Home » , , , » Alahai Benjy... Sah ko yg kene tahan.

Alahai Benjy... Sah ko yg kene tahan.

March 14, 2010

Assalamualaikum semua..kali ni aq nk post pasal berita sedey artis negara kita sndri..bacela ek kt bwh ni. :(

Oleh Wan Norhayati Wan Alias
dan Firdaus Mustafa
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 13 Mac – Polis hari ini mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.

Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.

‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.

Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.

‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.

Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.

Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.



ps/ npla ko ni cari duit ngn care cmtu..byk lagi pekerjaan yg halal. kn da xselamat kt dunia.

11 komen bernas:

Jieda said... [Reply to comment]

tu la..kesian kan bila dah tertangkap.mungkin ada sebab kenapa dia mengedar dadah dan satu lagi mungkin sebelum ni dah biasa hidup senang pastu takde income masuk ataupun dah terdesak nak cari duit gunakan jalan singkat camni.yang tak sanggup tu berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

btul jgak..maybe de nk tolong mak de..mmg niat de baik..tp kalu da smpi bli kete mhal2,terang2 la bkn utk kpntingn de je..tp mmg slh care de tu..y slah tetap salah..berserah jela..

RerameUngu said... [Reply to comment]

aku baru tau psl dia la plakon tu..taujugk kes ni..tak sangka btol..bt malu je...

faizalnizam said... [Reply to comment]

itula cari pasal namenye... ish ish ish

nuriz said... [Reply to comment]

mula2 tak pecaya..muka baik penah jd host di tv 9..akibat terdesak..yg haram pun sanggup buat

atiqahidrus said... [Reply to comment]

sian betol kt mak dia.

.::WaNiE::. said... [Reply to comment]

kesian kat dia

kesian lagi kat mak dia

aida said... [Reply to comment]

dulu ak suke benjy berlakon..
aihh ape nak jd la..

teman wanita? bkan dia da ade isteri ke

noorafzan.blogspot.com said... [Reply to comment]

yang kesiannya mak dia..

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

tu la pasal..dala baru nk sembuh,dga plak cite psl ank de..sakit wei..saba jela kak yan..redha n tawakkal...

Anonymous said... [Reply to comment]

dia budak bukit bintang secondary school

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog