Allah knows what is best for us.

June 21, 2012

Alhamdulillah.. beban untuk this semester bakal berakhir. seriously macam-macam benda yang dah terjadi. even aku tak expect sangat pun untuk semua ni berlaku. but well, jalan cerita dari Allah, mana boleh dipertikaikan. samaada kau sanggup jadi pelakonNya atau sekadar menjadi penonton yang suka memanipulasikan sesuatu keadaan.. wallahualam..

Sangat stress untuk semester kali ni. belum masuk final semester lagi. kalau difikirkan balik, banyak kejadian yang terjadi bukan dengan kerelaan aku sendiri. dan aku tak pernah 'plan' untuk jadi seperti itu dan seperti ini. ini semua ketentuan Illahi, and yes, Allah knows what is best for us. so selayaknya seseorang manusia itu harus menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas dalam mengerjakannya.

Remember this valuable quote :

"Manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.."

Tak semuanya dirancang akan berjaya diakhirnya. dan begitulah sebaliknya. kita sendiri tidak akan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. teruskanlah kehidupan. dan didalam setiap kehidupan itu, pasti ada turun dan naiknya, masam dan manisnya. ambil semua itu, jadikan sebagai pengajaran dan sebagai alat bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Setiap kejadian yang berlaku, ada hikmahnya tersendiri. cuma manusia yang tidak pandai untuk menilai setiap hikmah yang muncul selepas setiap kejadian yang berlaku. wallahualam bissawab..

Assalamualaikum.


1 komen bernas

Pengorbanan

June 16, 2012

Assalamualaikum,

Pengalaman mengajar manusia itu supaya lebih berdikari dan tabah menghadapi segalanya dari Yang Maha Esa, Allah...

Syukur aku sangat tenang. dikala aku dilanda pelbagai masalah, Kau kurniakan sahabat yang sentiasa membuatkan diriku tersenyum apabila memikirkannya. tidak pernah aku setenang itu. setiap perbuatan daripada sahabat itu sentiasa mengingatkan aku supaya senantiasa bermuhasabah. alhamdulillah..

I always remember this, lupakan yang lama, mulakan yang baru. hidup sentiasa perlukan perubahan. bukan bermaksud aku berhak untuk berubah sesuka hati. berubahlah ke arah sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya. dan setiap perubahan perlu disertakan dengan keazaman dan keinginan hati yang kuat. dan setiap perubahan memerlukan pengorbanan.

Ya Allah, sesungguhnya aku berkorban sesuatu yang pernah aku miliki untuk memiliki sesuatu yang Engkau telah redhai.. amin. aku bersyukur dengan pengorbanan itu.

Alhamdulillah.
2 komen bernas