Home » , , , » Minggu pertama as a sahabat bangla

Minggu pertama as a sahabat bangla

June 17, 2011

Assalamualaikum...

Almost a week selepas aku bekerja di stesen minyak Petronas bersama rakan-rakan bangla yang sporting. bai tera baiii, mana mau pigi baii? abeh sampai aku pun terikut sekali nak cakap dialek bangla. yang bestnya, dorang ni mahir bertutur dalam bahasa melayu. so tak menjadi masalah kalau nak guna 100% malay time kerja.

Bangla pun manusia jugak. tapi kenapa kita kadang-kadang pandah rendah kat dorang eh? maybe sebab dulu dorang ni suka ngorat bini orang? aku rasa bini orang tu kot gedik-gedik haha. tahla, kat tempat aku ni, dorang semua ok. aku tanya kenapa datang malaysia? kenapa tak kerja kat bangladesh? dorang jawab,

Orang bangla malu sama orang bangla. lagi satu orang bangla malas. tapi akan jadi rajin kalau kerja di luar bangladesh sebab tak ada bangla lain yang tengok kita(bangla sendiri) kerja...
* aku memang pening nak pahamkan ayat kat atas ni, tapi kawan bangla aku tu yang cakap camnila, so harap korang faham.

Samala macam kita kat malaysia ni. tak nak kerja sapu sampah kat tepi jalan tu sebab MALU orang lain tengok. tak nak kerja cuci tandas sebab busuk dan MALU orang lain tengok. bagi aku pedulik hapa. niat bekerja tu kalau tak ikhlas, memang malu la jadinya. cuba fikir positif sikit. kerja kerana Allah, alhamdulillah. 

*i noticed that semua kawan-kawan bangla aku Islam. setiap kali aku terserempak dengan mereka, Assalamualaikum tak pernah lekang dari mulut. so untuk dapat pahala free menjawab salam tu teramatlah mudah. 

Back to topik asal, Im a newbie, so anything yang aku tak tahu, aku refer kat kawan bangla aku tu. bai, macam mana mau buat ini? bai, macam mana mau rekod ini? bai macam mana mau restock? baiiiiiiii, tara apa la bai, saja mau usek sama u jala baiii. bai baiiiii.. haha aku rasa pipi aku ni dah start cramp sebab hari-hari dok gelak sama itu bai.

Kerja aku mudah je, restock barang dalam kedai Mesra. kerja mudah, gaji pun murah. but no biggiela gaji ciput ke, yang penting pengalaman bekerja, plus mengisi masa lapang. cuci tingkap, mop lantai, tu semua takde hal lah. yang penting badan bergerak, bakar lemak dari menempek lemak kat lemak yang sedia ada ni.

Serius aku tak boleh duduk diam dalam kedai tu. kejap jalan sana, kejap sini. kejap pegang mop, kejap pegang penyapu. bosan weh kalau duduk saja. kalau tak ada kerja sangat, mula la aku pergi cari itu bai. bai, apa kirja lagi yang saya boleh buat? bosanla bai...

Kerja kat stesen minyak Petronas, untuk cashier ada 3 shift. 7pg-3ptg, 3ptg-11mlm, 11mlm-7pg. 8 hours per day. tapi aku bukan cashier. as i said before, jaga kedai Mesra. so kedai tak bukak 24 hours, only have 2 shift, 7pg-3ptg dan 3ptg-11mlm. So for the first trial week ni, aku kerja shift pagi. starting tommorow*supposedly today (second week), aku kerja shift malam plak.

Psst~! itu bai kata, kirja malam manyak senang dan tak banyak kerja. adehh, aku nak banyak kerja la bai! nanti aku bosan!

19 komen bernas:

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Anishaway haha bukan backing bangla, tapi bersahabat!

Lydia Miza said... [Reply to comment]

wahh afiq dah kerja ye?cambest je kwn ngan bangla.mereka ni baik juga,selagi mereka saling hormat menghormati sesama rakan sekerja kira ok la.akak tak pilih kawan..hehe

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) kerja isi masa cuti semester je ni kak, huhu

budaksowt said... [Reply to comment]

kata org dont judge a book by ots cover..bai tera bai...

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

patut i nampak u kurus skang bai. =p

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@aku_azreen haha tol tu bai

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Bulan haha mana ada, bese saja la bai ;p

pali7x said... [Reply to comment]

ko keje kt petronas mana beb? aku nk gi melawat nih. hehehe.

bangla atau tidak, mereka manusia. bagi aku la, ada betulnya. kalau kita sendiri pegi negara orang, kita pun akan jadi mcm diorg. keje sepanjang masa. sebb nak buat apa sgt kt negara org.

bab bagi salam tu, aku tak nafikan. mmg mudah mulut diorg mengatur salam.

take the positive. yang negative? jdkan pengajaran.

hakim said... [Reply to comment]

ala bang apaadahal kan..bangla pon manusia gak..selamat bekerja!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@pali7x haha xyh nk melawat sgt la, kat2 sini je, kalau ade rezeki, jumpa gak kite hahaha

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@hakim haha thnks bang!

Ellen said... [Reply to comment]

wah...cufiq dah keja...kim salam yer ngan bang bangla tu..hehee...

take care ya!!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Ellen hee thnks nellen ;)

Faizal Fredley said... [Reply to comment]

ok bhaiii..selamat bekerja bhaii...cuti sem ke bhaiii..hahaha....

muhammad iqbal hakimi bin tahir said... [Reply to comment]

hah..nampak ko cam seronok je kerja ngan bai bai tu..hehe..xpe..kat2 mana2 pun oke janji iklas dan kerja tu halal..

YanSaflina said... [Reply to comment]

betul la ap yg bangla tu ckp kan...huhu

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Faizal Fredley haha yala bai cuti sem, lame gila bhaiiii

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@muhammad iqbal hakimi bin tahir agak sronokla haha

Unknown said... [Reply to comment]

Dulu masa aku kerja kat bbq chicken di Jusco Bukit Indah pun aku pun ada kawan dengan Bangla yang bekerja di Big Apple.
Satu hari, aku dan Rusendra (kalau xsilap lah) pun rehat dan berbual-bual. Tapi satu kata dia yang membuatkan aku malu dengan org Malaysia ialah "Saya malu dengan orang sini."
Nak tahu tak sebab apa, sebab dia tgk org Malaysia pakai baju tak cukup. Dia ckp kenapa mereka tak malu, saya pulak malu tgk mereka berpakaian bagitu.
Adoyai...
mcm mana aku nak explain neyh!
hahha

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog