Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Juadah Berbuka Puasa

August 14, 2010

Assalamu'alaikum...

tepung pelita, samosa, nasi beriyani, roti john, ayam golek, nasi berlauk, murtabak...

fuhhhh sedapnyaaaa...

sirap bandung, soya, cincau...

perghhh nikmatnyaaaa...

eh, aku xnak jamukan korang dengan gambar2 makanan pasal takut korang terliur nanti. baik aku senaraikan je. lagi afdhal.. aku takut korang salahkan aku plak sebab menduga nafsu makan korang time2 puasa ni ahaks~!

cara2 untuk mendapatkan juadah berbuka puasa ni, ada 2 option je. satu kita kena beli sendiri dan satu lagi masak sendiri. bagi yang masak sendiri ni, jimat sebenarnya... bukak peti, kopek bawang, rendam sayur, bukak gas, masak. jimat kan dari beli kat bazar? haa? korang x setuju??

hurm... cuba korang anggap yang korang berduit... bukan berduit je, tapi berduit LEBIH.. try pergi bazar. tiap2 kali membeli juadah berbuka puasa tu, berapa total? lebih x daripada memasak sendiri. hehehe aku x kata semua orang.. dan aku x kata cuma sebahagian daripada semua orang.. pendek kata 50-50...

puasa penat ni... lapar menahan segala2nya.. sampai bazar, confirmlah nak beli itu ini. sapa yang soh? mak?ayah? kawan? haha tu ha, kawan karib korang, nafsu..dia tu la segala2nya. aku x soh korang daripada berhenti membeli kat bazar. cuma kena bijak dalam berbelanja k. jangan membazir. beli setakat yang mampu kita habiskan je.

errk tambah sikit, peniaga pun janganla melampau sangat.. jangan melampau2 sangat naikkan harga tanpa sebab. jangan sampai pembeli balik rumah, sumpah seranah kat peniaga sebab harga yang dikenakan x berpatutan langsung dengan makanan yang dibeli..

psst~! sedap betul bau2an di petang hari ni... sampai berair mata aku dek bawang ni ;p

selamat berbuka puasa :)
8 komen bernas

Sesuap nasi di pagi hari...

Assalamu'alaikum...

tidur lambat, bangun awal... mata bengkak je. nafsu tidur lagi kuat dari nafsu makan... sunat bersahur kata hati. pahala mencurah2 dengan selamba jer kalau buat...

arghhh lawan!! alarm berbunyi 2 kali menandakan yang aku pernah 'snooze'... tangan gatal dok matikan alarm tapi mata still terkatup.. apedaaa..

bangun bangunnnn!! sahur sahurrrr....

suara lantang seorang remaja menjerit keriuhan dalam satu rumah menyeru untuk bersahur.. alhmdulillah.. ada jugak alarm bergerak ahaks~! ku kuatkan semangat, gagahkan diri untuk bangun...

bismilliahirrahmanirrahim.... suapan pertama ku adalah sesuap nasik dari sepinggan nasik... suapan kedua ku nasik bercampur sayur plak.. suapan ketiga dan seterusnya, lauk bercampur nasik semata2.... alhamdulillah habis jua...

air sejuk bersama sekeping doa kekenyangan mengakhiri segalanya.... dan mata kini menghadap sesuatu yang cerah... owh aku sedang menulis entry kekenyangan rupanya!!

selamat bersahur dan meneruskan ibadah puasa untuk hari ni :)

psst~! opppss, aku lupa nak jamah buah kurma la tadi..
3 komen bernas

Dugaan Berpuasa

August 10, 2010

Assalamu'alaikum...

Ramadhan dah pun menemui kita... korang pergi tarawih x? alhamdulillah pada sape2 yang pergi. pada yang x dapat pergi tadi, hari esok dan seterusnya masih ada lagi. lawan sikit nafsu malas tu. x larat buat 21 rakaat, 8 rakaat pun dah mencukupi...

Erkk betul ke syaitan dah kena ikat sekarang ni? haahla.. xde pun hantu dok sebelah aku ehehe aku rasa x semua yang kena ikat... betull... x percaya ke? iyelaa ada je syaitan yang x kena ikat... nak contoh ke?? hurmm..

Oklah aku bagitaw.. syaitan yang x kena ikat ni ada nama de masing2.. antaranya ialah perogol, pencuri, peragut, pencopek... macam2 lagi la.. haaa tu kan adik beradik syaitan... korang kate manusia? eheh memangla manusia.. tapi tu manusia jenis yang bertopengkan syaitan... the real syaitan dah kena ikat, dorang plak la yang ganti shift.. konon2 nak dapat nama la katekan..ceitt~!

Ni lagi sorang kawan syaitan... si nafsu tu. bukan kemain lagi dia. syaitan xdak, dia plak amek aleh. oitt time puasa mana leh korang hidungla. oitt time puasa mana leh mandi banyak2 la.. oitt time puasa mana leh tengok aurat.. tapi nafsu bagi je.. iman x kuat, nafsula raja, makruhla puasa...

Jom kita bersama2 menjaga tingkah dan laku kita dalam bulan Ramadhan ni. kawal nafsu dari bermaharajalela. tapi x semestinya dalam bulan Ramadhan je, bulan2 lain pun kena jugak lawan benda2 yang negatif tu..

psst~! tahan nafsu dapat pahala x? :)
11 komen bernas

Selamat Berpuasa

Assalamu'alaikum...

Pejam celik, celik pejam, bukak mata je, hari ni last kita bersuka ria untuk makan di siang hari. sok dah start puasa. so malam ni pun bermula lah jugak solat sunat tarawih... insyaAllah..

Tahun lepas aku ada miss jugak tarawih kat masjid. tah sebab apa yang aku miss pun aku lupa. maybe tertido selepas 'mencekik' kot ahaha kali ni aku nak pastikan, yang setiap hari dalam bulan ramadhan ni, aku nak tarawih kat masjid. kalau miss pun, aku akan usaha untuk buat sendiri kat rumah...

So korang, abang2, adik2, kakak2, pakcik makcik, malam ni jom la beramai2 sunat tarawih kat masjid atau surau ek. tinggalkan la sekejap pekerjaan duniawi tu. cari bekalan untuk akhirat sekejap walaupun sedikit sebab duit x boleh tiket untuk masuk syurga taw. lama2 kan jadi bukit... :)

Sempena nak masuk bulan Ramadhan yang mulia malam ni, aku sebagai Afiq ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran dalam penulisan yang telah afiq sampaikan sebelum ni. maklumlah, blog si biru ni blog umum dan personal. so semua kategori umur layak untuk membaca, dipersilakan ehehe


and last but not least, selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di serata dunia. semoga kita peroleh keberkatan Ramadhan bersama2.. insyaAllah.

psst~! da hafal ke niat untuk berpuasa & buka puasa? dalam melayu pun boleh. yang penting niat...
22 komen bernas

Kisah Dan Nostalgia Ramadhan

August 6, 2010

Sambil minum kopi di Padinno Kopitiam, teringat plak kisah masa ramadhan dulu... huhu bagus jugak melepak kat kedai kopi padin ni. sambil2 lepak, sambil mengungkit kisah2 lama... meh r korang lepak2 kat kedai padin. ramai kawan tu :) puasa nak dekat da.. bila difikir2 balik kisah lama dalam bulan puasa masa kocik2 dulu, tergelak aku sorang2..

"Aku start puasa bila umi dan abah suruh aku puasa. didorong plak oleh ustaz dan ustazah sekolah tabika agama ku dulu. sebenarnya aku lupa bila aku start puasa. sebab daya ingatan aku masa kecik untuk mengingat tarikh2 kejadian termatlah limited. almaklumlah masa budak2 dulu, fikiran asyik untuk bermain je. bila disuruh, baru nak buat. masa tu x pandai lagi nak berfikir untuk kebaikan sendiri..

First time aku berpuasa, aku tertanya-tanya kenapa aku xleh makan ngn minum di siang hari? aku tengok member2 sebaya aku boleh je minum air. kenapa jadi begitu? adakah aku disabotaj oleh kedua ibu bapaku sendiri? oh tidak~! aku ingat nak follow je member2 aku tu makan dan minum. jeles kot! dala lapar haha tapi bila difikirkan balik arahan yang diarahkan oleh umi dan abah, aku tahan nafsu laparku. aku berpuasa hari ni...

Pada satu hari, aku ke sekolah. umi memberiku seringgit untuk buat belanja sedangkan hari tu sepatutnya aku kena puasa. erkk kenapa umi bagi seringgit? aku jadi x keruan. umi plak pesan kalau lapar sangat, beli lah makanan.. aikk green light ke? hurm... kenapa eh??

Nak kata aku ni nakal masa kecik2 dulu, xdela nakal mana. aku ni budak baik sebenarnya. ehehe nak dijadikan cerita pasal seringgit tadi, aku x nak guna duit tu. aku nak umi taw yang aku berpuasa hari tu. tapi aku lapar sangat. macam mane ni???

Tinggg~! tersembul idea nakal aku ni. aku pusing satu sekolah. dada ke depan tapi pandangan ke bawah. korang taw aku cari apa? aku cari duit2 syiling yang bertaburan atas tanah. manala taw kalau2 cukup seringgit, boleh jadi backup untuk seringgit mak aku tadi. aku nak beli makanan jugak. lapar giler!

Cari punya cari, dapatlah hasil sebanyak 50 sen je. hurm.. aku beli aiskrim guna duit tu, aku makan.  masa kecik, mana taw halal haram. mana taw perkataan 'batal puasa' walaupun sekolah tabika agama sebab otak masih lagi dalam proses menimba ilmu...

Bila dah abeh makan, aku balik ke rumah. umi tanya puasa x? aku jawab puasa! ni seringgit yang umi bagi ada lagi. hehe sorry umi. xde niat nak menipu umi masa tu, kecik lagi kan~! ;p "

...............eh, dah abeh plak kopi ni. padinnnn~! kopi secawan lagi!!

psst~! janganlah tinggal puasa kalau xde sebab musabab yang kukuh....
10 komen bernas

Puasa dah ganti ke belum??

July 13, 2010

"bergema suara takbir di angkasa... selembut bayu meresap ke dalam jiwa..."

sayu je dengar lagu nih. 'oit dik aina, pagi2 lagi ang dok bukak lagu ni buat pa?' tengah gosok baju plak tu. raya lambat lagi. puasa sebulan pun belum lagi. haha

dalam sedar x sedar, tahun 2010 dah masuk ke pertengahannya. n bulan ramadhan makin dekat. sronoknye. leh puasa. dah nak dekat sebelas bulan asek dok melantak makanan. perut pun dah jemu nak terima makanan. apatah lagi nak menghadam. xpe2. lepas ni perut leh relaks sebulan k. simpan tenaga utk the next sebelas bulan.

ha~! cik kak2, ibu2, makcik2 & lelaki yang mengular puasanya tahun lepas. dah ganti belum? baik ganti cepat sementara ada masa ni. kang kalau xsempat, kena 'denda'la jawabnya. denda bukan sebarang denda. denda fidyah namanya. berdosa kalau x bayar n ganti puasa taw.

apa2 pun, berpuasalah selagi kita boleh berpuasa.eh, bukan 'selagi', tapi 'WAJIB' bagi puasa ramadhan. puasa wajib, puasa sunat. berpuasa tu kan dapat menahan kita daripada lapar, sambil2 tu leh menghindarkan diri kita dari pelbagai penyakit. bukan sekadar menahalan lapar je, nafsu pun kena tahan jugak. mata, mulut, telinga kena lah jage daripada melihat, mendengar dan berkata2 utk sesuatu yg tidak berfaedah.

tapi kata kunci utk entry kali ni ialah 'GANTI PUASA'

psst~! dalam bulan puasa leh korek hidung x? jawabla sendiri hehe
23 komen bernas