Home » , , , , » Alhamdulillah aku selamat.

Alhamdulillah aku selamat.

April 26, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, alhamdulillah, dan alhamdulillah aku masih dapat menulis didalam afiqbukhari.com..

First sekali, aku nak minta maaf kepada siapa-siapa je yang pernah terasa dengan aku. aku ni manusia biasa, memang tak boleh nak lari daripada melakukan kesilapan. orang kata normallah yer dengan perangai yang sebegitu rupa. kadang-kadang kita dah kawal, tapi still buat salah jugak. sebab tu ada dosa dan pahala kan? :)

Ok kenapa aku cakap yang 'aku selamat'? macam ni sebenarnya. semalam aku drove dari KL ke Melaka, dan sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. masa tu kereta aku berada di lane highway yang paling kanan sekali. aku kekalkan kelajuan(dalam 90km/j je) sebab jarak kereta aku dengan kereta di depan memang jauh. agak-agak dalam 6 biji kereta boleh muat dalam jarak tu.

Masuk part cuak: tengah aku sedap driving, tiba-tiba aku nampak kereta yang jauh di depan aku tu brek mengejut. so dalam hati, alhamdulillah aku tak follow rapat kereta tu. dala tengah hujan. so dari awal lagi aku dah brek. tapi brek punya brek, kereta tetap bergerak macam biasa. so apa reaksi korang bila jadi macam tu?

a) menjerit!,
b) terus tekan brek,
c) pasrah dan mengucap.

Aku pilih b) terus tekan brek. tapi itulah, kereta still bergerak. dan yang paling tak bestnya, ada lopak air kat depan dan aku terus langgar(patutlah kereta depan brek mengejut, nak elak air rupanya). flushhh!!! air penuh menutupi cermin depan kereta. memang tak nampak apa. bila air kat cermin depan tu turun, baru aku sedar yang kereta berada dalam kedudukan yang senget dan bergerak ke kiri. selamat masa tu dah slow, aku terus balas stereng kereta ke kanan.

Rupa-rupanya my car skidding on water. atau dengan nama lainnya, Hydroplaning.

Hydroplaning occurs when a car hits a puddle of water, or when it is raining or snowing. Any form of moisture on the ground can cause a tire to lift up off the pavement slightly, allowing water to get under the tire. Once this happens, you will briefly lose steering ability because your tires are unable to get any traction with the pavement.

Dan alhamdulillah aku masih dapat meneruskan perjalanan ke Melaka. aku sebenarnya terkejut seyh selepas daripada kejadian tu. tak tahu nak buat ekspresi wajah yang macam mana. nak senyum ke, gelak ke, sedih ke. tapi seingat aku, semua tu aku buat. reaksi spontan orang kata, terkejut punya pasal.

Kepada kawan-kawan aku yang turut bersama dalam kereta semalam, aku nak minta maaf banyak-banyak. lain kali aku akan lebih berhati-hati. aku tak kisah dah orang nak panggil aku skema time drive. yang penting selamat. nak kata aku fobia, mungkin. tapi sekarang ni, lagi kita berhati-hati, lagi orang sakit hati. tak faham betui aku..

Psst~! kalau dah ajal, kita dah tak boleh nak menolak..

22 komen bernas:

z said... [Reply to comment]

Alhamdulillah selamat..fuhh..nebes!

Yan Saflina said... [Reply to comment]

Alhamdulillah..nasib baek x berlaku ape2...

najihah sahami said... [Reply to comment]

mak oi...memang mencuakkan kot situasi tu. nasib baik afiq selamat. ni balik terus sujud syukur ke x? ke terus taip entry. hak3...

btw, lain kali hati2 ye fiq.

psst~
kmsalamorg serumah. hahaha...memiang jap..:P

eRza farEeha said... [Reply to comment]

fuhh...alhamdulillah...selamat lg..lain kali berhati2 dijalan raya..igtlah org y tersysg...:)

Bulan said... [Reply to comment]

sy membaca dgn penuh cuak.hati2 ye pokcik lain kali.
adesss.cuak den.hukhuk

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

bahayanya situasi tu afiq.mujur tak apa2.mujur time tu bawa 90 jek.hujan2 bw 80 je lah lain kali ye.take care

Rafhan said... [Reply to comment]

Alhamdulillah... take care and learn from mistake...

ieda said... [Reply to comment]

pernah jugak akak alami pengalaman mcm nie .. mas tu drive dari pahang ke kl .. hubby yg bawak ...

sib baik depan kami x der kereta ... mas tuu kereta dah menyasar sedikit .. kerana langgar limpahan air .. huhuh

lea said... [Reply to comment]

nasib baik tak jadi pape.

pali7x said... [Reply to comment]

1st time aku accident masa hujan. ever since that, setiap kali hujan atau jalan basah, mmg aku dah tak brani bawak laju2. tambah2 lg moto.

apa2pun, aku bersyukur ko selamat. dpt aku tgk tv3 lg XD

RastaMat said... [Reply to comment]

syukurlah...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@pali7x asal ko suka sgt tgk tv3 r? haha

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Rafhan insha Allah :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) bak kak hee :)

Burp said... [Reply to comment]

peh! selamat! klu x ko drift! hahaha

Belalang Hijau said... [Reply to comment]

alhamdulillah afiq selamat...
bahaya betul keadaan mcm tu kan?

encHIx laNDax said... [Reply to comment]

syukur! alhamdulillah~bahaya kan hydroplanning ni~kene plak tayar dah nak botak~memang keparit lah~huhu

Lagenda said... [Reply to comment]

Alhamdulillah fiq..nasib baik x ada apa2. malang mmg tak berbau kan!

rainbowcloudy said... [Reply to comment]

fuh afiq... ko wat aku suspen je.. kang xder sapa nk ngorat aku dah ahaha..

syukur selamat.. blk kg buat knduri tumbang lembu sekor taw. knduri syukur, alang2 tu, kawen terus..(byk nyer den merapu)

Jemarioren said... [Reply to comment]

hati2 di highway pedas. kalau hujan lebat bahaya amat

.:|kamaryeah|:. said... [Reply to comment]

nasib baik okay xde pape~
alhamdulillah~
lepas2 nie kena extra careful lah bila driving~

tehr said... [Reply to comment]

memandu dalam hujan memang bahaya, bro
kalau lebih 80km/j tayar memang susah nak cengkam
apa pun syukur kerana bro afiq selamat

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog