Home » , , , , » Adik cuba tipu abang yer?

Adik cuba tipu abang yer?

June 19, 2011

Assalamualaikum...

Budak-budak ni kalau bercerita, kadang-kadang ada jujurnya, ada betulnya. tapi kadang-kadang jugak ada salahnya, ada putar belitnya. seronok sebenarnya mendengar mereka bercerita, lagi-lagi mendengar si kecil yang petah berbicara. confirm tersenyum seketika.

Alkisah, anak supervisor tempat aku bekerja. punyalah friendly, baru first time kenal, macam-macam diceritakannya kepada aku. ntah betul atau atau tidak, aku hanya mengiyakan sebagai tanda menghormati. budak-budakla katakan, baru darjah 2.


Sesi suai kenal...

aidil: assalamualaikum, nama abang sape?

afiq bukhari: waalaikumussalam, nama abang afiq. adik plak? anak sape ni ek?

aiman: abang nak nama betul ke nama tipu adik? kalau nama betul adik, aidil. tapi kalau nama tipu adik lak, daniel. nama penuh abang ape?

afiq bukhari: err budak ni, boleh plak ada nama tipu, aku pun join sekaki la... nama penuh abang pun afiq, tapi kalau nak sedap sikit, aidil tambah bukhari kat belakang.

aidil: 0ooo...


Sesi percaya 100%...

aidil: abang nak tau tak, aidil masuk taekwando kat sekolah. semua orang takut kat aidil, aidil pun tak tahu kenapa. bila aidil angkat kaki sikit je, semua takut.

afiq bukhari: ohh, bagusnya. dah tali pinggang kaler apa? mesti dah kuat kan?

aidil: mestilah dah kuat, aidil yang ajar budak-budak yang baru nak masuk taekwando. tali pinggang yang paling kuat merah kan abang? tapi aidil dah nak warna hitam.

afiq bukhari: 0ooo... *dia sendiri pun tak sure tali pinggang warna apa yang paling kuat


Sesi aku mula meragui kesahihan ceritanya...

aidil: abang, aidil pun belajar silat tau kat sekolah. samalah macam taekwando, semua budak takut kat aidil. gangster pun takut. aidil angkat kaki sikit, semua ke belakang. aidil tak tahu kenapa..

afiq bukhari: wahh, silat pun aidil belajar ek. bagusla camtu. silat apa aidil? silat gayong ke, cekak ke?

aidil: hurmm... silat cekot. sama macam taekwando jugak.

afiq bukhari: 0ooo... silat cekot.. aidil dah tali pinggang apa sekarang?

aidil: sama jugak macam taekwando, tapi aidil tali pinggang merah, yang paling kuat. lepas ni aidil kena pakai tali pinggang warna lain plak sebab aidil dah makin kuat dan akan jadi guru silat.

afiq bukhari: 0ooo... *tak abeh-abeh macam taekwando


Sesi 0% aku tidak mempercayainya...

aidil: abang nak tau tak telefon aidil ni berapa harga dia? cuba abang teka. *sambil menunjukkan phone nokia n97

afiq bukhari: err rasanya RM200 kot.. cantik phone, sapa bagi? ayah ke?

aidil: salah! harga dia RM5,000. sebab phone ni banyak banyak bahasa tau, lagi satu phone ni luar negara punya.

afiq bukhari: 0ooo... mahalnya.. *sah budak ni mengaurta aku


Kelakar betul melayan budak tu. aku sebenarnya nak amek hati je, kang kalau tak dilayan, emosi plak budak tu. direportnya sama ayah@supervisor, mau kena potong gaji nanti haha. tapi xpelah, penyeri tempat kerja sebenarnya.

Psst~! aidil ada awek umur 19 tahun...

Selingan daripada aidil...

aidil: abang ada facebook tak? aidil nak add, tapi umur aidil 19 tahun tau, pastu dalam facebook, aidil dah SMK@sekolah menengah... 

afiq bukhari: apa-apa jela aidil, nanti abang add..

15 komen bernas:

niena shopping2u said... [Reply to comment]

http://www.my-shopping2u.com/2011/06/puluhan-bot-dilambung-puting-beliung.html

Bulan said... [Reply to comment]

budak2...mesti comel si aidiltue kan?

g0m0k9enDek said... [Reply to comment]

abang, abang, adik ada belog 5000 uv sehari! yeaahhh.. hahaha! caya x? caya x??

Pendekar Berkuda said... [Reply to comment]

hahahaha.... gila kentang dia mengentang... keh kehkeh...

RastaMat said... [Reply to comment]

hahahahha..

basah lu kene kencing bro...

Burp said... [Reply to comment]

tumbuk baby dieeee! hahahahaha!

jemarioren said... [Reply to comment]

kelaka mokcik baca ni

Zetchi Henry said... [Reply to comment]

Hurm membaca post Afiq kali ini berjaya membuatkan saya tertawa sendirian. Ermm, biasalah budak2 penuh imaginasi kreatif dan kehendak ingin mencuba dan melakukan sesuatu yang baru dan tidak menemukan diri mereka dengan titik kejemuan.

redzuan23 said... [Reply to comment]

budak ni dia rase die lebih tahu padahal kita sbg orang tua dah tahu dah dan merasa asam garam.. apa2pun layan je la.. budak2.

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Bulan comel kot hee

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@g0m0k9enDek nak xnk kene caya neh haha

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@RastaMat taw xpe, penat wa pasang tinge denga citer de, hahaha

Nur Hawa Mohd Zin said... [Reply to comment]

selamat adik tu tak cakap dia ada blog femes juga macam abang afiq...heheh

nsdahlia said... [Reply to comment]

kesianla org yg add dia kat fb. ingtkan dah 19 thn...

MasyitahHassan said... [Reply to comment]

kelakar juga ,
kecik-kecik da pandai auta...

sekeh kang...
hehehehehe..

"henset 5000"

dalam syling atau sen??

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog