Alhamdulillah aku selamat.

April 26, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, alhamdulillah, dan alhamdulillah aku masih dapat menulis didalam afiqbukhari.com..

First sekali, aku nak minta maaf kepada siapa-siapa je yang pernah terasa dengan aku. aku ni manusia biasa, memang tak boleh nak lari daripada melakukan kesilapan. orang kata normallah yer dengan perangai yang sebegitu rupa. kadang-kadang kita dah kawal, tapi still buat salah jugak. sebab tu ada dosa dan pahala kan? :)

Ok kenapa aku cakap yang 'aku selamat'? macam ni sebenarnya. semalam aku drove dari KL ke Melaka, dan sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. masa tu kereta aku berada di lane highway yang paling kanan sekali. aku kekalkan kelajuan(dalam 90km/j je) sebab jarak kereta aku dengan kereta di depan memang jauh. agak-agak dalam 6 biji kereta boleh muat dalam jarak tu.

Masuk part cuak: tengah aku sedap driving, tiba-tiba aku nampak kereta yang jauh di depan aku tu brek mengejut. so dalam hati, alhamdulillah aku tak follow rapat kereta tu. dala tengah hujan. so dari awal lagi aku dah brek. tapi brek punya brek, kereta tetap bergerak macam biasa. so apa reaksi korang bila jadi macam tu?

a) menjerit!,
b) terus tekan brek,
c) pasrah dan mengucap.

Aku pilih b) terus tekan brek. tapi itulah, kereta still bergerak. dan yang paling tak bestnya, ada lopak air kat depan dan aku terus langgar(patutlah kereta depan brek mengejut, nak elak air rupanya). flushhh!!! air penuh menutupi cermin depan kereta. memang tak nampak apa. bila air kat cermin depan tu turun, baru aku sedar yang kereta berada dalam kedudukan yang senget dan bergerak ke kiri. selamat masa tu dah slow, aku terus balas stereng kereta ke kanan.

Rupa-rupanya my car skidding on water. atau dengan nama lainnya, Hydroplaning.

Hydroplaning occurs when a car hits a puddle of water, or when it is raining or snowing. Any form of moisture on the ground can cause a tire to lift up off the pavement slightly, allowing water to get under the tire. Once this happens, you will briefly lose steering ability because your tires are unable to get any traction with the pavement.

Dan alhamdulillah aku masih dapat meneruskan perjalanan ke Melaka. aku sebenarnya terkejut seyh selepas daripada kejadian tu. tak tahu nak buat ekspresi wajah yang macam mana. nak senyum ke, gelak ke, sedih ke. tapi seingat aku, semua tu aku buat. reaksi spontan orang kata, terkejut punya pasal.

Kepada kawan-kawan aku yang turut bersama dalam kereta semalam, aku nak minta maaf banyak-banyak. lain kali aku akan lebih berhati-hati. aku tak kisah dah orang nak panggil aku skema time drive. yang penting selamat. nak kata aku fobia, mungkin. tapi sekarang ni, lagi kita berhati-hati, lagi orang sakit hati. tak faham betui aku..

Psst~! kalau dah ajal, kita dah tak boleh nak menolak..
21 komen bernas

Jom naik Genting!

April 24, 2011

Assalamualaikum...

Tolong! tolong! ada orang nak katok kaki saya sebab naik Genting Highland ;p

Memang patut kena katokla sebab Genting Highland tu kan tinggi, sah-sahla laluan untuk ke Genting Higland tu bahaya. dengan kecuraman jalan yang tinggi, selekoh jalan yang tajam. perghhh! agak mencabar juga kalau naik dengan kereta cabok. tapi aku tengok, banyak je kereta cabok yang berkuasa rendah main redah je kat situ. siap drift lagi. ada yang berangan-angan nak jadi macam Micheal Schumacher, Ken Block(professional rally racer), etc. tak kurang jugak dengan aku haha.

Dulu aku selalu sangat naik enting. bila bosan atau stress je, call member, deal itu deal ini, then kitorang naik. Peringatan kat sini, aku naik genting bukan nak pergi berjudi ke, sekodeng orang ke, menginap kat hotel ke.. tapi naik untuk suka-suka menikmati udara sejuk. almaklumlah, malaysia ni udara dia tak berapa nak sejuk sangat. nak pergi London, duit xde. genting jela yang ada, murah pun murah. tak sampai RM50, da leh sampai sana.

Bila dah sampai ke puncak@tanah tinggi, memang syok! kau cakap sikit, asap keluar dari mulut. perghh! jakun gila! haha. nak aku buat perbandingan lagi ke? yela, kalau duduk kat kawasan rendah, ada je orang bercakap keluar asap dari mulut. tapi itu kena guna device dia tersendiri, rokok. tapi bila dah kat genting, freehand je, mulut dah boleh berasap. clean air plak tuh. kesihatan pun terjaga. oit kawan-kawan sepergentinganku, bila nak quit smoking?

Tapi, suhu dan cuaca kat genting dah tak macam dulu. makin panas je aku rasa. aku terasa weh. sekarang ni bila pakai sweater kat genting pun boleh berpeluh. baik telanjang bogel je, tak payah pakai apa-apa. ni semua sebab manusia jugak. kalau tak, takdenya dunia nak sibuk-sibuk lancarkan earth hour, hari tanpa plastik, hari tanpa itu ini.. kan dah membazir. bila dah terhantuk baru nak tergadah.. tapi xpe, manusia kan sering melakukan kesilapan.

Psst~! jom naik genting! tapi aku tak nak naik dengan bas. fobia dengar bas tergolek dok kat kawasan genting tu...
14 komen bernas

Jenis-jenis Si Pembaca

April 22, 2011

Assalamualaikum...

Pernah terfikir tak siapa yang akan masuk blog anda, dan membaca setiap entry yang anda karang?

Secara umumnya, pembaca ni terdiri daripada 3 jenis.

Yang pertama ialah motor readers, yang bermaksud si pembaca ni adalah seseorang yang suka membaca dengan menggerakkan bibirnya, ataupun mengeluarkan bunyi sambil membaca. so secara tak langsung, masa yang diambil untuk menghabiskan sesuatu bacaan tersebut mungkin lama mengikut tahap kelancaran seseorang itu menggerakkan bibirnya.

Yang kedua pula ialah auditory readers, yang bermaksud seseorang yang hanya 'mendengar' apa yang dibacanya. dalam erti kata lain, dia tidak menggerakkan bibir ataupun mengeluarkan sebarang bunyi ketika membaca, 'minda bergerak tetapi mulut berehat'. bagi pembaca yang tergolong dalam jenis auditory readers, mereka tidak kisah kalau pronunciation tunggang terbalik kerana mereka hanya mengimaginasikan sahaja cara sebutan tersebut. so kebarangkalian untuk golongan ini menghabiskan sesuatu bacaan itu amatlah cepat.

Dan yang ketiga, ialah visual readers, yang bermaksud seseorang itu 'tidak mendengar' apa yang dibacanya. dengan hanya melihat setiap huruf didalam setiap perkataan, mereka terus faham apa yang cuba disampaikan. golongan ini membaca dengan hanya menggunakan mata dan minda. so kalau nak dibandingkan dengan motor readers dan auditory readers, golongan visual readers mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi untuk menghabiskan sesuatu bacaan.


Sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis pembaca. cuma aku nak khususkan 3 yang ni je.

Bagi aku, pembaca ni ada sifat dan cara tersendiri. tak kisahla dengan cara motor, auditory atau visual. ada sesetengah tu suka baca isi-isi penting je. segala ayat-ayat bunga yang anda karang tu dia tak pandang langsung, atau mungkin pandang dengan sebelah mata je. mungkin si dia tak punya masa untuk baca keseluruhan cerita. yang penting, dia dapat apa yang kita cuba nak sampaikan.

Ada sesetengah pembaca tu plak, suka baca dari mula sampailah ke noktah terakhir karangan kita. tak kiralah kita ni mengarut apa sekali pun, dia tetap nak juga nak baca. haa kat sini, aku boleh simpulkan yang si dia mungkin sedang mencari ilham untuk menggarap entry@idea baru, ataupun sedang mempelajari sesuatu yang baru dalam bidang penulisan. mungkin?

So anda semua tergolong dalam jenis pembaca yang mana? dan apa yang anda harapkan bila anda membaca sesuatu?

Psst~! jangan baca sesuatu tu macam, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'...

Sources - http://www.ideamarketers.com/?Types_Of_Readers&articleid=413048
19 komen bernas