Komunikasi

January 22, 2012



Peti suara dan bahasa isyarat.


"Dua alat komunikasi yang berbeza tetapi mempunyai satu tujuan dan matlamat yang sama iaitu, menyampaikan maklumat."

Ciptaan Allah ini sangat indah. setiap kebaikan ada kegunaannya, dan setiap kelemahan, ada penyelesaiannya.

Cuba bayangkan yang kita (manusia normal ) ini bisu dan pekak....


Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikannya olehNya, inshaAllah.
0 komen bernas

Pengumuman

January 18, 2012

Assalamualaikum...

Dengan ini, beta dengan rasminya mengumumkan,


CUTI SUDAH PUN BERMULA!
(Yeay! kebabommm! duisshhh! shhiiiii! chingggg!!)


Test dan kuiz
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah last paper ku habiskan tadi
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa mind mapping dan short note sahaja
Menjadi bukti aku study
Pada malam sebelum paper esok pagi.

Satu semester sudah berlalu
Cuti sebulan muncul lagi
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku belum bayar duit sewa lagi
Ku tulis sekuntum puisi
"Haiya tuan rumah, boleh bagi masa lagi?"

Tuan rumah memaksa
Melihat wajahku sendiri di cermin
Terpandang kedut di muka ku
Bekas jerawat yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan jerawat yang terus mendatang
Bermain di muka ku ini
(apa kena mengena sewa rumah dengan tengok muka sendiri kat cermin? haiya tara erti la tauke)

(adaptasi dari lagu Setahun Sudah Berlalu-Alleycats)

Sekian, terima kaseyyyy!

Psst~! Selamat bercuti kawan-kawan ;)

1 komen bernas

Ragam peperiksaan akhir.

Assalamualaikum...

Final exam... peperiksaan akhir... arghh satu beban yang semestinya akan dilalui oleh seorang manusia yang bergelar student. Tetapi beban yang dimaksudkan bukan merupakan beban ke arah keburukan, malah beban ke arah kebaikan di masa hadapan, inshaAllah.

Aku yakin, seseorang student akan stress apabila menjelangnya peperiksaan akhir dan itu merupakan perkara biasa yang dah biasa sangat mereka lalui. Stress yang akan menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi kurang siuman, menjadi tidak waras, hilang arah pertimbangan buat sementara waktu kerana minda tidak dapat lagi dikawal sepenuhnya. Mungkin kerana, ilmu yang berlebihan... mungkin...

Dan apakah perkara biasa yang akan dilakukan oleh 'student biasa' apabila menjelangnya peperiksaan akhir?

  • Studyla! takkan main guli dalam tepung plak. Itu sudah semestinya. mu nok mapuh kerah ko kalu tak study? FAIL la jawabnya kalau masuk exam hall dengan otak yang kosong.

Dan kebiasaannya, untuk seseorang pelajar itu memulakan study, banyak halangan dan cabaran terpaksa ditempuhi. Antaranya,

  • Tidur. nampak member baring atas tilam, disangkakan tidur. so kita pun join sekaki tidur.
  • Gangguan dari rakan yang dah habis exam awal. muka masing2 pyscho bila dah habis paper.
  • Perangai yang suka menangguhkan sesuatu. 'rilekla der, gap 3 hari kot. esok lusa barula start study. dan akhirnya? last minute study!'
  • Gayut. elok-elok dah nak mula study, yang tersayang call plak. nak reject takut kata tak sayang.
  • Gangguan dari rakan yang suka makan. Sikit2 ajak pergi makan. 'der, bila masa mau study kalau dah asyik nak melantak je kejenya?'
  • Gangguan dari rakan yang suka menjerit. hoi! ingat ni zoo ke?
  • Online. facebooking lah, twittering lah, youtubing lah, online gaming lah, dll.
  • Test pad habis. ?? nak buat short note macam mana? der, notepad dalam laptop ada kot. handphone mahal takkan takdak memopad ka? alasan tak munasabah betul haha.
  • Blogging. esok paper, malam tu jugaklah kau nak update blog kan kiki.
  • Bila dapat tau carry mark rendah. stress..

Dah cukuplah aku senaraikan semua yang diatas. Ni semua aku dan kawan-kawan serumah sedang alami untuk study for the final exam yang tengah berlangsung sekarang ni. arghhh tension!

Psst~! GOODLUCK to all of my friends yang tengah struggle for the last paper on 18/1/2012. inshaAllah we can do it!
9 komen bernas