Home » , , , » Belajar ke kerja?

Belajar ke kerja?

May 2, 2011

Assalamualaikum...


Seorang makcik bertanyakan aku satu soalan ketika aku berada di kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran..

Belajar ke dah kerja?

Aku jawab belajar then dia tak percaya.

Pastu si dia bertanya kepada pembantunya. kau pernah nampak muka dia ni?

Dalam hati aku, pahal makcik ni sampai nak soal siasat aku tengah belajar ke kerja?

Si pembantu berkata, kalau muka tu tak familiar kat sini, maknanya kerja la.

Then si makcik tadi meneruskan soalannya. Ok, makan apa tadi?

Aku makan nasi, ayam goreng, tempe dengan air sarsi. sepatutnya RM3 je. tapi disebabkan muka aku tak familiar kat situ, so dia charge RM4. Opss! sebelum ni, air sarsi@wutsoever air yang dia buat tu sebenarnya free je untuk pelajar-pelajar kat situ. tapi itulah, muka aku kan tak familiar kat situ plus dah lama tak makan kat kedai dia, tu yang dia tax RM1 untuk air sarsi.

Hehe kelakar sungguhla orang berniaga zaman sekarang ni. macam-macam cara nak tarik pelanggan. ada yang masuk akal, dan ada yang di luar kawalan. aku tak kisah pun kena tax lagi RM1 tapi kenapa perlu bertanyakan soalan yang aku ni tengah belajar atau kerja. adeh! kalau macam tu, setiap kali nak pergi makan kat kedai, kene pakai name tag la ek, 'saya seorang pelajar' atau 'saya seorang pekerja'. baru senang nak asingkan harga.

Niat untuk membantu pelajar tu memang baik. aku suka. tapi aku rasa tak payahla kot nak tanya soalan sampai camtu sekali. cuba bayangkan, kalau dah sekeluarga datang, mak ayah, adik, abang, kakak yang tengah belajar, baby dan selainnya, takkan nak letak harga lain-lain kot? awak tengah belajar ke? tadika? sekolah rendah? universiti? kerja dah? ohh ok lain harga!... bukannya berniaga macam Wetworld ke, Zoo negara ke, kedai makan je kot.

Macam mana nak sama-sama maju kalau dengan bangsa sendiri pun berkira?...

Psst~! rezeki masing-masing, so cara pun masing-masing... sorry makcik sebab saya jarang makan kat kedai makcik yer.

16 komen bernas:

zikeryhassan said... [Reply to comment]

cafe kat tempat aku study skrg ni, kira harga makanan base on person. kalau kau baek kau akan dapat murah. kalau kurang baek dgn die kau dapat harga mahal. walaupun lauknya sama. grr!

ZWAN SABRI said... [Reply to comment]

Aiseyh, kesian kat hang kena charge RM 1 lebeyh dr harga asal.. erm, nak bwat camna, dah naseb badan.. HEHE


MySuaraBlog: Siapa Kata Coklat Tak Baik Untuk Gigi?

Izan Ishak said... [Reply to comment]

biar betul camtu pulak ye makcik tu charge ye. hmmm...kadang2 nak kata org melayu meniaga...mesti ada peliknya cam kes ni kan~

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

pas nie mkn kt lain la.jgn mkn kt kdai mak cik tue.huhuhu xpn masak je sniri.jimat! =p

najihah sahami said... [Reply to comment]

haha...pasni beli mknan kat lain, tp bawak makan kat makcik tu.mesti makcik tu ingt afiq pelanggan setia die.:)

Ain Shdn said... [Reply to comment]

HAHAHA. macam haremm!

Irma A.Wahid said... [Reply to comment]

cian awak...pasni operate muke cam org yg familiar kt ctu biar mkcik tu bg awak free je..hehehe...makcik2

zuraa said... [Reply to comment]

patut la melayu tak maju sampai sekarang, humm

Burp said... [Reply to comment]

ahahahaha!!! tuh lawak.. kesian ko fiq.. balik laa nnti yer~ kite mkn kat Gombak jerla... takde kena tanye2 camnih..

jemarioren said... [Reply to comment]

kena pakai tag juga nampaknya cam ni dik oii..
dah abis belajar pun, pakai jak tag tu, jgn buang, biar glemer

Cik Diana said... [Reply to comment]

huh! sedeyh gilOs.. xpsl2 dpt free2 jerk tax.. huhu

Ummi Atiqah said... [Reply to comment]

aik, ada jgk yg mcm tu ea..buatnya kalo stdnt tu puasa selama 2 minggu..then tb2 mnggu ke 3 tu dia p mkn situ, sah2 kna tax rm1..aishhh..manusia2..mcm ragam..

Lagenda said... [Reply to comment]

hehehe..kot2, afiq ni smart mcm org dah keja kot..tp pelik la plak cara makcik tu berniaga yek

Ain Shdn said... [Reply to comment]

weh afiq, asal banner2 ko banyak katak? buat2lah kemaskini.. pemalasnya koooo!!!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@CikBulat haha xde masa la. t aku kemaskini balik. anyway tq sbb cncern ngn blog aq :D

SecReto:AhmaD LuttFi..This is me and My rEal world said... [Reply to comment]

haha...nmpak sgt fiq...ko kena bekeluarga da...:P

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog