Home » Pahit dan manis.

Pahit dan manis.

January 24, 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

Perjuangan aku selama 2 tahun menghadap buku dan mesin kira akhirnya berakhir (not 100% berakhir aku still ada final presentation in the future, and wish me luck!) dan aku mengharapkan keputusan yang cemerlang untuk semester akhir ni, in shaa Allah... kepada syahmi dan roy, jangan lupa janji kita kalau da capai target 'tu'..hehe..

Selama 2 tahun aku belajar, banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui. dan selama tu lah aku sabar, sabar dan terus bersabar dengan karenah manusia yang bermacam2. kadang-kadang bila dah tak boleh bersabar, meletus jugak kesabaran tu. even aku dah cuba untuk teruskan bersabar, kedegilan orang2 di sekeliling ni byk memainkan peranan yang penting untuk membuatkan aku meletus. well, bukan aku yang pinta.. and im sorry for that. what past is past, and teruskan kehidupan. daripada fikirkan masalah yang dah berlaku, baik fikirkan masa depan yang akan berlaku. hey, its your future. design your future dengan segala yang baik tindakannya. jangan burukkan masa depan dengan segala yang negatif. amatlah rugi..

By the time kita dah dewasa, we still need each other untuk teruskan hidup. manusia tak kan hidup dengan sempurna kalau berseorangan. kerana manusia itu sendiri yang menceriakan keadaan dan persekitaran. let say kita dicampakkan ditengah padang pasir dengan seorang musuh. kita sendiri dibekalkan dengan sebotol air dan sebungkus nasi lemak. manakala musuh kita dibekalkan dengan secupak beras,mancis dan sebotol air. cuba bandingkan kita sendiri dengan musuh kita tu. siapa yang akan dapat bertahan dengan lebih lama? sebungkus nasi lemak yang akan basi dalam masa sehari dan secupak beras yang akan bertahan lebih lama daripada nasi lemak. adakah kita akan terus bermusuh?hanya kerana ego semata-mata?

Aku manusia biasa. aku akui segala kesilapan aku. dan aku diamkan saja segala kesalahan orang lain kepada aku. aku berusaha untuk berdamai kerana aku tahu hati manusia tu lembut. keras hanya kerana ego dan hasutan syaitan. tapi tu semua tipu daya yang nak kan manusia berpecah belah. mintak dijauhkan...

Dan tak semuanya pahit. jika ditambah gula, maka manislah akhirnya. manis itu penyeri hidup. hiduplah dengan kemanisan. maaf sekiranya terlanjur kata dan perbuatan. aku tak berdendam cuma janganlah sakiti hati orang lain hanya kerana untuk kepentingan diri sendiri. Allah itu Maha Adil. Dia tahu segala perbuatan dan niat kita. hindari munafik dan jadilah diri sendiri dengan ikhlas.

Wallahualam, sekian.


0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog