Selamat tinggal Melaka

January 24, 2013

Assalamualaikum..

Selama aku berblogging ni, tak pernah aku cerita kat mana aku study, dan kat mana aku tinggal masa aku study. so kali ni aku nak ceritalah memandangkan aku dah nak tamat belajar, in shaa Allah. dimulakan dengan...


UiTM KBM's view from AYM
Inilah bangunan di mana aku dan rakan2 menuntut ilmu selama 2 tahun, UiTM Kampus Bandar Melaka. study kat sini best kalau nak dibandingkan dengan kampus2 UiTM kat tempat lain. sebabnya student dan lecturer berkongsi 1 bangunan yang sama. so senang nak berjumpa dengan lecturer. lecturer pun best, tak sombong.. kalau bangunan 16 tingkat tu, confirmla ada tangga. naik turun tangga 6-10 tingkat tiap2 hari tu perkara biasa bagi aku. lif ada tapi tak cukup untuk menampung jumlah student yang terlalu ramai. so better panjat tangga dari tunggu lif yang akan menyebabkan kami semua lewat hadir ke kelas. aku akan hanya guna lif kalau nak naik ke tingkat 11 dan keatas, dan waktu student tak ramai.. banyak kenangan dalam bangunan ni. sayang aku nak tinggalkan.. =(

UiTM KBM's Library, 1st floor.
Perpustakan.. tempat aku lepak tengok astro dan baca surat khabar kalau ada masa terluang.haha..itu side activities.. aku banyak guna library ni time nak buat assignment and study for the test and final examination. kiranya dah jadi rumah kedua kalau tiba musim peperiksaan. thanks a lot kepada yang sudi membantu aku dalam pelajaran. =) dan sayang jugak aku nak tinggalkan.. =(

Kenanga's Apartment
Last but not least, home sweet home aku kat melaka.. actually ni rumah kedua aku untuk semester yang ketiga sampailah ke semester lima. tingkat 4, rumah yang hujung sekali plak tu. orang cakap rumah aku ni scary. memang pun. tapi alhamdulillah selama aku tinggal kat sini, tak pernah lagi kena kacau.. cuma kawan aku sorang tu je yang asek kena kacau. nampak kelibatlah, pocong, orang ketuk dinding, macam2.. ok dah. and still, kt rumah aku ni xde lif and memang hari2 aku akan panjat tangga untuk sampai ke rumah. memang study kat melaka ni, aku banyak berjumpa dengan encik tangga.. tapi takpe, aku tak marah. sebab encik tanggala aku boleh maintain stamina. atleast terjaga jugakla kesihatan aku ni.hee..sewa plak dalam rm500 sebulan, excluding miscellaneous bill like internet,electric and water. boleh tahan besar jugakla rumah ni..master bedroom je da leh masukkan sampai 6 org (kalau pakai katil double decker), plus ada lagi 2 bilik (2org 1 bilik)..tapi housemate aku ada 5 orang je,cuma yang bertahan 3 orang je sampai ke akhir. yang lain tu silih berganti... memang sayang aku nak tinggalkan.. =(

Selamat tinggal Melaka. till we meet again in shaa Allah.

3 komen bernas

Pahit dan manis.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

Perjuangan aku selama 2 tahun menghadap buku dan mesin kira akhirnya berakhir (not 100% berakhir aku still ada final presentation in the future, and wish me luck!) dan aku mengharapkan keputusan yang cemerlang untuk semester akhir ni, in shaa Allah... kepada syahmi dan roy, jangan lupa janji kita kalau da capai target 'tu'..hehe..

Selama 2 tahun aku belajar, banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui. dan selama tu lah aku sabar, sabar dan terus bersabar dengan karenah manusia yang bermacam2. kadang-kadang bila dah tak boleh bersabar, meletus jugak kesabaran tu. even aku dah cuba untuk teruskan bersabar, kedegilan orang2 di sekeliling ni byk memainkan peranan yang penting untuk membuatkan aku meletus. well, bukan aku yang pinta.. and im sorry for that. what past is past, and teruskan kehidupan. daripada fikirkan masalah yang dah berlaku, baik fikirkan masa depan yang akan berlaku. hey, its your future. design your future dengan segala yang baik tindakannya. jangan burukkan masa depan dengan segala yang negatif. amatlah rugi..

By the time kita dah dewasa, we still need each other untuk teruskan hidup. manusia tak kan hidup dengan sempurna kalau berseorangan. kerana manusia itu sendiri yang menceriakan keadaan dan persekitaran. let say kita dicampakkan ditengah padang pasir dengan seorang musuh. kita sendiri dibekalkan dengan sebotol air dan sebungkus nasi lemak. manakala musuh kita dibekalkan dengan secupak beras,mancis dan sebotol air. cuba bandingkan kita sendiri dengan musuh kita tu. siapa yang akan dapat bertahan dengan lebih lama? sebungkus nasi lemak yang akan basi dalam masa sehari dan secupak beras yang akan bertahan lebih lama daripada nasi lemak. adakah kita akan terus bermusuh?hanya kerana ego semata-mata?

Aku manusia biasa. aku akui segala kesilapan aku. dan aku diamkan saja segala kesalahan orang lain kepada aku. aku berusaha untuk berdamai kerana aku tahu hati manusia tu lembut. keras hanya kerana ego dan hasutan syaitan. tapi tu semua tipu daya yang nak kan manusia berpecah belah. mintak dijauhkan...

Dan tak semuanya pahit. jika ditambah gula, maka manislah akhirnya. manis itu penyeri hidup. hiduplah dengan kemanisan. maaf sekiranya terlanjur kata dan perbuatan. aku tak berdendam cuma janganlah sakiti hati orang lain hanya kerana untuk kepentingan diri sendiri. Allah itu Maha Adil. Dia tahu segala perbuatan dan niat kita. hindari munafik dan jadilah diri sendiri dengan ikhlas.

Wallahualam, sekian.


0 komen bernas