak yang memeningkan kepala, kedudukan apps yang berterabur. its quite difficult jugakla bagi yang pertama kali. dan aku pun terkapai-kapai nak memahami segala jenis function dan position yang ada dalam windows 8 ni. tapi, lama kelamaan, agak menarik jugakla penggunaan windows 8 ni.
 
 
 
Dari segi performance, thumbs up untuk windows 8! sangat mantap! there's no more loading time yang terlalu lama dan menjengkelkan. sesuai untuk orang yang kurang sabar dan sesuai jugak untuk orang yang mementingkan masa. memang windows 8 ni diwujudkan untuk mengoptimalkan penggunaan masa, kerana pada asasnya, speed time untuk boot, reboot/restart dan shutdown windows 8 sangat laju kalau nak dibandingkan dengan windows 7. tak percaya? find review between windows 8 and windows 7 dalam youtube. tengok sapa yang menang. so far bagi aku, windows 8 still the best.
 
FYI, aku dah berjaya menghasut adik-adik aku untuk install windows 8 dalam jentera compact masing-masing. testimoni from my sister; dulu laptop selalu hang. pakai windows 7 pun still hang. aku suspek hardware yang problem. but then bila aku install windows 8, no more hang! run smoothly plak tu. dulu selalu sangat overheating bila multitask some programs which are using graphic based. tapi sekarang, less heat. dan aku nampak muka kepuasan hati terpancar dimukanya. =P
 
Aku tak nak cerita banyak pasal windows 8 ni sebab aku expect yang korang boleh search sendiri the details information about windows 8 dalam internet. aku nak cerita banyak pun tak guna jugak sebab takut korang tak faham. aku ni bukan major in IT so banyak terms2 IT yang aku tak tahu sangat. sekadar basic tu, boleh lah suam2 kuku.hee..
 
Tapi apa2 pun, aku sangat berpuas hati dengan windows 8. ni semua hasutan dari adik aku sendiri yang guna nokia LUMIA, windows phone 8 operating system. sangat cantik user interface.*kalau dah lama guna, bagi aku memang cantik. meh layan gambar-gambar yang aku print screen untuk korang tatap. kalau suka untuk balajar sesuatu yang baru, tryla guna windows 8 plak. =)
 
 
 
 
 
 
Dalam windows 8 ni, korang still boleh guna cara traditional windows, which mean desktop. cuma start button je yang xde kalau korang perasan. memang Microsoft nak get rid of it. tapi ramai yang tak suka dengan ketiadaan start button tu. amat menyusahkan sebab kita, windows user ni memang dah terbiasa dengan start button kan. mungkin Microsoft ikut statement ni kot, perubahan memerlukan pengorbanan. hee.. =)
 
 

6 komen bernas