Din Beramboi Koma.

March 31, 2010


terkejut! aq ingat main2.. aq ade terbace status mmber kat dalam FB psl din beramboi, aq ingt mmber aq tu tujukn kt member de yg kemungkinan dorg gelarkan din beramboi jgak. tp ari ni aq search lagi psal cite ni, mmg btul DIN BERAMBOI yg koma. hurm.. moga ko cepat sembuh din. xde ko, dunia seni lawak merapu xceria da. aq follow-up sume rancangan2 ko, yg terbaru 'wuhai beramboi'.

wuuu sdey plak dga ko masuk spital.. aq terbace berita terbaru ko da xyah pakai alat bantuan pernafasan.. alhamdulillah. moga ramai yg menderma darah kt ko. insyaAllah.

kencing tikus? beracun sangat ke? ni first tym aq dengar kes mcm ni. tikus pengotor, yela kot air kencing de beracun. arghhh! hapuskn tikus! aq mengaku aq da bunuh 2 ekor tikus secare xsengaja akhir tahun lepas. 2-2 care pembunuhan sama. aq terrrrrrgelek tikus tu ngn tayar kereta aq tym kat highway.kedekerkkk!!!!(bunyik tulang patah) sape soh mlintas jalan x tengok kiri kanan. hah padan la muka ko tikus oii. dala pengotor, curik makanan org plak tuh. hehe tp ko mkhluk ciptaan Allah jgak. xle nk salah kn ko 100%. ape2 jela tikus.

sumber asli berita terkini : mygosip.com

Takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi. semoga rohnya aman di 'sana'...Al-fatihah...
6 komen bernas

Kemungkinan dalam rokok ade darah babi?

March 30, 2010


yeke?adakah?btul ke? hurm... hah! apelagi perokok tegar, berenti la hisap rokok tuh.. xkn xde perasaan was2 lagi kot?? haram tuuu ;p

Prof Chapman dari University of Sydney da wat kajian tentang rokok ni..mmg ade sesetengah rokok tu cnfrm ade darah (haemoglobin) babi.. yg lain2 tu dalam kajian. patutla korg rase sedap kn bile sedut, ade rase manis2 tak? haha de kate maybe.. kalu btul ade, korg berenti la hisap ek. leh jage kesihatan skali. lagi2 kalau kite ni umat islam, terang2la haram kalu da ade bnde tu. xkn nk samak saluran nafas ngn lidah kot? cnfirm2 r muntah bile rase air tanah tu.

'dorg' ni xpk da ape kndungan dalam rokok tu. yg penting profit dorg bertambah dari tahun ke tahun. dorg ni pn pandai. bnde tu leh memudaratkn ksihatan, tapi ade public kisah nk saman syarikat2 yg buat rokok ni?xde kn. sbbnye 'dorg' pandai amik hati public, 'dorg' dermakn sket keuntungan jual rokok tu kt pihak2 kesihatan, badan2 kebajikan, tolong org2 susah ke..so dari situ, public xakan pk da buruk2 'dorg' ni. pandai kan?? hehe ape2 pun korg pk2 la sndri mane baik ngn buruknye. stiap manusia dikurniakan akal fikiran n kemahiran utk berfikir dgn waras. so gunala ngn sebaik2nye akal tu. jgn smpai makan diri, merana nanti. sekian... ;)

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians."

sumber asli berita terkini : SUMBER klik sini

0 komen bernas

Beautiful Blogger Award

Award dari Norfa --->
ini award yg pertama aq terima, 'Beautiful Blogger'
ni ha de awardnye.. :)


dianugerahkn oleh blogger 'Norfa'.
TQ so much n love it very much.. :)
inilah kali pertama Hari Baru dapat award sejak berkecimpung dlm bidang blog memblog nih. xsangke ade org mnghargai kecantikan asli blog Hari Baru heeeheeehee [prasan sket barula best] ngeee ;p
sebenarnye agak blur sket ngn arahan lpas dapat award nih. almaklumla kalau dalam real life sekalipn, org yg terima award msti kne wat itu ini supaya semuanya brjalan ngn lancar. kn kn??hehe so lpas tgk n survey sume blog yg pernah dapat blog ni, barula paham.
kat bawah arahan2 yg pnerima2 award kene ikut.

  • firstly korg ceritala ape perasaan korg bile dapat award yg cantik ni :)
  • then, copy badge award tu, paste kt blog korg :)
  • bile da dapat award, tentu2la korg kene berterima kasih kn kpd si pemberi award kn :)
  • n last but not least, korg pilihla lagi 15 blogger utk terima award ni :)
dan senarai 15 blogger paling bertuah utk menerima award ni dari Hari Baru adalah :


akhirnya tersenarai jua 15 blogger yg beautiful [setelah hampir sejam mncari] :)
TAHNIAH!
pada yg xtersenarai, Hari Baru ingin minta maaf sbb peraturan nk 15 je. kalu xde limit, mmg nk smua blogger dpt award ni :)
Wassalam..


0 komen bernas

Frog Fail - Kegagalan si katak ;p

March 21, 2010



hehe..ksian x kat katak tu? punyela bersungguh nk tgkap, alih2 dapat lidah sndri. leh buat perumpamaan ni. "bagai katak menangkap lidah sendiri". mksudnye mcm same ngn mludah di muka sndri..hehe grau2 je.

sbenanya dalam dunia ni, byk perkara yg kita inginkn. tapi tula, kita bersungguh2 nk daptkn bnda tu, alih2 xdapat jugak. bukan rezeki kita namanye. redha jela. kalu itu bukn hak milik kita, cari yg lain. mana taw, yg lain tu lagi bermkna dari ape yg kita nak, insyaAllah. berbalik balik pasal video katak tu. de maybe xdapat nk tgkap serangga tu.mane taw rezeki de lpas tu dapat serangga yg lagi besar ke. xpn de yg mnjadi mangsa kalu still nk tgkap serangga yg da terlepas tu. ape pun yg kita buat, buat bersungguh2. kalu xberhasil, redha n tawakkal. byk berdoa, insyaAllah Yang Maha Esa akn bantu kita..sehingga bertmu lagi. Assalamu'alaikum :)
7 komen bernas

Alahai Benjy... Sah ko yg kene tahan.

March 14, 2010

Assalamualaikum semua..kali ni aq nk post pasal berita sedey artis negara kita sndri..bacela ek kt bwh ni. :(

Oleh Wan Norhayati Wan Alias
dan Firdaus Mustafa
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 13 Mac – Polis hari ini mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.

Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.

‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.

Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.

‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.

Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.

Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.



ps/ npla ko ni cari duit ngn care cmtu..byk lagi pekerjaan yg halal. kn da xselamat kt dunia.
11 komen bernas