Home » , , » Tinted

Tinted

November 10, 2011

Assalamualaikum...

Cermin gelap@tinted pada cermin kereta itu penting!

Cuba korang peratikan, kebanyakkan kereta bercermin gelap. ada yang gelap sampai tak nampak dalam, ada yang gelap di cermin bahagian sisi, dan ada yang gelap di bahagian cermin belakang sahaja. tau tak apa sebab dorang gelapkan cermin kereta tu?

Firstly, bergaya. cuba tengok kereta yang bercermin gelap. handsome tak kereta tu? tuan empunya kereta handsome atau tidak, itu lain cerita. bagi aku, memang style la kereta yang bercermin gelap ni. nampak solid je body kereta tu, macam tak ada cermin langsung. kereta kebal wannabe? hee

Yang kedua, keselamatan. kebanyakkan trend sekarang ni, orang suka beli kereta jenis MPV(multi-purpose vehicle). betul tak? macam honda stream, toyota vellfire, perodua alza, proton exora. kereta keluarga la katakan, tapi perasan tak, semua kereta yang jenis tu, bercermin gelap kat bahagian belakang. tau sebab apa? sebabnya MPV ni boot belakang tak ditutup sepenuhnya. hanya dilindung oleh cermin je. so nak tak nak, memang kena gelapkan. barulah orang luar tak nampak apa barang yang kita simpan kat boot belakang tu.

Dan yang ketiga, ni baru aku tengok video kat mymetro. saje nak bangkitkan balik isu ni, kesihatan. cermin gelap ni boleh menghalang cahaya matahari yang penuh dengan UV dari terus menerus menerjah kulit tubuh badan kita. UV kan tak elok untuk kulit. betul jugak kan? selain rumah, kereta la tempat kita berlindung daripada sinaran matahari.

from google images
So cermin gelap itu penting! tapi tak adalah gelap sangat sampai 100% tak boleh nampak dalam. atleast boleh melindungi diri sendiri dan kereta cukuplah. dan kebanyakkan kereta import sekarang ni, memang dah digelapkan cerminnya. kalau kena tahan pun, tinted tu tak boleh ditanggalkan sebab cermin tu memang dah sedia gelap daripada kilang lagi. aku dah pernah cuba nak koyak tinted gelap tu, rupa-rupanya cermin tu memang dah gelap. haprak!

Aku nak bagi nasihat sikit. kalau nak tinted kereta tu, pakailah tinted yang branded@berkualiti. mahal pun tak apa sebab kereta kita nak pakai lama. kalau setakat pakai yang murah punya tinted, tak sampai setahun warna dah pudar, cepat tanggal, suhu panas dalam kereta pun sama je macam cermin kereta yang tak bertinted, what for? membazir! so pilih company yang provide warranty untuk tinted tu. biar mahal, asalkan kita puas hati untuk jangka masa yang panjang.

ps~ entry ni sebenarnya dah lama aku karang, tapi lupa nak publish. nah bacalah! dah basi kot isu ni huhu

2 komen bernas:

Nazifa said... [Reply to comment]

Wahhhh! tahniah pokcik.kembali juga.baru perasan blog u.eheee
mne shoutbox nye? :p

maafla komen xkene ngan entri.sbb org pompuan xreti bab2 kete nie.drive je reti :p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Nazifa haha malas nk letak shputbox. biala kosong camni je.

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog